lagu mana? lagu nih.. "marilah bergoyang...." *ulang sampai penat.
mungkin lagu paling sesuai: Sway by Michael Buble. hehe..
ok, kata kunci pada hari ini ialah GOYANG.
seperti yang dijangka, status di facebook kebanyakan rakyat malaysia & mungkin jugak di indonesia lebih kurang sama... "terasa gegar lah.." "goyang2 wei..." dan yg sewaktu dengannya..
jam menunjukkan pukul 6++. aku tgh gigih kejar deadline. org HQ menunggu2.
Wili kat pantry plak dok gigih menapau donut KK.
tetibe dia menjerit. AAHHHHH!!
aku plak terasa cam debar semacam. isk, apesal nih?
kerusi aku bergoyang kiri-kanan. tapi sloooooow aje.
ahh sudah!
mcm yg aku penah rasa je nih...
aku berdiri cecepat, n tanya Zam. "wey, rasa x??" dia geleng.
aku toleh kat Heidzir plak.. "ada x?"
dia mengangguk laju.
aku soh Heidzir tanya bos.
bos pun rasa. skang semua orang dh rasa!
bagus! so aku tak mabuk.
tp yg x bagusnya, bangunan bergoyang2.
kali ni lebih lama dr yg dulu.
bayangkan anda di tingkat 12. apa anda rasa?
mcm2 benda negatif terpapar kat layar transparent otak aku mcm slideshow powerpoint.
kaki aku terasa sedikit lembik. menggeletar pun ada.
Wili keluar pantry.. "Ada semut....~"
=___= itu yg ko jeritkan tadi ker, pompuan??
setelah berbincang ala kadar, kami bergegas keluar.
sebelum tu aku sempat save keje yg aku buat td, tutup Firefox & Windows Explorer.
tapi x dan nk off pc.
semua orang menuju ke lif.
gile kan? bangunan bergoyang, n kitorang turun guna lif!
teringat kisah 2,3 thn lps.. same story.
cuma ia terjadi before lunch hour.
semua, maksud aku SATU BUILDING turun guna tangga.
masa tu bos yg skang ni xde sini. *dia lum jd bos aku.hehe..
bos yg dulu tu, dia yg awal2 kuar bilik dia n soh kitorang kuar bangunan.
tgh kecoh2 kt opis, kitorang berdegar2 g tangga.
bersesak2 dgn orang ramai. 13 tingkat je in total. 1 tingkat ada 2 unit pejabat.
tapi, tetappp lenguh kaki hokeyyyyy... siyes.
mula2 mmg la semangat turun tangga.. bila smpi tingkat 6, kaki dh mula cramp. ehh bukan 6.. 8! seksa gile nk smpi bawah!!
dh la tangga tu sempit~
sampai2 je bawah, pintu lif pun terbukak jugak..
sapa yg keluar?
bos!!!
cissssss! dia yg soh kita turun tangga.. dia lak lek2 je guna lif.
alasan dia: tangga penuh sgt org.. =___='
so tadi, lepas lebih kurang 5-10 minit kt luar bangunan, bos & staf lain decide nk naik balik. rasanya xde apa2 kot.
tapi aku masih diulit paranoia.
so aku nk balik!
walaupun jam masih belum cecah kol 6.30pm.
kaki masih lembik2 lg sket2. *lg 1 aku nk blk cepat! haha!
bos pun ckp, ok la xpe.. so, hehe... ca alip but je laaa..
aku sempat panggil Zam sat..
"tolong off kan pc~ hehe.."
di tepi2 jalan kat wisma yow chuan & city square, kelihatan sekumpulan manusia & pekerja kontrak sedang berkumpul2.
aku bet diorang mesti rasa yg sama.
balik rumah, aku citer kat ibu.
dia cakap, "haaa ibu pun rasa gak tadi. ibu kat atas katil kat bilik. sekali rasa cam goyang2. ibu ingatkan ada HANTU."
ya ampunnnnnnnn.....
10 comments:
gila lawak..:P
haha! tu la dia org tua.. asal pelik sket je, hantu! jembalang! pdhal kampung dia nun tgh bergoncang~ huhu!
dlm lawak ada ketakutan,
dalam ketakutan ada lawak..
ewahh..kihkih..
skrg musim benchana,beringat2lah..
p/s: tgh dlm m00d serius nie..
haha.. eh tapi memang ada org2 mula2 ingat itu kejadian hantu cuba mengacau pada mulanya.. hahahah.. luckily aku kat umah xde rasa apa2..
habang: kalau tak ingat, sila la ingatkan lg yer..
p/s: tgh serius juga.
mal: kelakar bila ingat2 balik.. hantu gegar katil. haha! eh, kat jb x rasa ker wey???
nape ai tak rase goyang....mebe tgh shopping ngn amsap kot...ahhaha
**marilah bergoyang~~lalal~'
aku sgt suke telo goyang kat depan PAS time praktikal dulu..~
urm..aku rase xde kaitan pun kan?
haantu goyang;p ehee lawaks la aben
hmm mmg seraaam gak kann
=]
yanti: kalau tgh soping mmg xkan sedar apa2 pun yg bergoyang kecuali time tepuk2 wallet cari duit tersembunyi sbb xcukup duit kat kaunter. hahaha!!
shiro: mungkin masa makan tu dlm hati turut menyanyi "marilah bergoyanggg...." & tanpa sedar pinggang bergoyang ke kiri & kanan.
artdeep: seram oo.. lg2 kt tgkt 12. ur office rasa x ms tu?
Post a Comment