Mar 1, 2010

keretaku dah lama 'merdeka'. aku pun!

Jam tunjuk pukul 9 a.m. Sepatutnya aku dah berada dalam KL waktu-waktu camni.. Tapi, aku baru aje turun tangga RUMAH. Langsung tak cuak. Langsung tak kelibut. Chill... Kenapa eh?

Ohhhh, sebab hari ni aku COTIIII.. Haha! Gila riak! Dahla harini Isnin.. Jumaat - Isnin. Tak best ke? *Dengar-dengar jalan masuk KL harini jem teruk? Ehh, bukan hari-hari jem teruk ker??

Bukan saja-saja aku nak cuti.. Harini aku perlu lunaskan *peh ayat! tanggungjawab aku yang tertangguh selama bertahun-tahun. Gila sangat tak bertanggungjawab! Bertahun pending~

Aku baru reti nak 'balas budi' kat burung kesayangan aku yang bawak aku terbang hampir 1 malaysia selama 5 tahun nih.. Kalau ikut buku servis, kali terakhir aku pergi service centre adalah tahun 2005. Secara tepat, 4 September 2005. Bila mileage berada di takuk 28,000km. Cuba check kalendar date hari ni apa? & harini mileage 151,000++ *Pak Amit, tutup mulut nya.. Nanti masuk lalat...

Bukan aku tak sayang harta *even itu yang mak aku selalu bebelkan. Tapi aku punya cuzzie yang merupakan pomen berpengalaman berpuluh tahun yang tinggal berdekatan rumah. Pomen polis tu beb.. Segala motor, keta & lori polis dia yang ejas. Kalau aku race ngan keta polis dulu agak-agak sapa menang? Heheh.

So aku just gi beli oil filter & minyak engine pastu gi umah cuzzie, tunggu dalam sejam sambil borak-borak dgn orang dalam rumah, setel.....

Tapi harini adalah pesstaim dalam sejarah hidup aku pegi pusat servis sendiri. Dari set appointment sampai la pikap. Ok, time pikap harus dengan org lain sebab aku balik dulu lepas hantar keta. Dulu, anak cuzzie / ayah yang hantarkan keta gi pusat servis. :p

Penah setahun,2 lepas aku nak buat major servis tapi ayah cakap tak payah. Hantar je kat cuzzie. Tapi kali ni aku nekad. Sebab kereta tu teramatlah banyak sakitnya akibat 'hasil penjagaan' aku. Selain dari tukar segala minyak, alignment, balancing bagai.. Aku repot gak laa apa yang aku rasa perlu diganti.

Bak kata cashier kat pusat servis tadi, "Banyak repair, banyak la bil nye." Huhuh! Ni yang ditaip kat receipt.
Customer own words: *check brake condition
  1. front left & rear left door knob x function
  2. front left & rear left xboleh buka dgn kunci
  3. ada bunyi 'eee' kt enjin bila driving
  4. lampu kecil kiri depan x nyala
  5. wiper belakang x keluar air
  6. lampu kat meter & gear stick x nyala
  7. set cigarette lighter nak tukar
  8. front right & left seat belt kadang2 stuck bila nk keluarkan 
*tlg keluarkan rear seatbelt dari kusyen

Action taken:  1 & 2. Motor door lock (no siri) RM 978.20 each
                      3. adjust belting
                      4. tukar bulb
                      5. hose pipe tersumbat; adjust
                      6. kena beli luar. xde stock
                      7. (no siri) RM26.40 (no siri) RM4.80
                      8. dh keluarkan, tp kena pasang rear seatbelt (kiv appt)

Tudia aih..... Aku mmg taip word by word ehh.. except front-left-rear tu je aku taip penuh. Dia guna shortform jer.

Kesimpulan, later on aku kena lawat kedai aksesori plak nk tukar lampu kt gear & meter, tukar tayar blkg sbb dah botak + rim baru sbb dh bengkok, tinted, servis aircond, tunggu audio player baru, tunggu stok cigarette lighter & pasang seatbelt blkg kt pusat servis balik.

Kesimpulan kedua: 9.30 am - 5.30 pm keta aku tersadai kat sana & habis RM520++. "Sehari suntuk buat kereta awak.." kata org di pusat servis itu.

Owh, motor door lock tu terpaksa aku lupakan dulu sebab harganya yg mencecah seribu hengget seketul & aku kena tukar DUA! Takpela.. aku kunci manual aje la.. So, beginilah aku habiskan duit bonosku.. Huhu!

3 comments:

Siti Nornadiah said...

kalau pakai kereta smpai kesudah lah aku tak pg bercuti..

i pon baru habis beli b3 kereta.kering. dan nak buat major servis lagi beberapa hari..:(

tata duit.

YanTzAnabella said...

hehe
tak pandai bab kete =p

Unknown said...

nad: dan duit pun berkata,"tata.. see u soon... ujung bulan!"

yanti: alah, tukang bawak ni pun 2x5 gak.. haha!!