Jan 30, 2010

Tak tahan lagi

Kesabaran itu memang suatu tuntutan.
Tapi tetap ada had nya.
Aku dah cuba bertahan sejak sekian lama.
Bertahun kot..
Tapi semakin aku bertahan, semakin aku goyah.
Jadi aku rasa sekarang adalah masanya untuk bertindak.
Tak ada gunanya untuk aku terus menunggu.
Entah apa untungnya, tak pernah aku jumpa.
Sesal?
Hilang dari kamus bila tekad sudah membulat.
Mungkin ini akan buat aku lebih bahagia.

Buktinya?
Aku masih boleh tersenyum.
Dan tenang.


Akhirnya...
Seperti mereka..



Aku dah pixie!
Rasa 10 tahun lebih muda beb..

Jan 29, 2010

MC juga tak seerti 'macam cunnnn'

sambung balik previous entry..

KUNCI~!

Aku dah half way nak sampai rumah, baru aku teringat yang aku tak ada kunci rumah!

Pagi tu aku bagi kat adik kunci aku sebab dia terlupa bawak dia punya. Since dia akan sampai rumah before aku, so aku bagi ajela aku punya..

Aduh... masak!! U-turn terakhir baru je lepas. Depan lagi dah tol.. Before tu ada susur keluar highway BESRAYA g Hotel Palace & Seri Kembangan. Belasah aje laa... Boleh tembus ke PLUS highway then boleh straight to Jalan Duta nanti.

Sambil tangan pusing-pusing stereng, aku cuba call adik aku. Lagi satu bala! Error in connection!! Haih... Banyak kali juga la aku try call, tak dapat-dapat. Last-last aku call jugak ayah..

Pot-pet, dia waktu tu bukan dekat ofis dia yang sangat dekat dengan ofis aku. Tapi dia kat Wangsa Maju nak ambik ibu gi ofis dia. (Petang tu derang nak g honeymoon naik Genting. Ofis ayah nyer program. Tido sana 2 malam.)

Dia cakap dalam 1.30pm dia sampai la ofis. Boleh aku datang sana ambik kunci rumah.. Aku tengok-tengok jam, hmm baru 12.30. Tapi otak aku memang blank waktu tu. Sampai 1 simpang tu, kiri - aku akan turun balik ke highway asal tadi. Kanan - ke KL. Aku g belok kanan.

Tapi fikir-fikir balik, jadahnya aku nak melangut 1 jam kat dalam keta tunggu ayah nanti??? Baik aku g klinik dulu...

Elok je aku masuk PLUS highway dekat ASTRO tu, terus aku naik susur masuk balik.. Pegi balik kat Hotel Palace and turun kat susur before tol yang aku mula-mula masuk tadi  =____=' back to square 1. Adala 20 minit masa aku terbazir.

Sampai klinik, tunggu kejap je. Dan seperti biasa, aku jumpa doktor dalam 2 minit je. Lepas dapat MC, aku terus ke Jalan Cheras menuju ke KL. Agak jem la jugak lagi-lagi aku lalu Masjid Negara untuk ke area HKL.

Sampai-sampai aku terus naik ke ofis ayah. Ayah dah pergi sembahyang Jumaat. Tinggal ibu je. Sekali ibu cakap kunci tu kat dalam kereta kat bawah... Adoyai.. Apsal la aku tak call ibu awal-awal tadi???

So, bila ibu dah turun bawah, aku kena tolong alihkan kereta diorang kat parking berbumbung pulak. Yang dekat sket dengan pondok guard. Yelah, kereta nak tinggal 3 hari, takkan nak biar tengah-tengah parking pulak.. Kang ada yang tak bertingkap lagi kang.. 

Usai semuanya, aku teruskan perjalanan pulang. Melalui jalan yang sama aku lalu waktu aku keluar dari ofis pukul 12 tadi. Sampai rumah, pukul 2.30pm. Niat nak singgah JJ pun aku kenselkan sebab aku lebih ingin melentokkan kepala ke bantal sambil layan Astro dari menapak dalam JJ di waktu-waktu begini. Tapi malam tu aku dah gagah untuk ke sana! :p Last day Members' Sale Padini. Haruslah!

Setiap hari, aku akan tawaf KL 1 round pagi & petang. Tapi hari tersebut, aku tawaf 2 KALI...

