Showing posts with label memandu. Show all posts
Showing posts with label memandu. Show all posts

Jan 29, 2010

MC juga tak seerti 'macam cunnnn'

sambung balik previous entry..

KUNCI~!

Aku dah half way nak sampai rumah, baru aku teringat yang aku tak ada kunci rumah!

Pagi tu aku bagi kat adik kunci aku sebab dia terlupa bawak dia punya. Since dia akan sampai rumah before aku, so aku bagi ajela aku punya..

Aduh... masak!! U-turn terakhir baru je lepas. Depan lagi dah tol.. Before tu ada susur keluar highway BESRAYA g Hotel Palace & Seri Kembangan. Belasah aje laa... Boleh tembus ke PLUS highway then boleh straight to Jalan Duta nanti.

Sambil tangan pusing-pusing stereng, aku cuba call adik aku. Lagi satu bala! Error in connection!! Haih... Banyak kali juga la aku try call, tak dapat-dapat. Last-last aku call jugak ayah..

Pot-pet, dia waktu tu bukan dekat ofis dia yang sangat dekat dengan ofis aku. Tapi dia kat Wangsa Maju nak ambik ibu gi ofis dia. (Petang tu derang nak g honeymoon naik Genting. Ofis ayah nyer program. Tido sana 2 malam.)

Dia cakap dalam 1.30pm dia sampai la ofis. Boleh aku datang sana ambik kunci rumah.. Aku tengok-tengok jam, hmm baru 12.30. Tapi otak aku memang blank waktu tu. Sampai 1 simpang tu, kiri - aku akan turun balik ke highway asal tadi. Kanan - ke KL. Aku g belok kanan.

Tapi fikir-fikir balik, jadahnya aku nak melangut 1 jam kat dalam keta tunggu ayah nanti??? Baik aku g klinik dulu...

Elok je aku masuk PLUS highway dekat ASTRO tu, terus aku naik susur masuk balik.. Pegi balik kat Hotel Palace and turun kat susur before tol yang aku mula-mula masuk tadi  =____=' back to square 1. Adala 20 minit masa aku terbazir.

Sampai klinik, tunggu kejap je. Dan seperti biasa, aku jumpa doktor dalam 2 minit je. Lepas dapat MC, aku terus ke Jalan Cheras menuju ke KL. Agak jem la jugak lagi-lagi aku lalu Masjid Negara untuk ke area HKL.

Sampai-sampai aku terus naik ke ofis ayah. Ayah dah pergi sembahyang Jumaat. Tinggal ibu je. Sekali ibu cakap kunci tu kat dalam kereta kat bawah... Adoyai.. Apsal la aku tak call ibu awal-awal tadi???

So, bila ibu dah turun bawah, aku kena tolong alihkan kereta diorang kat parking berbumbung pulak. Yang dekat sket dengan pondok guard. Yelah, kereta nak tinggal 3 hari, takkan nak biar tengah-tengah parking pulak.. Kang ada yang tak bertingkap lagi kang.. 

Usai semuanya, aku teruskan perjalanan pulang. Melalui jalan yang sama aku lalu waktu aku keluar dari ofis pukul 12 tadi. Sampai rumah, pukul 2.30pm. Niat nak singgah JJ pun aku kenselkan sebab aku lebih ingin melentokkan kepala ke bantal sambil layan Astro dari menapak dalam JJ di waktu-waktu begini. Tapi malam tu aku dah gagah untuk ke sana! :p Last day Members' Sale Padini. Haruslah!

Setiap hari, aku akan tawaf KL 1 round pagi & petang. Tapi hari tersebut, aku tawaf 2 KALI...

To make it 'short':

[ START ] Kajang - BESRAYA - Jalan Istana - Jalan Duta - Jalan Ipoh - Jalan Tun Razak - Jalan Yap Kwan Seng (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA - Seri Kembangan - Serdang Raya - PLUS - BESRAYA - Kajang (pause) - Grand Saga - Jalan Cheras - Jalan Maharajalela - Jalan Raja Laut - Jalan Ipoh - Jalan Raja Muda Abdul Aziz (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA- Kajang. [ END ]

Memang sedang elok lah aku dapat MC lagi hari tuh!!

Dec 16, 2009

Mungkin 3 ribu lebih kaya

Pagi tadi seperti biasa, pagiku ditemani Pak Nil & Cik Din Gile. Celoteh pagi ini adalah berkenaan pengalaman menaiki teksi. Cerita terbaik akan berpeluang untuk menyertai Teka Bunyi Era.

Aku rasa aku tahu jawapannya. Tapi entah mengapa pagi tadi tak terlintas di fikiran apakah aku punya kisah menarik ketika menaiki teksi.. Kebanyakan pemanggil menceritakan kisah teksi yang busuk hapak & karenah pemandu yang tidak memasang meter. Cliche..

