Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Mata aku dah mulai kuyu-kuyu. Jam 4 pagi tadi aku terjaga.. Haih.. tertido di sofa lagi hari ini.. Mungkin sebab aku macam risau nak naik bilik sorang-sorang setelah dihadapkan dengan filem Santau malam tadi, ditambah dengan adik yang keluar rumah jam 11 lebih selepas itu, dan tiada sesiapa di rumah.. Jadi aku rasa Astro adalah peneman setia aku...
Jam 4 terjaga dari mimpi yang berjudul 'Kompilasi Babak Chanel 711'. Serius. Mungkin antara sedar & tidak aku terjaga lalu suara dari tv meresap masuk ke minda separa sedar aku dan menjana babak yang tersendiri berdasarkan skrip. Sebab, siri terakhir yang aku tonton adalah Psych. Tapi aku seperti ternampak-nampak John Stamos dalam Jake in Progress dan beberapa babak series apa yang aku tak dapat kenal pasti. Dan bila mata aku betul2 terbuka, aku nampak Scrubs.
Adik masih belum pulang nampaknya. Aku teruskan menonton. Hampir 4.30 pagi, aku menukar saluran ke MAX. Wah, ada Psycho II! Baru saja bermula. Beberapa minggu yang sudah aku telah menonton Psycho versi asal garapan Alfred Hitchcock. Sangat klasik!
Dan yang ke 2 ini adalah sambungannya. Masih menggunakan pelakon & lokasi asal! 20 tahun selepas filem pertama. Aku lebih teruja sebab filem pertama hitam putih, filem kedua sudah ada warna. Jadi aku dapat bayangkan set lokasi filem pertama berdasarkan warna daripada filem ke-2. Terutama rumah buruk & Motel Bates.
Pada orang lain, mungkin aku sudah agak terlewat untuk menonton filem hebat ini. Apa boleh buat.. 'Zaman dulu' aku sememangnya kurang berpeluang menonton tv, apatah lagi wayang...
Jam 5, adik pulang dari PJ. Terus ke bilik, tapi aku teruskan menonton.. Sampai lah tiba rasa bosan & rindu pada katil di bilik.. ;p
Baru saja ingat nak landing, teringat jam 9 nanti perlu bawa Mak pergi potong rambut di Kajang. Hmm pasti selepas itu dia nak ke pasar tani untuk beli sayur kampung, sebab semalam dia ada sebut-sebut...Kalau aku sambung tidur, pasti payah aku nak bangun semula.. Tambahan, aku ada projek penting sebelum mengambil Mak nanti.
Aku juga harus ke Subang hari ini. Peluang terakhir untuk aku dapatkan pakaian annual dinner~
4 comments:
mungkinkah kamoo akan jumpe die yg tanpa muka
jeng jeng jeng
*yanttie jaat*
choiiiiii!!! nasib baik dah lepas.. haha! apa2pun, segala yang dirancang berjalan lancar. mungkin 'berkat' bangun kol 4pagi kot... huhu!! *org lain tahajud, awak layan astro! nice..
jiran aku cerita. playground betul2 belakang tabung haji berhantu..
siap nampak benda tuh berkeliaran! oh so nice. sekarang jadi budak baik dok umah jer..:P
siang2 xpe la kowt.. malam2, hoho.. dok dendiam bawah selimut! dekat sgt ke pdg tu ngan umah??
Post a Comment