Aug 31, 2009

FAILED: there are no stupid questions,

... only stupid answers & stupid people.

1. what is the name of Malaysia's flag?
errr... *(o_O)

2. how many colors are there on Malaysia's flag?
errrr 16? *tepuk dahi

3. what is the theme of this year's Merdeka Day?
got theme ahhh??? ahahhaa! *kelakar la tuh?

m proud to be Malaysian but m a bit ashamed of these fellow Malaysian who got busted on national tv. mebe the crew twisted the questions.. who knows, rite.. but still, kantoi!

.: questions extracted from Merdeka Quickie's segment ' Are You Smarter Than A Budak Darjah 3'

HAPPY MERDEKA DAY, FOLKS!!

merdeka kah kita?
hmmm sok pg nak kuar, nk kena pakai baju kebangsaan ke arr? huhu!

Aug 28, 2009

FAILED: apa kaler mau? biru? kuning?putih?

mebe entry ni kureng sesuai sempena puasa ni, tapi apekata anda semua anggap ini semua sebagai chobaaannnnnnn....

sape kt sini penah mkn LAMPU? camne rasa dia ekk? lampu ada kaki ke, lampu gantung?
hehe...

Aug 27, 2009

ignorance

lama gak x update eh. maklum laa puasa. heheh!

takdelaa siyes bulan puasa ni aku penattt banget. apa taknye..
  1. kena masuk opis awal sejam sebab nk balik kol 5 nye pasal
  2. sampai2 opis terus bergegas buat keje sampai ptg. deadline jemahat nih & ada boaanyak lg keje xsiap. lebih dr 50%! dah la xleh nk stay back!
  3. kena redah trafik jam hari2 masa balik. trafik jam ni mmg tahap hanjeng punye lah! sakit jiwa dowwww.. dgn yg lembab stok konon nak santai2 amik angin ptg lagi, yg mencelah2 mcm dia sorang je nak balik berbuka, yg x reti bg ruang kat yellow box tgh jalan sampai block keta lain nak gerak, yg ter block betul2 depan traffic light tgh2 simpang 4, dan bermacam2 perangai laha manusia2 yg keje kt kl nih.. x campo lg org2 xpuasa yg punnn bergegas nak balik awal gak... yelah, org ada rumah kan... takpe2.
  4. sampai kemarin aku sgt2 stress dgn dugaan2 ini ditambah ngan terik mentari lg... aku terpaksa tepuk2 dahi & between kening utk legakan stress. siyes, x tipu. smlm Tuhan simbah bumi ngan air secukup2nya. ambik obattt...
  5. nak kejor ke pasar romadhon pulak utk family.. pastu kejar balik rumah plak. dh 2 hari aku dgr azan dlm keta. smlm alhamdulillah sempat 2,3 minit. itupun sebab aku x g pasar. tau dh konfem xkan sempat. nasib ada yg baik hati tlg belikan siap2.
  6. nak tido lmbt pun serba salah takut terlajak sahur cam aritu. smpat mkn nasik sejemput jek~ haih....
jd dengan kekangan2 tersebut badan aku sgt lah terasa penat. aritu aku buka ngan air je. penat sgt2. rasa cam mengah lak bwk keta sbb berkejar2. mcm la aku walkathon dr kl ke kjg! kol 9 lebih baru aku berselera nak berbuka secara solo.

anyways, smlm dpt rileks sket & aku amik kesempatan utk melawat bank kegemaran aku utk masukkan gaji. *kalau x penat pun aku g gak. gile ape nak tangguh2 bank in gaji??? dh la kena tggu 3 hari floating...

lps tu g la lepak kat Blues Kopi. salah 1 kopitiam terbaru kt bangi nih. customer x ramai pun. biasala bulan puasa ni, kurang sket yg nk lepak luar mlm2. well, bukan psl kedai tu yg aku nk cite kan sbnrnya.. *gile pjg intro!

sebelah meja aku ni ada sekumpulan customer. aku lupa nk kira brp org total.. seingat aku dlm 4 org kot, plus 1 baby. comel!

aku x amik pot pun apa yg derang borakkan. cuma yg aku agak ter pot-pot menengok asap berkepul2 dari area situ. asap pebenda? apelagi? asap poof poof lah!

ada 2 org yg smoking kt situ. pompan sorang, laki sorang. aku xkisah dgn senario pompan bertudung yg sap-kok nih.. bukan pemandangan yg baru utk aku. yeah, tudung bukan passport utk cop seseorang tu perfek segala segi. agree.

tp rasa naaak je aku sound semangkuk dua kat mangkuk2 tersebut tapi ntah laaa kaki ni mcm terpaku plak. huhu! halasannnn!