Hampir jam 8.30 tiba-tiba aku teringat 1 kisah, sekitar tahun 1997 dulu. Waktu itu aku masih di Tingkatan 5, di JB.

Hari itu hari Jumaat. Hari outing untuk penghuni hostel. Hari untuk mengecap kebebasan selama 4 jam. Kalau lambat, bersiap-siap lah untuk menghadapi kemungkinan dipanggil warden. Nasib adalah berdasarkan budi bicara mummy qamar (ketua dorm). Kalau dia baik hati seperti Cinderella, selamat lah.

Jam menunjukkan hampir 6 petang dan kami berempat masih di Larkin. Terkocoh-kocoh menahan teksi. Mujur ada yang sudi berhenti. Seorang lelaki separuh umur menoleh ke belakang.
"Nak ke mana?"
"Teknik JB pakcik.."
"Ok.."
Dari Larkin ke hostel bukanlah jauh, tapi jika berjalan kaki adalah mustahil untuk sampai sebelum 6 petang. Dari simpang Larkin, kami perlu belok ke kiri untuk masuk ke Jalan Tun Abd Razak. Itu yang aku pasti. Tapi teksi tersebut membelok ke kanan. Aku fikir, mungkin dia ada laluan pintas?

Tapi semakin lama, aku semakin pelik sebab tiada tanda-tanda akan ke arah sekolah. Aku & rakan2 saling berbalas pandang. Salah seorang memberanikan diri.
"Eh, pakcik.. Bukan jalan ni rasanya..."
"E'eh.. alamak, pakcik silap jalan lah! Takpe, takpe.. Nanti pakcik pusing yea..."
Kami semakin cuak.. Pakcik ni hendak kidnap kami ke???!! Untuk meredakan tekanan, salah seorang rakan aku cuba untuk berbual-bual dengan pakcik teksi. Ternyata dia seorang yang peramah. Cukup-cukup peramah. Err.. pakcik teksi, maksud aku.

Sampai-sampai di perkarangan hostel, kami menarik nafas lega. Jam sudah terlajak beberapa minit dari angka 6. Pakcik teksi masih tak henti-henti bercerita.

Di penghujung bicara, kami kumpul wang seorang sedikit untuk membayar harga tambang.
"Eh, tak payah la..."
"Haaaa???!!!" seharusnya kami terkejut beruk.
"Takpe.. korang semua dah macam anak pakcik dah.. Pakcik halal aje. Lain kali pakcik datang lawat kamu semua ya?" ketika itu dia sudahpun tahu nama kami berempat dan sempat menghulurkan kad perniagaannya.
Sebagai pelajar yang kedudukan kewangan sentiasa terhad, seharusnya kami gembira. Dapat ayah angkat driver teksi! Sudahla sesat larat, naik free pula!

Selang seminggu, kami menerima pelawat misteri. Aku fikir ayah ibu rakan senegeri datang melawat (bila mana-mana ibu bapa yang datang, pasti semua anak senegeri akan diajak turun lepak & makan bersama - hanya digunapakai oleh geng budak kl/selangor saja.)* Ye, kami memang komplot.

Alangkah terkejutnya bila kami mendapat tahu pakcik teksi itu rupa-rupanya yang datang! Kami semua tiba-tiba gemuruh tak tentu hala.
"Kau la pegi!"
"Apa pulak.. Kau yang layan dia borak.."
"Ahh, kau pun sama!!"
Sudahnya, kami semua pergi ke pondok pelawat dengan wajah yang serba salah. Entah kenapa kami semua rasa tidak selesa. Walau banyak mana bilangan beg plastik berisi jajan dibawanya, tetap tak dapat menghilangkan rasa gemuruh kami.

Ucap kata tersekat-sekat. Senyum semuanya sumbing. Pakcik teksi bagai dapat membaca isyarat tubuh. Tak lama pun, dia meminta diri. Kami hanya mampu melihat.

Sejak itu, kami tidak bertemu dengannya lagi. Walaupun kami masih menaiki teksi setiap kali outing. *Apa barang naik bas.. Penat & panas nak jalan kaki sampai jalan besar! Hmm mungkin juga dia ada terlihat kami di sekitar JB tapi enggan berhenti bila ditahan. Hehe..

Pakcik teksi, maafkan kami... Kami neves!!

Oh, berkaitan tajuk entri.. Hadiah Teka Bunyi Era pagi tadi adalah RM3000 tunai!

