Sep 30, 2009

ehh tak terasa nk nyanyi lagu Ruffedge pun lah~

lagu mana? lagu nih.. "marilah bergoyang...." *ulang sampai penat.
mungkin lagu paling sesuai: Sway by Michael Buble. hehe..

ok, kata kunci pada hari ini ialah GOYANG.
seperti yang dijangka, status di facebook kebanyakan rakyat malaysia & mungkin jugak di indonesia lebih kurang sama... "terasa gegar lah.." "goyang2 wei..." dan yg sewaktu dengannya..

jam menunjukkan pukul 6++. aku tgh gigih kejar deadline. org HQ menunggu2.
Wili kat pantry plak dok gigih menapau donut KK.
tetibe dia menjerit. AAHHHHH!!
aku plak terasa cam debar semacam. isk, apesal nih?
kerusi aku bergoyang kiri-kanan. tapi sloooooow aje.
ahh sudah!
mcm yg aku penah rasa je nih...

aku berdiri cecepat, n tanya Zam. "wey, rasa x??" dia geleng.
aku toleh kat Heidzir plak.. "ada x?"
dia mengangguk laju.
aku soh Heidzir tanya bos.
bos pun rasa. skang semua orang dh rasa!
bagus! so aku tak mabuk.
tp yg x bagusnya, bangunan bergoyang2.
kali ni lebih lama dr yg dulu.
bayangkan anda di tingkat 12. apa anda rasa?
mcm2 benda negatif terpapar kat layar transparent otak aku mcm slideshow powerpoint.
kaki aku terasa sedikit lembik. menggeletar pun ada.
Wili keluar pantry.. "Ada semut....~"
=___= itu yg ko jeritkan tadi ker, pompuan??

setelah berbincang ala kadar, kami bergegas keluar.
sebelum tu aku sempat save keje yg aku buat td, tutup Firefox & Windows Explorer.
tapi x dan nk off pc.
semua orang menuju ke lif.
gile kan? bangunan bergoyang, n kitorang turun guna lif!

teringat kisah 2,3 thn lps.. same story.
cuma ia terjadi before lunch hour.
semua, maksud aku SATU BUILDING turun guna tangga.
masa tu bos yg skang ni xde sini. *dia lum jd bos aku.hehe..
bos yg dulu tu, dia yg awal2 kuar bilik dia n soh kitorang kuar bangunan.
tgh kecoh2 kt opis, kitorang berdegar2 g tangga.
bersesak2 dgn orang ramai. 13 tingkat je in total. 1 tingkat ada 2 unit pejabat.
tapi, tetappp lenguh kaki hokeyyyyy... siyes.
mula2 mmg la semangat turun tangga.. bila smpi tingkat 6, kaki dh mula cramp. ehh bukan 6.. 8! seksa gile nk smpi bawah!!
dh la tangga tu sempit~
sampai2 je bawah, pintu lif pun terbukak jugak..
sapa yg keluar?
bos!!!
cissssss! dia yg soh kita turun tangga.. dia lak lek2 je guna lif.
alasan dia: tangga penuh sgt org.. =___='

so tadi, lepas lebih kurang 5-10 minit kt luar bangunan, bos & staf lain decide nk naik balik. rasanya xde apa2 kot.
tapi aku masih diulit paranoia.
so aku nk balik!
walaupun jam masih belum cecah kol 6.30pm.
kaki masih lembik2 lg sket2. *lg 1 aku nk blk cepat! haha!
bos pun ckp, ok la xpe.. so, hehe... ca alip but je laaa..
aku sempat panggil Zam sat..
"tolong off kan pc~ hehe.."

di tepi2 jalan kat wisma yow chuan & city square, kelihatan sekumpulan manusia & pekerja kontrak sedang berkumpul2.
aku bet diorang mesti rasa yg sama.

balik rumah, aku citer kat ibu.
dia cakap, "haaa ibu pun rasa gak tadi. ibu kat atas katil kat bilik. sekali rasa cam goyang2. ibu ingatkan ada HANTU."

ya ampunnnnnnnn.....

tukar angin same ke ngan buang angin?

lately ni ntah apesal aku asyik terasa-rasa cam penat..
dah lama sgt bersabar.
rasa cam selama ni aku x ke mana2. x ke depan. x jugak ke belakang.
aku xpasti ape sebenarnya peranan aku.. apa value aku.. kat mana letaknya aku..
ini ke harga yg perlu dibayar hanya utk menjadi 'setia'?
sampai bila nak bertapak kat comfort zone?
comfort zone tu xkan selamanya selesa..
mcm tapak kasut.
mula2 mmg selesa..
lama2, haus jugak...

mungkin aku perlu luaskan radius, panjangkan antenna.
it's time for me to MOVE ON.

