Mar 5, 2010

disko! disko! Kompilasi Terunggul

Secara tetibe semalam aku teringat lagu-lagu & game yang aku & most kanak-kanak 80s dok nyanyi dulu-dulu. So, aku nak wat kompilasi lah kat sini.. Heheh..

AMARAN: entri ini sangat panjang sebab aku naik syeikh masa menaip.

1.  Ola-oli
Game ni leh main ramai-ramai. Tapi jangan sampai 10 orang lak.. X syok.. Duduk keliling bulatan dulu dannn...
Sep sep sep, tom tom tom..
Ola-oli ku beri nama, saudara saudari, cikebum! cikebum!
Malam-malam minggu, siang-siang hari, disko! disko!
Putih-putih melati, ali babaaaaaa...
Merah-merah jelita, miaw-miawwwwww...
Siapa yang baik hati? Cinderellaaaaa..
1,2,3,4, lama-lama tukar tempat! 
Pastu semua kena jadi patung. Sapa yang gerak/tergelak dulu akan terkeluar dari game. Yang haramjads nyer, abg2 aku kalau main ngan diorang ni, masa kena jadi patung tu laaaa masing-masing akan buat muka senget-mata pandang atas-hidung dikembangkan-tangan buat aksi. Muka memang stok tak leh blah seyhhhh... Saje nak buat org lain terkeluar dulu!

Pastu kalau dia dah terkeluar, dia akan mock balik muka tu kat depan mata kita yang still in the game nih. Tak cukup ngan memek muka, dia akan buat aksi plak.. Memang cam haram!! Hahaha! Bodoh siot.. Tapi best!

2. Ushu
Ushu is ade tishu.. Plis go up and wash ade tishu and come back to theeeeeeeeeee school!
Ni adalah sebutan sejibik sejibun yang kitorang sebut. Biasala lidah bebudak...Tapi aku rasa versi asal dia patut camni la..
Your shoe is a dirty shoe. Please go up and wash your dirty shoe and come back to the school!!
Sebabnye, masa nyanyi ni, semua stok akan hulur kaki yang berkasut (sbb main kat skolah) then semua hujung kasut bertemu. Sorang akan nyanyi sambil tunjuk-tunjuk kat kasut. Satu suku kata mewakili satu kasut. Haa gitew..

Motif kira kasut?? Permainan asas dia cuma main kejar2 aje.. Tapi nak menentukan sape yang kena kejar tu, terpaksala dilakukan secara adil kennn.. So one by one kasut (orang) akan terkeluar, sampai tinggal 3. Yang membawak ke lagu ke-3 dalam kompilasi kita kali ini.. Haha!

3. Lalalitamplom
Memasing akan telangkup 1 tapak tangan. Masa nyanyi ni, tapak tangan tu dok terbalik-terbalikkan.
Lat talilat taili tamplom!!
Sejurus sebut 'tamplom!' semua mesti stop & decide nk terlangkup/tadah tangan.Tangan sapa yang ganjil - orang lain telangkup [hitam], dia sorang tertadah [putih] - maka dia la yang terkeluar. Selagi takde yang ganjil, selagi tu la dok 'Taaaaaaaaaaamplom!' sampai dapat sorang ganjil. Bila dah tinggal 2....

4. O som / One 2 jusss
Ni kira lagu ke har? Sebab 1 line je kan... Kadang-kadang untuk decide sapa yang kena kejar. Kadang-kadang just for the fun of it. And kadang-kadang untuk pilih ahli kumpulan. 2 orang akan berentap, buat simbol batu, burung, air. *Zaman aku ada 3 elemen ni je. Skang dh ada gunting, kertas, ntah apa2 lagi.

5. Polis sentri
Polis sentri, want to jaga.
Polis mati, pencuri jaga!
Haa jaga!!!
Main kejar-kejar gak, Cumanya takyah kira kaki. Just berdiri and sorang akan nyanyi sambil kira. 1 perkataan, 1 orang. Sapa yang kena point tu, haaa dia laa yang jadi polis yang kena kejar segerombolan pencuri. Apalagi, lariiiiiiiiiikkkkk!! Kalau tak nak jadi tukang kejar, sila jadi patung/duduk cangkung (depends pada haritu nak main kejar-kejar patung/kejar-kejar duduk).

