Dec 28, 2009

Tidurku kurang lena

Mimpi adakalanya membawa makna. Adakalanya juga, sekadar mainan lena..

Tempoh hari aku bermimpi melihat mizzy ditembak di kaki. Kalau tak silap di sekitar lutut ke bawah. Kelihatan seperti sepasukan polis menembak dia. Mungkin tersalah saspek. Aku cuba dapatkan dia, tapi mereka membawanya pergi. Ke hospital barangkali..

Kelmarin, aku bermimpi pula aku ditetak di kepala. Asalnya aku sedang memburu orang yang menetak ayah *tapi bukan ayah di alam realiti. Sedang aku mencari, tiba-tiba aku terasa kepalaku seperti diketuk dengan tepi pembaris, cuma lebih tebal. Terasa seperti ada air mengalir.. Darah! Rupanya aku pun ditetak oleh saspek misteri. Keadaan semakin gamat bila aku terdengar bunyi tembakan bergema (lagi).

Kali ini ayahku ditembak mati pula. Di hujung sana aku ternampak seorang lelaki yg hampir separa abad kaku mengacu pistol. Asap kelihatan dari muncung. Terus aku mendapatkan ayah dan menjerit kepada lelaki tersebut.

"Anippppppp!!! Apa kau dah buaaaaaat??"
"Dia, dia kedekuttttt... Dia bayar gaji aku sikit..."rupanya dia mengambil upah dari ayah *entah kerja apa.
"Kalau kau nak lebih, aku boleh bagi laaaaaaa!!!"

Lelaki tersebut kelihatan keliru. Sah, otaknya 3 suku!

Jadi, tafsiran mimpinya apa?
Kaki mizzy sekarang memang sakit, kat lutut. Bahana bola.
Aku pulak, sedang tahan sakit kepala. Betul2 di tempat yang di'tetak' tu...
Kebetulan? Ya, mungkin...

Dec 17, 2009

Skodeng dari lubang kecil di dinding kayu

"Ooo bila keluar malam, katanya pegi miting! Pegi miting! Rupa-rupanya di sini yaa... Simpan perempuan yaaa..."
"Sumpah, perempuan ini bukan abg simpan, Tinah. Yang ini binik abg no.2.. Bukan orang lain.. Madu kau juge, Tinah..."
"Ooo binik ko nombor 2 ya? Kalau dulu, aku takmau kawin dengan kau, nak bunuh diri! Sekarang simpan perempuan ya.. Jantan x guna! Nak mampos! Sepatutnya kau ditembak dengan senapang gajah!"
"Astaghfirullahalazim, mengucap Tinah.. Menurut undang2 Islam kita dibolehkan untuk kawen sampai 4, sayang.. Ini baru no 2. Yang ke-3 dan ke-4 akan datang, Tinah.. Entah next change ka.. Entah coming soon ka... Tinah.. Tinaaaahhh.."
"Ohhh... kalau kawen, nak ikut undang2 islam.. Pasal sembahyang, puasa, kenapa x ikut undang2 islam, hah??!!"

*prunggg prangg piungggg!!!

PERHATIAN: babak di atas tiada kena mengena dengan catatan di bawah.

NEXT CHANGE




COMING SOON




MESTI TONTON.

Dec 16, 2009

Mungkin 3 ribu lebih kaya

Pagi tadi seperti biasa, pagiku ditemani Pak Nil & Cik Din Gile. Celoteh pagi ini adalah berkenaan pengalaman menaiki teksi. Cerita terbaik akan berpeluang untuk menyertai Teka Bunyi Era.

Aku rasa aku tahu jawapannya. Tapi entah mengapa pagi tadi tak terlintas di fikiran apakah aku punya kisah menarik ketika menaiki teksi.. Kebanyakan pemanggil menceritakan kisah teksi yang busuk hapak & karenah pemandu yang tidak memasang meter. Cliche..

Hampir jam 8.30 tiba-tiba aku teringat 1 kisah, sekitar tahun 1997 dulu. Waktu itu aku masih di Tingkatan 5, di JB.

