Jan 7, 2010

Another al-poyos-post: Kawan

Rasanya tak perlulah dihuraikan apa ertinya kawan atau berapa jenis kawan yang ada dalam dunia ni. Semua orang pun sedia maklum dan pasti setiap orang punya kisah berbeza.

Habis tu, apa perlunya entry ini?? :) Sekadar merenung kembali kisah klasik yang tercipta dalam dunia seorang aku je..

Sebagai anak sulung dan punya adik perempuan yang jauh jarak umur, aku lebih rapat dengan kawan-kawan. Lebih banyak masa aku habiskan dengan mereka dari dengan keluarga. Ya, aku tau memang tak elok camtu.

Aku tak rasa aku ramai kawan, walaupun kelihatannya seperti ramai. Mereka datang, dan mereka pergi. A few stay. Dan aku sangat menghargainya sebab aku sangat treasure sebuah friendship. Oleh itu aku sangat terasa bila aku hilang kawan. Tapi selalunya aku buat-buat cool as if I don't care.

Ada yang hilang sebab berpindah rumah. Dulu selalu lepak sama, bila dah jauh susah nak jumpa.

Bertukar sekolah & tempat kerja jugak salah satu punca hilangnya kawan. Bila dah jarang bertemu, vibe nya semakin hilang.

Bertukar status relationship pun sama. Terutama bila dah berkahwin. Aku harus terima hakikat yang bila ada kawan aku yang kahwin, dia tak kan jadi macam dulu lagi. *Bergantung kepada pe'el suami dia jugak lah.. Exception for Kak Yus sebab Abg Ashri seorang yang supercool! (Siap suruh-suruh lagi wife keluar lepak & dia boleh jagakan anak-anak)

Kalau belum ada anak, mungkin boleh kidnap dia sejam dua untuk shopping atau yamcha bersama. Tapi bila punya anak, lebih effort diperlukan untuk menjayakan 'misi'.

Pengalaman aku, cuma dapat jumpa waktu lunch hour pejabat saja. Kalau office dekat, great! If not, bila aku cuti / half day hari itu baru dapat lunch bersama. Weekend, sorry. Family time. Salah seorang bestfriend aku officenya kat sebelah saja, tapi sudah berbulan tak bersua.

Tapi majoriti, nak jumpa setahun sekali pun syukur alhamdulillah. Itupun masa Hari Raya. Kadang-kadang anak nak masuk 2 orang pun masih belum berjumpa sejak hari persandingan. Walaupun duduk dalam 1 bandar yang sama.

Tapi aku tak terasa pun sebab dah immune. Dan aku tau, aku pun akan jadi sebegitu suatu hari nanti. *Eh, terlebih panjang elaborate pula..

Ada juga yang bila dah ada kekasih, terus tak mahu jumpa. Konon, takut hati berubah kepada aku. Aku bukan goddess yang senang-senang orang nak berubah hati semata-mata untuk aku. Atau, takut kekasih hati merajuk? Atau mungkin membalas perbuatan aku yang pernah menolak cinta? Atau kekok sebab dah tak boleh bergurau bertepuk tampar seperti suatu waktu dulu? Cuma mereka yang punya jawapannya.

Pernah aku berbasikal, bermotor & berkereta berkilo-kilometer semata-mata mahu hangout bersama kawan. Aku tak kisah.. Sebab aku willing. Tapi adakalanya terfikir juga, kenapa mereka kata rumah aku jauh sangat??? Aku duduk di hulu sungai kah? Tapi aku tak salahkan sesiapa. Definisi 'jarak' itu subjektif kepada setiap individu.

Hilang kawan kerana faktor fizikal? Perkara biasa. Kita tak mampu mengubah sifat manusia yang menilai berdasarkan persepsi kornea semata-mata.

Ada orang yang balik saja dari hangout/trip dengan bestfriend, terus nak ber sms, email segala. Tapi aku dan kawan-kawan lain pula ceritanya. Terus hilang dalam timbunan kerja yang terlambak & muncul kembali bila ada urusan bersama. Mungkin orang kata friends for benefit.. Tapi kami tak pernah terasa. Ada hal, contact. Tak ada hal, duduk diam-diam siapkan kerja. Itu jauh berbeza dari jenis yang pandai mencari bila memerlukan sesuatu dan sebaik saja dapat yang diperlukan, terus buat tak peduli.

Walau bagaimana rupa & cara sekalipun, mereka masih kawan-kawan aku. Dan aku tak pernah membuang kawan.

2 comments:

Diana Ishak said...

saya juga suka berkawan. cuma kawan tak berapa suka sangat kot dengan saya sebab dia kata saya memekak suka gelak kuat sampai terbalik meja.

Unknown said...

Kita cuma kawan, bukan mau lawan.