Dec 9, 2009

di atas normal

Pernah dengar lagu Alif Sattar? Yang pernah dia nyanyikan semasa final OIAM dahulu...
Khayal, Tak Dapat Dikawal
Rindu Makin Tebal
Sejak Mula Kenal

Hari ini bukan nak bicara soal rindu sejak mula berkenalan, tapi soal pokoknya ialah tentang 'khayal'.
Beberapa insiden yang telah terjadi hari ini, mungkin disebabkan oleh fenomena khayal ini..

I. Simpang
Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja aku harus menghantar adik ke MATRADE di Jalan Duta. Mula-mula agak berat hati sebab perlu bangun lebih awal (dia punch in 8.30 & aku 9.30) & mengenangkan kondisi trafik Jalan Istana - Jalan Duta setiap pagi. Tapi, hikmah di sebaliknya adalah aku berpeluang untuk tiba ke ofis lebih awal daripada biasa juga. Hari pertama aku hantar dia, aku sampai ofis 1 jam setengah lebih awal! Hari kedua, sejam awal. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pada orang lain, aku tak pasti. Tapi pada aku, itu sudah cukup memberangsangkan. 

Oh, sudah lari tajuk nampaknya! Begini, dari Jalan Duta ke MATRADE aku harus tempuh 3 traffic light. Dan selalunya setiap kali aku tiba, pasti lampunya merah. Tapi hari ini, traffic light pertama, hijau. Kedua, merah. Yang ke-3 aku tak perasan tapi pastinya hijau sebab aku terlalu ralit mendengar ulasan Dina di ERA tentang Din Beramboi & peserta-peserta lain di Pertandingan Makan Roti Canai Terbanyak Secara Sopan sehingga aku sedar2 sudah berada di simpang T yang sebelum ini aku tak pernah lalu! Rupa-rupanya aku terlepas simpang ke MATRADE. Aku fikir aku dah salah jalan tadi. Phew~ 

Eh, bukan aku saja yang khayal. Co-pilot di sebelah pun tak boleh diharap. 2 x 5..

II. Pintu
Masuk ke MATRADE, seperti biasa menuju ke East Wing, tapi baru saja tiba di West Wing,
Adik: "Eh kat sini lah!" Aku macam, haaa? sejak bila?  
Adik: "Orang memang kat sini la.. " tetapi kemudian, "Eh, ni East ke West?"
Aku: "Hoiiii.. ni West lahhhh... East belum sampai lagiiii!!"
Adik: "Eh, hahahahahaha!"

Haih... apalah nasib dapat adik yang semulajadi sengal...

III. Ayah
Hari ini bawa bekal seperti biasa. Alah, cekodok aje. Habiskan stok pisang di rumah. Masa masukkan dalam plastik, ayah charge "3 ringgit!" E'eh.. kedekutnya.. x sampai 10 ketul pun... "3 singgit.." selamba aje dia. Lebih sikit dari Mail si 2 Singgit tu.. 

Sampai di ofis, sambil buat kerja, makan la cekodok. Tiba-tiba ada sesuatu yang rasanya aneh & kenyal. Cukup aneh sehingga aku terpaksa meluahkan keluar. Sewaktu itu aku sudah cuak habis! Kelihatan sesuatu yang merah & panjang-panjang. Getah??? Ini macam getah pengikat plastik tepung gandum aje! Macam mana boleh ada dalam cekodok??!! Haih... Nasib baik dia ayah aku! Kalau beli kat kedai, seharusnya aku sudah pangkah besar-besar! *yer, cekodok tu ayah yang bikin.. 

Hari ini memang hari yang penuh khayalan kah??

May 7, 2009

mak siapaaaa la nih...

arini aku nk ngata org lg. x puas ati nyer pasal..

Rabu, 7.15pm - Besraya Toll

aku kat touch N go lane. depan aku ada kia rio kaler coklat. plat JKB xxxx *nasib baik aku x sempat hafal!

dh la slow kuarkan kad. ok takpe. aku tunggu je la.. tetibe signal kiri dia menyala. amboi, tau la nk ke kiri kang tp flash ler dulu kad tuh... terkial2 kuarkan kad..

pastu aku ternampak dr side mirror dia, sorang mak-orang tgh ralit berborak dlm henfon eyh... aduss... sabar lg..

elok jer dia jalan, cembiasa la. xkan aku nk piknik kt situ lak kan? harusla aku pun dgn pantas flash kad aku lak. aku tgk keta depan aku ni dh lebih ke kiri dah. tp more to in between 2 lanes. antara lane touch n go & smart tag. giler!

aku cepat2 arr potong. wat per aku tunggu blkg dia lg. dh la bwk slow.

elok aku tgh potong... agak2 muncung keta aku dh dekat ngan pintu depan dia, dia bleh lg nih nk ke kanan lak!! aku honnnn.. 2x lak tuh. tp cam xde efek jer.. dah la bunyi hon aku tu cam tukang hon tu x makan seminggu! pin! pin! alahaiiii....

pastu dia cam ke kiri balik. sambil aku lalu sebelah dia tu aku toleh tgk.. pergh!!! leka berborak lg beb!! sikit pun xsedar kot aku hon td. aduyaiiii... aku rasa cam nk benti jer n tunggu dia lalu pastu hon balik sepanjang aku potong dia!

makcik! tolong pakai hands free kalau nk bergossip sekalipun, bley x??!!