Hari itu hari Jumaat. Hari outing untuk penghuni hostel. Hari untuk mengecap kebebasan selama 4 jam. Kalau lambat, bersiap-siap lah untuk menghadapi kemungkinan dipanggil warden. Nasib adalah berdasarkan budi bicara mummy qamar (ketua dorm). Kalau dia baik hati seperti Cinderella, selamat lah.

Jam menunjukkan hampir 6 petang dan kami berempat masih di Larkin. Terkocoh-kocoh menahan teksi. Mujur ada yang sudi berhenti. Seorang lelaki separuh umur menoleh ke belakang.
"Nak ke mana?"
"Teknik JB pakcik.."
"Ok.."
Dari Larkin ke hostel bukanlah jauh, tapi jika berjalan kaki adalah mustahil untuk sampai sebelum 6 petang. Dari simpang Larkin, kami perlu belok ke kiri untuk masuk ke Jalan Tun Abd Razak. Itu yang aku pasti. Tapi teksi tersebut membelok ke kanan. Aku fikir, mungkin dia ada laluan pintas?

Tapi semakin lama, aku semakin pelik sebab tiada tanda-tanda akan ke arah sekolah. Aku & rakan2 saling berbalas pandang. Salah seorang memberanikan diri.
"Eh, pakcik.. Bukan jalan ni rasanya..."
"E'eh.. alamak, pakcik silap jalan lah! Takpe, takpe.. Nanti pakcik pusing yea..."
Kami semakin cuak.. Pakcik ni hendak kidnap kami ke???!! Untuk meredakan tekanan, salah seorang rakan aku cuba untuk berbual-bual dengan pakcik teksi. Ternyata dia seorang yang peramah. Cukup-cukup peramah. Err.. pakcik teksi, maksud aku.

Sampai-sampai di perkarangan hostel, kami menarik nafas lega. Jam sudah terlajak beberapa minit dari angka 6. Pakcik teksi masih tak henti-henti bercerita.

Di penghujung bicara, kami kumpul wang seorang sedikit untuk membayar harga tambang.
"Eh, tak payah la..."
"Haaaa???!!!" seharusnya kami terkejut beruk.
"Takpe.. korang semua dah macam anak pakcik dah.. Pakcik halal aje. Lain kali pakcik datang lawat kamu semua ya?" ketika itu dia sudahpun tahu nama kami berempat dan sempat menghulurkan kad perniagaannya.
Sebagai pelajar yang kedudukan kewangan sentiasa terhad, seharusnya kami gembira. Dapat ayah angkat driver teksi! Sudahla sesat larat, naik free pula!

Selang seminggu, kami menerima pelawat misteri. Aku fikir ayah ibu rakan senegeri datang melawat (bila mana-mana ibu bapa yang datang, pasti semua anak senegeri akan diajak turun lepak & makan bersama - hanya digunapakai oleh geng budak kl/selangor saja.)* Ye, kami memang komplot.

Alangkah terkejutnya bila kami mendapat tahu pakcik teksi itu rupa-rupanya yang datang! Kami semua tiba-tiba gemuruh tak tentu hala.
"Kau la pegi!"
"Apa pulak.. Kau yang layan dia borak.."
"Ahh, kau pun sama!!"
Sudahnya, kami semua pergi ke pondok pelawat dengan wajah yang serba salah. Entah kenapa kami semua rasa tidak selesa. Walau banyak mana bilangan beg plastik berisi jajan dibawanya, tetap tak dapat menghilangkan rasa gemuruh kami.

Ucap kata tersekat-sekat. Senyum semuanya sumbing. Pakcik teksi bagai dapat membaca isyarat tubuh. Tak lama pun, dia meminta diri. Kami hanya mampu melihat.

Sejak itu, kami tidak bertemu dengannya lagi. Walaupun kami masih menaiki teksi setiap kali outing. *Apa barang naik bas.. Penat & panas nak jalan kaki sampai jalan besar! Hmm mungkin juga dia ada terlihat kami di sekitar JB tapi enggan berhenti bila ditahan. Hehe..

Pakcik teksi, maafkan kami... Kami neves!!

Oh, berkaitan tajuk entri.. Hadiah Teka Bunyi Era pagi tadi adalah RM3000 tunai!