Sep 25, 2009

STICKY-LEKIT2-MODE: gema takbir di pagi raya....

biasa la kalau dh melekit mesti lambat sket nk tanggal kan? so utk entry2 baru, scroll down okeh.. ;p


pd yg aku x dpt tag kat fb tu sori sgt2 sbb dia kasi tag 50 org je..
aku ni kan byk wat salah kt org.. so agak sedar diri la untuk mintak maaf kat semua2 yg ada..

jadiknye utk rerakan seblogger & penyinggah tetap & separa tetap ataupun kebetulan je tiba ke blog pemalas ini, aku nk sampaikan ucap salam penuh kasih mesra lagi berbaloi2 utk korang.

di hari yg mulia itu marilah kita bekerjasama melayan tetamu yang hadir bersama senyuman di bibir walau pinggang terasa nak patah!

tidak dilupakan genggaman erat memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap yg telah lalu & yg bakal tiba kejap2 lg.. huhu! in advanced gituss..

di akhiran ini, semoga anda2 semua tidak menggigil2 tangan menyelok poket mencari2 'sampul gembira' buat adik2 & anak2 yang sengih nya selebar meja kopi.

dengan linangan air mata, kuucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI 4U2C!!"

Sep 20, 2009

Satu waktu dulu, aku sukeee sgt2 main mercun.

Makcik aku - Mak Teh dulu keje kt kilang mercun kat Balakong.
so bulan puasa je kitorang mmg kenyang main mercun la..
Dh la ms tu dok kt kg.. xde lampu jalan. Eh, ada kot tp jauh sket dr umh. So jalan dpn umah tu mmg gelap gelita.
Abg Aji & Abg Emi suke sgt2 baling mercun pop kat basikal / moto yg lalu lalang. heheh, mcm setan perangai. tp sll diorang aim kwn2 diorang je..
Kalau ada mercun papan, alaa yg org cina sll bakar ms raya diorang tu.. Pakcik aku - Cik Ros akan gantung kat dahan pokok rambutan kt depan umh dia, n kitorang bakor! mmg pekak telinga sekejap dibuatnya..

Itu dulu. Masa zaman membesar kt kg. *Kg laa sangattt..

Bila dok kt umah skang ni, jgn harap laaa nk dpt main mercun. kalau dpt main bunga api pun dh kira sukurrrrrr sgt2. Sampai aku dh lupa dh berapa lama x main mercun~

Tahun lepas, balik dr berbuka kt kg baru, budak2 opis aku sebok soh benti *derang tumpang keta aku. Rupa2nya nk singgah beli mercun. Memula aku tunggu kt keta je, tp lelama aku pun terjebak!

Tp ai tell yu, mercun tu elokkkk lg berbungkus kt dlm plastik kt bilik aku nih. Cuma bunga api je dh guna sepeket 2. Yg lenlain x terusik. Apsal tah, mood nk main mercun cam dh hilang. Atau mebe umh aku xde budak2 kecik kot...

Well, itu cerita tahun lepas. Tahun ni, entah kenapa aku jd gile2 emo bila aku dpt tau org main mercun. Budak2 opis yg tumpang keta nak benti beli mercun, mmg harapan je laa.. haha! Bukan nye aku jeles sbb x dpt main. Tapi, tah la.. Terutama bila baca je paper bulan puasa, adaaaaaaaa je kes budak beraya kt spital sbb main mercun.

Bukan thn lps xde kes yg sama. Lupa ke? Haih.. Tapi tu la.. Benda ni dh meresap jd budaya org Melayu sebenarnya.. Asal nk raya, mesti nk ada mercun. Cam org Cina... *time raya cine xde lak aku baca paper ada budak cina masuk wad sbb jari putus kena mercun.. ke sbb aku x baca sin chew jit poh / nan yang siang pau?

Selagi x kena kat batang hidung sendiri, selagi tu la diorang xkan stop.

Boleh laaaa nk ckp, "alahhh bukannya main mercun buatan sendiri pun..". "Main la elok2." Semua org ckp camtu kottt.. Belum kena, leh laa ckp camtu. Cuma kalau dh kena se das, tgk leh ckp ke x? ke.... leh meraung je?

ada gak budak yg tgh jln kat bazaar ramadhan cedera kena mercun yg dibaling oleh orang lain~ sian dowwww... x pepasal kena. tu yg kekadang aku rasa cam sajeee je nk langgar meja org yg jual mercun tuh..

x campur lg kes yg baling mercun DALAM LIF. habis terbakar lif tuh. aku xtau laa celah mata otak dia tersorok.. ape gile ke baling dlm lif? kalau terbakar kondo tu, camne? kalau dia dok kt dlm kondo tu, x pikir ke mak ayah ada kt atas nu? tu la dia.. terlebih kreatif sgt smpi otak pun retarded..