6. Jan jala
Paling best main ramai-ramai, seeloknya bilangan pemain mesti genap. Senang sebab kena bahagi 2 ahli kumpulan kang. Mula-mula pilih 2 ibu - seeloknya badan besar/tinggi. 2 ibu ni akan cipta nama untuk masing-masing tapi takleh bitau orang lain. Cam, oren & anggur.

Lepas tu 2 ibu ni akan berdiri secara berdepan, pegang dua belah tangan, pastu angkat tangan membentuk arch. Yang lenlain yang jadi anak akan beratur and pusing2 masuk bawah arch secara gilir-gilir.
Jan-jan jala
Jala itik jala ayam.
Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh.
Panggil Cik Gayah . Makan sirih mulut merah.
Cak lela junjung, cak lela junjonngggg!!!

Bila kat baris akhir tu semua pakat jalan laju-laju bawah arch sebab elok je sampai 'jong' tu, sapa yang ada kat bawah arch tu akan terus kena tangkap & di bawa ke tempat jauh sikit. (kadang2 ibu2 tu saje je sebut juuunnnnn lama2 kasi budak2 gabra!) Pastu dua-dua ibu ni akan bisik nama rahsia memasing kat anak yang kena tangkap tu. "Psst.. nak oren ke anggur??" Si anak ni kena pilih and dia akan berdiri kat belakang ibu yang dia pilih tu. Biasanya dia tak tau sapa oren sapa anggur. Tapi ada gak kes hasutan berlaku.. "Oren laa..." "Jangan, pilih anggur, anggur!" Lepas tu kalau member tu tak pilih dia, majuk... Pui!

Main sampai habis anak. Lepas tu, nak tau sapa menang either sapa paling ramai anak atau main tarik tangan cam tarik tali tu. Buat 1 line kat tanah dulu. Ibu akan pegang pergelangan tangan ibu lagi satu, anak-anak berderet kat belakang pegang pinggang/ tangan dan tarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Setakat ni belum ada kes putus tangan akibat game Jan Jala nih.. Fiu!

7. R.O.C.K.
Ni bukan game baling batu atau rock kangkang eh.. Aku pun kurang peksa nape nama dia ROCK. Duduk dalam bulatan. Bilangan ahli tak kisah. 2 orang pun boleh main. Macam main sep-sep-sep tapi lain sket..  Sebab dia tepuk tangan sendiri. Haha! Tapi tepuk 3 kali je.
Arr Oo Si Kae Rok!
Nama kan.. (clap clap clap)
sejenis... (clap clap clap)
Buah-buahan!  (clap clap clap)
Oren!  (clap clap clap)
Anggur!  (clap clap clap)
Setiap orang kena sebut nama buah, kalau pilih kategori buah-buahan laa.. Nasib la kalau pilih kategori kereta ke, warna ke, planet ke *wahh! cita-cita saintis la tu dia tu.. Main sampai salah orang hilang akal idea nak sebut nama2 tu. Then tukar-tukar la kategori sampai bosan.

8. A.E.I.O.U
Ni pun tak sure leh jadi lagu ke tak? Basically, pilih sorang untuk 'jadi'. Aku taktau ape nama karakter ni.. Tapi kalau budak tu kena, bebudak lain akan sebut, "haaa jadi! jadi!"

Dia akan berdiri membelakangkan bebudak lain. Yang lain berbaris kat belakang. Sambil dia sebut A.E.I.O.U. tu, dia akan jalan pelan-pelan ke depan. Bebudak lain, follow je. Elok je dia habis sebut U, dia akan toleh belakang, and bebudak lain semua kena stop & jadi patung. Haa yg kat depan tu kena berusaha sehabis daya untuk buat diorang bergerak tanpa menyentuh diorang. Buatla muka bodo ke aksi spastik ke ape ke janji diorang ketawa atau tergerak. 1 by 1 kena buat. Sakit gak weh. Kadang-kadang habis daya dah nak buat.

9. Malam yang sepi
Ni paaaaling famous kot lagu dalam 'album' nih.. Sangat senang nak nyanyi & tak ada game pun apatah lagi rule. Biasanya main sambil sep-sep-sep. Kat hujung sukukata rangkap yang berulang, tangan pun sep-sep kat tempat sama.

