Apr 19, 2010

Kembali senyum

Malam hari jumaat lepas, around 9-10-ish aku sampai2 gate rumah aku tengok rumah gelap gulita. Tergerak hati nak call adik. Rupanya dia kat hospital lagi..
"Eh tau x?"
"Tau ape??"
"Mak..."
"Haa nape ngan mak?"
"Konfem, H1N1."
"HAH???!!!!"

Tak pikir panjang aku terus go-head gostan patah balik g KPJ. Padahal aku dah lalu dah tadi. Apasal tah aku tak terfikir nak singgah.

Sampai2 tempat parking, aku cepat2 jalan kat lobi. Sampai kat pintu, selisih ngan Abg Aji. Muka dia cam sugul tapi still ada gak riak2 tenang. Borak-borak sat, tolong dia call kan Abg Ijam yg rupanya ada kat gate luar hospital je. Abg Aji g sana, aku terus naik g wad. Masa kat lif selisih lg dengan segerombolan relatives. Kata Abg Rapi, kena pakai mask & baju khas. Aku lagi bertambah cuak.

Sampai-sampai pintu bilik mak, aku tengok dah tersedia dah kat 1 meja kecik kat tepi pintu 2 kotak mask, sekotak glove, & sekotak baju khas. Beriya aku pakai. Pastu aku bukak pintu sikit. Ternampak kaki ayah & adik kat dalam tu. Aii rilek je diorang tak pakai??? Memikirkan risiko kena gelak bila aku masuk nanti, aku bukak balik glove & baju khas tu.

Masuk-masuk, semua pakai mask termasuk mak. Kaklong yang tido kat sofa pun pakai mask gak. Alahai sayu nye hati aku tengok mak. Tapi at least keadaan mak tak seteruk sehari sebelumnya.

Kali ni mak dah boleh bercakap-cakap. Nampak lebih bertenaga & segar. Lega kat situ. Aku sambung lepak-lepak kat dalam tu, sambil borak ngan mak sambil2 tengok tv cerita ntah apa2. Bila tinggal aku, adik & Kaklong je dlm tu, tak lama pastu 2 orang nurse masuk. Katanya mak kena pindah bilik isolation. Salah sorang nurse pimpinkan mak pegi bilik baru sementara kitorang tolong kemas2kan beg mak.

Lama laa jugak aku dok dalam tu, sampai Kaklong & adik turun pun aku tetap teman mak dalam tu. Ntah la tatau apsal aku cam tak sampai ati nak tinggalkan mak sorang2. Ibu asyik2 soh turun bawah, dok sms pesan jangan lama2 kat situ.

Bila 'rombongan' visitor yg terakhir nak balik, baru aku join turun. Ye laa diorang ckp nak bg mak rest & tido.. Masa tu dah lebih kol 12 dah pun.. Tapi aku tak terus balik.. Lepak2 kat outpatient area tu borak2 ngan sapa2 yg ada. Aku teman skali la Kaklong tunggu result ujian H1N1 dia sbb dia dok teman mak kat wad since day 1. Alhamdulillah negative. Kol 1.30 aku pun balik rumah.

Esoknye, lepas balik dari Perodua pasang rear seat belt, aku g umh Mizzy amik creampuff. Aku fikir mak leh kuar wad wiken, dats y aku order kuih so leh jamu kat tetamu nanti. Tup2 tak jadi lak kuar.. So aku bawak sikit utk bekal kat mak & bg kat depa2 yg dok lepak kat luar wad je la.. Nasib mak leh makan. Risau gak kot2 dia xleh makan...

Masa 2nd day mak kat isolation ward, keadaan mak getting better. Virus H1N1 tu jenis yang tak aktif. Pneumonia still ada skit2.. Still perlukan bekalan oksigen sebab body x cukup kuat lg.

Mak cerita, malam tu lepas kitorang kuar tinggalkan dia kat bilik (konon nk bg dia rest) dia ckp dia tak tido pun! Laaa ngape?? Dia cakap dia takut! Ahahahahaa!! Mak... mak.. apa nak buat, dapat menantu lak yg sker cite hantu kat spital~ Dia cakap wad tu sunyi, then tingkap besar.. Nasib kitorang dah tutup langsir siap-siap. Tapi ada skali tu dia nak g toilet, so page la nurse. Bila dia dalam toilet, nurse tu lepak kat tingkap.. Bukak langsir..

Bila mak dah setel, dia pimpin mak & tutup balik tingkap tu. Malangnya, langsir tu dia tarik x habis rapat. Tersangkut kat railing tirai katil plakkkk.. Aahhh sudah! Mak cakap, dia baring tak toleh langsung kat arah tingkap! TV mmg dia tak tutup langsung.. Dia cakap, at least ada la rasa cam ada orang.. Hihihi.. Lawak tul time mak cite tu. Kitorang gelak gile2 kat mak..

Bila tengok mak dah boleh bercerita camtu, lega laa rasanya. Nampak la perubahan dia sejak day 1. Dulu, muka dia pucat lesi! Cuma aku still rasa cam nak lepak wad mak lama-lama teman dia. Kalau bukan ibu yang ajak balik, memang aku stay sampai malam~

1 benda yang aku baru tau, bila kita lawat orang yg ada virus camni, balik rumah je kita kena terus mandi & baju yg kita pakai terus basuh! Jangan nak simpan2 atau bak kata ibu 'meleseh-leseh' kat sofa ke ape ke.. Kat orang lg la!! Huhu!! Sebab, walaupun bilik isolation tu dah dilengkapi ion-ion negative ke apebende tah untuk mengelakkan kuman tu merebak, tapi possibility tu tetap ada.

Tiba-tiba ada teman yang bertanya, "Habis tu, kat seat kereta tu camne???"
Erkkk!!!

view dari bilik mmg terbaek~ harga bilik pun terbaek gak la.. huhu!!


lega bila mak dah boleh senyum & peace!!!

4 comments:

cikedidoo said...

tak habih baca lagi
tp nk komen jgk
sabar ye sabar...

Unknown said...

hehe.. haa baca smpi abis dulu..
anyway, mak dah keluar hospital~ yeay!!

cikedidoo said...

hohoho..
dh keluar ye? alhamdulillah...
kena ode cream puff lagi la npknya...

Unknown said...

haha.. hmm kita ode kuih lain la plak eh.. tgh pk2 lg ni.. ;)