Mar 18, 2010

makan tulang 2

Keje ada ni, tapi aku takde idea nak teruskan. *Biasala bos takde. Heheh.. Eh, semalam dia ada, pun takde idea gak!
Anyways, aku takde idea jugak nak blog pasal life aku skang even ada je benda yang jadi tapi aku malas nak layankan. Yang aku nak layankan skang ada lah sambungan kisah makan tulang aku kat enry dulu2.  Iaitu asal-usul masalah rahang aku. Sampai skang noks menyusahkan meks!

Citer dia camni... Aku eksiden moto. Dah, habis cite.

Cam gampang citer. Haha! Baik takyah citer!

Yela yela.. sapa yang tak suka membaca sangat tu, cukuplah sampai di sini, sayanggggg..
Sapa yang suka membaca, jangan lupa pegi Pesta Buku Antarabangsa wiken nih.. kat PWTC. Maklumat lanjut, gi website KLIBF.

Kisah bermula tahun 2001. Aku rasa hujung tahun 2001 kot. Bulan berapa tak ingat tapi yang pastinya bulan SYAABAN. Wah, kelas kauuu! Ingat bulan Islam lagi! Bukan ape, 2 minggu lebih lepas aku eksiden, start puasa. Haha! Memang seksa! Lagi satu, aku eksiden tu sehari before masuk semester 2 kat UPM & jugak sehari before aku masuk keje part time kat IDEAL.

Masa tu dah nak maghrib. Aku dari arah komuter UPM nak balik kolej / rumah. Dah lupa. Tapi arah ke UPM la.. Baru je lepas corner kat atas flyover. Tetibe side mirror moto aku terlentok. Belah kiri.. Aku nak betulkan laa sebab aku tak suke toleh-toleh belakang sambil bawak moto. Bahaya weh!!

Aku betulkan laa... Sekali bila aku pandang depan balik jer, tudiaa.. budak benggali yg bawak moto depan aku dah tergolek dog sebab terlanggar keta depan dia. Follow rapat sangat kot... Aku gelabah tak hengat. Panik toksah kata! Camne nak elak??? Kalau aku ke kanan, takut aku yang kena sambar ngan keta dari belakang. Nak ke kiri, takut ter gelek kepala mamat tu plak.. Ahh sudah!!!

Nak tak nak, aku PEJAM MATA dan teruskan perjalanan. Yes, aku pejam mata. Panik dowh!!

*** sambung nanti. kena wat keje jugak2 ni.. haish! ***

12 comments:

Siti Nornadiah said...

hahahhahhahhahhah..aku tak payah baca sbb kau dah bagi aku baca dekat skype..

lawak gilaaaaa!!!!

Unknown said...

hahahaha!!! full story gitusss...

cikedidoo said...

uhuhu.. sakit rahang ke?

Unknown said...

hmm sakit2 tu dah kurang.. cuma x selesa bila tahang tak leh tetap pada kedudukannya. huhu!!

YanTzAnabella said...

apsal semua orang acc ni

Unknown said...

acc?

YanTzAnabella said...

accident :p

Habang said...

Aduh, bsambung lak..saya tak suka betul cerita yang bersambung-sambung ni..sebabnya dari pemerhatian saya, cerita yang bersambung-sambung ni selalunya tak bersambung-sambung dah sampai kesudah..penat tau tunggu sambunganan cerita.penantian tu satu penyeksaan..

kihkihkih.

cikedidoo said...

hapdet?

Unknown said...

habang: bak kata adik dlm iklan Cukup Rasa.. "tau takperrrrrr...."

cikedidoo: sabaq noooo....

artdeep said...

eleh sambung;p ..citer la skarang!:p hehehe pejam mata, pompuan..pompuan.. senang je pejammata pompuan
hahaa

Unknown said...

pejam mata tanda pasrah! hahaha!!!