neways, walaupun derang letak jari yg mengepit rokok dgn penuh gaya tu kat hujung sudut meja bertentangan ngan baby tu berada, BUT STILL.... apa, igt asap rokok tu cuma bergerak 1 arah je ke? time bercakap hala2 kat baby tu (walaupun selepas anda sap-kok) dgn mulut still bau asap, saki baki nikotin & tar masih lg melekat dlm nafas anda yea.. sila maklum.

bleh tak, lenkali nak g lepak minum tayah bawak baby? kalau xde org nak jaga kan baby kat umah, TAYAH KELUAR. chatting je kat YM ke FB ke MS ke.. mana2lah. kalau betul nk sgt berborak laa...

well, juz my 2 cents. kalau ada aku tersilap fakta kat memana, mintak mahap awal2 la eh. bukan nk ngumpat, cuma nya benda ni common sense je. sepatutnya ikut logik akal fikiran memasing la kan?

adakah ia masih tak tercapai akalmu?

Aug 24, 2009

Random Comments III

  1. for ones who have been rejected for numbers of time, it is questionable if they can handle another rejection. most of the times, they will try to avoid the situation in any possible way. but if it still happens, again... i doubt if they could still feel a thing.
  2. ada orang, bila lapar jadi marah. ada jugak yang bila marah jadi lapar.
  3. when people try too hard and the result is below the par, then they will start to think if it's worth to keep on trying.
  4. ada orang, bila dh kena press baru keje jalan. work under pressure katanya. ada orang x leh kena pressure. terus x jalan2.

Aug 21, 2009

Sahaja Aku Puasa

jgn lupa mlm ni pasang niat.. niat sebulan terus, senang! mana tau kot2 nanti ada terlajak x bangun sahur.. huhu!

utk semua kawan2 & blogger2 sekalian alam (xkan ada blogger alien kot...), aku nk mohon ampun & maaf kalau ada tersilap kata, tersasul bicara, tersinggung jiwa, ter hitu ter hini.. merujuk kata2 adik junior aku kat asrama dulu, "biasala kak.. kita kan insan yg lemah..." ketika menjawab kata2 seniornya.

ni nak puasa ni, molek lah kiranya jika kita mulakan dengan hati yang suci murni. semoga lebih tenang menjalani ibadah puasa. dan semoga amalan kita semua diberkati-Nya. aminnnn...

korang semua mesti ada pengalaman menarik waktu berpuasa dulu kan? especially masa kekecik.. mandi lama2 tu dh normal sangat dh!

dulu2 kan, aku skolah biasa waktu pagi, then kol 2.30pm g skolah agama lak. aku panggil 'g ngaji'. bukan belajar mengaji je kat skola tu.. subjek lain pun ada. sejarah, tajwid, tauhid... aku dulu 'ngaji' kat Sek. Ren. Agama Sg Balak. balik kol 5.30 utk Tahap 1. 6pm utk Tahap 2.

aku g ngaji jalan kaki jer dr umah mak. adala dlm 500m kot. utk kanak2 sekenit aku, seksa gak weyyy nak jalan tgh hari buta time bulan posa... da la xde payung...

biasanya 1st subjek adalah mengaji muqaddam / quran. kdg2 kitorang ngaji dlm kelas. kdg2 kat dewan solat. kalau kat dewan solat tu, mmg duduk berkumpul2 la baca.

bila dh lama dok situ, aku mula laa x tahan kepanasan.. maklumla bangunan kayu, kipas pun x laju mana... kejap2 aku & kwn2 g toilet. basuh muka jerrrr... x lalu wey nak minum air toilet tuh~ tp ada gak yang minum! ustazah konfem dh syak.

lps 2,3 hari asyik berulang-alik g toilet.. aku naik penat. 1 hari kawan aku bwk sesuatu g kelas. dia bungkus ketul2 ais dlm sapu tangan & bila rasa panas je dia pun dgn nyamannya menuam2 mukanya dgn sapu tangan tu. puh! tengok pun dah heaven! agak hairan camne ais dia x cair2 dr rumah. mebe dia letak dalam tapawe kot..

aku xleh wat camtu. umah mak xde ice yang dlm acuan tu. ais dia smer stok dlm plastik putih tu. kalau nak ais, kena pecah guna pisau/lesung. and kalau aku mintak mak, mesti dia x bagi! nak pecah sniri x reti..

jadi alternatif yang aku dapat fikirkan adalah dgn bawak sapu tangan aje g ngaji. bila rasa ngantuk/kepanasan, aku g toilet & basahkan sapu tangan tu. kdg2 aku xperah pun. menitik2 la air dari sapu tangan tu. tu yang best tuuuu... kat lantai kayu koridor dr toilet ke kelas, mmg berjejer la air. siap ada trail. leh tau budak ni jalan senget ke jalan lurus. haha! yang pasti, langkah smer cepat2. takut xcukup air smpi kelas! haha! comel je bila bayangkan..