To make it 'short':

[ START ] Kajang - BESRAYA - Jalan Istana - Jalan Duta - Jalan Ipoh - Jalan Tun Razak - Jalan Yap Kwan Seng (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA - Seri Kembangan - Serdang Raya - PLUS - BESRAYA - Kajang (pause) - Grand Saga - Jalan Cheras - Jalan Maharajalela - Jalan Raja Laut - Jalan Ipoh - Jalan Raja Muda Abdul Aziz (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA- Kajang. [ END ]

Memang sedang elok lah aku dapat MC lagi hari tuh!!

Jan 26, 2010

My Valentine’s Day

Never celebrate it but for the sake of free tix, here's my fantasy date with the Lord of Punk'd.. Yes, you got that right.. Who else, yes... YOU, Ash! *Perasan konon Ashton Kutcher nak baca blog kau!! Demi, pinjam laki hang sat... 

Some girls like Mr. Nice Guy, but I guess I'm more into Bad Boys. Maybe they have some 'adrenaline-rush' kinda thing that could make my life a bit like a roller coaster???

Anyways, I'm here to talk about my dream (LITERALLY) date with Ashton. Since he's really well-known in pranking others, I have to be extra carefull myself from the moment I step out of the house. Even I hope he'll rest the day for me..

Valentine is a special day.. If I only have 1 day to spend with him, I'll plan to spend it alllll day. Yes, from AM to PM. And since our dearest Mr. Kutcher here is a very very budak bandar, I think I should bring him closer to nature.

Right after I sit beside him in the Hummer, we'll head straight to Tanjung Karang where we'll be joining a pakcik & makcik for tuai padi antara masak... esok jangannnn -bzztttt! stop the music pls! Ok, we'll be helping them membanting padi. But since it's still February, so we'll just help them planting the seeds.

Ohh it's gonna be fun seeing him in the fields with the triangle hat and seluar senteng! hahaha!! I'll throw him some pacat (or i'll just ask pakcik to throw them to him!) just to see if he screams like a sissy! Before we head back to town, I'll make sure we have some brunch in the hut in the middle of the paddy fields. And during our way to tumpang mandi air perigi at rumah pakcik, I'll push him into the field from the 'batas sawah'!!

He must be soooo exhausted, so I'll drive the Hummer on the way back and let him take some nap. In the mean time, I'll make sure I snap some precious pictures of him dozing off.. ;)  We'll stop by Kota Melawati for some sightseeing and lunch under a tree down the hill.. Of course without all the monkeys~

Once we reach the city, we'll head to Menara KL. Blindfold him in the elevator and bring him to the open deck and let him feel the wind that blows his hair everywhere! Once he open up his eyes, he'll see that I'm ready for a jump!

"You jump, I jump!" As we ready for our free fall ride after watching sunset at the deck~



Once we safe on the ground, we'll head back to the elevator for our romantic dinner at the Revolving Restaurant, enjoying KL night sky. And not to forget, a dance would do no harm (if we can still feel our feet!). By 12 midnight, we'll watch Tower Lightning - a light & sound show from Menara KL.

If I get an extra 1 more night with him, *hepppp!! don't think 'other things' yea.... I'd love to bring him for a ride down the river to Kg Kuantan for fireflies watch. Then we can proceed for IKAN BAKAR!!!!

Ok, I'll better stop before 'Ashton' serik turun Malaya!!!

So there! My 'fantasy-never-come-true-dream' of a special Valentine.. It's all about fun with nature. And answering your question, of course I'll be super excited spending time with him. And make sure he adds me on his FB - not as a fan of course.. bwahahahah!!! (so I can tag him to the pix of him dozing off in the Hummer). No Ash, I don't tweet. Sorry...


Lucky Ash - or me??



And to all my friends & hughey.. please don't hate me.. This post is all because of this: 


MC tak seerti mamamia... cantik!!

Zomg lama sungguh tak update~ Kisahnya banyak. Ideanya hadir. Tapi penyakit M yang sebati dalam diri ni susah betul nak diubati.

Yes. M for MENGONG. Apa? MALAS? Hey... Saya rajin tau!! Tengok, tiada lagi short formmmm. :) *perkataan pertama aje dah kantoi!

Untuk bulan ini saje sudah 2 kali aku MC. Jadi, aku tidak bercadang lagi untuk MC esok atau lusa walaupun mata ini semakin memerit rasanya.

Kali pertama, masa hari pertama bekerja di tahun baru. Heheh.. Orang lain bersemangat melangkah ke pejabat dengan baju pejabat berbau kedai dengan kasut baru polish, tapi aku melangkah longlai ke klinik~ Mata bengkak sebelah. Takut juga kot-kot nanti terjangkit jiran cubicle, terasa hina pulak dihalau keluar pejabat nanti...

