Aug 6, 2009

Jatuh cinta suami jiran

SAYA wanita pertengahan umur dan kini menjadi isteri kedua. Sebelum ini perkahwinan pertama saya gagal selepas diceraikan suami pertama yang tidak bertanggungjawab.

Ketiga-tiga anak saya sudah besar dan boleh berdikari. Tiga tahun lalu saya berkahwin kali kedua dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Segala keperluan saya diberikan oleh suami baru termasuk sebuah rumah.

Pada asalnya, rumah itu dibeli untuk isteri pertamanya, namun ia ditukar milik ke atas nama saya selepas suami berbohong dengan mengatakan rumah berkenaan sudah dilelong bank.

Suami jarang balik untuk bersama saya, mungkin kerana dia sibuk dengan isteri pertama. Namun, saya tidak kisah kerana itu sebahagian perjanjian yang kami berdua sudah persetujui.

Saya tidak tahu mana hala tuju isteri pertamanya dan saya tidak pernah mahu ambil tahu. Apa yang saya ingin kongsikan dengan Dang Setia ialah sejak beberapa bulan kebelakangan ini hati saya terpaut dengan seorang jiran.

Dia suami orang, punyai isteri yang agak cantik dan ada empat anak yang sudah besar. Mungkin si dia tidak memahami gerak laku saya yang bersahaja untuk cuba menggodanya.

Saya amat cemburu melihat kebahagiaan mereka sekeluarga dan menjadi amat benci melihat isterinya. Pelbagai cara sudah saya lakukan untuk mendekati si dia dan menyakiti hati isterinya.

Dang Setia, saya berasa seperti sudah jatuh cinta buat kali ketiga. Saya perhatikan si dia baik orangnya, bertanggungjawab dan rajin ke masjid bersama dua anak lelakinya. Selepas pulang dari masjid dia akan keluar berkerja bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

Adakalanya saya sengaja melakukan perkara di luar batasan terutama pada awal pagi. Adakalanya tidak kira waktu. Pelbagai taktik dan teknik saya lakukan dengan harapan si dia akan menoleh dan bertegur sapa dengan saya.

Setakat ini semua usaha saya gagal, tapi saya belum putus asa dan tidak akan jemu untuk terus berusaha mendekatinya. Tolonglah saya Dang Setia, apa perlu saya lakukan kerana saya benar-benar terpikat kepadanya.

ISTERI RESAH,

Kuala Lumpur


--- haaa kalau nak baca reply Dang Setia, klik sini. Tapi kalau nak baca reply Dang Sudip, scroll down saja... ---


Wahai Isteri Resah,

x cukup lg ke satu keluarga ko cantas, skang nak cantas lg 1 plak? cube kalau abah ko plak kena cantas, apa rasa? sedaapppp? kenmain gigih berusaha nak tekel laki orang. maklumla berpengalaman kan... pandai lak pilih lelaki bertanggungjawab, beriman bagai.

ni la dia org jenis nak sedap aje. ntah2 kang dah dapat jiran sebelah, 3,4 bulan lagi jatuh cinta lg untuk kali ke-4 plak. dgn sapa? ketua balairaya lak kot... igt kawen tu cam prepaid eh? dh habis tempoh leh top up baru? benda camni x perlu kot org dah kawen yang nilaikan. cukupla org yg ada akal.

hah, kata org tu rajin nau g masjid kan? ape lagi... join la kariah muslimah kat masjid nu.. leh la beriring2 g masjid sesama. untung2 dapat hidayah.. tak pernah terfikir ke nape laki dia sayang nauuu kat bini dia? mintaklaa tips ke ape ke dr jiran tu.. leh gak prektis kat laki sniri yang jarang balik tuh. ini ko pi dengki kat dia.. apo pun tak dapek!

ni mak sapa ni hantar surat camni ni??

Yang ikhlas,
Dang Sudip

10 comments:

Aimy Yasmin said...

gile kuang aja.
haish tasedar diri tol lah.

Unknown said...

wu wu wu, beben ko bawak banyak2 bersabar tau, jangan marah2, besok lusa tak tahu lagi kesah hidup kita macam mana beben oiiiii, jadikan ni semua sebagai iktibar, fuyooo giler berhemah komen kak shibam ko malam ni

Unknown said...

nuraimyasmin: macam2 pe'el...

kak shibam: hehe.. sian la kat jiran dia tu. rupa2nya jiran sebelah tgh dok plan nak rampas suami dia. huiiii nighgtmare setiap pompuan kottttt....seharusnya kisah ini dijadikan pedoman kita semua..

Habang said...

hahahaha..
ape kate k0 gantikan Dang Setia tu.
xpun k0 wat ruangan Tanya Pakar Dang Sudip,
leh aku mtk tlg k0 slesaikan mslh aku yg byk nie.hahaha.

malkomal said...

nak ajer penampau..

Unknown said...

habang: haha ko pun nak luahkan pasaan kat Dang Sudip ke? boleh boleh.. nanti aku buat 1 column kat tepi blog ni.. 'Sudut Saiko Dang Sudip'

mal: hehe.. dh jd 1 keje plak nk usha jiran kot2 ada yg geletis... huhu!

Anonymous said...

setan pnyer pompuan!
bodo..eiiiiiiiiiiiii
geram aku.
ape jenis tak ley dok diam tengok laki org ni???

mak sape tak reti malu ni wey
aramjadah btol.

Unknown said...

geram kennn... harap sgt laaa laki dia baca paper tu haritu.. huhu!! tolongla wat sesuatunnn...

Siti Nornadiah said...

asal aku tak perasan entry hang nieh..
gila woiiiii~

ado gak pompuan camni eh?wakakkaka~

Unknown said...

ahakz! da nak basi kottt entri nih. ko nih... sengggg! haha!!

baidewei, ada byk lg jenis yg kita lom jumpa.. beware... hoho!