walaupun masih tetap kena ulang-alik ke toilet, tapi at least kurang la sket trip nak ke toilet. kalau tak, baru je masuk kelas, rasa cam nk g toilet balik! selalunya sapu tangan yg basah tu aku letak kat riba. so kain aku selalu la basah.. tp aku xkisah sbb bukan aku sorang je camtu.. hehe..

itula salah 1 pengalaman aku berpuasa kat skolah dulu. susah camne sekalipun, aku mesti nak puasa penuh. sebab, kalau x penuh, nanti duit raya xcukup $30. Arwah atuk janji 1 hari $1. & aku mesti celen ngan adik aku sapa dpt plg banyak! hoho!

tingat masa beratur nak mintak duit raya kat atuk. "puasa berapa hari?" kalau puasa cukup 30hari, lantang je suara. kalau x cukup, ckp slow2 je.. huhu... rindunya... *eh, ni dh masuk citer raya!!!

Aug 20, 2009

Jangan Kedekut Jika Nak Hidup Lebih Lama

Di suatu petang yang damai..

"Uiii nak ke mana tuuuuu.. meh ler singgah.. "
"Nak g soping laa Cik Enon oi..."
"Amboi Cik Petom.. kenmain semangat nak beraya... jalan x toleh kiri kanan dah..." Cik Petom hanya tersengih menampakkan baris gigi yang diselangi sebatang 2 gigi emasnya.. "amboih, cantik nye Cik Petom arini... tapi ada satu je yang kurang.."
"gapo dio Cik Enon?" curious sungguh Cik Petom. pantas di belek2 mukanya dengan cermin dari bedak compact nya.
"tak ada topeng penutup mulut & hidung la Cik Petom.. skang ni kan heboh org mati sbb H1N1. Cik Petom nak beraya kat spital ker???"
"e'eh... hehehe.. err.. ni nak g beli la kat kedai depan ni..." terkedek-kedek Cik Petom meninggalkan Cik Enon yang tersengih2 memangku cucu.



*kisah ini hanya rekaan semata2. tiada kaitan dgn yg masih hidup / mati.

INFO: Harga siling topeng muka
  • Tiga lapis 80 sen seunit
  • Dua lapis 20 sen seunit atau RM10 sekotak
  • Selapis tujuh sen seunit atau RM7 sekotak
  • N95 - RM6 seunit
Sila rujuk gambar di bawah.

sila repot di talian ini (1 800 88 6800) jika terjumpa kedai yang menangguk di air keruh.

Aug 17, 2009

FAILED: gezutan isnin

Last week aku dpt invitation g tgk movie Orphan kat MV, kan? so aku igt hari tu nak balik awal la sket. dlm pala otak aku dh set, Isnin!

so malam ahad pun aku planning2.. x jadi la balik awal. pekata hafdey je? leh blk umah salin baju skali. tayah la pakai baju keje g movies.. & tayah hadap jem kat tun razak sampai ke bangsar nun..

pagi isnin, aku plan nk btau bos biter mengezut ni. nak EL hafdey la konon. tp sbb bos bizi bona dok kulu-kilir jwb fon sana sini, aku postpone niat. lps meeting je la btau.. sambil2 tu pk alasan apa nak bg. hehe..

meeting pg ni extra stgh jam la plak.. aku dh sangap2 dlm meeting room. tapi dalam sangap2 tu aku tetibe terpikir, ehh premiere screening tu hari apa sbnrnya ehh? aku rasa cam 18. 18 tu isnin kan? aku check diary (ye, mmg aku dh lost date. aku hidup kira ikut hari je..) arini 17~

sebaik meeting setel jek, cecepat aku check email. menggagau cari old mail! bila dh jumpa je aku baca:
You're cordially invited to the Premiere Screening of Orphan happening on;

Date : 18 August (Tuesday)
Time : 9pm
Venue : GSC Mid Valley, Hall 3

deym!! esok ker?!! nasib baikkkk aku x btau bos lg dowwwww! kalau tak, melingkup le aku! and nasib baik la aku x bersusah payah bwk baju spare in case x sempat nk hafdey (bajet workaholic keje byk arr..)! tp kat Geng Jahat aku dh bitau pg2 lg aku nak hafdey rini..

lps lunch td kat sinki, slh sorang Geng Jahat dgn lantang nya bertanya, "so, when exactly u nak EL?" (=___=')

Aug 14, 2009

FAILED: bukan salah lembu menge 'moooooo'

Ruangan FAILED dlm blog ini adalah untuk mengantoikan benda yang aku spot dlm menjalani kehidupan seharian. Untuk edisi pertama, mari kita lihat kesalahan yang x disengajakan oleh web admin sebuah akhbar online.


berita yang sebenarnya adalah di sini. hehehe...