Doktor bagi aku cuti 1 hari untuk rest kan mata. Dan petang nya aku sudah berjimba di rumah rakan yang baru kahwin, lepak minum petang, bergossip hangat sambil menggoreng pisang & keropok lekor. Pastu goreng pisang tu cecah sambal kicap+cili padi +gula yang sangat sedap~ Johor style.. Layan seyh.... Sambil membincangkan masalah peribadi sambil menonton Cinta Balkis untuk pertama kali. *Eh, betul ke tajuk dia? Sumpah tak pernah tengokkkk.. Ala-ala Desperate Housewives version Melayu tapi ada lelaki join! =___='


Sepanjang minggu itu aku merehatkan mata dengan memakai cermin mata yang macam semakin bengkok *alasan nak tukar spek. So, weekend aje pakai contact lenses. 2 minggu begini.

Jumaat lepas, bangun-bangun pagi aje rasa macam tak best dalam hidung. Alahai, please no. Masuk ofis, dah campur aircond maha sejuk, aku rasa kejap tersumbat-kejap 'paip bocor' & pening. Nak buat kerja pun tiada mood sebab kerja pun tak ada sangat.. Heheh..

Aku beranikan diri jumpa bos & yakinkan dia untuk balik jumpa doc. Since, dah ramai yang terkena begini & dia berpindah randah dari sorang ke sorang, makanya aku tak perlu bekerja keras untuk convincekan dia. Macam ada turn MC plak untuk seminggu tu. Campur aku, dah 3 orang kot?

Dalam 12++ aku keluar ofis. Dan aku tiba ke rumah jam 2.30pm. Macam hulu banat je rumah aku dengan KL kan... padahal setengah jam dah boleh sampai. Bukan sebab jem, tapi sebaaaaabbb....

bersambung di lain kali... *penat laa... ngantuk sebenarnya. lagipun ini dah termasuk cerita kedua. Panjang sangat pun, sangap juga..

Jan 14, 2010

Satu untuk engkau, satu untuk aku

Bila rasa down, selalu igtkan diri sendiri utk chill.. ada lg org lain yg lebih teruk nasib diorang.

Itu aku.

Zaman memberontak aku dah lama lepas.
Sekarang zaman untuk berhenti seketika & berfikir sebelum berbuat / berkata apa-apa. apa omputeh bilang? "stop & stare"? Haa pun boleh..

Kadang-kadang terbit dalam hati.. kesal, sebal, kecil hati dsb yang seberadik dengannya. lumrah nya manusia, tak pernah puas, kan?

Tapi haruslah berpunca. bukan sesukanya terbit rasa.
Adakala terasa dianak-tiri oleh orang-orang di persekitaran aku. Eh, tak perlu aku hala telunjuk ke sesiapa.

Bukannya minta layanan kelas pertama. Cuma kadang... Timbul rasa unfair.
Tapi aku yakinkan hati, itu sekadar permainan jiwa. Dari si setan dogol yang emang suka membuat onar.

Itu bahagian mereka. Bahagian aku, insya allah akan tiba tepat masanya, cuma itu di luar bidang kekuasaan aku.

Jan 12, 2010

Guru itu pekerjaan mulia

Malas nak tunggu Teacher's Day semata-mata untuk post benda ini.




 Kalau ada yang dapat translate maksud sebenar karangan ini, aku belanja makan. Heh!

1 word from me: Kantuik wa'ang!



Jan 11, 2010

Retrospektif mandiri

Aku seperti malas nak update blog lagi.
Seringkali apa yang terlintas aku perlu filter layer by layer agar tidak ada yang tersinggung kala membacanya nanti.
Dan apabila proses filtering selesai, tiada apa lagi yang tinggal.
Memang orang akan kata, persetankan semua, ini blog aku, bukan mereka.

Tapi aku tak rasa orang itu akan berkata lagi begitu jika blog itu berkisar tentang dia.
Walaupun ia sekadar pandangan peribadi dari kacamata rabun aku.
Nanti dia akan fikir aku 'menghukum' tanpa menilai setiap sudut.

Mana mungkin aku dapat nilai dari setiap sudut sebab bukan aku yang berada dalam situasi yang dihadapinya.
Aku sekadar penonton dari jauh.
Sekadar pemerhati dari perspektif luaran.
Yang cuma dapat mengatakan tentang sesuatu yang aku DAPAT lihat.