Dec 14, 2009

Isnin Murah

Alhamdulillah, yang dicari sudah ketemu. Walau tak semua, tapi sekurang-kurangnya ada, daripada tak ada langsung.

Kadang-kadang bengang lah juga bila annual dinner nak kena ikut tema, tapi mujur sangat-sangat group kami memilih tema yang sangat mudah dan pasti dicemburui oleh anak bos yang dipaksa mengikut tema amoi-amoi di HQ.

Untuk acara malam itu, lupakan baju vogue de vass, kain meleret-leret bak baju pengantin atau tas tangan berlabuci.Tapi aku akan melangkah penuh gaya lah sangat dengan Cheap Monday walaupun acara itu hari Sabtu. Walaupun item di dalam go-get list masih belum dipenuhi, aku sudah cukup lega dengan kehadirannya..



Tema adalah rahsia sehingga tiba hari besar itu. Group terbaik akan menang hadiah yang aku pasti sebuah hamper! *Apalagi hadiah yang paling sesuai dinikmati beramai-ramai? Jadi, kami pun tak berharap sangat untuk menang. Sekadar memenuhi undangan...

Dec 13, 2009

Tak jadi tidur

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Mata aku dah mulai kuyu-kuyu. Jam 4 pagi tadi aku terjaga.. Haih.. tertido di sofa lagi hari ini.. Mungkin sebab aku macam risau nak naik bilik sorang-sorang setelah dihadapkan dengan filem Santau malam tadi, ditambah dengan adik yang keluar rumah jam 11 lebih selepas itu, dan tiada sesiapa di rumah.. Jadi aku rasa Astro adalah peneman setia aku...

Jam 4 terjaga dari mimpi yang berjudul 'Kompilasi Babak Chanel 711'. Serius. Mungkin antara sedar & tidak aku terjaga lalu suara dari tv meresap masuk ke minda separa sedar aku dan menjana babak yang tersendiri berdasarkan skrip. Sebab, siri terakhir yang aku tonton adalah Psych. Tapi aku seperti ternampak-nampak John Stamos dalam Jake in Progress dan beberapa babak series apa yang aku tak dapat kenal pasti. Dan bila mata aku betul2 terbuka, aku nampak Scrubs.

Adik masih belum pulang nampaknya. Aku teruskan menonton. Hampir 4.30 pagi, aku menukar saluran ke MAX. Wah, ada Psycho II! Baru saja bermula. Beberapa minggu yang sudah aku telah menonton Psycho versi asal garapan Alfred Hitchcock. Sangat klasik!

Dan yang ke 2 ini adalah sambungannya. Masih menggunakan pelakon & lokasi asal! 20 tahun selepas filem pertama. Aku lebih teruja sebab  filem pertama hitam putih, filem kedua sudah ada warna. Jadi aku dapat bayangkan set lokasi filem pertama berdasarkan warna daripada filem ke-2. Terutama rumah buruk & Motel Bates.

Pada orang lain, mungkin aku sudah agak terlewat untuk menonton filem hebat ini. Apa boleh buat.. 'Zaman dulu' aku sememangnya kurang berpeluang menonton tv, apatah lagi wayang...

Jam 5, adik pulang dari PJ. Terus ke bilik, tapi aku teruskan menonton.. Sampai lah tiba rasa bosan & rindu pada katil di bilik.. ;p

Baru saja ingat nak landing, teringat jam 9 nanti perlu bawa Mak pergi potong rambut di Kajang. Hmm pasti selepas itu dia nak ke pasar tani untuk beli sayur kampung, sebab semalam dia ada sebut-sebut...Kalau aku sambung tidur, pasti payah aku nak bangun semula.. Tambahan, aku ada projek penting sebelum mengambil Mak nanti.

Aku juga harus ke Subang hari ini. Peluang terakhir untuk aku dapatkan pakaian annual dinner~

Dec 11, 2009

Cerita Kedai Kopi

Bagaimanapun pada 8 Julai lalu, Nor Daliya memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Mohamad Fahizul dengan alasan antaranya, segala wang dan hadiah pemberian plaintif diberikan kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu semasa proses "pikat-memikat".