Lg best, org kt surau tgh azan nih... dia dok pumpang! pumpang! oklaaa aku faham, budak kecik, apa dia tau.. abih tu, mak ayah yg dok perati or kt dlm rumah (sll baca kt paper, mak ayah mesti ada dlm rumah time ank main mercun kt luar) xkan xleh soh ank tu stop.... hormat la sket, sedara.. xnak hormat kt jiran2, hormat la sket kat azan tuh..

akhirun kalam, sila laa jamu mata dgn pemandangan yang mungkin akan terjadi kt kita 1 hari nanti kalau terus2an dgn sikap ignorance, degil & rasa best bila pegang mercun. aku x heran kalau lg 10 tahun, kita kena tambah bilangan tapak parking utk golongan disable. ohh dan toilet juga.

bukan mendoakan, sekadar mengingatkan..

Muhammad Nur Sufian, 6, putus tiga jari kiri akibat terkena mercun berhampiran rumahnya di Kampung Simpang Tok Ku Chabang Tiga, Terengganu


MUKA Mohd Zulkifli melecur akibat terkena letupan meriam tanah buatan sendiri ketika bermain bersama rakan di Kampung Cherang Batang, Jertih, Terengganu

MOHD KAMAL cedera di mata, pipi dan bibir menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar

nk lagi best, korang leh gugel: 'Tragedi Mercun Bright Sparklers, Sg Buluh (Mei 1991)'

aku pun nk jd ignorant gak la.. "hmph sukati korang laaa tgn koranggggggg..."

Sep 17, 2009

STRESS

lg nak raya ni makin stress plak rasanya..

bukan aje psl hal2 kat rumah, tp dgn hal2 di kantor jugak~ time tgh ligat mengejar deadline, yang lain pulak datang bertandang skali.. hadoih.. berkerut2 dahi aku tgk keje yang makin bertindan2 ni. *ok aku nk start bebel psl keje. kalau malas baca sila scroll laju2.

semuanya nak urgent! urgent! urgent! bonus xde lak nk urgent kan ehhh?

camne nak bahagi2kan tugas kalau setiap member dlm designer team ada deadline masing2..
nak pass kt sapa lg keje tu? nak x nak, kena la tadahkan jugak...
nk mock up 18hb, final design 24hb which kitorang pasti requestor x tolak cuti raya.. *tepuk dahi.
aku sendiri ada deadline yg tahap xleh ampunnya 30hb ni.
x leh ampun meaning, xleh lambat submit design sbb ia merupakan event terbesar skali.
kalau thn2 lepas, design kacang2 je aku bg sbb takat alter dr previous year punya.
skali ms meeting aritu bos ckp, "this time we give a NEW look la.. hoh?" wafetakkk!!! sempat ke otak aku beroperasi?? dgn mood cuti raya nya, nk fikir design baru lg... mesti nk hantar plg cikai 2 design berbeza... aku plak cuti raya seminggu.. maknanya aku ada 5 hari je lg?? kang ada yg kena dtg keje time cuti kang ni... ahhh!!!!

aku perlukan sesuatu!!



PLING!!!!


kan best kalau tetibe benda alah ni muncul depan mata tetiba. *ingat ko dlm iklan O-gawa???!!

aku mmg dh lama berangan nk massager Ogawa. dulu2 ms zaman x sedar diri nak kusi urut dia. *xsedar diri tu x mampu nak membayor~ skang ni cam sedar sket2 laa.. so aku downgrade kan sket.... dr kusi urut, aku beralih ke pengurut mata. heheh..

aku kalau stress mmg byk kerut kat kening. *abislaa kedut dahi ai! kadang2 sampai aku terpaksa tepuk2 kat situ nk kasi lega.. skang ni pun tgh dok kerut2 ni.. erm, itu kira termasuk area mata la gak kannn... campur silau skrin monitor lg. dh la aku ni mmg ada astig.. *nak jugakk justify konon mmg nk kena beli nih... =__='

dengan adanya promosi Ogawa ni, aku rasa inila masa yang dinanti2kan. sebabnya, kalau dgn harga asal dia... mmg takkkkk laa aku nk beli wey... aku malas nk tanya kaler apa yg cantik sbb for sure jawapan korang smer bias kan... memasing kan ada citarasa & warna feveret sendiri kan.. so, aku ikut mana stok yg ada je nnt. *ceh, cam nk g beli esok je gaya...

dekat 75 persen kooooo.... bile lg weyyyy.... aku rasa nnt kismes / raya cine kang ada la kot promosi camni.. tp x pasti la produk yg sama atau x..

apa? deepavali? oh sy x kerja ngan Ogawa, cik.. maaf yer..

