Jun 30, 2009

URBANATICS~

aku da lame x ke festival/pesta/pameran. plg last aku g pesta konvo adik aku. jadi aku agak kejakunan melihat umat manusia yg beraneka rupa & warna di Urbanscapes. siyes aku jakun & berusaha utk adapt. buktinya masa pop shuvit perform, org lain terlompat2 & bergoyang2, aku cuma mampu berdiri keras & gerakkan jari kaki. *eh tetibe ada yg tgh cuba gerak2kan jari kaki sambil duduk depan pc~:p

cuaca mmg panas terik. peluh meleleh kt blkg baju. dh la aku pakai 2 lapis & tudung hitam. nasib aku xjadi pakai kasut, juz selipar je. lantak la org nk ckp aku selebet pun. janji selesa -sikit-. aku g sana bukan utk masuk ratu cantik.

since org lain byk amik gmbr jd aku xrasa ada perlunya aku guna hp aku sbg kamera. tp utk lepas syarat, aku snap sket2.



cerita busuk

selalunya, time bila korang dpt idea utk update blog? adakah korang akan terus taip bila idea mari, ataupun korang peram,peram & peram sampai masam? dan di manakah korang sering berada bila idea itu mari?

aku saje je tanya kot2 ada persamaan ngan aku. hehe.. tp citer ni busuk sket la ehh..

sbb aku sll dpt idea bila aku dok dlm 'bilik termenung'. kdg2 je time driving / berjalan sorang2 kt parking lot. mcm2 yg perkara aku fikirkan bila aku dok dlm bilik tu. apa nk buat lepas ni, apa yg sedang berlaku skang, apa perasaan aku skang, apa yg perlu aku buat in future, muhasabah & muhasarawak segala2nya yg terlintas dlm pala otak mental aku. imaginasi terlampau.

tp selalunya bila aku melangkah keluar aje dr bilik tu, otometik semua yg aku fikirkan / plan hilang tah ke mana. cth plg senang.. tgh lepak2 dlm tu, skali terpikir, ehh arini bday dia ni laa.. hmm nnt nk wish kt sms lah.. nnt2 bila free kang wish kt fb plak.

sudahnya, smpi ke besok aku x wish! busuk punya olang!!

Jun 29, 2009

a simple guide on how to live your life

Let's all remember to take the time to LIVE!!!!

A friend of mine opened his wife's underwear drawer and picked up a silk paper wrapped package:
'This, - he said - isn't any ordinary package.'

He unwrapped the box and stared at both the silk paper and the box..
"She got this the first time we went to New York , 8 or 9 years ago. She has
never put it on, was s aving it for a special occasion. Well, I guess this is
it. "

He got near the bed and placed the gift box next to the other clothing he was taking to the funeral house, his wife had just died. He turned to me and said:

"Never save something for a special occasion. Every day in your life is a
special occasion."
I still think those words changed my life.

Now I read more and clean less.
I sit on the porch without worrying about anything..
I spend more time with my family, and less at work.
I understood that life should be a source of experience to be lived up to, not survived through.
I no longer keep anything.
I use crystal glasses every day...
I'll wear new clothes to go to the supermarket, if I feel like it.
I don't save my special perfume for special occasions, I use it whenever I want to.

The words 'Someday...' and ' One Day...' are fading away from my dictionary. If it's worth seeing, listening or doing, I want to see, listen or do it now..

I don't know what my friend's wife would have done if she knew she wouldn't be there the next morning, this nobody can tell.. I think she might have called her relatives and closest frien ds.She might call old friends to make peace over past quarrels. I'd like to think she would go out for Chinese, her favorite food. It's these small things that I would regret not doing, if I knew my time had come.

Each day, each hour, each minute, is special. Live for today, for tomorrow is promised to no-one.

'One day' is far away... or might never come....

Jun 26, 2009

ku bukan superstar, kaya & terkenal

pg td ms nk kuar g keje, singgah meja makan. kt tv terpasang HotFM AM Crew. tetiba ibu ckp, "eh maikel jeksen mati ekkk.." haaa? apesal?? kt 8tv adala org tepon2 btau dia penah salam MJ ckp kulit halus la apela... tp xde lak ckp psl ape..

masuk2 keta, on radio.. owhhh cardiac arrest. tp tetibe jekk??! hmmm apa nk buat kan.. dh ajal.. tp sian laa.. konsert yg bakal dia buat tu, cukup utk cover hutang2 dia.. harap2 royalti dia selama ni cukup la utk anak2 dia nnt..

aku xtau la nk refer MJ ni as mendiang or arwah sbb dulu ada kuar kt paper dia convert Islam. itupun few days b4 naik mahkamah psl kes lawsuit ngan pak sheikh.. and terkejut jugak bila dpt tau umo dia sebenarnya 50 thn! dlm otak aku, he's like forever 20-30's.. xtau asal. ala, samalaaa dgn aku yg forever rasa aku ni still 24. haha!

kt FB bersepah org letak status condolence.. tp ye laa satu kehilangan besar utk dunia muzik walaupun xde kena ngena ngan aku. but still, MJ pernah gak laa singgah di otak mental aku dgn lagu & video clip yg x ditelan zaman. so, entri kali ni aku nk wat tribute to MJ.. even aku ni bukanla peminat setia dia pun... lirik lagu dia pun bukan aku hafal sgt..

Carta lagu MJ feveret yg aku susah nk lupa:
(kalau nk tgk video2 clip dia, sila ke sini ehh..)

10. Smooth Criminal - "yeni ayu wokei, ayu wokei, ayu wokei yeni.." itu je laaa yg aku dok ulang2 sbb tu je yg aku dpt tangkap ms dengar dulu. haha!!

9. Earth Song - dia bukan je buat lagu psl hal2 manusiawi, tp ada jugak mesej2 sejagat. kdg2 kita nasihat, berleter, ajar kat orang, orang xmo dengar & rasa annoyed. so, bila ada lagu2 camni, baru laa terbukak skettt mata manusia2 ego ni betapa byknya kemusnahan yg dicipta di sebalik kejayaan yg ditempa. *puhh! ayat cam ayat guru besar kt perhimpunan skolah lak! nk harap tgk NatGeo, haremmmm...

8. Remember the Time - fuhh ni video clip dia ala2 kat Mesir. dia jatuh cinta ngan bini Firaun, supermodel Iman. Firaun dia Eddie Murphy. time ending time dia jadi pasir tu, aku dh melopong dpn tv.

7. U Are Not Alone - bila dgr lagu ni skang, cam sedih skit2 arr.. tp lagu ni mmg bagi smgt pd mereka yg rasa lost! mmg sgt ke 'R.Kelly'an lagu nih..

6. Bad - aku suka lagu ni sbb aku rasa aku ni jahat, kot? ntah la.. best je telinga aku dengar

5. Black or White - ini video clip yg paling canggih aku penah tengok (masa tu). mcm mana dia wat morphing dr sorang ke sorang.. hitam, putih, kelabu, laki, pompan, org muda, org tua... mmg best! abg aku ada record videotape, mmg hari2 aku play time cuti skolah!

4. Bilie Jean - hoii lagu ni time dia wat moonwalk tu, huiii kagumas aku nengoknyer.. intro dia aje dh leh wat kepala tersengguk2 ikut beat.

3. Thriller - lagu ni sgt lah best nya smpi hero Tamil pun tiru. cuma version dia jd Geli Mat (mat, mat , mat...) tp dulu2 tgk, time dia jadi hantu tu aku tutup mata. tatuttttt...

2. Beat It - all time feveret aku. sgt stylo jaket merah dia tu. kalau aku besar sikit ms tu & ada duit, harus aku g cari jaket camtu gak kt pasar malam atau kat Billion atau Great Wall.

