Yes. M for MENGONG. Apa? MALAS? Hey... Saya rajin tau!! Tengok, tiada lagi short formmmm. :) *perkataan pertama aje dah kantoi!
Untuk bulan ini saje sudah 2 kali aku MC. Jadi, aku tidak bercadang lagi untuk MC esok atau lusa walaupun mata ini semakin memerit rasanya.
Kali pertama, masa hari pertama bekerja di tahun baru. Heheh.. Orang lain bersemangat melangkah ke pejabat dengan baju pejabat berbau kedai dengan kasut baru polish, tapi aku melangkah longlai ke klinik~ Mata bengkak sebelah. Takut juga kot-kot nanti terjangkit jiran cubicle, terasa hina pulak dihalau keluar pejabat nanti...
Doktor bagi aku cuti 1 hari untuk rest kan mata. Dan petang nya aku sudah berjimba di rumah rakan yang baru kahwin, lepak minum petang, bergossip hangat sambil menggoreng pisang & keropok lekor. Pastu goreng pisang tu cecah sambal kicap+cili padi +gula yang sangat sedap~ Johor style.. Layan seyh.... Sambil membincangkan masalah peribadi sambil menonton Cinta Balkis untuk pertama kali. *Eh, betul ke tajuk dia? Sumpah tak pernah tengokkkk.. Ala-ala Desperate Housewives version Melayu tapi ada lelaki join! =___='
Sepanjang minggu itu aku merehatkan mata dengan memakai cermin mata yang macam semakin bengkok *alasan nak tukar spek. So, weekend aje pakai contact lenses. 2 minggu begini.
Jumaat lepas, bangun-bangun pagi aje rasa macam tak best dalam hidung. Alahai, please no. Masuk ofis, dah campur aircond
Aku beranikan diri jumpa bos & yakinkan dia untuk balik jumpa doc. Since, dah ramai yang terkena begini & dia berpindah randah dari sorang ke sorang, makanya aku tak perlu bekerja keras untuk convincekan dia. Macam ada turn MC plak untuk seminggu tu. Campur aku, dah 3 orang kot?
Dalam 12++ aku keluar ofis. Dan aku tiba ke rumah jam 2.30pm. Macam hulu banat je rumah aku dengan KL kan... padahal setengah jam dah boleh sampai. Bukan sebab jem, tapi sebaaaaabbb....
bersambung di lain kali... *penat laa... ngantuk sebenarnya. lagipun ini dah termasuk cerita kedua. Panjang sangat pun, sangap juga..
No comments:
Post a Comment