Aku percaya proses 'pikat-memikat' tu dinamakan courting. hmm.. Belum pun bertunang dah minta macam-macam kononnya akan kahwin. Tapi kesudahannya, nan ado! Seharusnya si lelaki rasa tertipu sebab si perempuan sudah berjanji sehingga masing2 sanggup bercerai dengan pasangan masing2.

Tiba-tiba aku teringat 1 kisah lampau di mana seorang lelaki telah membantu seorang perempuan untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam masa yang sama, si lelaki mencuba nasib untuk memikat semula (atau lebih tepat lagi, melamar) si perempuan walaupun tahu dia bukan pilihan keluarganya. *Ya, mereka pernah punya sejarah bersama.

Si perempuan tak pernah bersetuju, sebaliknya menjarakkan dirinya. Selang sebulan, si lelaki datang menuntut janji. Seharusnya si perempuan membantah kerana dia tidak pernah menjanjikan apa2. Malahan dia telah pun memberitahu bahawa dia telah pun ada yang punya.

Akibat tidak tertahan dengan gangguan psikologi dari si lelaki, si perempuan bersetuju untuk bertemu semula. Malangnya, di pertemuan itu si lelaki telah mengugut untuk memberitahu keluarga si perempuan tentang sejarah mereka andainya si perempuan tidak menuruti katanya, atau berhenti dari kerja yang kononnya 'dicarikan olehnya'.

*Sedangkan, pekerjaan itu tak pernah dipohon oleh si perempuan. Dan dia pun bukan sedang mencari kerja ketika mendapat tawaran temuduga. Kelihatannya si lelaki telah mengaturkan untuk dia ditemuduga. itu saja. dapat/tidak semuanya bergantung pada hasil temuduga.

Sehinggakan si lelaki memaksa si perempuan bersumpah di atas Al-Quran & menandatangani surat perjanjian yang dia akan berhenti dari pekerjaannya. Bukan sahaja si lelaki telah menyakitinya secara mental, tetapi juga fizikal apabila dia menghalang si perempuan dari meninggalkan tempat tersebut. Segala yang terjadi cukup memberikan 1 noktah kepada si perempuan bahawa si lelaki itu bukanlah calon suami yang sepatutnya dipertimbangkan olehnya.

Selepas beberapa ketika, si lelaki masih cuba menghubungi si perempuan namun tidak diendahkan langsung. Panggilan tak pernah diangkat. Sms tak pernah dijawab. Sehingga 1 malam, si lelaki menghubungi melalu telefon rumah & si perempuan gagal mengelak. dia memberitahu bahawa dia sudah pun berada di hadapan rumah! Apabila terdengar suara orang memberi salam, si perempuan tahu dia sudah tiada pilihan..

Mujur dia telah memberitahu segala-galanya kepada orang tuanya, jadi mereka sudah bersedia menghadapi tamu yang tak diundang itu.

Tujuan kedatangan si lelaki itu adalah untuk meminta maaf kepada si perempuan & keluarganya. Dan untuk mendapatkan kepastian andai si perempuan bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun itu bukan isu yang ingin dibincangkan oleh kedua orang tua si perempuan, tetapi lebih kepada 'tergamaknya seseorang itu untuk menutup pintu rezeki orang lain hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi'.

Sang ayah sedia memaafkan, namun masih teringat-ingat sebaris ayat yang telah dilemparkan kepadanya lewat beberapa tahun yang lampau ketika si lelaki & si perempuan baru berpisah.

"pakcik tolong ajar anak pakcik."
Masih terngiang-ngiang di gegendang tuanya dan itu teramat mengguris hatinya.

Sebelum berpisah malam itu, si lelaki memohon untuk bertemu si perempuan untuk meminta maaf secara terbuka di hadapan orang tuanya. Dengan linangan air mata dan mengelak untuk memandang ke arah si lelaki, dia hanya sekadar mengangguk & menggeleng untuk menjawab setiap kata-kata.

Dan itulah kali terakhir mereka bertemu & berhubung.

Macam drama swasta, kan?