1. We Are The World - tenang je rasa hati dengar lagu ni.. aku rasa cam lagu tu ditujukan kat aku jer.. haha! yelaa kan lagu tu utk kanak2 sedunia.. masa tu aku still kanak2, harusla aku perasan weh.. rasa cam sgt disayangi pun ada. huhu!

his dressing, his sharp yet smooth moves, the singing, everything la kiranya.. mmg always distinctive, lain dr yg lain & xde sapa leh jd cam dia. posers mmg banyak, tp xkan ada yg leh jadi cam dia. and aku rasa dia je the only person yg di featured kan dlm teka teki kanak2 zaman skrg. ehh xpernah dgr ke??

apa dia, yg masa kecik, itam... bila besar, putih?
cuma syg di penghujung hayat dia, kisah nya x seindah yg diharap.. skandal, saman, divorce, hutang.. well, nk wat camne, mebe itu harga yg perlu dibayar utk jd seorang SUPERSTAR..


1958 - 2009

AUWWWWW!!!!




Jun 25, 2009

naik vespa tu baik2 sket..

eh, naik vespa bersama anjing? elok lak sang anjing tu x jatuh ehh..

oklaa b4 kak shibam silambam aku, dgn pantas aku mencelapakkan diri g siapkan tugasan minggu ini. *padahal tgh sedap cecah roti butterscotch ngan teh o. sebenarnya ada 1 lg award kak shibam yg aku lum buat sbb memerlukan byk sel2 memori utk dikerah masa tu. huhu. nnt cek byq utang no...

b4 terlupa, tengkiu verimachi utk kak shibam.. walaupun kite baru jumpe 2, 3x secara separa sedar sbb ms tu xkenal betul2 lg, tp kemesraan yg terjalin di alam maya tidak mengenal erti segan atau pun silu. xtau la kalau dh berjumpa karang, mebe sy perlu pakai kain purdah cam kat blogger id pic weeda tu. huhhuh!!

kak shibam memule soh letak 10 hobi/perkara ttg diri sniri. pastu dia tukar statement soh letak auta / pantun gurindam plak.. sudahnye, aku letak ape pun aku xpasti laa.. aku separa sedar masa taip td..

ops, lupa letak gmbr piala berbentuk vespa ni..


nindiaaa..
10 things i tale about me:

  1. takleh telan makanan bila tgh sedih/marah/tension. kalau telan gak, rasa cam mkn pasir. eh, pelik ke? abih igt aku x pelik ke tgk korang yg asal tensen je makan?

  2. basikal & kereta mainan masa kekecik dulu smer kaler merah

  3. sgt sentimental value. sker simpan brg yg pd org lain layak ditongsampahkan saje walaupun benda tu dtgkan memori hodoh.

  4. suka bau rumah baru / dlm pembinaan, tp xpernah merasa pindah rumah.

  5. pernah bercita2 nk jadi arkitek tp lepas baca job description seorang arkitek yg bukan sekadar lukis rumah terus aku reset cita2 & lepas tu terus blur xtau nk jadi apa. inila hasilnya yg aku dpt skang.

  6. apply course sc comp jugak2 sbb senior & kakak angkat ambik course yg sama. padahal apajadah sains komputer pun dulu aku xtau. and kitorang bukan 1 U pun! sekor member pun x amik course yg sama kat U yg sama.

  7. seorang yg susah x setia. especially to my hughey. i melt over u... ;p

  8. hobi dr dulu mmg suka membaca. kalau tgh mkn cornflakes, wajib amik kotak cornflakes tu & baca ingredient dia walau dh penah baca tiap kali makan. tp skang, time makan mesti nak tgk tv!

  9. imaginasi melampau. mebe sbb ms kecik suka main pensil2 dlm pensel box 2 tingkat tu. konon pensel2 tu smer adalah 1 family. kalau x cukup pensel, aku pinjam kwn punye.

  10. pernah ada split personality. 1 dlm dunia biasa yg fana. 1 lg bila aku masuk dlm bilik, aku jd watak heroin novel aku. ala2 tomboy, siap ada family, nama penuh tiap2 sorang, rumah, kapel yg dulunya musuh aku a.k.a. anak jiran aku, band mate, sekolah, owhh aku terer main drum okeh.. and abg aku ada studio jamming. indah x dunia aku? siap nk gunting rambut stail watak yg aku reka, tp ayah ckp, "nape x potong kepala skali?" sbb rambut tu pendek sgt kot pd dia.. pernah menangis tiba2 just because aku imagine 1 babak yg aku reka utk novel aku. and aku amik masa 3 thn utk siapkan. bila baca balik skang, byk gile nk kena edit blk!!!! cam sampahhh!!

lepasni perlu tag 6 mangsa plak. ni yg sedih ni.. aku bukannya ramai nauuu kwn2 yg ada blog / berinteraksi di alam blog ni. lgpun aku pun x uar2kan sgt psl blog aku. nnt skop utk aku kutuk org jd limited plak.. org ni tak bleh.. ini tak bleh.. maklumlaa aku kan sker jaga ati org.. hati aku? sendiri jaga la bebbbb... nk harap sapa lg?

so dgn ini & dgn rasminya aku mengetag mereka2 yg berikut:


  1. mizzy - td komplen kt kak shibam x kena tag. hah ni dah kena tag, ntah buat ke idok..

  2. raoul - wei, kt umh aku pun da ada strawberry kering. x jadi nk order kt ko.. hehe.. cam asam2 gitu, kan? kalau bukan xtau ape la plak nama dia..

  3. kak di - bila akak xde idea kang, bleh la rajinkan diri wat tag ni lak ehh..

  4. mal - lama gile x jumpe.. kem salam la kat sapa2 yg patut ehh..

  5. AG - selamat bercuti bersama gaby..

  6. yanti - xpernah jumpa lg. mebe nnt akan jumpe kowt..

hah, apalagi?




KITA KASI PECHAHHH LAAAAA!!!

KANASAI betul!!

huii baru je abis qada' baca blog org.. adala dekat 2 hari aku x masuk blogger.com lgsg. 1 blog pun aku x visit. ngan blog aku skali aku x masuk!

bz sket kt opis. deadline beratur2.. kdg2 dlm 1 hari nk kena siap kan 3 job by end of the day.. dgn amendment nye lagi.. hadoiiii... nasib baik arini dh setel smer, even ada gak laaa 1 job tu wat aku bengang gile & x dpt nk setelkan..

dah la ada training td, harusla sejam,2 x wat keje.. nasib training agak best even ngantuk sket2.. normal la kan...campur mkn2 lg.. huhu! bos belanja kuih.. dia bg duit rm25, tp tukang beli dpt spend rm13 je. ajegile bg duit smpi rm25??!!! yg training cuma 7 org je termasuk bos! bukannya leh hadap kuih tu lama2..

kalau bwk kuih masuk training mmg xkan masuk 1 ape pun dlm pala. sebok makan je kang.. tabley tabley.. break 5minit je td.. lps abis training xde masa nk hadap blk kuih2 tu. smer sebok nk balik sbb da 6suku masa tuh.. so sape last balik td kenala bwk blk rumah kuih muih tu smer. hehe.. bos aku ler tu.. :D

anyway, keje yg membengangkan aku itu adalah, bila aku dah lamaaaaaa submit keje tu & dh di approve & style design tersebut telah digunapakai utk beberapa bulan, alih2 skang ni nk ubah lak.. masa awal2 dulu xde lak komen soh tukar itu ini..

bukanla aku ni jenis yg xleh terima teguran/kritikan, bolehhh.... tp mmg sungguh membencikan sekali bila aku kena edit benda yg aku dh finalize kan. yg DAH SIAP berkurun2 lama. dh approved!

