Apr 16, 2010

Bila duit tiada bernilai

Jam dah hampir pukul 1 pagi. Tapi mata aku segarbugar lagi. Baru aje balik dari KPJ melawat mak. Kata doktor,  mak kena jangkitan kuman sikit kat paru-paru masa kat Madinah. Ibu cakap, pneumonia. Selepas 15jam bertahan dari madinah-KL, turun2 flight pagi tadi, terus g KPJ. Mujur Kak Anis keje situ. Jadi everything well prepared. Cumanya masa nak admit to ward, takde katil kosong except  kat wad lelaki bilik single bed. Tak mau berkira, belasah je ambik. Kalau esok ada bilik lain, leh pindah. Ah, itu cerita esok.

Keadaan mak tadi aku tengok agak lemah tapi menurut Kaklong, it's better than before. Awal-awal tadi, nak bernafas pun berbunyi. Tambah lak ada ramai yang datang menjenguk. BP & sugar level alhamdulillah normal. Dahlah mak memang ada darah tinggi & kencing manis. Tapi jantung dia cam lemah skit. Ibu cakap, masa dalam flight & dalam keta, mak diammmm aje.

Kali ni diorang tak sempat nak buat umrah. Mujur jugak kena before pasang niat. Kalau tak, nak tak nak kena habiskan jugak2. Dengan keadaan mak yang camtu, mana la larat nak bertawaf bagai. Apatah lagi nak saie? Kata mak.. "tapi masa kat Raudhah, sakitnya terus hilang!" Subhanallah... No wonder ramai yang berebut2 nak jejak kaki ke sana. Tenang bak taman syurga, sesinonim namanya.

Aku tak pernah tengok mak kat katil wad. Eh pernah, masa operate perut dulu. Tapi masa tu mak dah boleh duduk. Kali ni, perasaan tu lain macam sket. On the way nak naik wad, hati berdebar-debar selagi tak tengok mak dengan mata sendiri.

Bila aku sampai, mak tengah tido dengan gas mask. Dada berombak perlahan. Lega sikit walau tak expect 'view' camni. At least mak nampak tenang dalam lenanya. Bila nurse datang untuk bukak gas mask & masukkan ubat lain, mak terjaga. Sempat la berbual2 dengan mak lepas tu. Tapi ala kadar je.

Bila jam dah jauh tinggalkan no 12, aku pun beransur. mak pun mesti nak tido lagi. Sebelum balik, aku salam & aku cium pipi mak. Nanti orang datang lagi ye mak..

3 comments:

YanTzAnabella said...

moga ur mom cepat sembuh babe
amin~

Siti Nornadiah said...

alaa tak boleh lahh camni..nak nanges jer..:(

semoga semuanya okay.amin!

cikedidoo said...

semoga yg sakit cepat sembuh,
yg sedeh cepat ceria~~~