Aug 13, 2009

Kisah Benar Aku

pernah x korang takutkan mak ayah korang? xkira la secara sengaja ke tak? hehe.. aku pernah. dan kerana pengalaman itulah, aku telah berjaya merembat 2 keping tiket utk nengok cite saiko kanak2 yang aku idamkan - ORPHAN.

wuiii cite ni masa aku tgk trailer pun dah terenjat2 dah.. aku mmg sker citer2 saiko camni. dia buat kita terfikir sejenak. sejenak je la. 2 jenak pastu lupa dah... hehe..

sebelum tu nak ckp, "timekasih Nuffnang..." hehe.

pada yg registered to Nuffnang, mesti korang akan pasan kadang2 dpt email dr diorang. kdg2 Newsletter la, pengumuman la.. apa2 la. kena baca tu, so korang xde la missed apa2 yg best dr diorang. diorang ni rajin gak hantar updates tau..

tapi kali ni, bukan dtg dr email tapi banner ad yg kat dlm blog ni. ada skali tu aku tgk kat blog aku sniri kuar iklan pasal Orphan. aku pun kelik lah...

rupa2nya Nuffnang anjurkan 1 pertandingan.. "What is the scariest thing you did/wished you’ve have done to frighten your parents." 100 pengomen yang bertuah akan dpt 2 teket Premiere Screening kat MV, pastu dpt gak baju & topi tp yg tu on 'sapa cepat dia dapat' basis.

and tadi aku dpt email: Invitation to Premiere Screening of Orphan. wahhh sukerrrr!!

di bawah adalah kisah benar yang aku gebang kat diorang.. ;)

iSpy Says:


well, i don’t mean to scare them but 8 years ago they received a phone call from a man telling them that he’s a doctor & their daughter was in his clinic - got injured in a motorbike accident. After some instructions from the doctor on how to reach his clinic, they’re welcomed by the view of me in the clinic’s bed, with bruises & bandage on my whole chin and waist. The doctor advised them to take me to the hospital for x-ray as he suspected there might be some broken bones on my face so he dare not to stitch the wounds.

In the ER, apart of having a broken jaw, i scream my lungs out when they stitch my teared waist. My mum said she can hear it from the end of the corridor. Oh before that i almost got into a seizure caused by the trauma. To make the story short, i spent 3 days 2 nights on the hospital bed. =)
so, rajin2 la jenguk Nuffnang selalu yer.. ;)

Amalkan Gaya Hidup Sihat

semua orang ada penyakit keturunan, kan? eh ada kottt yg xde. pepandai je aku. hehe. penyakit2 cam talasemia, kencing manis, jantung, ape tah lg xleh nk pk skang ni.. smua tu boleh diwariskan ke generasi akan datang. kan?

jadi aku rasa adalah sgt penting untuk kita mengenali sejarah kesihatan keluarga kita. *medical history omputeh bilang.

aku xpernah nak bukak mata besar2 pasal hal ni. semuanya aku ambil enteng. *sambil main teng2 pun boleh... apa jenis makanan aku bedal, asalkan x buat perut & tekak aku meragam. sikit pun xpernah nak risau.

semuanya sebab berat badan aku yang sering menjadi bahan bualan orang tiap kali aku bertemu mereka setelah sekian lama x bersua.

aku fikir, org ringan cam aku konfem2 sihat. xkan kena penyakit. demam pun setahun sekali, apa kes? *dah mula nk berlagak nampaknya.

tapi, TETTTTTT! aku silap!

segala apa yang kita makan, itulah yang membentuk badan kita. omputeh bilang, what u eat, made u. x mustahil kalau asik mentekedarah makanan berlemak & berminyak cam masak lemak cili api dengan telur dadar 2 biji (*drool), kadar kolesterol dalam darah akan meningkat. bila dah banyak kolesterol, saluran darah akan tersumbat, seterusnya jantung xleh pam darah, maka terjadi lah heart failure.

tambah plak x pernah nak bersenam~ yg ni xyah tunggu ada penyakit keturunan pun, oke.. tapi, kalau dh ada 'warisan' heart attack di kalangan anggota keluarga... seharusnya kita jadi extra careful, kan? walaupun ibubapa kita sihat wal'afiat tanpa penyakit2 tersebut.

lately ni agak ramai public figure yang meninggal sbb sakit jantung. Al-fatihah untuk mereka.

lepas berbual dgn seorang rakan, aku tiba2 terfikir yang ada di antara mereka yang dpt serangan di usia muda. secara automatik aku teringat kat arwah kazen aku belah ayah yang meninggal di usia 40 tahun sbb heart attack secara tiba2. lps tu teringat kat Busu belah ibu yang dh berapa kali warded sbb masalah jantung.

cukup!!!!

aku terus nekad nak makan quaker oat balik nanti!

p/s: teringat plak arwah nenek ada kencing manis.

p/s(2): sempena entry kesihatan ni aku nak share ngan korang info pasal H1N1 yang kdg2 kita neglect. Kelik sini.