Dec 10, 2009

Teman sejiwa

Sejenak terfikir, adakah pabila seseorang itu didorong gerak hati yang sama dengan kita, maka boleh dianggap sebagai 'soulmate'?

Justeru, apa definisi sebenarnya?

Dec 9, 2009

di atas normal

Pernah dengar lagu Alif Sattar? Yang pernah dia nyanyikan semasa final OIAM dahulu...
Khayal, Tak Dapat Dikawal
Rindu Makin Tebal
Sejak Mula Kenal

Hari ini bukan nak bicara soal rindu sejak mula berkenalan, tapi soal pokoknya ialah tentang 'khayal'.
Beberapa insiden yang telah terjadi hari ini, mungkin disebabkan oleh fenomena khayal ini..

I. Simpang
Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja aku harus menghantar adik ke MATRADE di Jalan Duta. Mula-mula agak berat hati sebab perlu bangun lebih awal (dia punch in 8.30 & aku 9.30) & mengenangkan kondisi trafik Jalan Istana - Jalan Duta setiap pagi. Tapi, hikmah di sebaliknya adalah aku berpeluang untuk tiba ke ofis lebih awal daripada biasa juga. Hari pertama aku hantar dia, aku sampai ofis 1 jam setengah lebih awal! Hari kedua, sejam awal. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pada orang lain, aku tak pasti. Tapi pada aku, itu sudah cukup memberangsangkan. 

Oh, sudah lari tajuk nampaknya! Begini, dari Jalan Duta ke MATRADE aku harus tempuh 3 traffic light. Dan selalunya setiap kali aku tiba, pasti lampunya merah. Tapi hari ini, traffic light pertama, hijau. Kedua, merah. Yang ke-3 aku tak perasan tapi pastinya hijau sebab aku terlalu ralit mendengar ulasan Dina di ERA tentang Din Beramboi & peserta-peserta lain di Pertandingan Makan Roti Canai Terbanyak Secara Sopan sehingga aku sedar2 sudah berada di simpang T yang sebelum ini aku tak pernah lalu! Rupa-rupanya aku terlepas simpang ke MATRADE. Aku fikir aku dah salah jalan tadi. Phew~ 

Eh, bukan aku saja yang khayal. Co-pilot di sebelah pun tak boleh diharap. 2 x 5..

II. Pintu
Masuk ke MATRADE, seperti biasa menuju ke East Wing, tapi baru saja tiba di West Wing,
Adik: "Eh kat sini lah!" Aku macam, haaa? sejak bila?  
Adik: "Orang memang kat sini la.. " tetapi kemudian, "Eh, ni East ke West?"
Aku: "Hoiiii.. ni West lahhhh... East belum sampai lagiiii!!"
Adik: "Eh, hahahahahaha!"

Haih... apalah nasib dapat adik yang semulajadi sengal...

III. Ayah
Hari ini bawa bekal seperti biasa. Alah, cekodok aje. Habiskan stok pisang di rumah. Masa masukkan dalam plastik, ayah charge "3 ringgit!" E'eh.. kedekutnya.. x sampai 10 ketul pun... "3 singgit.." selamba aje dia. Lebih sikit dari Mail si 2 Singgit tu.. 

Sampai di ofis, sambil buat kerja, makan la cekodok. Tiba-tiba ada sesuatu yang rasanya aneh & kenyal. Cukup aneh sehingga aku terpaksa meluahkan keluar. Sewaktu itu aku sudah cuak habis! Kelihatan sesuatu yang merah & panjang-panjang. Getah??? Ini macam getah pengikat plastik tepung gandum aje! Macam mana boleh ada dalam cekodok??!! Haih... Nasib baik dia ayah aku! Kalau beli kat kedai, seharusnya aku sudah pangkah besar-besar! *yer, cekodok tu ayah yang bikin.. 

Hari ini memang hari yang penuh khayalan kah??

Dec 8, 2009

Berbaloi-baloi .: Entri ini tidak ditaja oleh Celcom :.

Akhirnya yang diimpi terlaksana sudah.. iSpy telah selamat menonton filem MySpy yang dilakonkan oleh pelakon kegemarannya, Harun Salim Bachik a.k.a HSBC.