lainlaa kalau dlm proses drafting / nk mintak approval / facelift.. mmg aku hepi laa nk tukar tang mana pun.. and yg paling sakit jiwa bila org2 itu bg komen mcm dia plak Art Director sedangkan dia hanyalah seorang writer (sekadar contoh. means bukan dlm line design) and seperti biasa, haruslaa diberitau last minute. ia dh serope 1 kemestian utk mereka2 ni.. kalau x last minit mmg x sah! and aku tetap kena folo deadline gak.. kanasai laa!!

ada lg 1 jenis org lak, yg ala2 take advantage ats bantuan yg aku dh pernah bg. ok, kalau dulu ko x reti wat sbb skang dh guna sistem baru, ok xper aku leh tlg buatkan sbb keje tu nk kena cepat siap. and aku siap buatkan manual, step by step lg. 2kali aku buat.. sbb lps bg yg 1st manual, dia still x faham camne nk guna sistem tu. so aku buat manual yg lebih detail lg step dia. siap screen cap kat each step!

dh 2 manual aku bg dia.. tp ada dia nk try practise guna manual tu? nooooooo... xde! tetap gak bila dah dekat sgt2 ngan deadline, dia email kt aku ckp dia tgh boaaaaanyakkkk sgt keje & projek & xsempat nk buat.. so AKU kena buat keje tu lg skali! so aku ni xde keje laaa? aku xde deadline? keje aku sniri tertonggeng2 aku nk siapkan, dgn senang lenang nye dia pass keje dia kat aku ehh... bukan sekali aje. ni dh masuk 2x.

mmg keje tu sng je bg aku. 5 minit dh siap. tp hello... tu keje aku ke?? ada dlm job description aku ke?? adakah gaji aku termasuk keje2 yg aku buatkan utk dia?? nk anggap aku wat keje amal gak ke? perluke lepas ni aku rakam lak kat video utk tunjuk kat dia camne cara dia nk wat mende alah tu??

dh la masa 1st time aku call dulu suara mcm cikgu English aku yg marah2 sbb xsiapkan homework. dia igt dia sorang aje stress kot.. itupun bos aku yg soh call utk assist cara guna sistem tu. ala2 tech support la.. ikutkan ati, aku layan kat skype / email je.. skang ni, nk soh aku wat kan keje dia, amboi... siap ber 'dear2' bagai.. alergik aku!! nasib dia kat penang, so aku xyah nk jumpa kat mana2...

aku ni mmg jenis xreti nk komplen2 kt bos sgt.. kang kata aku kaki ngadu lak.. paling2 aku masukkan benda tu dlm weekly report aku je. nk keje ngan mereka2 ni lama nih.. aku mmg xreti nk fake senyum kalau aku tau org tu bengang kat aku. konfem aku wat muka ketat jer.. so, selalunya mmg aku simpan je semua pedih di jiwa tu. kanasai sungguh laa!!!

ye ye aku tau.. komplen byk2 dlm blog pun xguna kalau aku terus biarkan org pijak2 aku.. aku perlu stand tall n say NO! well, it's better said than done. mebe later aku akan guna reverse psychology utk kenakan dia balik.. pelan2 kayuh...

hadoi panjang dh ni. dah la.. aku nk g basuh baju. mesin da penuh. esok mak aku balik tgk mesin penuh bising lak dia. sure punye baju dia & adik aku 4 hari xbasuh penuh 1 beg.. ayo esok kena bgn awal.. kena sidai baju dulu b4 g keje. tolongggg kejutkan aku.. someone, plisss...

lapar gak. nk g makan. ciao!

Jun 22, 2009

muhasabah diri

1. Bekas kekasih saya adalah :
beberapa manusia yang x ditakdirkan hidup bersama saya.

2. Saya sedang mendengar :
Bukan Superstar diselangi bunyi2 kibod

3. Mungkin saya patut:
fikir apa yg perlu saya buat sebelum tahun 2010

4. Saya suka :
coklat. sgt2.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
ada yg hanya sahabat pada nama & bukan pada ikatan

6. Saya tak paham :
kenapa saya masih gigih fikir jawapan2 soalan ni. susah siot!!!!

7. Saya kehilangan :
kata2 sewaktu bergaduh. bodoh kan?!

8. Ramai yang berkata :
"hello" bila buat/terima call tp bg salam bila call bakal mak mentua.

9. Makna nama saya :
yang terpuji

10. Cinta itu :
anugerah. nasib la kalau x dapat. not my loss.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
bermain kata2 as if dia xpernah buat begitu.

12. Saya akan cuba :
tambah lg berat badan yg susah-naik-tapi-senang-turun nih. penat laa dgr org sound2.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
yg berbeza2 mengikut siapa yg mengungkapnya.

14. Telefon bimbit saya :
dah jarang berbunyi.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
"hmphhh gelap lg.." zzzZZzzz

16. Saya paling meluat apabila :
rasa marah sgt2 tp xleh keluarkan kata2 kesat sbb risau akan mengguris hati org. >___<

17. Pesta/Parti adalah :
tempat di mana susah nk jumpa org yg bersedih kecuali dia dipaksa dtg / ternampak boifren nyer cium perempuan lain.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
sejenis binatang di taman arnab. ya ampunnn somellll ya hamattttt!!!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
semasa sy jd kanak2. even asyik kena marah tp tetap enjoy life & x pernah nk emo2.

20. Hari ini :
mcm xde citer best kt tv jer..

21. Malam ini saya akan :
pening fikir nak makan katner..

22. Esok pula saya akan :
masuk opis lambat utk bwk mak g pusat kesihatan kalau adik kena keja pg.

23. Saya betul-betul inginkan :
hidup yang selalu (bukan sentiasa) bahagia.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya terpandang baju baru yg dipakai. haha!

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
dua2 mampu menghabiskan duit dengan kadar segera bila kita terleka.

26. Makanan Barat atau Jepun :
x mampu menandingi masakan melayu. bias gile!

27. Bilik yang terang atau gelap:
tiada maknanya pd anda kalau bilik itu bukan milik anda. jgn sebok!

28. Makanan segera adalah :
makanan yg org tau xsihat dimakan sll tp tetap makan gak at least seminggu sekali.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?"
emilia, jordan asked u to return his call."

30. Siapa yang anda nak Tag?
you, you and you..

xde idea la sangatttt...

yelahh aku mmg xde idea nk tulis apa nih. coz nuthin' much happening lately except minggu ni aku bujang sbb family g vacation. *selama ni xbujang ker?? heh, aku nye definisi bujang ni lain sket..

hmm ramai tanya, kenapa aku x ikut family g vacation? ehh xdela ramai nau.. aku bukan artis / figura awam (public figure lahh.. kah!kah!) yg ramai sgt kenalan yg sentiasa nk tau kisah hidup aku. duh~

aku jawab, keje byk.

ye alasan yg sgt poyo. "konon workaholic laa? fail atas meja lagi tinggi dr kepala kot?" "hoi keje smpi kena buang pun, tetap xkan abissss laa.." ckp la apa pun, keje aku.. bukannya korang nk tlg siap kan pun kan... "eh.. ni elok jer beloging?" skang time lunch hour kan.. ni aku tgh update kat kedai mamak la ni. heh, tipu gile! aku xkuar mkn pun arini. lgpun aku xde duit la nk g vacation skang. so sekadar berharap belas ihsan keluarga apabila mengirim barang dr seberang lautan.

xpela... xdpt g vacation skang, mebe nanti2 aku akan g gak.. who knows? walaupun cuti tahunan x sebanyak org yg keje gomen, tp belen cuti aku ada 15 hari setengah lg yg perlu dihabiskan thn ni. tolak cuti raya, tinggal 14 hari setengah. *ye, thn ni aku nk mintak cuti sehari je. tolak belen yg leh carry fwd, tinggal 9 hari. ok laa tu.. ada 6 bulan lg before 2010. mana tau, leh g jauh2 sket..

amin...