Dan mungkin ia dari perspektif dari dia sendiri tidak dapat lihat.
Bagi yang mahir memandu, pasti tahu apa itu 'blind spot' pada cermin sisi. Itu maksud aku.
Pada yang tidak biasa, ia bererti suatu sisi / sudut yang tak terlihatkan dari pandangan kita kerana mata manusia ini tak dapat melihat 360 darjah.

Jadi, berapa perlukah untuk kita melenting bilamana orang bercerita hal kita dari perspektif kornea si dia?

Jan 7, 2010

Tahun sendu

Sedang aku leka menyelak planner 2005 untuk mencari tutorial yang disalin ketika Adobe Conference, aku terjumpa sesuatu...

A Beautiful Coincidence

I know I should not keep it with me
It's not belong to me
It's someone else's
And that someone else deserved to have it

If we know we're gonna drowned, should we keep on going with the flow?
Shouldn't I save myself?
Coz I know if I don't, there's nobody gonna save me then

I just dun want to burden anyone
Let things happen naturally. Yes, I agree
But still I have to consider other things too

So...
Whatever we had before, I guess it's just a beautiful coincidence
Thanks for craving a smile in my unshapable heart.

Another al-poyos-post: Kawan

Rasanya tak perlulah dihuraikan apa ertinya kawan atau berapa jenis kawan yang ada dalam dunia ni. Semua orang pun sedia maklum dan pasti setiap orang punya kisah berbeza.

Habis tu, apa perlunya entry ini?? :) Sekadar merenung kembali kisah klasik yang tercipta dalam dunia seorang aku je..

Sebagai anak sulung dan punya adik perempuan yang jauh jarak umur, aku lebih rapat dengan kawan-kawan. Lebih banyak masa aku habiskan dengan mereka dari dengan keluarga. Ya, aku tau memang tak elok camtu.

Aku tak rasa aku ramai kawan, walaupun kelihatannya seperti ramai. Mereka datang, dan mereka pergi. A few stay. Dan aku sangat menghargainya sebab aku sangat treasure sebuah friendship. Oleh itu aku sangat terasa bila aku hilang kawan. Tapi selalunya aku buat-buat cool as if I don't care.

Ada yang hilang sebab berpindah rumah. Dulu selalu lepak sama, bila dah jauh susah nak jumpa.

Bertukar sekolah & tempat kerja jugak salah satu punca hilangnya kawan. Bila dah jarang bertemu, vibe nya semakin hilang.

Bertukar status relationship pun sama. Terutama bila dah berkahwin. Aku harus terima hakikat yang bila ada kawan aku yang kahwin, dia tak kan jadi macam dulu lagi. *Bergantung kepada pe'el suami dia jugak lah.. Exception for Kak Yus sebab Abg Ashri seorang yang supercool! (Siap suruh-suruh lagi wife keluar lepak & dia boleh jagakan anak-anak)

Kalau belum ada anak, mungkin boleh kidnap dia sejam dua untuk shopping atau yamcha bersama. Tapi bila punya anak, lebih effort diperlukan untuk menjayakan 'misi'.

Pengalaman aku, cuma dapat jumpa waktu lunch hour pejabat saja. Kalau office dekat, great! If not, bila aku cuti / half day hari itu baru dapat lunch bersama. Weekend, sorry. Family time. Salah seorang bestfriend aku officenya kat sebelah saja, tapi sudah berbulan tak bersua.

Tapi majoriti, nak jumpa setahun sekali pun syukur alhamdulillah. Itupun masa Hari Raya. Kadang-kadang anak nak masuk 2 orang pun masih belum berjumpa sejak hari persandingan. Walaupun duduk dalam 1 bandar yang sama.

Tapi aku tak terasa pun sebab dah immune. Dan aku tau, aku pun akan jadi sebegitu suatu hari nanti. *Eh, terlebih panjang elaborate pula..

Ada juga yang bila dah ada kekasih, terus tak mahu jumpa. Konon, takut hati berubah kepada aku. Aku bukan goddess yang senang-senang orang nak berubah hati semata-mata untuk aku. Atau, takut kekasih hati merajuk? Atau mungkin membalas perbuatan aku yang pernah menolak cinta? Atau kekok sebab dah tak boleh bergurau bertepuk tampar seperti suatu waktu dulu? Cuma mereka yang punya jawapannya.

Pernah aku berbasikal, bermotor & berkereta berkilo-kilometer semata-mata mahu hangout bersama kawan. Aku tak kisah.. Sebab aku willing. Tapi adakalanya terfikir juga, kenapa mereka kata rumah aku jauh sangat??? Aku duduk di hulu sungai kah? Tapi aku tak salahkan sesiapa. Definisi 'jarak' itu subjektif kepada setiap individu.

