Aku rasa aku tahu jawapannya. Tapi entah mengapa pagi tadi tak terlintas di fikiran apakah aku punya kisah menarik ketika menaiki teksi.. Kebanyakan pemanggil menceritakan kisah teksi yang busuk hapak & karenah pemandu yang tidak memasang meter. Cliche..
Hampir jam 8.30 tiba-tiba aku teringat 1 kisah, sekitar tahun 1997 dulu. Waktu itu aku masih di Tingkatan 5, di JB.
Hari itu hari Jumaat. Hari outing untuk penghuni hostel. Hari untuk mengecap kebebasan selama 4 jam. Kalau lambat, bersiap-siap lah untuk menghadapi kemungkinan dipanggil warden. Nasib adalah berdasarkan budi bicara mummy qamar (ketua dorm). Kalau dia baik hati seperti Cinderella, selamat lah.
Jam menunjukkan hampir 6 petang dan kami berempat masih di Larkin. Terkocoh-kocoh menahan teksi. Mujur ada yang sudi berhenti. Seorang lelaki separuh umur menoleh ke belakang.
"Nak ke mana?"Dari Larkin ke hostel bukanlah jauh, tapi jika berjalan kaki adalah mustahil untuk sampai sebelum 6 petang. Dari simpang Larkin, kami perlu belok ke kiri untuk masuk ke Jalan Tun Abd Razak. Itu yang aku pasti. Tapi teksi tersebut membelok ke kanan. Aku fikir, mungkin dia ada laluan pintas?
"Teknik JB pakcik.."
"Ok.."
Tapi semakin lama, aku semakin pelik sebab tiada tanda-tanda akan ke arah sekolah. Aku & rakan2 saling berbalas pandang. Salah seorang memberanikan diri.
"Eh, pakcik.. Bukan jalan ni rasanya..."Kami semakin cuak.. Pakcik ni hendak kidnap kami ke???!! Untuk meredakan tekanan, salah seorang rakan aku cuba untuk berbual-bual dengan pakcik teksi. Ternyata dia seorang yang peramah. Cukup-cukup peramah. Err.. pakcik teksi, maksud aku.
"E'eh.. alamak, pakcik silap jalan lah! Takpe, takpe.. Nanti pakcik pusing yea..."
Sampai-sampai di perkarangan hostel, kami menarik nafas lega. Jam sudah terlajak beberapa minit dari angka 6. Pakcik teksi masih tak henti-henti bercerita.
Di penghujung bicara, kami kumpul wang seorang sedikit untuk membayar harga tambang.
"Eh, tak payah la..."Sebagai pelajar yang kedudukan kewangan sentiasa terhad, seharusnya kami gembira. Dapat ayah angkat driver teksi! Sudahla sesat larat, naik free pula!
"Haaaa???!!!" seharusnya kami terkejut beruk.
"Takpe.. korang semua dah macam anak pakcik dah.. Pakcik halal aje. Lain kali pakcik datang lawat kamu semua ya?" ketika itu dia sudahpun tahu nama kami berempat dan sempat menghulurkan kad perniagaannya.
Selang seminggu, kami menerima pelawat misteri. Aku fikir ayah ibu rakan senegeri datang melawat (bila mana-mana ibu bapa yang datang, pasti semua anak senegeri akan diajak turun lepak & makan bersama - hanya digunapakai oleh geng budak kl/selangor saja.)* Ye, kami memang komplot.
Alangkah terkejutnya bila kami mendapat tahu pakcik teksi itu rupa-rupanya yang datang! Kami semua tiba-tiba gemuruh tak tentu hala.
"Kau la pegi!"Sudahnya, kami semua pergi ke pondok pelawat dengan wajah yang serba salah. Entah kenapa kami semua rasa tidak selesa. Walau banyak mana bilangan beg plastik berisi jajan dibawanya, tetap tak dapat menghilangkan rasa gemuruh kami.
"Apa pulak.. Kau yang layan dia borak.."
"Ahh, kau pun sama!!"
Ucap kata tersekat-sekat. Senyum semuanya sumbing. Pakcik teksi bagai dapat membaca isyarat tubuh. Tak lama pun, dia meminta diri. Kami hanya mampu melihat.
Sejak itu, kami tidak bertemu dengannya lagi. Walaupun kami masih menaiki teksi setiap kali outing. *Apa barang naik bas.. Penat & panas nak jalan kaki sampai jalan besar! Hmm mungkin juga dia ada terlihat kami di sekitar JB tapi enggan berhenti bila ditahan. Hehe..
Pakcik teksi, maafkan kami... Kami neves!!
Oh, berkaitan tajuk entri.. Hadiah Teka Bunyi Era pagi tadi adalah RM3000 tunai!
6 comments:
nazha nanti nak gie umah acum dari kedah dia nak turun ke larkin..
kalau lah pakcik tuh ada..wakkakak..
harap nazha tak de pape..:)
ahaha! sayang aku x hafal no plet dia. kuikuikui!! nape turun larkin? then nk g mersing camne lak?
ko amik ke jajan yg dbawa pakcik tu?..sian pakcik tu, mungkin dia ketandusan kasih syg seorg anak..ewah..hahahaha
Abg Jamil cakap... "Rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan dicari. Hamba setuju!" :)
eh silap
dari kedah ke sa..dari sa ke larkin
dari larkin naik bas ke mesing..
phew~
kepada naza, drebar bas pun xnaik bas cenggini punye lama lahhh! champion ah lu!
Post a Comment