Jun 20, 2009

rasa yang tertinggal

kadang2 bila otak fikirkan something yg melepasi benda yg kita xmampu nak kawal, rasa cam please laa jgn bagi aku lalui semua tu.

dan bila saatnya tiba, kita still x mampu nak atasi rasa kelat-masam-pahit tu selain dari menadah saja.

if only i could pretend that i'm OK, i would.

for now, cuba sehabis baik utk kecapi rasa yang ada sebelum datangnya pahit.

Jun 18, 2009

dendang perantau

aih ngantuk la.. bos xde. idea pun xde nk sambung design. apetah lg nak merapu. so aku copy paste dr blog skola lama masuk sini. halallah yea... hehe.. voted as blog plg aktif tuuu... *riak jap. pangggg sket. 90 komen aku dapat. penat aku nk reply.. haha!!

PERHATIAN: teks agak panjang. hehe.. tp benda2 ni laaa yg jadikan apa yg korang nampak kat aku skang. rewindddddddd.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARI PERTAMA DI TEKNIK JB

Aku x berapa igt exact date aku masuk teknik jb (rasanya hujung bulan 5) tp yg pastinya hari terakhir aku say goodbye kt skolah lama adalah ms hari valentine 1996! hahaha!! aku masuk teknik lmbt sket (ke byk ekk?).. special case.. heheheheh..

ikut2kan aku sbnrnya patut masuk sama cam kengkawan lain.. tp surat aku tu salah alamat.. (sapelaa yg tulis no rumah aku terbalik tuh.. nasib wujud no rumah tu. leh gak gegar mintak surat!) dpt tau pun lps contact kementerian!

ms kwn aku si maie dpt g dulu, keciwa rasa hati.. tiap kali dia fon atau aku fon dia, mesti ada 'ekk ekk' kt ayat dia.. slang johor le.. smpi aku jd berbulu! huhu!!

dapat je surat, bukak2 tgk.. aikkkkk...? TANPA ASRAMA ??? waddehellll... ni mmg sengaja nk soh aku tolak tawaran ke hape? fyi aku dok kajang, SELANGOR. aku nk dok umah sape kat sana kalo xde asrama?

sedih woo masa tuh.. punah harapan. ntah apsal tah berkobar2 aku nk masuk teknik ms tu.. ayh aku sian kt aku.. dia pun g la jb wat rayuan.. cayang dia! dipendekkan citer, alhamdulillah.. dapat. bile dh dpt, aku kena demam cacar plak..

so mintak tangguh smpi sembuh a.k.a lepas raya sbb ms tu dh posa kalo xsilap.so, hari yg ditunggu sudah tiba.. bangun awal oo nk gerak g jb! kol 7 ke 8 lebih smpi machap.. benti bekfes then teruskan perjalanan. seumur hidup aku, plg jauh negeri kt selatan aku g, melaka! so bila masuk sempadan johor tu lenmacam lak rasa. bercampur2 excited+gabra+blur. cam xde pasaan pun ada. dlm ati dok pk, betul ke apa yg aku pilih ni? jauh ni kalau nk patah balik! tp dh alang2 seluk pekasam, biar smpi bahu!

smpi2 je kt teknik jb, dlm kol 10/11 pg.. g bilik guru besar, g bilik guru, setelkan pendaftaran smer.. then cikgu zaiton panggil sorang senior (sorry x igt sape!) utk tunjukkan dorm. dpt la aku Kamar E. pelik gak, apsal dia panggil Kamar ehhk? dh pilih2 katil, pasang cadar then g masuk kelas lak..

aku dpt kelas Awam 1. cikgu dlm kelas masa tu cikgu ape ehkkk? sgt lupa! b4 masuk kelas aku salam tgn mak ayah, and then diorang terus blah! ms tu pasaan dh blur abis dah!! nk nangis ke? nk senyum ke? ape??? neves pun ade! aku xsedar bila aku masuk dlm kelas. lps kenalkan diri 1,2 ayat... aku disuruh duduk. biasala... budak baru. mestila dok belakang kan? ada 2 meja kosong kt blkg. aku g, tgk2 aikkk xde kusi??? so monitor aku Syahril tlg carikan kusi..

lps cikgu tu kuar, ada 2,3 org tanya aku dr mana... kamar ape... yg aku sgt igt ms tu is Sharina (dia kamar aku! alhamdulillah..) lg sorang che norhaliza.. dia dak ampang. ok laa.. kwn aku si Maie tu kelas sebelah.. alahhhh.. kalo sekelas kan ke best! dh la sblh aku xde org.. (tp esok tu ada budak baru lg baru masuk. Suhaila nama dia)

lps aje abis skolah kol 2.10 (lama betul nk tggu abis kelas.. skolah lama aku kol 1.05 dh leh balik! merungut2 aku dlm ati. hahah!!) aku ikut Sharina balik kamar. ya ampunnnn laju nya dia jalannnn!!! pelik aku! ape yg dikejar2kan sgt?? penat kaki nk kejar dia. nasib x lari!

smpi dewan makan, pelagi.. mkn la... pun laju jugak! adoyai... apehal smer kelam kabut nihh?? mmg xkenyang la aku mkn.. nasi xsempat hadam dh lari balik bilik.. g solat kt surau, then prepare utk g prep lak..

ms kat dlm kamar, ada sorang lg dak baru. isza nama dia. dia dak K. baikkk.. tp mak dia ada situ. cam garang je! rupanya2 katil yg aku dh psg cadar tu katil dia.. dia chup ngan buku. mane aku tau!!! sbb takut kt mak dia, aku cecepat bukak cadar then psg kt katil sebelah dia.. kan katil tu cantum 2 kan.. so xjauh mana laa aku pindah pun..

lps psg cadar, aku dh xtau nk wat ape. xkan nk panjat katil? junior2 lain xde pun dok atas.. kang katil x 'jeng' plak! so, melangut laa kt tepi katil tanpa pasaan. katil bwh aku, kakak tu nama dia Kak Wana. rasa2 dia ada soh aku dok kt katil dia. tp aku malu.. hahah!!

aku tgk semorang prepare utk g prep, so aku pun prepare le jugak.. lps tu aku dh x igt ape jd. siyess.. cuma mlm tu b4 tido & baca yassin, ada la sessi ice-breaking.. dpt 'kakak katil' and decide nk panggil nama.. nk panggil Ida, ada kakak katil aku sniri nama dia Kak Ida. derang tanye kat umh adik badik panggil pe lak? Along. pun xleh gak.. last2 derang panggil aku Amie. lps tu ntah camne nama tu leh bertukar jd Aben plak.. aku pun lupa camne.. rasanya derang nampak nama tu kt kotak aku.. blasahlaaa... jgn la nk memilih sgt kan.. aku terima je.. alhamdulillah nama tu serasi smpi skang. haha!! kalau nk glemer, aku ckpla nama sebenar aku Siti Nur Aben. ala2 Siti Nurhaliza...

lps 2,3 hari aku punye bond ngan isza makin rapat.. maklumla berjiran.. sama2 masuk lmbt lak tuh.. yg best nya, kitorang terlepas la dr kena ragging.. hihihi!! cuma aku ada mslh nk cam nama & muka senior..

