Apr 8, 2010

makan tulang 4

Masuk2 ER bukan nye leh terus redah kasi pecah pun.. Kena la daftar bagai kan. Lainla kalau aku dtg naik ambulance.

So, aku pun duduk la kat ruang menunggu sambil meriba sekotak tisu. Yes, tisu utk lap darah yang dok berjejer.. Lemas aku! Aku dok kat sebelah mamat ni. Masa ni aku dh malas nk tengok jejauh. Aku pegi kat seat pertama yg aku nampak.

Mamat ni lebih kurang baya aku kot.. Atau mebe lebih muda. Aku tengok sekali lalu je.. Macam aku yang berbalut kat dagu, dia lak berbalut kat lutut. Ada la geng. Tetibe ada sorang pakcik ni datang kat kami. Aku ingatkan bapak mamat tu.. Aku pun wat la dono je.. Sekali dia tanya mamat tu..
Kenapa ni?
Jatuh moto
Racing eh..
Eh tak la.. *kalau ye pun, xkan nak ngaku kotttt...
Ni jatuh sama-sama ke? sambil merujuk kepada aku!
Choi ini pakcik!! Mementang laaa saya dok sebelah dia, so saya jatuh SAMA-SAMA dia laa? Cam romantik je bunyi dia ehh.. Cit! Aku time tu terkejut ada, nak tergelak pun ada.. Tapi sebab dagu aku 'ketat', so aku pun terpaksa la redho ngan muka ketat je sbg jawapan soalan pakcik tadi...

Bila tiba turn aku, memula aku kena xray. Full body. Segan gak sbb org tu lelaki. Huhu.. Selalu x-ray bhgn atas badan je. Kali ni, siap kena baring! Lepas x-ray aku baring atas katil and diorang tolak katil tu lalu koridor utk g kat bilik rawatan. leh lak dia stop2 kat koridor... Segan doh masa tu. Ramai gile nampak aku. Cam cedera parah aje padahal luka kat dagu & pinggang je punnn... Kotak tisu masih setia di sisi.

 So masuk je bilik rawatan, ada lah 2,3 orang doktor datang and check-check. Sementara tunggu doktor datang, aku baring kat katil rawatan. Tetibe badan aku rasa cam sejuk-sejuk start dari kaki. Masa tu aku pikir, hoih dah nak mati ke??? Terus insap teringat dosa-dosa lampau!!!

Badan aku start menggigil-gigil. Nurse datang & selimutkan kaki sbb kaki je yg sejuk. Badan tak.. Tu aku pelik tuh.. Doktor pun check2.. Bila dia check pinggang aku, drama pun bermula.. jeng jejenggggg...

Doktor: Ok, saya nak check kat mana yang sakit, awak bitau eh..
Aku: ok..
Doktor pun tekan-tekan kat area luka tu tapi bukan kat luka tu dia gi tonyoh..
Aku: adeh..deh.. sakit..
Tapi doktor tu cam x dengar je aku cakap sakit.. Bukan dia nak stop tekan ke kalau aku cakap sakit?? Aku tak tengok pun.. Seriau plus ada 2,3 doktor ada situ. Ramai2 buat ape tah kat situ..
Doktor: Eh ni dalam nih... Kena jahit nih.

Aku dah cuak. Kaki aku makin geletar. ja-ja-jahit?????!!!
Dia dok tekan-tekan lagi kat situ. Aku dah mula rasa cam dia tekan-tekan kat luka aku je.. Biar betik. Sakit gile weh.. Last-last air mata aku dah tak tertanggung dah, aku pun nangis jek. Huhuhu!! Aku jerit sakit pun doktor tu cam pekak je..
Doktor: eh, saya tekan kat sini ni.. tengok nih.. Bukan kat luka tu..
Aku: Sakitlah!!!!! (Bodo)

Aku dah tak peduli lg dah.. aku pekik je kat dia. Ingat aku berlakon buat2 sakit ke? Memang dia cuma tekan kat keliling luka tu aje tapi pedihnya Tuhan aje yg tau...

Pastu ada sorang lagi doktor cakap kat dia.."Agaknye terkena tisu yang koyak kot..."
Aku dh tak senang baring dah. Rasa cam nak bangun ada. Nak sepak doktor ada. Nak balik, laaagila ada! Tayah datang pun takpe!! Sakit la bodoooooo!!

