Aug 21, 2009

Sahaja Aku Puasa

jgn lupa mlm ni pasang niat.. niat sebulan terus, senang! mana tau kot2 nanti ada terlajak x bangun sahur.. huhu!

utk semua kawan2 & blogger2 sekalian alam (xkan ada blogger alien kot...), aku nk mohon ampun & maaf kalau ada tersilap kata, tersasul bicara, tersinggung jiwa, ter hitu ter hini.. merujuk kata2 adik junior aku kat asrama dulu, "biasala kak.. kita kan insan yg lemah..." ketika menjawab kata2 seniornya.

ni nak puasa ni, molek lah kiranya jika kita mulakan dengan hati yang suci murni. semoga lebih tenang menjalani ibadah puasa. dan semoga amalan kita semua diberkati-Nya. aminnnn...

korang semua mesti ada pengalaman menarik waktu berpuasa dulu kan? especially masa kekecik.. mandi lama2 tu dh normal sangat dh!

dulu2 kan, aku skolah biasa waktu pagi, then kol 2.30pm g skolah agama lak. aku panggil 'g ngaji'. bukan belajar mengaji je kat skola tu.. subjek lain pun ada. sejarah, tajwid, tauhid... aku dulu 'ngaji' kat Sek. Ren. Agama Sg Balak. balik kol 5.30 utk Tahap 1. 6pm utk Tahap 2.

aku g ngaji jalan kaki jer dr umah mak. adala dlm 500m kot. utk kanak2 sekenit aku, seksa gak weyyy nak jalan tgh hari buta time bulan posa... da la xde payung...

biasanya 1st subjek adalah mengaji muqaddam / quran. kdg2 kitorang ngaji dlm kelas. kdg2 kat dewan solat. kalau kat dewan solat tu, mmg duduk berkumpul2 la baca.

bila dh lama dok situ, aku mula laa x tahan kepanasan.. maklumla bangunan kayu, kipas pun x laju mana... kejap2 aku & kwn2 g toilet. basuh muka jerrrr... x lalu wey nak minum air toilet tuh~ tp ada gak yang minum! ustazah konfem dh syak.

lps 2,3 hari asyik berulang-alik g toilet.. aku naik penat. 1 hari kawan aku bwk sesuatu g kelas. dia bungkus ketul2 ais dlm sapu tangan & bila rasa panas je dia pun dgn nyamannya menuam2 mukanya dgn sapu tangan tu. puh! tengok pun dah heaven! agak hairan camne ais dia x cair2 dr rumah. mebe dia letak dalam tapawe kot..

aku xleh wat camtu. umah mak xde ice yang dlm acuan tu. ais dia smer stok dlm plastik putih tu. kalau nak ais, kena pecah guna pisau/lesung. and kalau aku mintak mak, mesti dia x bagi! nak pecah sniri x reti..

jadi alternatif yang aku dapat fikirkan adalah dgn bawak sapu tangan aje g ngaji. bila rasa ngantuk/kepanasan, aku g toilet & basahkan sapu tangan tu. kdg2 aku xperah pun. menitik2 la air dari sapu tangan tu. tu yang best tuuuu... kat lantai kayu koridor dr toilet ke kelas, mmg berjejer la air. siap ada trail. leh tau budak ni jalan senget ke jalan lurus. haha! yang pasti, langkah smer cepat2. takut xcukup air smpi kelas! haha! comel je bila bayangkan..

walaupun masih tetap kena ulang-alik ke toilet, tapi at least kurang la sket trip nak ke toilet. kalau tak, baru je masuk kelas, rasa cam nk g toilet balik! selalunya sapu tangan yg basah tu aku letak kat riba. so kain aku selalu la basah.. tp aku xkisah sbb bukan aku sorang je camtu.. hehe..

itula salah 1 pengalaman aku berpuasa kat skolah dulu. susah camne sekalipun, aku mesti nak puasa penuh. sebab, kalau x penuh, nanti duit raya xcukup $30. Arwah atuk janji 1 hari $1. & aku mesti celen ngan adik aku sapa dpt plg banyak! hoho!

tingat masa beratur nak mintak duit raya kat atuk. "puasa berapa hari?" kalau puasa cukup 30hari, lantang je suara. kalau x cukup, ckp slow2 je.. huhu... rindunya... *eh, ni dh masuk citer raya!!!

4 comments:

Unknown said...

beben, kenangan ponteng puasa yang diingati sampai kini wehhhh, masa tu akak darjah 4, seludup air botol ais krim soda dan sedut kasi habis dalam bilik air, pastu toleh kiri dan kanan, line clear, jalan macam takde apa2 berlaku, bila time buka puasa, akak pun buka sekali, ha ha ha, giler naughty kan, laaaaaaa ni dah lama bertaubat nasuha wehhhh

Unknown said...

wahahaha! siap taubat nasuha tuhhh... kuikuikui!!

Dilala said...

comelnye entry ni! :)

Unknown said...

:) comel ke comot? haha! terkedek2 lari bawak sapu tgn basah dgn air bercucuran..