peraturan2 yg aku igt sgt2 ms kat aspuri dulu:
  1. katil kena 'jeng' (ini sedara aku yg ex-tijb bitau.. nnt senior/warden akn check dgn jatuhkan syiling ats katil!)
  2. jumpa senior wajib bg salam, "assalamualaikum KAK" - ABANG X DIBENARKAN SAMA SKALI
  3. jumpa aspura kena tunduk pala atau jgn tgk la sng citer
  4. jgn skali2 rapat ngan aspura
  5. tudung kena pakai yg berjahit mcm tudung sekolah. tudung 3 segi xbleyy (ini pun sedara aku bitau awal2. jenuh aku cr.. last2 MAK DIA bg aku tudung dia)
  6. wajib pakai kain dalam & chemisole g skolah (ini pun dia bitau dh siap2)
  7. walkman dilarang keras dlm waktu prep. kaset mmg harammul jadah!
  8. xleh mkn dlm prep. minum xpe. gula2 leh bawak 3 ketul jek. ke 5 tah...
  9. waktu riadah / PJ, kena pakai tudung hitam cam tudung skolah tu and masuk dlm baju
  10. nak couple? kem salammmmmm.... kalo nk dok luar, try la..
  11. xleh tido / bersandar dlm surau
  12. jalan xleh seret selipar / naik tangga bising2
hmm.. lain x igt dah..itu je kot wat masa ni.. ohh ya! lps 2 hari kt teknik jb, aku ajak isza g telepon parent memasing kt public kt skolah.. aku soh dia fon dulu.. nangis2 dia call mak dia.. bile tibe turn aku, aku call le ayah kat opis. dgr2 je suara dia, uwaaaaaaaaaa!!! smpi cuak ayah aku ngape tetibe nangis.. "AYAH!!! NAK BALIKKKKK!!!" :D adoilaa... sengal tul.. nasib baik kl-jb dekat2 4jam. kalo x, mau aku paksa gak ayah aku dtg jemput! weekend tu dia dtg lawat bawak kfc.. yeay! x sedih dah pastu! kikikiki!!!

tp siyes la. life aku kt teknik jb ms form 4 sgt la x honeymoon nyer. smer nk cepat! cepat! cepat! express gile.. honeymoon aku ms F5. hahaha!! itu lain entry laa aku citer..

TAMAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

abis dah... aku ckp je nk wat entry lain, tp smpi skang aku xsmbg2.. lupa dh citer apa nk story! anyway, gitulaa idup aku lebih kurang sedekad++ yg lepas. hehe.. skolah yg konon terbaik segala2 tu, peraturan dia masya allah.... kalau skolah tu kt kjg, mmg aku sanggup kena panggg ngan ayah aku mintak tukar skolah lama balik! harapkan geng jahat ms kt asrama je laa jd penyambung hayat. cehh mcm nk mati je dok sana.. haha!!

tp bukan nk ngumpat la.. mintak maaf la awal2 eh.. aku pelik laaa nape ada cikgu2 / warden2 yg skeptikel abis dgn budak2 yg dok bandar esp from KL/Selangor? adakah yg asal kg/felda/org johor semuanya baik2 belaka?? adakah sbb kami dok bandar maka kami ni konfem liar & lepas laku? geng aku mmg sentiasa di usha & kalau buat silap sket, mmg siappppp la ko.. nasib aku pandai cover sket. member yg x nasib baik, mmg sian ar..

haih, panjang sgt2 dh ni. lain kali je laa aku citer psl kisah aku dok asrama dulu2..

Jun 17, 2009

FREE GIFT - sapa nak???!!

okeh, by this time mebe ada yg kata "mahal nyer... smpi RM50 nk tanam pokok jer... dah la jauh banat nuuu..." atau "pehhh depan umh aku pun aku leh tanam wei~" pasal entri aku yg sebelum nih, kan? so.. utk korang2 yg xmo gi tp tetap nk menyumbangkan sesuatu utk bumi kita, aku nak bg samting nih... hmm, utk yg nak duduk & tengok aje pun dipersilakan tengok jugak la..



nama kempen tu aku suka2 je bagi.. nih, aku nak bg korang biji benih utk korang tanam sendiri kat mana2 tempat yg korang rasa sesuai.. depan rumah boleh.. depan ofis pun boleh.. mana2 laaaa ikut suke korang.. tiap paket ada 4 biji, so korang tanam la 1 utk tiap tempat. kiranya korang akan tanam 4 batang pokok la.. kalau nak share dgn kwn2 sorang sepokok pun boleh... sila la click & zoom kat gmbr atas tu utk detail lanjut yer..

pokok ni bukan pokok renek2, tp pokok besar. so utk permulaan leh la tanam dlm pasu dulu. kang dh besar sket pindah kan la kat tanah lak.. tp kalau umah korang x cukup tanah, bleh la korang tanam kat tepi jalan kat area umh korang.. xde hal.. janji tanam.


pokok ni nama dia Cassia Nodosa (Pink Cassia). org melayu panggil ape, aku xtau la plak.. mebe korang leh tanya kwn2 yg lebih arif psl pokok2 ni.. ni ada extra info psl pokok ni..

  • Family: Caesalpiniaceae
  • Genus: Cassia
  • Species: javanica
  • Category: Trees
  • Tropicals and Tender Perennials
  • Height: 30-40 ft. (9-12 m)
  • Spacing: 30-40 ft. (9-12 m)
  • Sun Exposure: Full Sun
  • Bloom Color: Pale Pink - PinkWhite / Near White
  • Bloom Time: Mid Spring - Late Spring / Early Summer
  • Foliage: Deciduous
  • Other details: Average Water Needs; Water regularly; do not overwater
  • Seed Collecting: 1) Allow pods to dry on plant; break open to collect seeds. 2)Remove fleshy coating on seeds before storing. 3) Properly cleaned, seed can be successfully stored.

utk cara2 tanam dia, leh g kat website yg tertera kat kertas yg aku bg nanti. detail smer dlm tu... kalau tak, g sini je laa.. http://www.thedivelabel.com/worldofdive.html baca dulu b4 tanam. salah tanam kang, sesia jek..

so, camne? takyah risau. aku x jual. benda ni FREE aje.. aih, benda free pun xmau ke?? kalau nak, roger2 kat aku keyh?

yg t-shirt tu extra jer. if nak beli, leh g kat parkson / borders.. tp on selected outlet jer.. 10% of the sales akan disumbangkan ke GreenAid. t-shirt tu 100% organik. byk design ada..

huge thanx to divelabel, MNS, FRIM, Parkson & Borders.
special thanx to kwn aku yg bg stok benih nih.. even dia x baca pun blog aku nih...

esok lusa (means makan tahun gak laa), kalau anak2 cucu korang nampak pokok ni, adaaaa gak cerita korang nk bg kat dia.. "pokok ni kan ____ yg tanam tau..." hehe.. bukan utk org lain, utk generasi akan dtg jugak... ye dok?

SAVE THE PLANET.
in conjunction with World Environment Day.

siapa2 pun boleh jadi jack & the bean stalk

skang tgh jerebu kan? ada yg merungut umh cepat berhabuk, ada yg merungut dpt mcm2 penyakit, ada gak yg merungut lemas pakai topeng muka cam gaban. cube beli corak ultramen, mungkin lebih macho. atau wolverine.

kesimpulannya sapa je yg suka dgn jerebu.. ye dok? tp dlm dok x suka2 tu, bakar gak sampah depan umah... lg kuang ajo, bakar kt halaman blkg umh yg ber awning.. pastu asap masuk umh sebelah! *emo jap!

main point aku xde kaitan sgt ngan jerebu nih.. aku juz nk uar2 kan aktivitas menuras karbon dioksida dengan menambah pokok2 dengan boaanyaknya.. mesti ada yg ckp, "ala nk tanam pokok depan umh pun boleh..." iyer.. tp ko buat ker?? kalau x, tolong diammmmmm...

aktiviti menanam pokok akan berlangsung di belantara kota damansara. malas aku nk citer panjang2.. details here and here.

"Plant-a-Tree for the Planet" is a green event organized by Wild Asia, AMP Radio Networks and its eight radio stations (ERA, MY FM, hitz.fm, MIX fm, LiteFM, SINAR, XFM, THR Raaga) and Friends of Kota Damansara (FOKD). Come join us on June 21st and plant a tree with your favourite radio announcers! Spend a Sunday outdoors with family or friends and support the protection of our green spaces. What's more, the event will be buzzing with fun-filled activities that you just cannot miss!
kot laa ada yg verangan nk tanam pokok ngan abg dj ker, leh ar gi skali.. heuheuheu!!!