Apr 29, 2009

up to you

adakah anda begini?? renung2kan & selamat beramal......




Apr 8, 2009

hujan yg turun bagaikan mutiara..

bila nk ckp psl hujan je mesti teringat lagu tu. asal x tingat psl 'pagi yg gelap, kini sudah terang..' ekk? haha! neways, bukan nk ckp psl band Hujan tuh oke.. (sori nanad) tp nk citer yg smlm aku lmbt g opis sbbnya nk tgk MHI smpi abis segmen.

best sgt ke MHI tu?

oh biasa2 aje, tp smlm AG interview 1 uncle nih psl cara pemanduan ketika hujan lebat, which i found very2 informative. uncle ni somebody la tp x igt lak dr mana tp dia mmg expert laa psl keta nih.

apa yg aku igt...
  1. 1st skali of coz la bila hujan kena lebih alert
  2. focus akan out 20%. so kalau driving dlm hujan kurangkan 20km dr current speed kita.
  3. bila hujan di siang hari, digalakkan pakai cermin mata hitam. yes! sunny itew harus dipakai ye anaq2.. kenapa?? sbb dia ala2 cermin yg di tinted gak la.. vision kita akn lebih clear bila cermin keta itu dibasahi manik2 hujan berwarna putih. x caya, sila demo sendiri.
  4. bila langgar lopak air, JANGAN BRAKE!! sbb bila break, tayar akn locked dan itu yg menyebabkan keta TERBABAS. so, the best way is LEPASKAN MINYAK n control stereng. tayah pk la psl drop gear ke ape ke. tade masa! gue lagi panik ketika ituhh!!
  5. jgn brake kat selekoh. ajegile!! patut b4 selekoh lg dh brake.. like 50-100m b4 selekoh tu. kat litar F1 tu pun ada signboard 200m b4 corner gitu.. ini uncle tu laa yg ckp.
  6. check bunga tayar camna cara dia buang air. bukan shi-shi / u'uk ehh... bunga tayar tu camna arah aliran keluar air dia.. org beli tayar kena tgk bunga dia.. make sure arah aliran nya ke luar.
  7. sediakan tuala & air dlm keta. bukan utk kesat peluh/jd minuman korang.. tp bila aircond x berfungsi, tuala tu bleh guna utk lap cermin yg dh berkabus tuh. n kdg2 korang lap2 tp x ilang2 kan? aa gunakan la air tuh...
  8. keta lowered mmg bagus tp kena tgk gak suspension tu & body ratio dgn enjin dia. ada stgh2 keta g lowered tp spring g potong, apa kes? pastu g ubah enjin pakai enjin yg x sepadan ngan body keta. keta ____ jer, tp enjin ______ (sila isi sniri utk elak bias)
  9. jgn pasang hazard light masa bergerak dlm hujan lebat. ni aku mmg sll jumpa. hazard light tu cuma bila korang berhenti aje. n takut keta2 lain konfius sbb taktau korang nk ke kiri ke ke kanan. ye laa dua2 menyala.. :D jgn hekkk. bahaya!
  10. klu hujan terlalu lebat smpi xnmpk jln, dinasihatkan berhenti tepi jalan.
  11. jgn follow kenderaan depan terlalu rapat takut xsempat brake. seelok2nya, korang leh nmpk tayar dia cecah jln.
  12. make sure wiper korang sentiasa dlm keadaan baik. kalau getah dh haus, cecepat g ganti. skang da musim ujan.
yg ni lak based from soalan drpd caller..

Situasi 1:
jln 2 lane sehala. lane kiri ada lopak air. mana lebih bahaya? memandu di sblh kanan tp tetibe keta sblh kiri jln & splash air kt keta smpi xnmpk apa2 atau redah je lopak air tu??
Solution:
tgk gak laa keta blkg tu.. klu lori besar & ada harapan kena splash & lane knn byk keta, tayah laa.. lg 1, dh kalau kt lane knn tu jgn la bwk slow bangett cam kure2.

Situasi 2:
suami saya rabun. pakai spek power 900. camne nk pakai spek itam? nnt x nmpk la diaaa..
Solution:
pakaila clip-on kat spek tuh.. kita cuma nk kasi gelap jer bukan nak bergaye...

hmm ni je laa yg aku igt. nk lebih info, sila laa google apa2 yg patut heh.. ;p