Tetibe aku rasa jarum mencucuk pinggangku. Betul2 kat luka tu.. Whoaaaa.... aku jerit macam aku nak beranak! *Agaknye org beranak pun x jerit camtu kot? Ibu cerita, aku nye raung tu sampai ke hujung koridor leh dengar. Huhu!! Memang rasa cam nak mati~ Teringat dosa lg, lum mintak ampun lg, bertambah cuak la aku!!

Aku ni mmg kurang malu sket kalau dh sakit. Kalau leh tahan, aku tahan.. Tapi kalau tak, aku lepaskan aje.. Seingat aku laa.. aku jerit kat doktor cuma masa 1st time cabut gigi dengan jahit lutut je. Oleh sebab kat pinggang ni tisu dia lembut & takde tulang, so darjah ketahanan kesakitan tu memang laaa hampir 0.

Meronta-ronta aku atas katil. Sampai sorang nurse terpaksa pegang kaki aku. Sorang lagi pegang kepala. Tak sedar nih dagu berbalut tebal.. Bila bius dah mula jalan, baru aku calm down. Aku cuma teresak-esak je.. Nurse yang pegang kepala aku pun takat usap2 dahi aku je kasi lega. Alahai.... syahdu.. Aku tak pandang pun muka doktor tu. Bengang siot.. Tapi bagus gak.. Takdela aku ingat muka dia camne.. Haw haw haw!!

Lepas setel je, aku tengok derang smer blah tinggalkan aku.. Woi, biar betul... Tak lama pastu sorang doktor cina lelaki masuk & aku dapat tau dia adalah ketua plastic surgery kat situ. Dia check2 dagu aku & decide untuk jahitkan. Dalam sedu aku sempat berkata...
Doc, kalau bius saya sampai pengsan boleh x?
Aku nampak dia cam nak gelak.. tapi dia jawab,
Tak boleh.. Tadi pun dah bius banyak. Dah cukup dah. Jangan risau.. tak sakit punya..
Agaknye dia dengar kot aku meraung? Duh.. Relax je dia jahit sorang-sorang dia. Yang tadi tu sampai 2,3 orang ntah apa diorang buat tah.. Aku pun tanya laaa berapa jarum aku kena...
Kat pinggang 6, dagu ni.. 8.
Apsal kat pinggang tu sikit? Bukan koyaknye dalam ke? Mungkin kurang nilai estetika kot...

Aku dapat tau, rupa-rupanya masa diorang dok tengok 'berapa dalam' luka aku, diorang gunting bukaan luka aku so diorang dpt look 'further'. *******!! Memang logik laaa aku jerit pun!!!

Bayangkan eh.. aku sampai ER dalam kol 7.30-8pm. Aku masuk wad tepat2 kol 12. Punye laaa lama aku kat ER tuh.. Sampai kat katil, semorang dah tido.. So ibu just tinggalkan aku tido situ dengan drip. Esok pg dia akan dtg.

**********************************************************************************
sambung lagi nanti untuk pessdey aku dok wad. da nak abis dah punnn...

5 comments:

cikedidoo said...

seriau je dgr luka banyak2 ni

Diana Ishak said...

hahhahah.....apa la pakcik ni. segan i tau. i tak suka naik motor la pakcik. i suka yang ada bumbunggggggggggg.

habang said...

Sy x sukew taw critew yg adew drh2,kesawkitan, saspen2, jewrit peykek niey, tkut taw..Lg sy xsuker biler sy tgh tkut tibew-tibew critew bersambunk puwlak. Sy nk simpan manew ketakutan sy tdi tue? Towlonk sambunk cepat2 yer.

HarithTaurus_97

cikedidoo said...

akak, sy x eksiden
tp apsal rahang saya selalu mcm cramp je tetiba time makan..
uhuhu...

Unknown said...

kak di: hmm cian pakcik menang moto. terpaksa lupakan hasrat utk ngorat akak...

baiya: harith taurus pulekkkk... hmm simpan la dulu ketakutan tu kat bawah tilam eh.. nnt malam jumaat lps isya' kuarkan balik..

cikedidoo: errr struktur tulang longgar kot? hihi.. kurang kalsium nih.. minum susu byk2 sket. haha! cam doktor plak aku nih..