Jun 16, 2009

saat terindah pernah kumiliki

owh, 1 lagi lagu 'rakyat' yg jadi siulan aku&sepupu&kwn2 bila nk ambik turn main apa2 jugak permainan adalah lagu 'ushu'. dia cam 1, 2 som gak.. tp ni melibatkan kumpulan yg besar cam 4,5 orang ke atas..

cara main dia, semua berkumpul rapat2 & letak kaki masing2 & sentuh hujung kaki member.. pastu sorang mencangkung & nyanyi lagu smbil tunjuk kt tiap kaki. setiap patah perkataan mewakili 1 kaki.

lebih kurang gini laa.. tp satu kaki je letak

susun kaki camni tp ni tgn. haha!

ushu is order tishu
pls go up and wash the tak igt!! and come back to theeeeee...... *time ni konon nk dramatik laaa... pdhal dh tau sapa yg kena!
school!

selain drpd tu, game yg sll aku 'terpaksa'main ms cuti skolah ngan kazen2 aku yg smua lelaki adalah seperti berikut. *terpaksa sbb aku xde choice. dr aku main sorang2 ngan kucing bek aku join derang..
  1. main getah (ayah belikan getah byk2, ikatkan 10 by10, pehhh mmg sedap melibas time ayus. ni main 2 org pun bleh.. 1 hujung getah ikat kt tiang porch, lg 1 sorang pegang.. hayun!! kalau ada 2 tiang yg dekat, leh main sorang2 gak.. abg aji sker main ni.haha!!)
  2. bola cop
  3. galah panjang kt porch keta
  4. tutup botol
  5. main kad
  6. konda kondi
  7. batu seremban
  8. karem
  9. ping pong *plg ayam aku laaa!
  10. tangkap ikan laga kt parit *tp aku geli bila ikan tu lompat2 kat tapak tangan! eeeee!! pastu aku lepaskan. pastu diorang marah. haha!!! gatal sgt nk pegang sgt!
  11. plg best, basuh taik ayam kt simen and slideeeeeeeee...... *taik nye sikit, tp basuh simen porch seluas 2 keta and naikkan bil air umh abah! selagi mak x tempik, selagi tu x stop! x lencun, x sah~
siyes aku xde pengalaman main kawen2 bwh pokok kecuali kena paksa dengan arwah abah & kazen2 lain duduk kat kusi kusyen sblh kazen yg di'gossip' kan dgn aku, konon cam tgh sanding laaa... yg lawak nye siap di bedak penuh muka & kazen2 aku cam haram wat bunyi kompang ngan mulut! aku rasa cam nk kompang je mulut sekor2. mentang2 aku kecik lg! semuanya semata2 muka kitorang nk dekat sama~ =___=

dan aku jugak xde pengalaman mandi sungai sbb kt sungai balak katanya ada boya! mungkin sbb tu smpi skang aku xreti berenang kot...

ntah apa relevan & motif nya aku tetibe nk citer smua nih?? mungkin sbb bos xde. mungkin sbb aku sangap. atau mungkin aku nk tunjuk gila kuasa sbb dh nama pun belog aku, sukeati aku arr nk tulis ape pongggg....

aku pun tak tau la apsal aku taip semua nih....

masa aku kecik2 dulu, aku ada sorang atuk sedara.. Tok Sulong, tp dia adik nenek aku. pelik gak nape panggil camtu. mebe sbb laki2 pertama kot.. mcm mak laa.. anak no. 3 tp org panggil mak ngah.. ibu lak anak no. 5 tp panggil mak lang. gelaran tu sbb diorang ank pompuan no 2 & 3.. pelik gak family mak aku nih...

tp kitorang cucu2 dia smer panggil dia Tok Kojak sbb pala dia botak & muka dia ala2 cam pelakon Kojak, Telly Salavas tuh.. hehe.. dengan spek itam dia lagi.. puhh... hensem! aku suke bila dia dtg melawat kt umah atuk aku.. xtau asal.. tp mmg best kalau atuk kojak turun kajang..

and aku jugak suke g umh dia kt Tg Rambutan sbb kat salah 1 bilik kt umh dia tu, lantai dia lg tinggi dr lantai lain.. adalah tinggi lutut dak darjah 2.. mmg jd port main lompat2 laa.. tp aku g sekali je.. jauh woooo dulu2 perak ngan kajang nih.. kitorang wat rombongan cik kiah ke sana.. tido brp ari tah.. siap g umh anak dia kt kuarters hospital bahagia.. anak ke menantu dia tah, keje situ. ms g situ, hidung abg tu ada plaster. dia ckp org gila gigit. ntah ye ntah x. mesti dia kelentong aku je tuh..

bebaru ni cucu dia kawen tp aku x g lak.. pdhal kt sekamat jer.. haha!! camne nk kenal sedara camnih??abis laa kena bebel kang.. neway, aku teringat 1 lagu ni..
Ada misai tada janggut itu kucing...
Ada janggut tada misai itu kambing...
Kici2... lembu jaga...
Bila besar... jadi askar...
nenenenenene....( aku dh lupa lirik, itupun kalau ada lg sambungan dia!)
haha! aku rasa dia yg ajar.. kalau bukan tok kojak yg ajar aku, mebe mamak roti yg ajar aku kot sbb lagu tu pun ada unsur2 keindiaan sgt2..

p/s: dulu ayah ada sorang kawan 1 kursus ngan dia.. nama Uncle Jeng. Dia ni melayu tau. Dia berjambang dan bermisai.. lalu pd 1 hari raya 1986, aku & adikku selamba menyanyi kan "Ada janggut ada misai, itu Uncle Jengggggg..." nasib dia bg duit raya gak..

Jun 14, 2009

mungkin nanti aku perlu ke kg kuantan

kelip2 ku sangka api,
kalau api mana puntung nya,
hilang ghaib ku sangka mati,
kalau mati, mana kuburnya....

mlm td aku nampak sekawan besar kelip2 yg membuat aksi2 akrobatik yg sgt mengagumkan! mcm2 formasi dengan pelbagai warna2 meriah. bentuk2 superhero, bunga mawar di dlm balang yg melompat 1 per 1, ada jugak yg buat aksi komet menghempas bumi. sekali tu, ada bentuk buih2 memenuhi langit pekat. sangat2 cantik. sempat rekod guna videocam & kamera.

mmg best sgt2!!! rasa cam malam jangan laa cepat berakhir. aku xtau plak yg kelip2 ada mcm2 warna selain dr kuning... dan pergerakan mereka sgt pantas! ia nya begitu indah.... umpama dlm mimpi...

usai pertunjukan, aku berpaling... dan terlihat bantal. hmmm?

aku bermimpi lg rupanya... tgk jam, masih awal.. aku menyambung tido lg & melakar mimpi yg lain pula..

Jun 13, 2009

bak kata Rashid Sibir, "bolehlaaa.. dari tak ada..."

orang lain g bercuti, aku lak takat mimpi g bercuti aje~

nama pun dalam mimpi, haruslaaa indah belaka kan..... cantik toksah kata laaa tempat tu.. happening.. makanan pun meriah, tp sedap ke x tak sempat lak nk merasa... sbb ada drama plak tetibe.. rasa cam jadi hero lak masa tuh..

bila terjaga, semua hilang. sikit demi sikit... perlahan aku pujuk diri sendiri.
takpe.. rezeki ada di mana2.
kalau nasib baik, bertemu juga.
thn lps kan dah bercuti?
simpan aje duit yg ada, utk belanja kawen nanti.