Sep 14, 2009

ada jugak yang x suka beraya ekkk....

adakah sbb aku belum kawen maka aku xlayak nk nasihat kt org yg dh kawen??
kalau jawapannya YA, maka silala tekan Alt+F4 secara serentak.
kalau jawapannya APE SALAHNYE, then bleh laa teruskan baca *kalau nak

umum diketahui ada stgh2 lelaki mmg pemalasssss ya amat nak prepare utk raya. mana yg dh kawen tu, serah segala2nya kat bini. dia ikut jer..
itu ok la lagi.

tapi camne kalau ada yg malas nk beraya sampai bini nk beli kuih raya pun cakap "tak payah.. bukan ada org nk dtg rumah.." baju raya? "alah... pakai sekali je masa raya 1st. xyah laaa.."
meleleh air mata bini kenangkan nasib.

kalau camtu, apa ertinya HARI RAYA dlm kehidupan seorang lelaki ini? dh puasa sebulan, seharusnya kita raikan dgn gembira. x salah nak berjimat.. tp xkan la kuih raya sebalang pun xnak beli? katakan laa konon yakin bebenau xde org dtg beraya.. tetibe raya ke-15 tgh sedap2 tgk tv kt umh, tetiba ada plak org bg salam... nak beraya. nk hidang apa? biskut hap seng?

bukanlaaa nk kata kita raya ni MESTI ADA baju raya, kuih raya, langsir raya, kasut raya segala.. cuma, kalau mampu.. apa salahnya sediakan apa yg terdaya...

aku xnak sentuh psl golongan yg x mampu dr segi material.. sbb kita faham keadaan dia. tp kalau jenis yg ada keta, ada umh wlaupun sewa, ada pekerjaan tetap walaupun gaji kekadang miss, agak kurang logik kalau nk kata 'x mampu nk sediakan sedikit persediaan'. xnak sedia utk diri sendiri, ok fine.. anak bini?? bukan ke di bwh tanggungan anda?

cuba la sesekali selam sket perasaan sang isteri.
bukan ke dlm perkahwinan tu sendiri menuntut tolak ansur, sesuaikan diri antara 1 sama lain, communication, etc?
jgn la harap isteri je faham suami tapi suami wat dekk je kat isteri as if isteri tu sekadar robot yg menurut perintah.

juz my 2 cents. lgpun, kan ini blog aku yg empunya...?

Sep 13, 2009

Budak Dodol

dedulu masa kekecik aku xberapa suka sgt.
ntah.. cam susah je nak makan... liat semacammm jek..
biasanya dodol ni org hidang masa hari raya, kan? tp aku rasa kat stgh2 tmpt, dodol ni dh mcm kudapan harian dh.

pernah masak dodol? lama kan...?
aku xpernah. tgk pun x pernah.
smlm kat prima saujana ada event kacau dodol. mak ajak g tgk sbb abg ipar jd salah sorang tukang kacau dodol. konon nk gerak kol 10. tp aku ter lama lak kt bilik air. huhu! kol 10++ baru gerak. sampai2 sana, kak long dh kacau2 basuh kawah dah.. haha!

rupa2nya diorang dh habis dah... tp ada gak kawah2 lain yg dok gigih mengacau lg. kaklong ckp, diorang start plg lmbt, diorang laa yg plg cepat masak, n diorang laa yg paling menjadi. kental siot.. x lembik lgsg.. sekali tarik je putus! ni baru bestttt....

tp tu laa... x dan nak bahagi2 kat org, ramai yg dh serbu amik. ptt nya kumpul2 dulu ngan group2 lain baru start bahagi. tp org ramai dh x nyabor agaknye.. terus amik. ceh~ tp xpe, mak ckp Rabu ni nak wat lg kat rumah! yeay!!

tp sempat gak laa selamatkan 1 tupperware kecik. belasah kat situ gak.
aku ingatkan org tua je sker mkn dodol.
budak kecik pun suke!! ada 4 budak kenit yg suke nauuu mkn dodol babah dia. dlm dok main2 kat situ, kejap2 lari kat meja ambik dodol.
yg plg kelakar, yg plg kenit tu laa... dlm mulut x habis kunyah lagi, tangan dh seronok tarik2 dodol. hihi~ comel!!!


