Dec 1, 2009

Menjual (kebolehan) diri

There're 2 things i hate most in career world:
1. Interview
2. Annual appraisal

Seriously. Dengan mendadak perasaan gemuruh akan datang bila kaki melangkah masuk ke 'bilik soal siasat'.Muka terasa panas. Tangan berpeluh. Kaki menggigil. Otak tiba-tiba kosong.

Kedua-dua 'aktiviti' ini memang membuatkan aku panas punggung, namun aku tak punya pilihan. Untuk terus bertahan di kedudukan sekarang, aku harus gigih mempertahankan sumbangan yang tak seberapa kepada syarikat agar terus dihargai.

Andai aku tewas, aku perlu kuat pula untuk menghadapi penilaian pandang pertama pihak penemuduga. Secara jujur, aku tak suka disoal siasat bertalu-talu. Aku jadi bingung samaada untuk bersandiwara atau jujur saja demi menjual kebolehan diri dengan harga yang paling tinggi.

Adakalanya aku berasa amat penat untuk terus bertahan dalam industri ini. Minat sahaja tidak mencukupi. Pengetahuan meluas mengenai trend semasa perlu dikemaskini selalu. (di mana aku belum temui masa untuk lakukannya).


Untuk penilaian tahun ini, selain memberi 'rate' 1- 10 pada beberapa item berkaitan pencapaian setahun ini, aku perlu:
1. senaraikan apakah pencapaian sepanjang 2009
2. post-mortem terhadap tugasan-tugasan lalu (baik, buruk)
3. sediakan hujah untuk komen umum selama berkhidmat di sini
4. jangka masa yang dihabiskan untuk sesuatu projek / tugasan.

Stress.

8 comments:

Anonymous said...

kalau aku mesti kantoi~
adoi....
tak reti weh nak isi borang tu..giler lah

Unknown said...

eee tak suka! tak suka! tak suka!

Unknown said...

beben ada satu lagi ni, nanti dah bernikah ko tahulah, betapa nak gugurnya jantung bila masuk bilik bersalin wei, kalah gi interview dengan buat appraisal tu, hahahhaha

Unknown said...

huhu! belum masuk bilik bersalin pun saya da nak gugur jantung bila terbayang2... haaaaa camno?

artdeep said...

im doing my 2 org astn artist kat sinih,tadi baru lepas sorang..
hmm next week bos nak buat my appraisl pulek;p adeh~

Unknown said...

haaa alang2 dh buat kat orang, apakata bg la tips2 sket.. apa yg perlu di gebangkan? huhu! *gaya mcm xpernah wat appraisal jek!

Siti Nornadiah said...

asal komen aku tak kuar yek?

anyhooo sakit lah kak shibam! adoiii~

Unknown said...

hah? x kuar ke?? commentbox ni mmg dh buat terus publish dah. xde saringan2 lg.. apesal ehh x kuar???