Bagaimanapun pada 8 Julai lalu, Nor Daliya memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Mohamad Fahizul dengan alasan antaranya, segala wang dan hadiah pemberian plaintif diberikan kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu semasa proses "pikat-memikat".
Aku percaya proses 'pikat-memikat' tu dinamakan courting. hmm.. Belum pun bertunang dah minta macam-macam kononnya akan kahwin. Tapi kesudahannya, nan ado! Seharusnya si lelaki rasa tertipu sebab si perempuan sudah berjanji sehingga masing2 sanggup bercerai dengan pasangan masing2.
Tiba-tiba aku teringat 1 kisah lampau di mana seorang lelaki telah membantu seorang perempuan untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam masa yang sama, si lelaki mencuba nasib untuk memikat semula (atau lebih tepat lagi, melamar) si perempuan walaupun tahu dia bukan pilihan keluarganya. *Ya, mereka pernah punya sejarah bersama.
Si perempuan tak pernah bersetuju, sebaliknya menjarakkan dirinya. Selang sebulan, si lelaki datang menuntut janji. Seharusnya si perempuan membantah kerana dia tidak pernah menjanjikan apa2. Malahan dia telah pun memberitahu bahawa dia telah pun ada yang punya.
Akibat tidak tertahan dengan gangguan psikologi dari si lelaki, si perempuan bersetuju untuk bertemu semula. Malangnya, di pertemuan itu si lelaki telah mengugut untuk memberitahu keluarga si perempuan tentang sejarah mereka andainya si perempuan tidak menuruti katanya, atau berhenti dari kerja yang kononnya 'dicarikan olehnya'.
*Sedangkan, pekerjaan itu tak pernah dipohon oleh si perempuan. Dan dia pun bukan sedang mencari kerja ketika mendapat tawaran temuduga. Kelihatannya si lelaki telah mengaturkan untuk dia ditemuduga. itu saja. dapat/tidak semuanya bergantung pada hasil temuduga.
Sehinggakan si lelaki memaksa si perempuan bersumpah di atas Al-Quran & menandatangani surat perjanjian yang dia akan berhenti dari pekerjaannya. Bukan sahaja si lelaki telah menyakitinya secara mental, tetapi juga fizikal apabila dia menghalang si perempuan dari meninggalkan tempat tersebut. Segala yang terjadi cukup memberikan 1 noktah kepada si perempuan bahawa si lelaki itu bukanlah calon suami yang sepatutnya dipertimbangkan olehnya.
Selepas beberapa ketika, si lelaki masih cuba menghubungi si perempuan namun tidak diendahkan langsung. Panggilan tak pernah diangkat. Sms tak pernah dijawab. Sehingga 1 malam, si lelaki menghubungi melalu telefon rumah & si perempuan gagal mengelak. dia memberitahu bahawa dia sudah pun berada di hadapan rumah! Apabila terdengar suara orang memberi salam, si perempuan tahu dia sudah tiada pilihan..
Mujur dia telah memberitahu segala-galanya kepada orang tuanya, jadi mereka sudah bersedia menghadapi tamu yang tak diundang itu.
Tujuan kedatangan si lelaki itu adalah untuk meminta maaf kepada si perempuan & keluarganya. Dan untuk mendapatkan kepastian andai si perempuan bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun itu bukan isu yang ingin dibincangkan oleh kedua orang tua si perempuan, tetapi lebih kepada 'tergamaknya seseorang itu untuk menutup pintu rezeki orang lain hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi'.
Sang ayah sedia memaafkan, namun masih teringat-ingat sebaris ayat yang telah dilemparkan kepadanya lewat beberapa tahun yang lampau ketika si lelaki & si perempuan baru berpisah.
"pakcik tolong ajar anak pakcik."Masih terngiang-ngiang di gegendang tuanya dan itu teramat mengguris hatinya.
Sebelum berpisah malam itu, si lelaki memohon untuk bertemu si perempuan untuk meminta maaf secara terbuka di hadapan orang tuanya. Dengan linangan air mata dan mengelak untuk memandang ke arah si lelaki, dia hanya sekadar mengangguk & menggeleng untuk menjawab setiap kata-kata.
Dan itulah kali terakhir mereka bertemu & berhubung.
Macam drama swasta, kan?
4 comments:
macam tauuuu jer dah ceritanya ini!
jantan keparat betui! nyampas!!
sunggo kurang ajo si lelaki berkata demikian walaupun kepada pak mentua tak jadi..
deym him.
di pertemuan itu si lelaki telah mengugut untuk memberitahu keluarga si perempuan tentang sejarah mereka andainya si perempuan tidak menuruti katanya,
ada sejarah antara mereka berdua?
sejarah hitam? apa bendenyer?
pergh
panas cerita ni babe
tak mungkin cerita kedai kopi
LOL
Post a Comment