video

3 peminat dodol yg kenit & budak besar yg xsker dodol. haha!
alia, mirul, aisyah & irfan

Sep 11, 2009

dam dam dum bunyi mercun

kanak2 datang berduyun-duyun..
ehh betul ke? cam salah jer...

haa...
selamat hari raya semua!! ehh, awal nye bg ucapan raya?
haaa... sebabnya aku dh start raya dh arini.. hadoih... harap2 bleh la setel b4 raya kang..
korang ada yg dh raya dh ke? ke aku sorang je??
tapi xpela.. aku postpone dulu celebration raya aku ni dulu..
nk kasi sama ngan org lain dulu.. baru syok raya ramai2~

camne persiapan raya korang? setel dah??
aku baru dlm 40% kot... baju baru siap 2.
kasut dh ada. tp terasa nk beli sandal la plak.. sebab aritu aku beli kasut covered.. huhu!
kalau byk kuar-masuk umh org utk beraya aku prefer sandal je sbb sekali sauk leh terus jalan~
tudung x carik lg nih... hadoi... poning makcik!
rumah pun x abih komeh laie~' tenaga2 buruh' kat melaka nun pandai lak pilih nk blk umh bila dh dekat2 raya. wiken ni patah laaa pinggang den ni haa...

ada gak baju yg tailor lom call2 lg.. haih.. baju2 tu laa yg aku nk pakai time raya sbb baju kurung biasa & simple2 je. kalau baju2 moden ni aku biasa nya pakai time g kenduri je. hehe..

aku x macam org lain yg melaram ngan baju raya bling2 di pg raya.. sbb nya raya pertama aku sgt2 lah hectic nya. org dtg x putus2 n keje aku sok sinsing lengan jer.. *bukan bergaduh, tp dok dapur je hoccay~ mmg sgt2 penat & adalah sgt2 rugi kalau aku pakai baju raya yg santek2.

kdg2 aku pakai baju keje je. ahh org bukan tau. diorang x 1 opis ngan aku... ;p
kdg2 nk salam cium tangan mak ayah pun kena tunggu MALAM oke.. pg2 lg dh ada org dtg, xkan nk soh diorang tunggu luar dulu kenn? "tunggu jap ehh.. kitorang nak bermaaf-maafan dulu nih..."
amik family portrait? lg laaa nan ado!

dedulu masa arwah atuk ada, kitorang pg raya mmg serbu umh dia dulu.. berkompol smua kat sana. kalau nasib baik, semua 13 adik badik mak ada skali. pastu bergambar ramai2 kat tangga luar. sbb kt situ je muat. haha!
kol 11, 12 tgh ari dh g town kajang lawat 'sedara' lg 1 iaitu 'Tokyo Photo'. amik family portrait kat situ lak. heheh..
tradisi tu stop lps atuk meninggal thn 2002 kot. sbb thn tu atuk meninggal masa pg raya.
sejak tu mmg kitorang raya kat umh jer. ;(

.............
....................

tetibe aku hilang idea nk tulis ape.

Sep 6, 2009

slot akasia

kata orang hidup bagaikan dlm drama.
atau lebih hebat lg, fairy tale.
mungkin itu hidup org lain, bukan aku.
drama ada episod bersambung2.
indah bahagia melantun2.
kejutan demi kejutan mencipta letusan.

anak dara pulang ke kampung halaman setelah sekian lama.
ibu bapa suarakan kerisauan.
saudara mara bertanya2.
lantas anak yang penat melayan cuma mampu menyerah segala2nya
apa yg terbaik di mata mereka
dia sekadar mengikut kata
persetankan apa bicara jiwa
pedulikan reaksi teman
andai lukisan x seindah lakaran
dia sekadar berharap ada sinar bahagia di hujung jalan.

tipikal drama?

Sep 4, 2009

coba kau coba.. renung ke mata aku

...dan kau akan melihat,
ini je yg mampu dipersembahkan dulu.

nk kata sneak preview pun bleh..
ini rasanya hanya sebahagian yg aku nak ceritakan sejak minggu lepas tapi x kesampaian lantaran bebanan keje yg sgt menyesakkan jiwa.
nk pk karangan, gmbr, video.. yes, this time ada video. heheh.

jadi, tungguuuuuu... *kalau nak la..

apakah yang mereka rebutkan sebenarnya?


skodengkah?


sedap & lazat berkhasiat