Mar 16, 2010

shayang shaper ni??

Mak pernah kata, entah-entah umur ayah tu lg tua dari yang kita tahu. Maklumla orang dulu-dulu kan suka tipu umur, e.g. sebab nak masuk skolah, nak jd cikgu, nak keja gomen, dan pelbagai alasan lg.

Kalau diikutkan, ayah ada 2 birthday. 1 bulan Mac (yg kami dok ingat tiap tahun dari dulu) dan 1 lg bulan December (dlm IC dia). Aku pun tatau kenapa dlm IC dia bulan 12 tp yg kami sambut bulan 3 sebab dia cuma akan gelak jer bila ditanya. =___=

Tahun ni tak sempat nak sambut masa hari birthday dia sbb jatuh hari Jumaat & aku smpi rumah lambat mencari kek plus aku tak dapat balik rumah aritu.

Anak jiran aku menikah malam tu, so elok je aku sampai rumah kereta dah penuh sepanjang jalan & gate aku betul2 depan khemah.

1. Segan nak menapak masuk rumah bila khemah penuh jemputan
2. Takde parking space yang dekat. Semua jauh2. Memandangkan kalau aku park jugak sampai ke surau nun, alamatnye lepas majlis habis kang aku kena g amik keta balik untuk simpan dlm rumah.

Tak payah!!

Aku terus g umah mak untuk lepak-lepak dulu sambil tunggu majlis selesai. Kononnya... Sampai kol 11 lebih pun cam x pasti je ada space lg ke tak sbb jiran aku banyak yg parking luar. So, kesudahannya, tidur rumah mak je. Kek tumpang dlm peti ais mak dulu.

Esok pagi-pagi balik rumah. Ayah tak sempat nak potong kek sebab sibuk merewang. So ingat nak postpone ke petang. Petang tu aku kuar la plak g Alamanda nak amikkan kasut glam Mizzy kat cobbler. Malamnya kitorang g 1 restoran kat Kajang ni untuk birthday dinner.

Amik lauk biasa2 jer.. Aku malas nak amik gambar. Kailan ikan masin, telur dadar tamoh bawang, kerabu mangga, kerang rebus. Tapi ada 1 lauk ni aku penah makan kat Kelantan dulu.. Sangat sedap. So aku nak laa try dish ni kat sini.. Sekali dia sampai... haaa kau!! Terbeliak mata sorang-sorang..


Kasi compare sketttt saiz mangkuk tu dengan gelas milo besar tu.. Aku tengok dah macam mangkuk bancuh acuan bahulu mak pun ada! Haih... Gambar atas kanan tu masa tu dah sauk sorang sikit dah.. Gambar bawah kiri tu adalah selepas semua 4 orang tolak pinggan tanda surrender. Rasa dia ok la.. tapi takleh celen yg kat KB tuh.. Sodap! Kengsom ni cam asam pedas la.. tapi Siam mari..

Esok tu, ayah nk ikut rombongan jiran pegi majlis bertandang anak dia plak.. So sebelum dia follow rombongan Cik Kiah, sempat laa dia potong kek. Sebab tu berbaju batik sambil potong kek. Konon mcm ada majlis potong kek. Padahal kat meja makan jer~


Masa aku tengah basuh pinggan, Ayah tetibe panggil soh amik gambar. Dia nak potong kek.. Haha! Fon aku lak habis bateri time tuh.. Terus dia amik fon dia, "Pakai fon ayah. Apa, ingat fon ayah takde kamera ke?" Fuh, terang siot... Vibrant lg kaler dia.. tayah susah payah guna flash bagai.

Nampak kek cam besar.. rupa-rupanya cenonet jer.. Cukupla untuk 5 mulut yang bukannya jenis pemakan kek tegar... Untuk Ayah Comel, semoga dilimpahi rahmat-Nya, dimudahkan rezeki & dilanjutkan usia. iSpy saaaaaaaaaaayang kat Ayah!

3 comments:

Siti Nornadiah said...

selamat hari jadi ayahhhhhhhhhh!

eh eh tersasul pakcik pakcik

Unknown said...

hahahha!!!
aku bg pihak Ayah cakap,"Terima kasih..." heheh..

cikedidoo said...

pak cik,
selamat hari lahir ye...
akak,
apa beza umah mak dgn umah ayah. tak sama ke? uhuhu fenin fenin...