Sangat sesuai ditonton ketika jiwa kacau & hati merasa gundah gerhana.
Babak kegemaran aku adalah ketika Abg Salleh diajar cara-cara untuk memadamkan mercun roket yang sudah menyala & ketika berada di bilik sejuk.
Sudah lama rasanya aku tidak ketawa x ingat dunia dalam panggung wayang bersama-sama penonton lain.
Tak percaya? Dapatkan tiket anda di panggung berhampiran. Selagi stok masih ada! Dan sebelum aku memberikan spoiler dalam entri ini.

Trailer nya mungkin kelihatan seperti tidak menggugat jiwa anda. Tapi sila percaya pada buah tangan Afdlin & Abg HSBC. Kudos to the team!



bukti pembelian


salah seorang pelakon kegemaran


Dec 4, 2009

kenapa kena tengok??

MY SPY

  1. Ini filem Afdlin Shauki - cip kodok aku
  2. Ada Hannah Tan Abg HSBC
  3. Merupakan genre filem kegemaran
  4. Ini kali kedua Afdlin guna nama aku dalam filem. Yang pertama dulu, dalam Cilok. ;p
  5. Sebab nama aku iSpy, jadi aku wajib menonton MySpy
 Adnan Sempit

  1. Spin-off movie kepada Remp-it
  2. Malaysia jarang ada movie spin-off (atau tak ada??)
  3. Nak tengok Sam bawak watak rempit-tak-berapa-sejati
  4. Melalui trailer saja sudah mampu membuat aku tak sabar menontonnya.
  5. Pelakon-pelakonnya semua lebih hebat berlakon dari pelakon Jalang yang ______ itu.
Jadi,  mari segarkan minda menonton filem ringan sebelum menghadapi cabaran yang lebih hebat di tahun hadapan. *Seperti tidak berkaitan aje.. Memang pun!

Dec 3, 2009

Kita memang tak ada jodoh.

We are what we eat.

Memang betul kata madah yang kita adalah apa yang kita makan.. Ertinya, apa jua yang kita makan, pasti akan menjadi darah daging kita lalu membentuk sifat jati diri kita.

Aku pernah dengar orang kata, restoran yang menjual liquor (minuman keras) sebenarnya premis itu tak akan dapat lesen HALAL daripada JAKIM. Jadi, Chillis?? Tony Roma? La Rambla? Johnny's Restaurant?

Bila ada orang forward email pasal kod2 lemak babi, selalu sangat aku setakat baca aje. seolah-olah aku ikut kata-kata "baca boleh, percaya jangan." entah kenapa. Mungkin sebab aku terlalu yakin dengan cop HALAL yang terpampang kat pembungkus makanan tu kot.

Harini aku terima lagi email sebegitu dan tiba-tiba aku terpanggil untuk mencapai sebungkus coklat Cadbury 75g yang dah lama ter parkir di atas meja aku menunggu waktu yang sesuai untuk dimakan. Lalu aku periksa senarai isi kandungannya....

Sebelum itu... untuk rujukan semua..


Dan ini hasil yang aku dapat..


Dan aku cuba lagi dengan makanan yang ada di atas meja..


Mungkin bukan rezeki aku semua ni. Mungkin ini rezeki rakan sebelah yang berbangsa cina..

Selamat tinggal Cadbury.
Kita memang tak ada jodoh....

Untuk rujukan lanjut: http://www.halaljakim.gov.my/directory/index.php?lang=BM

Dec 2, 2009

kenapa saya busy

entri ini layak digelar entri basi & berkarat sebab sangat overdue sekali..

beberapa minggu yang sudah aku dihambat tugasan-tugasan mengejut ketika sedang bersiap sedia untuk memulakan projek yang dijadualkan. bila namanya tugasan mengejut, seharusnya otak harus bekerja 3,4 kali ganda lebih pantas disamping mengelakkan dari membuat keputusan yang kurang tepat.

dari merekabentuk kad jemputan,buku program, mock magazine, etc. ke mencetak & memotong mengikut ukuran yang dikehendaki semuanya terpaksa dilakukan sendiri. mujur ada teman yang sudi membantu. kalau tidak, memang aku rasa aku perlu berumah di dalam ofis... nak cetak pun, bukan boleh sebarang cetak. perlu proof read, periksa warna & ukuran.. memang macam-macam lah! belum lagi pastikan info dalam website nya dikemaskini dengan info yang tepat..