Hilang kawan kerana faktor fizikal? Perkara biasa. Kita tak mampu mengubah sifat manusia yang menilai berdasarkan persepsi kornea semata-mata.

Ada orang yang balik saja dari hangout/trip dengan bestfriend, terus nak ber sms, email segala. Tapi aku dan kawan-kawan lain pula ceritanya. Terus hilang dalam timbunan kerja yang terlambak & muncul kembali bila ada urusan bersama. Mungkin orang kata friends for benefit.. Tapi kami tak pernah terasa. Ada hal, contact. Tak ada hal, duduk diam-diam siapkan kerja. Itu jauh berbeza dari jenis yang pandai mencari bila memerlukan sesuatu dan sebaik saja dapat yang diperlukan, terus buat tak peduli.

Walau bagaimana rupa & cara sekalipun, mereka masih kawan-kawan aku. Dan aku tak pernah membuang kawan.

Jan 6, 2010

Ada juga gunanya appraisal ini..

Seharusnyalah! Duh...

Sebelum ni, aku rasa seperti buang masa saja sebab aku kan manusia yang kurang gemar dengan sesi soal-jawab ni *Walaupun dulu aku pernah digelar sebagai inspektor polis sebab banyak sangat soal. Tulah agaknya?

Tapi mendengar kisah seorang insan yang telah berkhidmat secara profesional dalam sebuah syarikat, buat aku rasa sangat berterima kasih dengan adanya appraisal setiap hujung tahun.

Kisahnya...

A telah 4 tahun bersama syarikat ABC. Malah pernah menjadi partner tapi atas sebab bebanan tugas, dia melepaskan share nya dalam syarikat tersebut. Syarikat ini kecil saja. Staff pun tak sampai 10 orang.

Dalam setiap syarikat, pasti punya admin officer/staff kan? B yg punya kelulusan IPTA dalam bidang yang berkaitan rupa-rupanya tak seperti yang di harapkan. Kebanyakan urusan pejabat A yang terpaksa bantu. Mulanya A tak kisah sebab dia ingin juga mempraktikkan ilmu MBA yang ditimbanya. *wah, timba terus!

Tapi lama kelamaan, semakin berlemak pula kesengalan B. Blur terlebih pun ada juga. Ada kah patut bangunan yang terang-terangan bercat biru-putih dengan pintu gate yang terbuka luas sambil dikawal itu dipanggil PENJARA? Bangunan yang pasti ada di setiap bandar & pekan. Mungkin dia tidak perasan selama ini yang itu ialah sebuah balai polis...

Dan beberapa peristiwa yang baru-baru terjadi membuatkan darah A mendidih-didih.
  1. Bos mengumumkan 'bonus' di mana SEMUA staff mendapat imbuhan yang SAMA BANYAK tidak kira berapa banyak effort anda terhadap syarikat.
  2. Kenaikan gaji sebanyak 30% untuk SEMUA STAFF juga, regardless of what position u're in. Dan tidak kira berapa lama anda berkhidmat.
  3. Syarikat akan berpindah ke pusat bandar yang pasti lebih sesak & mencabar jiwa. Untuk staff berkereta, parking lot akan dibayar oleh syarikat sebanyak Rm160 sebulan. Bagi yang tidak berkereta, diberi elaun RM200 sebulan.
  4. Bos decided untuk beli kelengkapan baru untuk semua keperluan pejabat. Setelah sekian lama berkhidmat, B masih tidak tahu apakah yang diperlukan oleh staff pejabatnya. Termasuk kos yang dibayar syarikat setiap bulan.
A telah bertindak menghantar email kepada bosnya untuk menyarakan ketidakpuasan hatinya. Tepukan gemuruh dari aku untuk A sebab jika aku ditempatnya, aku tidak pasti akan berbuat demikian.

1 soalan diajukan, mungkinkah B itu suku sakat bos? Jawapannya: anak kawan bos. Patutlahhhhhhhhhhhhhhhh....

Aku tak mahu menyalahkan sesiapa, kerana setiap orang punya sebab yang tersendiri. Tapi as individual, apa yang harus kita lakukan adalah buat yang terbaik bila peluang datang di depan mata walaupun ketika menggunakan kabel terbesar. Bukan sekadar grab the opportunity and sit tight.

Dan, semua orang pun tahu bukan senang nak jadi bos. Tapi 'on paper' kita sendiri dapat nilai the 'basic idea' of what it takes in being a good boss. The only thing that lacks or always been 'missed out' is some quality time to make a decision.