KUNCI~!
Aku dah half way nak sampai rumah, baru aku teringat yang aku tak ada kunci rumah!
Pagi tu aku bagi kat adik kunci aku sebab dia terlupa bawak dia punya. Since dia akan sampai rumah before aku, so aku bagi ajela aku punya..
Aduh... masak!! U-turn terakhir baru je lepas. Depan lagi dah tol.. Before tu ada susur keluar highway BESRAYA g Hotel Palace & Seri Kembangan. Belasah aje laa... Boleh tembus ke PLUS highway then boleh straight to Jalan Duta nanti.
Sambil tangan pusing-pusing stereng, aku cuba call adik aku. Lagi satu bala! Error in connection!! Haih... Banyak kali juga la aku try call, tak dapat-dapat. Last-last aku call jugak ayah..
Pot-pet, dia waktu tu bukan dekat ofis dia yang sangat dekat dengan ofis aku. Tapi dia kat Wangsa Maju nak ambik ibu gi ofis dia. (Petang tu derang nak g
Dia cakap dalam 1.30pm dia sampai la ofis. Boleh aku datang sana ambik kunci rumah.. Aku tengok-tengok jam, hmm baru 12.30. Tapi otak aku memang blank waktu tu. Sampai 1 simpang tu, kiri - aku akan turun balik ke highway asal tadi. Kanan - ke KL. Aku g belok kanan.
Tapi fikir-fikir balik, jadahnya aku nak melangut 1 jam kat dalam keta tunggu ayah nanti??? Baik aku g klinik dulu...
Elok je aku masuk PLUS highway dekat ASTRO tu, terus aku naik susur masuk balik.. Pegi balik kat Hotel Palace and turun kat susur before tol yang aku mula-mula masuk tadi =____=' back to square 1. Adala 20 minit masa aku terbazir.
Sampai klinik, tunggu kejap je. Dan seperti biasa, aku jumpa doktor dalam 2 minit je. Lepas dapat MC, aku terus ke Jalan Cheras menuju ke KL. Agak jem la jugak lagi-lagi aku lalu Masjid Negara untuk ke area HKL.
Sampai-sampai aku terus naik ke ofis ayah. Ayah dah pergi sembahyang Jumaat. Tinggal ibu je. Sekali ibu cakap kunci tu kat dalam kereta kat bawah... Adoyai.. Apsal la aku tak call ibu awal-awal tadi???
So, bila ibu dah turun bawah, aku kena tolong alihkan kereta diorang kat parking berbumbung pulak. Yang dekat sket dengan pondok guard. Yelah, kereta nak tinggal 3 hari, takkan nak biar tengah-tengah parking pulak.. Kang ada yang tak bertingkap lagi kang..
Usai semuanya, aku teruskan perjalanan pulang. Melalui jalan yang sama aku lalu waktu aku keluar dari ofis pukul 12 tadi. Sampai rumah, pukul 2.30pm. Niat nak singgah JJ pun aku kenselkan sebab aku lebih ingin melentokkan kepala ke bantal sambil layan Astro dari menapak dalam JJ di waktu-waktu begini. Tapi malam tu aku dah gagah untuk ke sana! :p Last day Members' Sale Padini. Haruslah!
Setiap hari, aku akan tawaf KL 1 round pagi & petang. Tapi hari tersebut, aku tawaf 2 KALI...
To make it 'short':
[ START ] Kajang - BESRAYA - Jalan Istana - Jalan Duta - Jalan Ipoh - Jalan Tun Razak - Jalan Yap Kwan Seng (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA - Seri Kembangan - Serdang Raya - PLUS - BESRAYA - Kajang (pause) - Grand Saga - Jalan Cheras - Jalan Maharajalela - Jalan Raja Laut - Jalan Ipoh - Jalan Raja Muda Abdul Aziz (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA- Kajang. [ END ]
Memang sedang elok lah aku dapat MC lagi hari tuh!!
1 comment:
haha.. kelakar beb.. =)
Post a Comment