Jun 11, 2009

apa benda aku nak beli niiiii???!!! *tarik2 rambut

"what kind of gift would you like to give? do you want them to remember you, or the gift?"
soalan cepucemas ni diajukan oleh seorang colleague aku tp bukan kepada aku tp kat sorang member aku ni yg dok pening pikir hadiah apa yg dia nk bg kat bakal kakak ipar dia sempena besday dinner wiken nih... mcm2 idea kitorang bagi, adaaaaa je yg dia bantah!

bila pikir2 balik, hmmm kalau aku lah kan, hofkos la nk dia ingat kt aku... so dat bila dia tengok hadiah tu dia ingat kat aku. org lain aku xtau la kan, tp agak kesentapan laa sket kalau ada org tunjuk 1 barang kat kita & x sedar langsung yg sebenarnya kita yg bg kat dia. lagi sentap kalau dia ckp ORANG LAIN yg bagi. hadoiiiyai~

yelaa.. kalau artis ke socialite ke org2 pemes ke.. mebe la kot seksa nk ingat ni dari sape.. itu dari sapa.. maklum ler byk bebenau hadiah nya.. aku xpernah kawan ngan artis *eh ada, tp xpernah bg gift. haha!! so xde lg kot kwn2 aku yg dpt hadiah berdozen2 sampai xcam menda alah tu dari polan yg mana..

stgh org sampai saiko2 nk cari hadiah nyer pasal. sudahnya, nan ado!~ kekeke.. relaks.. pd aku, biarla ikhlas dr hati. ada orang kata, even bg batu pun, kalau betul ikhlas, sampai bila2 pun dia akan simpan!

and yes, aku pernah dpt batu & aku mmg simpan sampai skrg.

Jun 10, 2009

jeling la.. lama2 juling baru tau...

kenapa bila timbul rasa cemburu, mesti ada rasa nk jeling2 ehh? haha! abaikan.. aku saje je nk relate kan ngan title tu..

selalu sgt kita dengar, "cemburu tanda sayang".

atau... ".... bukan kasih namanya jika hati tak pernah merindu & cemburu..." hmmm relevan lagi kah?? (kalau dia jeles org lain lebih dari dia, takkan sbb dia syg kot.. haha!)

ada stgh2 orang dia xreti / x mau tunjuk dia rindu/cemburu atas sebab2 yg dia sorang aje faham. and ada stgh2 jugak seboleh2 nk tunjuk pada dunia betapa dia rindu/cemburu.

aku penah terbaca kat mana ntah x ingat.. katanya (lebih kurang gini laa), "cemburu itu manis sebenarnya. adakalanya, iya.. kita rimas tp sebenarnya it shows that u're actually care for me, even though u may not love me." ini hofkos dlm konteks kasih syg & bukannya dlm konteks life survival. maaf, teknik kawalan cemburu tidak akan dihuraikan di sini.

adakah selepas ni anda akan mengontrol cemburu anda atau let it loose a little so dat si dia tau yang anda sebenarnya ambik berat... *peh, aku rasa cam penulis Cosmo la plak...

makan itu nikmat

finally dpt gak mkn asam pedas mlm td.
aku amik asam pedas ikan sembilang.
kenyang smpi tido x bgn sahur.
thanx!

Jun 8, 2009

oiii sakit oii.. oii sakit oii..

tetiba aku gelak sorang2 bila teringat 1 insiden yg berlaku smlm. siyes laa aku ssh nk benti ketawa bila teringat kan insiden tu. samaada teringat sejurus lps insiden atau waaaaaaaay long after the insiden, cth: harini. skrg pun aku leh ketawa tetiba.

jap, nk gelak.. ROFL!!

oke, smlm aku g alamanda. saje jln2 cr aircond. panas kan smlm... parking punya laaa full! smpi kan rooftop pun full siot. xpernah2 dpt parking kat area2 parkson yg dekat ngan jln keluar tuh.. so, bila dh park situ, haruslaa turun bawah naik lif. escalator jauh sket. malas.

and pesssstaim jugak berjalan dr keta ke lif berbondong2 dgn family org lain. sll kan alah plg2 pun 1,2 keta je saing sama2.. ini, haaa 3,4 kot... makanya, penuh laa lif tersebut.

aku antara yg terawal, so aku masuk dlm siap2. dpt la sandar kt dinding. tiba2 aku terdengar.. (adui aku nk ketawa lagi!)

"oiii sakit oii.. oii sakit oii.." ada suara budak yg cam mengerang x mengerang sgt laa.. semua cam tercari2 mana dtgnya. termasuk aku.

aku toleh kanan (kiri xleh sbb dh dinding) maka ternampak laa seorang budak lelaki anggaran umo dlm 8 thn kot.. yg masih mengulang2 dialog yg sama. "oiii sakit oii.. oii sakit oii.."

sorang pun wat taktau kat dia. igt dia gurau2.. tp aku tgk lg.. dia berdiri in between abg dia (kt blkg) and sorang kakak yg baya2 aku yg tgh dukung budak. korang faham kan bila aku citer ramai masuk lif td means lif penuh kannn...

kakak ni, dia pakai beg sandang blkg. andddd dia nyer beg betul-betulllll kt muka budak tu! jd korang bygkan laaa betapa seksanya adik tuh terhimpit antara abang dia & beg kakak tuh! abg dia bukan nya tlg pun.. mmg mulut dia betul2 cium beg kakak tu lah..

nasib baik kakak tu sedar & ckp,"ehh sori sori.. lupa lak pakai beg!"

org2 dlm lif tu smer gelak laaa sket.. smer stok cover baekkk nyer. aku lagilaaa.. sebelah je! xkan nk gelakkan gile2 kt situ walau hakikatnya mmg aku nk ketawa dekah2nyer kat dia!

kuar2 lif je, saki baki ketawa aku keluar gak laa sket2. tp aku pastikan aku dh jauh dr budak td. siyes aku xleh pandang muka dia wei.. & dialog tu masih terngiang2 kat telinga aku... hingga kini.. yg membuatkan aku gelak balik tiap kali teringat.. sorry dik!

"oiii sakit oii.. oii sakit oii.."

kenapala aku x cuti hari ni?

ya ampun sangap nyer haku arini.. (baru aje aku taip ayat ni tetibe anak boss skype nk bg keje lak~ tp sket je request dia.. takat mintak file jer.. siap dh pun.)

kalau harini bz cam hari2 biasa, xde la terasa sgt masa berjalan. tau2 "ehh dh kol 5? bila kol 3??!!" sgt xsedar oke.. wahh terasa cam pekerja contoh lak kejap. kejap je laa...

sll nya hari isnin adalah jam bekerja yg plg sekejap skali. org lain hari jumaat kannn.. faham2 je la.. tp aku isnin, sbb jumaat lunch hour sama cam hari2 lain. kenapa hari isnin??

sbb tiap isnin ada weekly meeting kol 10. paling2 bangsat 1jam dok dlm bilik meeting. kalau xcukup korum, stgh jam dh setel. kalau smer ada & mcm2 lak yg nk diapdet, smpi sejam stgh~ sdgkan aku nyer update setakat 2,3 minit jer... sangap dowh dok dlm tu lama2.

bila dh abis meeting, bukannya terus wat keje. tp g kejar facebook, blog, online paper yg ditinggalkan tadi. tot tet tot tet, dh kol 12.. lunch hour. lps lunch laa gamaknya baru start wat keje. tp kalau aku rajin, usai meeting, trus zasssss wat keje.

tp arini bos aku cuti. so xde la meeting. extra 1 hour dah.. tambah lak keje aku pending kat pihak lain, extra lg 7 hours. hoh!!!