Lagu ni kisah tentang Pak Mat yang gigih meniaga & menguji kekreatifan penyanyi untuk sambung rangkap yang rhyme dengan baris sebelumnya.
(Sep-sep-sep, tom-tom-tom)
Malam yang sepi-pi-pi
Pak Mat jual topi-pi-pi
Topi nya koyak-yak-yak
Pal Mat jual tempoyak-yak-yak
Tempoyak nya basi-si-si
Pak Mat jual nasi-si-si
Nasi nya enak-nak-nak
Pak Mat jual anak-nak-nak
Anak nya hilang-lang-lang
Pak Mat jual gelang-lang-lang
Gelang nya patah-tah-tah
Pak Mat jual getak-tah-tah
Getahnya putus-tus-tus
Pak Mat terus mampus-pus-pus! *ni sebab abg aku dh xde idea nk nyanyi~
Ini version yg aku nyanyi. Orang lain nyanyi mebe ada version diorang sendiri. Bukanke lagu ini untuk menguji kekreatipan bebudak...? So, sukati korang laa nak sebut apa pun. Janji tak de yang berulang & rhyme.

Haa siap dah album kompilasi aku. Jangan tanya sapa penulis lirik & pencipta lagu. Sesungguhnya aku tak tahu!!

10. Mentadak mentadu
Oh ada lg 1 game bodo sket..
Mentadak mentadu macam mana [nama] tido?
Pastu gelak gila-gila sebab bayangkan budak tu tido sama cam aksi mentadak mentadu tuh~ Ada yang tertonggek, ada yang kaki terangkat sebelah.. dll.

Bengong kan? Tapi, best! :)

13 comments:

cikedidoo said...

mentadak mentadu paling best...
tp skarang susah sikit nk jmp mentadak...
maklum la, umah atas langit

Siti Nornadiah said...

ahahahhaha..
pasal dirty shoe tuh baru aku tauuuuu okayyyyy..wakakakkak!

wth pakai nyanyi jer..:P

Unknown said...

cikedidoo:
haha layan kan main mentadak nih.. nampak sgt dh takdak keja. menatang pun leh wat bahan.. pelagi, bela la 1 boh kat umh. haha!!

nad:
aku pun pakai agak je translation dia weh... yg original song haram aku taktau! wakaka!!

YanTzAnabella said...

WOI..thanks sebab hilangkan stress aku today..
aku gile stress tahap vavian pinky and the brain...
tapi setelah aku menghayati lagu2 di atas...aku tersengih2 tahap dewa langit ke lapan....gile tak tahan...
aku suka tang
malam yg sepi pipipi

tak tahan..aku rasa mebe pakmat ni keje kat 7e tak pun KK...
hahahah

Unknown said...

hahaha! 7e ekk.. x terpikir lak aku. haha! hmm pekata utk buang terus stress tu ko main sep3 tom3 ngan opismate ko.. hihi!

Habang said...

amboi amboi amboi..menggamit memori betul..satu lagi nak tambah, permainan mengotorkan kasut sekolah.nama saintifiknya adalah aiskrim soda.layan permainan nie.kihkih..

Unknown said...

ahaha habang.. baru tingat..

"Aiskrim soda, proton saga, bu-wa-tan ma-lay-si-a!!"

pastu yeahh pijakkkkkk!!!!!! kasut sapa paling 'x-kotor' dia la yg menang!

YanTzAnabella said...

bukan tak mo aben,
aku rasa
takot bile aku men,derang terus ajak men..cap cap cap kelicap cap cap..tak pun..burger pepsi!
mampuih..hahhahah

Unknown said...

haha!! cap kelicap tu mmg cam haram okeyh.. makin lama makin mengarut & berisiko mengeraskan otak!! tapi best gile! haha!! *pasti bermula ngan gaya kepak ayam. pastu letak ibu jari kt hidung, gaya dikir barat - hah, mula laa nak buat tuh! hahaha!!

burger pepsi tu camne eh? lupe dah... tambah je la apa2 game/lagu yg aku lupe..

Diana Ishak said...

yang lagu sepak tunggul inai berdarah ibu kaki tu game apa?

Unknown said...

jong jong inai,
mak ipong rajawali
sepak tunggul inai
berdarah ibu kaki
semangkuk jelok sepinggan dadar
tak cukup pulut tambah nasi dagang

err ni lagu dikir barat kot?? *mentang2 ada nasi dagang

cikedidoo said...

hapdet plesssss

Unknown said...

hapdet ape? entri ni ke belog ni??