Aug 12, 2009

TUK, KETANG KETANG KETUK! KECEH CEH KECEH...

sabtu lepas saje lepak2 kat shah alam sebab ada selangor musical extravaganza. kechik lak jd volunteer kt situ.. so plan2 ngan nad, yanti & mizzy utk serbu dataran shah alam. heh, serbu laaa sgttttt...

gerak pun dh ptg.. dekat kol 5 baru sampai sana. kechik ada ckp tugu drum da nak start. aku xde la eksaited sgt sbb da penah tgk masa kat urbanscape ritu.. g sana pun sebab nak chill2 lepak ngan derang. x tau nk expect apa kat sana sbb konsert yg ditunggu rupanya hari ahad~ chais!

sampai2 kat sana, dr jauh dah dengar bunyi dam dam dum! bunyi mercun.. eh tak la.. bunyi org bergendang. tgk2 si kechik & boipren, mok & cheah tgh ketuk gendang & percussion. enjoy gak tgk....

sekali jer kecik nampak kitorang dia lambai2 soh join. malu woi nak join even ada byk kusi kosong masa tu.. skali sorang mat saleh ni approach soh join. aku tgk2 nad dh ke depan dah. xkan aku nk berdiri tgk sorang2? join sajaaaa.... ketepikan malu, juz feel da groove~

hmm x sia2 weh.. mmg sgt2 enjoy even benda tu lama betui nak abis. smpi kitorang tertanya2... 'wei bile nak abis?'. haha! tp best arrr especially bila ada instructor kat tgh2 bulatan bg arahan. alah mcm dlm orkestra tu, ada konduktor muzik. dia bahagi bulatan tu pada 2 grup. ada masa dia soh 1 grup ni stop main bila dia bg cue,while the rest teruskan bergendang. pastu ada yg soh pompuan je main, lelaki stop. mcm2 lah!

mmg 1 Malaysia habis la kitorang aritu. smer kaum join. xkira la ko pakai hentam ikut beat ke tak, aci belasah aje~ tua muda miskin & kaya, menyambutnya dengan gembiraaaaa... ehh tu lagu raya. ahh bedal lah! yang penting hepiiiii...

aku xnak letak gambar kt sini sbb nad dh letak kat blog dia. & aku pun da aplod kat flickr kt sebelah ni.. so, aku nak letak VIDEO. yeap... aku terjumpa kat yutiub sorang penonton rakam persembahan tu. *ceyyy rasa cam artis lak! thanx mr uploader! adaaaaa gak muka2 kitorang dlm tu. huhu! kalau terer silala cari. ahahaha!!




nasib la aku start ngan light instruments dulu. aku tak tau ape nama benda alah tu. tp dia dr kayu bentuk cam hammer tapi panjang lg bhgn tepi. then ada 1 stick, so kita ketuk alat tu guna stick. then aku amik benda yang bentuk cam kubah tapi panjang sket bentuk dia. tapak plastik, atas cam rotan kot. dalam dia ada beads kot. so bila kita goncang2 alat tu dia akan bunyi 'keceh keceh keceh'. gitu la lebih kurang...

lps break 10 minit, kitorang smbg 2nd session. aku try gendang yg tinggi tu plak. hoo berbirat gak laa tapak tangan ni. tapi takdela sakit sangat pun. mlm tu aku leh tdo ngan lenanya, ahad g melaka & isnin g keje tanpa rasa denyut2 kat tapak tangan. mereka2 yang lain? hehehe... itu another story~ ;)

Aug 11, 2009

Dino Iki dan Wingi

semalam masa meeting, hampir penuh page diary aku tulis job2 yang perlu aku setelkan. tapi semalam, selain dari Monday Blues, aku terpaksa spend sehari suntuk mencari sekeping gambar yang kriteria dia alahai sungguh menyeksakan aku. sampai ke hari ni aku dok cari & edit mana yg aku rasa sesuai. sudahnya, besok wat photo shoot kt opis! selesai masalah~

hari ni, dengan mata yg kemengantukan & kerabunan aku cuba untuk wat keje tapi... agh, payah rasanya. smlm tdo sejam dua jer.. x leh tdo, gatal g layan movies. sudahnya, mata aku rabak~ sampai2 opis terus bukak contact lense untuk memudahkan proses pelelapan mata sat2 g.

campur lak ngan sakit kat perut & pinggang, alahai mmg aku rasa nak balik jer~ tp kuar opis kang sure aku sihat semula... faham sgt pe'el ngengada badan aku ni..

Pada yang x faham apa makna tajuk entri aku arini, silala nyanyi sama2 lagu kat bawah ni cam lagu cover version 6th Sense tu.. tp versi jawa. yer, selain minang, aku ada bloodline jawa gak dr sisi ayah. tp sbb byk spend masa kat family belah ibu, so lidah aku x cukup tebal nak speking jawa. faham sesikit & gelak2 tu boleh la..