sket2 tgk jam. sket2 tgk jam. sabar...sabar... lg 7 jam lebih jer.. jenuh otak aku mikio ape laa aku nk wat arini.. nk buat cover story article, gambar x complete lg.. nk wat cover magazine, gambar latest si megan fox belum sampai2 lg. kalau laa terpaksa gak guna gambar yg al-super buruks itu, makanya peminat2 megan fox pasni mungkin akan membakar majalah yg aku buat nih.. terpaksa la aku wat extreme make over kt gambar tuh... *siapa cakap megan fox sentiasa cantik depan kamera??? emo tetibe..

and aku arini terasa nak list kan makanan2 yg teringin aku nak bedal.. tetiba! biasalaa nafsu menguasai segala. opppp... jap2.. check wallet.. hmm nampak nya kuasa ringgit mengatasi nafsu skang nih.. ~___~

tp untuk tujuan verangan + isi masa lapang, aku nk listkan jugak!
  1. big apple donat - nak alien!!
  2. secret recipe - da lama x order spagetti meatball
  3. kfc - walau pedas tp sedap!
  4. tomyam + ns putih + telur dadar kosong
  5. chipsmore & biskut tiger cecah teh o panas
  6. rendang daging
  7. choco butter cake - aku terkesima lepas ternampak kt blog orang!! lantas kepala aku tergeleng2 melihatnya sambil berdoa semoga diberi kekuatan utk membaking semula 1 hari nanti. inilah dia yg akan aku buat!!!
  8. dan craving terbesar aku adalah ASAM PEDAS!!!!
list akan bertambah bila idea mari lg...

punya la sangap sampai aku wat Ujian AQIDAH kat facebook! =__=' hoi leh thn gak sshnya.. kalau korang terer korang buatlaaa... itupun kalau korang free cam aku.. huhu!!

Jun 5, 2009

bila mimpi jadi realiti?

mlm td aku mimpi, ada org call aku... aku x igt dia pomot ape tp smthg to do with environment gak laa...

bila aku ckp, "no thank u" (sbb aku da tade duit ms tuh)
dia terus ckp, "but u're an environmentalist rite?" erk! cam tau2 lak dia.. tp xde la aktif bebenor... wat mana yg larat jer..
tp aku determined giler jwb, "sokay.. sokay.. thanx neway.." gile berhemah & sopan santun lg. haha!

pelik gak, nape dpt mimpi camtu.. mmg cam real. punyala asyik masyuk dlm alam mimpi smpi bgn pun lewat. huhu! bila bgn pg td, aku konfius, "harini ari apa arrr?? jumaat ke sabtu?" gile lost wey!!

bila masuk opis lambat tp nasib bos xde, baru aku ter fikir relevannya mimpi tuh.. rupa2nya, harini adalah WORLD ENVIRONMENT DAY la babe... kekeke.. sampai masuk ke mimpi marketing plan diorang eh..

so utk semua2, Selamat Hari Alam Sekitar. peliharalah alam sekitar kita. jgn sampai Incik Karam Singh Walia buat lawatan mengejut ke kawasan anda. di samping muka glemer masuk buletin utama, anda juga akan mendapat saman kompaun dr majlis bandaran/daerah anda. *oke yg ni aku reka! tp masuk tv tu ada harapan la sket.. pandai2 la nyelit muka in between dia angkat2 tgn tuh.. kekekeke...

sayangi bumi kita. muahss!! pekata korang share2 sket tips korang utk menyelamatkan bumi? * dh mcm gaban lak rasa~

Jun 3, 2009

khenapha harrr??

Apakah yg terjadi apabila hidung anda tersumbat disertai cairan & rasa geli2an dlm hidung yg memaksa anda menutup mata & bersin? Pilih mana yg berkenaan.

  • deria bau & rasa terbatas
  • nk bernafas susah
  • suara sengau
  • mata sembab
  • hidung merah & ada harapan melecet sbb asyik lap ngan tisu
  • gatal+geli2 pada tekak
  • nafsu makan terbantut sbb rasa mcm xleh bernafas bila nk telan mknn dgn rasa stuffy kt hidung
  • semua di atas

tp apsal aku asyik rasa nk makan har?? makan roti rasa cam makan span.. mkn nasi cam makan pasir. sambil menguyah aku terfikir, kalau lah boleh bernafas melalui telinga....

kesian... kesian... kesian tu leh bg org kenyang x?

aku jawab: boleh! kalau dia hulur mknn skali.. bila makan, kenyang la..

smlm tgk 1 rancangan tv popular. katanya, "kenapa semua org xsuka dirinya di simpati (being symphatize) org lain? aku suka simpati.. ia menunjukkan yg org lain prihatin kat kita." *ampunkan translation yg hazab iteww Sapa yg tgk, tau laa rancangan ape yg aku tgk tuh. hehe..

Simpati: xyah la nk explain apa maksudnya.. budak darjah 6 pun tau ape dia..

pd aku la.. org yg x suka simpati org adalah org yg xmau dirinya dilihat lemah oleh org lain. mebe bila org x lihat dia sbg lemah, makanya dia akan lebih berdaya saing, lebih gigih & tabah. sort of SELF-MOTIVATION. itu kalau org tu berfikiran positif.

kalau negatif lak? xnak org simpati kt ko, konon xkan dtgkan apa2 faedah. nk usaha sendiri tanpa bantuan org lain.. sudahnya, menyusahkan org lain jugak.. itu ego namanya... semorang ada ego.. nk / x nak ngaku je. *ops, lari topik!

tp ada gak yg terima simpati org utk kekuatan diri.. x kurang gak yg suka meraih simpati org.

xkisah la mana2 pun, cuma jgn la kita terus2an meratapi nasib diri tanpa berbuat apa2. hari2 mengeluh. itu x kena. ini x kena. mmg dgn berkongsi masalah dgn org lain, x byk, sikit leh kurangkan beban. tp kan ke lg best kalau pikirkan solution skali..

pergh! boringnye entry aku~ aku nk ckp psl benda lain sbnrnya.. tp nnt2 je laa. =___='

Jun 2, 2009

aku perlu kamu

ok geng.. aku perlukan sokongan kalian...

nope, aku bukan nk masuk pilihanraya ke pebenda ker.. so NOT haku keyh...

juz nk ajak korang ber charity sket. alah, sng jer.. *xkan nk tggu bln puasa baru nk derma kot..

tayah la risau psl duit tuh.. korang cuma perlu KLIK SAJE sbg tanda sokongan, & Digi akan donate RM5 bg setiap klik. xsemestinya korang kena guna line Digi baru leh klik.. humanity x kenal line tepon apa korang guna, okeyh...

benda ni cuma utk sebulan je. & Digi aim utk kompolkan 30k. setakat mlm td, baru dpt 18k. aku xsure dh berapa lama benda ni berjalan, tp aku je baru found out.

N korang cuma boleh klik SEKALI saje.. either vote as individual, or as a group. aku dah create 1 group utk vote for MAKNA.

kenapa aku pilih MAKNA? eh sukeati aku la kan? hehe... xdela.. aku juz terfikir, camne la plak kalau AKU yg kena kanser & tade duit utk wat treatment? *touch wood. mintak simpanggggg.. ada gak foundation2 lain cam AIDS, kidney, hospis, ijn, & ada byk lg yg korang bleh pilih. ada 3 kategori: Health, Social & Nature.

see, x susah kan? register & klik for vote. kalau nk join group aku, sila klik badge di sebelah. kalau xmo, leh g kat sini utk create group sniri or vote as individual.. kalau xnak, xpe.. xpaksa.. but sila la spread the love eh... ;)

hmm aku rasa aku nk wat lg 1 group la.. guna la email lain lak utk register~ hehe... pekata amik nature plak.. global warming semakin menular skang nih... xleh wat byk, wat sikit pun jadi ler..

JOM! JOM!
group name: love@MAKNA


group name: iSpy2Save@GEC