Mimpi adakalanya membawa makna. Adakalanya juga, sekadar mainan lena..
Tempoh hari aku bermimpi melihat mizzy ditembak di kaki. Kalau tak silap di sekitar lutut ke bawah. Kelihatan seperti sepasukan polis menembak dia. Mungkin tersalah saspek. Aku cuba dapatkan dia, tapi mereka membawanya pergi. Ke hospital barangkali..
Kelmarin, aku bermimpi pula aku ditetak di kepala. Asalnya aku sedang memburu orang yang menetak ayah *tapi bukan ayah di alam realiti. Sedang aku mencari, tiba-tiba aku terasa kepalaku seperti diketuk dengan tepi pembaris, cuma lebih tebal. Terasa seperti ada air mengalir.. Darah! Rupanya aku pun ditetak oleh saspek misteri. Keadaan semakin gamat bila aku terdengar bunyi tembakan bergema (lagi).
Kali ini ayahku ditembak mati pula. Di hujung sana aku ternampak seorang lelaki yg hampir separa abad kaku mengacu pistol. Asap kelihatan dari muncung. Terus aku mendapatkan ayah dan menjerit kepada lelaki tersebut.
"Anippppppp!!! Apa kau dah buaaaaaat??"
"Dia, dia kedekuttttt... Dia bayar gaji aku sikit..."rupanya dia mengambil upah dari ayah *entah kerja apa.
"Kalau kau nak lebih, aku boleh bagi laaaaaaa!!!"
Lelaki tersebut kelihatan keliru. Sah, otaknya 3 suku!
Jadi, tafsiran mimpinya apa?
Kaki mizzy sekarang memang sakit, kat lutut. Bahana bola.
Aku pulak, sedang tahan sakit kepala. Betul2 di tempat yang di'tetak' tu...
Kebetulan? Ya, mungkin...
6 comments:
apesal mimpi ko baik hati sgt boleh pulak tertembak kaki mizzy je??? kalau aku aku baling bom terus.
hahaha!! adeh.. kalau kena bom, ntah2 in reality dia meletup marah kat saya kottt! hahaha!!
aku baru nak komen..skali terbaca komen kak di..gelak lapan saat jap~
adoi..ape doa kau kurang? apa sabun kau lupa basuh kaki?
moga2 tidur kau ok start malam ni..
amin.
doa tido cuma 1. sekali baca. tp part basuh kaki tu aku kurang percaya sbb xnampak di mana relevannya basuh kaki dgn alam mimpi di zaman skrg...
ishh scary gila kot!
x lama pastu aku dpt yg lg scary dowww.. haha! tp da igt2 lupa.. tp melibatkan situasi yg agak mencuakkan jugaklaa..
Post a Comment