Apr 8, 2010

makan tulang 3

setelah sekurun lamanya... aku sambung~
**********************************************************************************

So, aku terpaksa gak gelek betis mamat tu. Moto aku melompat lebih tinggi. Cam Superman jap rasa. Aku pikir aku leh landing atas jalan dengan cantiknya.. Macam orang selalu buat kat X-Games atau Motorcross tuh.. Dalam hati dah cakap, kalau dapat lepas ni, aku nak larik!!!

Tapi Tuhan tu maha penyayang & maha adil. Dia tau niat aku tak betul. So Dia sayangkan aku & tak kasi aku teruskan niat tak elok tuh..=___='

Dan hasilnya, aku pun landing dengan cantik la jugak cuma secara meniarap kat atas jalan. Zrasssssss...

Handle EX5 aku  bengkok almost patah, tayar campur sport rim senget benget, visor pecah, side mirror haruslaaa..Yang paling best, cermin mata aku pun melayang ntah ke mana! Aku pun tak sedar aku takde spek masa tuh!

So aku bangun2, cek anggota badan. Ok, cukup. Suar baju smer tak koyak. Fuh, legaaaaa.... Tapi aku pelik, asal kasut kanvas aku ada tompok-tompok darah, ek? Nak kata kaki aku luka, kasut tu sikit pun tak berlubang. Aku tengok lagi, kali ni mata menyorot ikut trail darah. Ceyyy cam CSI plak!

Mata aku naik dari kaki ke suar jeans, takde lubang gak, naik lagi ke sweater.. Lagi banyak darah. Aku raba-raba badan takde sakit apa-apa. Sekali aku terpegang dagu aku. OH MANNNNNN!!! Darah! Terasa koyak di situ. Aku terus "Arghhh!!" Panik menyerang. Tetibe jadi tak tentu arah. Aku terus g kat besi penghadang jalan tu, dan terduduk kat situ. Orang dah ramai kerumun aku.

Aku pegang-pegang helmet aku. Nak bukak. Pastu aku ternampak sekotak disket tercampak kat atas jalan. Meluru aku gi amik. Orang halang, tapi aku dapat ambik gak. Siap ada kesan darah kat sticker disket tuh.. Huhu! Cam drama plak...

Derang yang kerumun tu semer pakat nak bawak aku g klinik. Motor aku taktau sapa yang bawak. Aku redho jek. Ada satu keta ni bawak aku. Dia rendahkan seat depan tu so aku dapat cam baring sket. Dalam hati aku dah gelabah bewok dah. Camne budak yang aku langgar tadi???

Sampai klinik kat Desa Serdang, terus masuk bilik doktor. Doktor soh aku g kat bilik rawatan. Aku sempat lalu kat sinki. Sinki tu ada cermin. Aku tengok mulut aku. Puh!! Penuh darah.. Sempat aku ludah sket kasi clear mulut. Aku risau gak, gigi patah ke?? Rongak laa nanti!!!! Cek-cek, legaaa takde.. Darah tu rupanya dari bibir kot sebab terhentak kat jalan. Dagu toksah katalaaa.. Aku pun tak sanggup tengok.

So aku g baring kat katil besi. Nurse datang tanya ada no fon tak untuk call family? Aku bagi hp yang aku beli sorok-sorok dari family. Aku guna duit gaji part time cuti sem dulu laa. Family aku memang tatau langsung aku ada fon apetah lg no fon! Sebab aku tak hafal no fon ayah, aku guide la nurse tu untuk cari kat Phonebook. Haram dia tak paham aku cakap. Aku cakap minang ke jawa ke?? Last-last dia panggil doktor. Doktor yang call & cakapkan.

Menurut cerita, parents aku baruuu je nak masuk gate rumah. Dapat call dari unknown no (no fon aku le tu. hihi!). Terus gerak g klenet yang ntah kat mana derang tatau. Just ikut je instruction dari doktor tu.

Sementara tu, doktor pun bersihkan luka. Entah camne kat belakang leher aku ada tali silver yang orang buat ikat kotak besar tuh. Panjang lak tuh! Aku pun konfius. Aku ada golek2 ke tadi? Dia bersihkan dagu. Lengan ada la luka-luka sket. Dia tanya, ada sakit kat mana-mana lagi tak? Aku cakap la ada. Kat pinggang ni cam pedih-pedih la. Belah kanan. Doktor pun selak...

Haa kau! Ada luka rupanya. Camne plak bleh sesat kat situ? Apa yang aku langgar sebenarnya?? Moto ke lori?? Pelik lah! Neways, doktor bersihkan la jugak & tampal plaster. Eh, bukan.. Kodi nau.. Tampal la ngan kain pastu baru plaster. Dia cek-cek gak kepala kot2 mereng luka retak ke ape ke kan..

Tak lama pastu parents pun sampai. Doktor bilang, dia tak dapat nak jahit luka kat dagu. Takut ada patah ke ape ke. Better g hospital dulu x-ray. Masa tu dagu aku dah bertampal tebal dah sampai ke rahang dua2 belah. Bayangkan! Macam bai pun ada! Huhu!

Derang decide nak g HUKM je. Sebelum tu kena hantar moto aku dulu. Fuh, nasib ada lagi. *Sape nak curik dowww... Moto takdak ong! Bengkel smer dah tutup masa tu. Nasib baik besfren aku dok umah sewa kat taman yang sama. So kitorang g hantar ke sana je. Sian aku tengok ayah bawak moto senget2 gi rumah. Dah la naik bukit! Aku lak yang risau takut ayah jatuh moto. Kang, dari elok aku sorang, jadi berdua lak masuk spital kang.

Aku dok je dalam keta dgn ibu masa ayah ketuk pintu rumah sewa kawan aku. Yang ayah pun tak intro panjang, just cakap nak tumpang moto. Mana laa derang x cuak. Dah la malam, muka tak berapa nak cam. Tetibe ada plak pacik nak tumpang moto! Lepas sebut nama aku, baru derang, "OoOOoo.."

So, ke HUKM la kami. Ayah dalam relax2 dia pun cuak gak.. Segala bumper dia redah! Dah la aku ni menaham sakit kat dagu & pinggang ni. Berdenyut-denyut! Naik keta lak bergegar-gegar. Adoilaa....

**********************************************************************************
pjg lah. lenguh nak taip & korang pun sure bosan baca pjg2. nnt aku letak kt next entry..
tak, tak.. aku x postpone.. sekarang gak aku karang!!!

2 comments:

YanTzYanTtiE said...

weh
ko accident ke?????

iSpy said...

ahakz! dah lama... dah basi pun..