sampai tak ada tempat nak letak tangan... haih...

tugasan terakhir. potong beratus buku program. lenguhnya kaki & tangan usah dikata!

dek terlalu mengejar kesempurnaan, satu detik kelalaian menyebabkan majlis yang dirancang gah tidak selancar yang diharapkan.. walaupun noda itu cuma 1 titik hitam sebesar sawi pun, segala curahan tenaga yang berganda-ganda besarnya bagai tiada makna lagi. itu hukum alam, barangkali.

silapnya apa? cuma terlupa memaklumkan kepada pihak penganjur yang susunan nama dalam buku program telah diubah kedudukannya untuk mencantikkan lagi layout. manalah aku tahu yang selama ini mereka membuat senarai hadiah yang dinomborkan adalah berdasarkan susunan di dalam buku program... sungguh aku tak pernah tahu!

akibatnya, bila kategori ke-2 diumumkan, senarai yang di baca emcee tak sama dengan hadiah yang disusun. menggagau kawan nak cari pingat & sijil.aku yang dibelakang pentas pun ikut sama gelabah! majlis jadi sedikit cacat bila pak menteri terpaksa menunggu seketika untuk hadiah sampai ke tangan.

apa-apa pun, syukur majlis berakhir dengan lancar & makanan yang disajikan pihak hotel sangat memuaskan! walaupun terpaksa bangun awal pagi di hari sabtu, puas hati la juga (sebab dapat melaram dengan baju raya baru..hehe)


hasil penat lelah.. alhamdulillah...
Rujuk sini untuk maklumat lebih lanjut tentang pertandingan ini. Khas untuk pelajar sekolah saja.


jaga kaunter pendaftaran guru


jaga pintu sambut pak menteri


jaga belakang pentas


jaga diri sendiri

hari yang memenatkan.. tengah hari panas terik. bila menjelang petang, ribut pula melanda. habis basah lantai tangga kat rumah. petang pergi tengok baby Nawaal dengan Zeela. Comel. Tapi sayang, tak dapat pegang & dukung sebab Nawaal tengah nak uk-uk... ;p Tapi tetap comel... Sorry xde gambar. Kena suruh Ayah Ngah dia upload gambar terbaru...

Dec 1, 2009

Menjual (kebolehan) diri

There're 2 things i hate most in career world:
1. Interview
2. Annual appraisal

Seriously. Dengan mendadak perasaan gemuruh akan datang bila kaki melangkah masuk ke 'bilik soal siasat'.Muka terasa panas. Tangan berpeluh. Kaki menggigil. Otak tiba-tiba kosong.

Kedua-dua 'aktiviti' ini memang membuatkan aku panas punggung, namun aku tak punya pilihan. Untuk terus bertahan di kedudukan sekarang, aku harus gigih mempertahankan sumbangan yang tak seberapa kepada syarikat agar terus dihargai.

Andai aku tewas, aku perlu kuat pula untuk menghadapi penilaian pandang pertama pihak penemuduga. Secara jujur, aku tak suka disoal siasat bertalu-talu. Aku jadi bingung samaada untuk bersandiwara atau jujur saja demi menjual kebolehan diri dengan harga yang paling tinggi.

Adakalanya aku berasa amat penat untuk terus bertahan dalam industri ini. Minat sahaja tidak mencukupi. Pengetahuan meluas mengenai trend semasa perlu dikemaskini selalu. (di mana aku belum temui masa untuk lakukannya).


Untuk penilaian tahun ini, selain memberi 'rate' 1- 10 pada beberapa item berkaitan pencapaian setahun ini, aku perlu:
1. senaraikan apakah pencapaian sepanjang 2009
2. post-mortem terhadap tugasan-tugasan lalu (baik, buruk)
3. sediakan hujah untuk komen umum selama berkhidmat di sini
4. jangka masa yang dihabiskan untuk sesuatu projek / tugasan.

Stress.