I. walaupun secara misterius, akhirnya sesuatu yang dirindui kembali ke sisi.
Adik: Along jemur apa kat balkoni luar tu?
Along: Hah?? manede apa2..
Adik: Nampak cam kabel usb jer... dah berapa hari dah... Pelik tengok...
Along: USB???? Mana, mana?
seharusnya aku terkejut besar melihat pemandangan ini. macam mana sesuatu yang dari dalam bilik aku boleh berada di luar terutamanya bila pintu bilik ke balkoni sudah berkurun tak di buka & kunci grill pun tak dijumpai. dan tiadalah faedahnya untuk aku secara tidak sengaja membawanya keluar ketika mengambil angin sebab balkoni ini menghadap bilik jiran dan bukan sesuatu yang molek untuk dilakukan. jadi sangat kurang arif untuk mengatakan aku tertinggal barang di situ sebab aku sendiri tak pernah melepak di situ sejak beberapa tahun yang lampau... bila dilihat lebih dekat, ternyata isinya kosong. kecewa. tapi...
Adik: eh, tu ape? *sambil menunjuk ke 1 arah. aku pun berpaling...
nah! di situ rupanya. tapi, bagaimana ia boleh ada di sana??? *maaf dengan kulapuk yang terhasil di batu balkoni. -___-
sudah hampir sebulan aku kehilangannya. pedihnya, buat aku hilang kata-kata. kemunculan semulanya juga buat aku kelu bicara. untuk selama beberapa minggu ini, dengan keadaan hujan & ribut hampir setiap hari, tidakkah ia pernah jatuh terutama kabel itu? bagaimana ia boleh kekal di kedudukan untuk beberapa minggu? kata ayah, kedudukan balkoni yang sebegitu tidak memungkinkan angin kencang untuk mampir. tapi kenapa bila hujan ribut tiba, lantai di pintu balkoni sering kebanjiran dengan air jika bukan angkara sang angin???
dan persoalan yang utamanya... SIAPA?
memang aku perasan pada malam selepas kehilangannya, aku dapati tingkap bilik terbuka. aku sangka adik/ayah yang membukanya. tapi keduanya menafikan.. tapi ketika aku menutupnya, tiada pula apa-apa objek kelihatan di situ. mungkin aku yang kurang periksa??
apa-apa pun, aku bersyukur kerana menemukan aku semula dengan cintaku. kata teman techies, insya allah cuma power supply yang perlu dibaiki. mudah-mudahan....
untuk tujuan keselamatan, aku bercadang untuk mengusulkan kepada ayah untuk menghapuskan balkoni tersebut dan menggantikannya dengan dinding tanpa tingkap.
p/s: pada yang kurang mengerti, aku berkisah tentang external hard disks aku yang pernah hilang lewat beberapa minggu yang lalu..
II. Rezeki untuk tahun depan...
Terima email di satu pagi. Di dalamnya tertera sesuatu yang aku sangat-sangat familiar...
Hello Fly FM Music Jury!!Dan yang seterusnya...
How are you doinggggg???? Hope you guys have a blast weekend at Flyniversary! :) Thank you so much for being there for us, yeah, we know it was raining, so thank you, thank you, thank you, ZILLIONS OF THANK YOU for supporting us throughout these 4 years! Check out all the photos & videos at our website, www.flyfm.com.my.
By the way, the winners for w/c 9th Nov are:
1. H****** M****** (800829-14-****)
2...
3...
Congratulations!!! We'll send a notification email to you and please provide the details requested ASAP.
Hello winners of Fly FM Music Jury!Syukur.....
How are you guys doing??? Hope everything is doing great! Or are u feelingdown lately? Don't be. Put a smile on ur face coz u r Fly FM Music Jurywinners for w/c 9th NOV 09!
so here goes...
In order for us to send the RM100 cheque to you, we need the following
details:
Oklah, setakat ini dahulu yang termampu difikirkan untuk ketika ini.. :)
4 comments:
macam mana boleh ada dekat situ weyhhhhh!! gila scary!!
woohoo kau nie mmg lah suka masuk contest ken?menang selalu plak tuh! meriah!!
cik epal: hurm byk gb jugak la.. sbb ada 2 hard disks.. total2 lebih kurang 200++gb kot.. x igt berapa exactly saiz HD ku. hehe..
nad: haa scary ken??? adakah selama ini malam2 ku diskodeng??? sioottttttt....
btw yg contest tu saje je suka2 masuk. x sangka lak dapat. haha! agaknye lenkali nk masuk contest kena niat utk suka2 kot.. huhu!!
wow..200gb.? tapi horror bile ko ckp tapenah bukak gate tuh..~
*boleh saya tumpang balkoni..~*
heeeeee mmg haku selubung sampai pagi!!!!!
Post a Comment