Kenopo Dewi
Senilagu : J. Mizan
Senikata : Jalil Hamid

Dino iki ku’e tuko guyu
Tersenyum gawek ku seneng
Ku’e hias awakmu
Gawek hati bertambah gillem

Tapi wingi ra'i mu ngrengut
Nang ngopo dewi nang ngopo
Agak’e aku seng salah
Omong ke’ dewi omongke’

Ojo dewi ojo koyo ngono
Guyu guyu lah wae’
Legi, gayah
Ra’i mu bertambah ayu.

waduh... al;rejrjurjrfhdufjxb ufhjhsfdsuf (x leh kecap)

Aug 6, 2009

Jatuh cinta suami jiran

SAYA wanita pertengahan umur dan kini menjadi isteri kedua. Sebelum ini perkahwinan pertama saya gagal selepas diceraikan suami pertama yang tidak bertanggungjawab.

Ketiga-tiga anak saya sudah besar dan boleh berdikari. Tiga tahun lalu saya berkahwin kali kedua dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Segala keperluan saya diberikan oleh suami baru termasuk sebuah rumah.

Pada asalnya, rumah itu dibeli untuk isteri pertamanya, namun ia ditukar milik ke atas nama saya selepas suami berbohong dengan mengatakan rumah berkenaan sudah dilelong bank.

Suami jarang balik untuk bersama saya, mungkin kerana dia sibuk dengan isteri pertama. Namun, saya tidak kisah kerana itu sebahagian perjanjian yang kami berdua sudah persetujui.

Saya tidak tahu mana hala tuju isteri pertamanya dan saya tidak pernah mahu ambil tahu. Apa yang saya ingin kongsikan dengan Dang Setia ialah sejak beberapa bulan kebelakangan ini hati saya terpaut dengan seorang jiran.

Dia suami orang, punyai isteri yang agak cantik dan ada empat anak yang sudah besar. Mungkin si dia tidak memahami gerak laku saya yang bersahaja untuk cuba menggodanya.

Saya amat cemburu melihat kebahagiaan mereka sekeluarga dan menjadi amat benci melihat isterinya. Pelbagai cara sudah saya lakukan untuk mendekati si dia dan menyakiti hati isterinya.

Dang Setia, saya berasa seperti sudah jatuh cinta buat kali ketiga. Saya perhatikan si dia baik orangnya, bertanggungjawab dan rajin ke masjid bersama dua anak lelakinya. Selepas pulang dari masjid dia akan keluar berkerja bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

Adakalanya saya sengaja melakukan perkara di luar batasan terutama pada awal pagi. Adakalanya tidak kira waktu. Pelbagai taktik dan teknik saya lakukan dengan harapan si dia akan menoleh dan bertegur sapa dengan saya.

Setakat ini semua usaha saya gagal, tapi saya belum putus asa dan tidak akan jemu untuk terus berusaha mendekatinya. Tolonglah saya Dang Setia, apa perlu saya lakukan kerana saya benar-benar terpikat kepadanya.

ISTERI RESAH,

Kuala Lumpur


--- haaa kalau nak baca reply Dang Setia, klik sini. Tapi kalau nak baca reply Dang Sudip, scroll down saja... ---


Wahai Isteri Resah,

x cukup lg ke satu keluarga ko cantas, skang nak cantas lg 1 plak? cube kalau abah ko plak kena cantas, apa rasa? sedaapppp? kenmain gigih berusaha nak tekel laki orang. maklumla berpengalaman kan... pandai lak pilih lelaki bertanggungjawab, beriman bagai.

ni la dia org jenis nak sedap aje. ntah2 kang dah dapat jiran sebelah, 3,4 bulan lagi jatuh cinta lg untuk kali ke-4 plak. dgn sapa? ketua balairaya lak kot... igt kawen tu cam prepaid eh? dh habis tempoh leh top up baru? benda camni x perlu kot org dah kawen yang nilaikan. cukupla org yg ada akal.

hah, kata org tu rajin nau g masjid kan? ape lagi... join la kariah muslimah kat masjid nu.. leh la beriring2 g masjid sesama. untung2 dapat hidayah.. tak pernah terfikir ke nape laki dia sayang nauuu kat bini dia? mintaklaa tips ke ape ke dr jiran tu.. leh gak prektis kat laki sniri yang jarang balik tuh. ini ko pi dengki kat dia.. apo pun tak dapek!

ni mak sapa ni hantar surat camni ni??

