Jan 6, 2010

Ada juga gunanya appraisal ini..

Seharusnyalah! Duh...

Sebelum ni, aku rasa seperti buang masa saja sebab aku kan manusia yang kurang gemar dengan sesi soal-jawab ni *Walaupun dulu aku pernah digelar sebagai inspektor polis sebab banyak sangat soal. Tulah agaknya?

Tapi mendengar kisah seorang insan yang telah berkhidmat secara profesional dalam sebuah syarikat, buat aku rasa sangat berterima kasih dengan adanya appraisal setiap hujung tahun.

Kisahnya...

A telah 4 tahun bersama syarikat ABC. Malah pernah menjadi partner tapi atas sebab bebanan tugas, dia melepaskan share nya dalam syarikat tersebut. Syarikat ini kecil saja. Staff pun tak sampai 10 orang.

Dalam setiap syarikat, pasti punya admin officer/staff kan? B yg punya kelulusan IPTA dalam bidang yang berkaitan rupa-rupanya tak seperti yang di harapkan. Kebanyakan urusan pejabat A yang terpaksa bantu. Mulanya A tak kisah sebab dia ingin juga mempraktikkan ilmu MBA yang ditimbanya. *wah, timba terus!

Tapi lama kelamaan, semakin berlemak pula kesengalan B. Blur terlebih pun ada juga. Ada kah patut bangunan yang terang-terangan bercat biru-putih dengan pintu gate yang terbuka luas sambil dikawal itu dipanggil PENJARA? Bangunan yang pasti ada di setiap bandar & pekan. Mungkin dia tidak perasan selama ini yang itu ialah sebuah balai polis...

Dan beberapa peristiwa yang baru-baru terjadi membuatkan darah A mendidih-didih.
  1. Bos mengumumkan 'bonus' di mana SEMUA staff mendapat imbuhan yang SAMA BANYAK tidak kira berapa banyak effort anda terhadap syarikat.
  2. Kenaikan gaji sebanyak 30% untuk SEMUA STAFF juga, regardless of what position u're in. Dan tidak kira berapa lama anda berkhidmat.
  3. Syarikat akan berpindah ke pusat bandar yang pasti lebih sesak & mencabar jiwa. Untuk staff berkereta, parking lot akan dibayar oleh syarikat sebanyak Rm160 sebulan. Bagi yang tidak berkereta, diberi elaun RM200 sebulan.
  4. Bos decided untuk beli kelengkapan baru untuk semua keperluan pejabat. Setelah sekian lama berkhidmat, B masih tidak tahu apakah yang diperlukan oleh staff pejabatnya. Termasuk kos yang dibayar syarikat setiap bulan.
A telah bertindak menghantar email kepada bosnya untuk menyarakan ketidakpuasan hatinya. Tepukan gemuruh dari aku untuk A sebab jika aku ditempatnya, aku tidak pasti akan berbuat demikian.

1 soalan diajukan, mungkinkah B itu suku sakat bos? Jawapannya: anak kawan bos. Patutlahhhhhhhhhhhhhhhh....

Aku tak mahu menyalahkan sesiapa, kerana setiap orang punya sebab yang tersendiri. Tapi as individual, apa yang harus kita lakukan adalah buat yang terbaik bila peluang datang di depan mata walaupun ketika menggunakan kabel terbesar. Bukan sekadar grab the opportunity and sit tight.

Dan, semua orang pun tahu bukan senang nak jadi bos. Tapi 'on paper' kita sendiri dapat nilai the 'basic idea' of what it takes in being a good boss. The only thing that lacks or always been 'missed out' is some quality time to make a decision.

2 comments:

mama said...

berilmiah sungguh post ni...

Unknown said...

igt mama mana lah tadi.. hihihi!!
nnt bila jadi bos, jgn lupa wat appraisal oke.. :p