Yang ikhlas,
Dang Sudip

PAIN

pernah x korang rasa sakit kat ulu hati, bergerak ke tapak tangan bila korang tengah marah/tension/emo/sentap? macam ada aliran elektrik.kadang2 sampai ke kaki..

seolah2 kita rasa yang the only way out for the 'wave' is through the tip of our fingers.. u keep on pressing your fingers to soothe the uneasiness. dan ada masanya as the 'wave' travels, korang cam kena panic attack dan untuk meredakannya korang x leh dlm keadaan pegun. mesti bergerak ke mana2 tapi org di sekeliling x faham & keep on questioning why why why & menuduh korang sengaja nak escape.

rasa sakit sgt2 sebab perasaan yang meluap2 tapi tak terluahkan sebab korang xmau create drama depan public sbb org ramai ketika itu x perlu kan free show drama sebabak. atau, sebab korang dah lost word to explain things, atau korang rasa diam lebih baik dari berkata sesuatu yang bakal disesali.

adakah itu sikap seorang pengecut?

(c) purplemattfish

Aug 5, 2009

Random Comments II

  1. Sekumpulan pekerja kilang memproses makanan laut, di Peramu, di sini, gempar apabila menemui kepala dan tangan bayi, manakala badan bayi terbabit sudah dibaham biawak, semalam.
    Komen: aku ada tgk gambar dia. siyes laa manusia semakin hilang akal!

  2. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun disahkan mangsa kedua di Melaka yang meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1)
    Komen: the stat keeps on hiking... sesapa yg terasa2 cam nak demam, cepat2 jumpa Dr oke.. especially yg ada masalah ngan paru2, e.g. asma sbb mostly mangsa dpt serangan asma, pneumonia..

  3. Memanglah cerita isteri Radhi mengaku tidur dengan lelaki itu sudah pun keluar di akhbar, tetapi di akhbar hanyalah tulisan semata-mata. Tidak ada visual, jadi orang yang membacanya hanya dapat bayangkan saja apa yang berlaku.
    Komen: ooo jadi sebab tu it's ok if semua gosip2 murahan kuar kat paper laaa cik normah ehhh? kiranya kalau kat paper x memalukan keluarga si artis laaaa? juz bcoz, kat tv tunjuk muka, tp ko x guna nama betul sekadar si polan bin polon? lyke heloowwww... sama je kot tv ke paper ke.. tetap korang adalah media yang menyampaikan cerita. tayah laa nak judge tv tu memalukan org when u've done it before by ANONYMITY plak tu.

  4. "Hanya hadiah ini dapatku berikan...sebentuk cincin tanda perkahwinan, rantai leher emas untukmu dan jambangan bunga mawar di samping wang tunai 10,000 pound sterling (RM60,000) buat kekasih hatiku yang satu"

    Dia menjadi mangsa tipu muslihat lelaki ‘Mat Salih’ dikenali sebagai Raymond melalui laman sembang zorpia.com.
    Komen: alahai bukan xpernah jadi. hadap sgt nak kawen omputeh ker? kalau baca lg lanjut cerita ni, lg laa buat aku rasa nk gelak oke.. ko leh caya ker, mat saleh tu nk bg hadiah thru mail, then sangkut kat 'kastam' and recepient lak yg kena bayar? ehh ko yg htr, ko la yg bayar! kemaruk nak hadiah sgt tu nape? kenal kat Zorpia lak tuh!! geli buah pinggang aku! website camni ko layan? nama pun dah cam popia...

Aug 4, 2009

eyyy makan tulang betul!!

tajuk di atas mengingatkan aku kat jiran bilik aku kat blok P2, KK12 UPM tahun 2002. nama.... alamak x igt la wey, tapi dia ni mmg gile kentang! budak sepang kot. dia ni suke nauu sebut ayat tersebut. pengganti kpd 'x leh blah' sbnrnya..

eh, skang ni mmg musim org sakit eh? sakit pandemik, sakit hati, sakit itu, ini.. hui takut gak aku nk g tmpt2 crowded. ritu g LCCT nganterin keponakan balik negeri, harap2 xde apa2 yang folo aku balik umah! *sempat pow ayah beli KINDER kt duty-free shop. @__@ kat sana wey....

anyways, jumaat lps ms aku tgh dinner tetibe je aku rasa sakit rahang time nk mengunyah. padahal makan nasi je. bukan makan biskut ipoh yg keras tu. gile2 sakit sampai kena stop2 makan. potong tul!

few days b4 ni pun rahang aku mula wat hal.. tetibe je dia jam xleh bukak besar2. cam stuck hafwey. x puas doh nk makan.... tang bunyi2an yang terhasil time rahang bergerak toksah kata la. dr dulu dh dapat. tp bila dia mula jam & start rasa sakit, adakah aku xperlu rasa risau?

bila nak tido lak, aku rasa rahang kanan lebih berat. mcm tertarik ke blkg kepala lg. aduh jgn la buat hal time2 nak dekat pose nih... aku nak buka pose makan best2 dgn aman oke...

td aku surf info pasal dislocated jaw. sbb aku rasa rahang aku mcm dah lari sket la... (~,~)

****************
  1. The most common cause of broken or dislocated jaw is accident or trauma involving a blow to the face. This may be the result of a motor vehicle accident, industrial accident, recreational/sports injury, or other accident. It may also result from assault. The goal of treatment is proper alignment of the jaw bone so the upper and lower teeth come together normally. Surgery is often required for moderate to severe fractures to align and immobilize the bone so it can heal.
  2. Other possible causes of TMJ-related symptoms include arthritis, fractures, dislocations, and structural problems present since birth.
Symptoms:
  • Biting or chewing difficulty or discomfort /checked!/
  • Clicking sound while chewing or opening the mouth /checked!/
  • Dull, aching pain in the face
  • Earache /checked!/
  • Grating sensation while chewing /checked!/
  • Headache
  • Jaw pain or tenderness of the jaw /checked!/
  • Reduced ability to open or close the mouth /checked!/
****************

appointment ngan Dr lom set lg. ayah ckp smlm dia x jumpa Dr Nor kat opis. aku ingat nk set terus appmt kat Maxilofacial Dept. aje since aku penah wat treatment kt situ dulu, tapi ayah ckp derang sure nak surat reference Dr.

utk jadi Warga HUKM kena jd student UKM atau bwh tanggungan staf dia & at least 21 y.o. kan? alahai.. jauh terlajak dh nih.. ;( kalau ko g klinik prebet, payment pun ala2 prebet gak la kang.. haiyohhh! walaupun aku sekadar BEKAS pesakit Klinik Warga UKM, tp aku leh dpt murah kalau aku refer kat Dr dia. haih.. kena gak la jumpa Dr Nor kang..

aku nk request wat x-ray kat muka balik & compare structure tulang dengan x-ray yang dulu. ehh, cam aku lak doktor! tolong simpan sifat virgo anda yg keterlaluan itu ehh.. (=__=')

byk sgt nengok siri penyiasatan jenayah ke hape?

ikutkan hati aku nak story lg asal usul masalah rahang ni, tp mata kata jgn.. dia nak tido! dh dkt kol 2 pg dah ni!! oleh itu, hati pun seperti biasa menyanyikan lagu 'Selalu Mengalah' sambil tgn ready nak pok2 peha sendiri.

zzzzzzzzzzzzzzzzz........

Aug 3, 2009

Random Comments I

Kadang2 bila baca online paper, mesti kita terasa nk komen kat berita tu kan? Tapi sayangnya x semua website ada kemudahan mengomen. So, oleh sebab ini belog aku yg punya, jd aku rasa inila platform terbaik utk aku luahkan yang terbuku di hati. ceyyy kemain!

  1. Suspek bersama rakan datang ke kedai komputer berkenaan dan memaksa mangsa keluar kerana tidak puas hati ditegur. Katanya, sebaik mangsa keluar dari kedai berkenaan, suspek bersenjatakan sebilah golok terus menetak kepala mangsa sebelum melarikan diri.
    Komen: hoh, habis garang la ni?? ini mmg spesis hyena. dh buat benda x elok tau plak nak lari. mmg dasar penakut. time beramai2 mmg berani. org camni patut di hantar je ke afghanistan ke palestin ke.. seronok sgt pegang senjata bahaya.
  2. Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dengan keadaan kepalanya terperosok dan tersepit dalam mangkuk tandas di Sekolah Menengah Agama (SMA) Gurun, dekat sini, pagi semalam.
    Komen: yang ditahan tu wanita 30-an. xtau la camna wanita tu leh masuk kawasan skolah masa weekend aritu. either dia sengaja buang, atau terberanak dlm toilet, kita x tau. kalau dia terberanak, nape dia x call for help? kalau mmg sengaja buang, aku lost word. xtau apa istilah yg lebih sesuai utk manusia camni. mungkin, "kecik2 xmau mampos! bila besar menyusahkan orang!"
  3. mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 29 Julai lalu dengan simptom demam selama satu hari, tanpa simptom batuk dan tanda lain gangguan pernafasan.
    Komen: wei scaryyy... demam 1 hari je oke, esoknya masuk ICU, tulat innalillah! sesapa yg ada rasa2 nak demam, better be careful okeh!
  4. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, pemilik taska berkenaan dikatakan datang ke premis berkenaan untuk melakukan pemeriksaan mengejut.

    “Apabila pemeriksaan dilakukan, dia terkejut apabila mendapati guru dan teman lelakinya itu sedang nyenyak tidur di atas tilam dalam keadaan bogel.
    Komen: sian.. bopren xde duit nak sewa hotel. nak ajak kawin apetah lagi...
dah la kot. aku xlarat nk pk / baca apa2 lg.