Mar 30, 2010

3-Series Birthday Giveaway: THE FACT ABOUT e-caR

Aku rasa aku tak pernah laa join contest2 blog nih.. Sebabnya hofkos la aku xreti nak jawab soklan tuan tanah.. Daripada aku merapu merepek tak tentu hala, baik aku kurangkan pening tuan tanah kalau dia terpaksa baca entry aku..

Tapi this time around, aku yakin dengan jawapan aku. Sempena birthday dia yang berdekads ni, tuan tanah mintak sediakan ayam golek, pulut kuning, ehh tak tak.. 3 fakta pasal dia.. *Kalau mintak auta, laaaagi banyak aku leh bg! haha!

Sblm tu aku nk introduce la sapa gerangan si tuan tanah ni di mata aku.

Aku kenal dia masa skolah kat JB. Dia budak Pantai Dlm. Woh! serta merta aku tingat makcik aku yg dok sana. Bila dia sebut nama kg dia, aku trus tingat kat kazen aku yg dok kt kg yg sama. Sekali, laaaaaa keciknya dunia!!! Skang dok satu floor lg ngan mak dia. Sejak dr tu, kitorang jd cam adik beradik. Mcm2 dugaan & pancaroba kat hostel yg penuh saiko kitorang hadapi sama2. Sama2 blk kg bila cuti skolah, sama2 beli tiket bas nk balik jb balik, sama2 balik beraya awal 4 hari dr budak2 lain sbb beli tiket bas awal, outing toksah cite la kan.. Sama2 amik result spm.. Haih... kenangan..kenangan.. So, I'm proudly present ahli geng komplot KL '5TH ELEMENT'.. E-CAR!!!!!

*takyah susah2 cari.. tu ter highlight tu..

3 FAKTA BUKAN AUTA PASAL E-CAR
  1. Masa skolah muka dia boooolat! cikgu pun panggil dia bulat! 8 thn tak jumpa dia, skali masa wedding, aku pikir aku dh salah kenduri!! Gile kentang ahhh... Rahsianya? Dia ckp dia tak makan dh lps kol 7mlm & minum air saje lps tu. Aku x heran dia leh achieve apa yg dia nak sbb aku tau dia mmg jenis seorang yg determined & dedicated dlm apa yg dia usahakan. Tgk je la hasil dia skang.. Tak perlu nak klik2 facebook utk jana pendapatan der.. Semanis kek & cuppies nya, semanis tu jugak laaa hasil usaha penat lelah. Orang nya? Harusla manis jugak.. Senyummm jer..
  2. Seiring peralihan zaman, minah ni ada berbagai-bagai nama samaran sejak kecik smpi besar. Cuma yg e-car ni je aku rasa melekat lama.. Sha-sha lah, Ieqha lah, K.E. lah, apetah lg aku dh lupe.. Tu je aku ingat. Kalau bergambor ala2 tomboy tuh, haaa tu zaman K.E. la tu... Kalau ayu2 tu, zaman Sha-sha. Zaman Ieqha pun ala2 tomboy tu dok ada lg sket2..  Zaman E-car ni dh vogue de vasssssss dah! Pakai baju pun sentiasa sedondon gitew ngan hubby & Eiymann.. i loike! Nama sebenar dia? Tanya dia sniri lah.. hahah!
  3. Dia ni antibodi dia kurang vitamin sket. Sket2 pengsan. Sket2 pengsan. Semorang kt skolah tau dia kuat pengsan. Haha! asal tensen sket, migrain pastu pengsan. tp tu time skolah la.. taktau la apa vitamin dia makan skang smpi gagah perkasa buat mcm2 bisnes nih.. Haaa HPA la tewww... Jgn mareeeeee...

Hish, aku ada byk lg benda nk cite, tp syarat dia leh bg 3 fakta jek.. Terpaksa aku citer dlm hati jer! Aku saje je bukak cite lama psl si e-car nih.. Alah, cite skang ramai dh tau... Cite lama x ramai yg tau kennn.. *sape soh ko bg green light kat aku! muahahaha!!

Kalau korang nak kenal sapa kawan dulu-macho-sekarang-vogue aku nih, sila la terjah blog dia nih.. http://ecaRNazRin.blogspot.com/

Kalau terasa nak jo-en contest dia, terjah page ni terus! Dr situ leh gak dpt fakta2 e-car version contestants lain.. http://ecarnazrin.blogspot.com/2010/03/3-series-birthday-giveaway-fact-about-e.html




PERADUAN INI DITAJA OLEH:







Babe, happy birthday! Semoga hidup lebih bermakna & dilimpahi rahmat-Nya bersama insan-insan tersayang. Nanti aku masuk kelas ko! hihi! Lurvelots!

gambar kidnap. kelas baju raya ko noks~
eiymann - nazrin - e-car

Mar 18, 2010

makan tulang 2

Keje ada ni, tapi aku takde idea nak teruskan. *Biasala bos takde. Heheh.. Eh, semalam dia ada, pun takde idea gak!
Anyways, aku takde idea jugak nak blog pasal life aku skang even ada je benda yang jadi tapi aku malas nak layankan. Yang aku nak layankan skang ada lah sambungan kisah makan tulang aku kat enry dulu2.  Iaitu asal-usul masalah rahang aku. Sampai skang noks menyusahkan meks!

Citer dia camni... Aku eksiden moto. Dah, habis cite.

Cam gampang citer. Haha! Baik takyah citer!

Yela yela.. sapa yang tak suka membaca sangat tu, cukuplah sampai di sini, sayanggggg..
Sapa yang suka membaca, jangan lupa pegi Pesta Buku Antarabangsa wiken nih.. kat PWTC. Maklumat lanjut, gi website KLIBF.

Kisah bermula tahun 2001. Aku rasa hujung tahun 2001 kot. Bulan berapa tak ingat tapi yang pastinya bulan SYAABAN. Wah, kelas kauuu! Ingat bulan Islam lagi! Bukan ape, 2 minggu lebih lepas aku eksiden, start puasa. Haha! Memang seksa! Lagi satu, aku eksiden tu sehari before masuk semester 2 kat UPM & jugak sehari before aku masuk keje part time kat IDEAL.

Masa tu dah nak maghrib. Aku dari arah komuter UPM nak balik kolej / rumah. Dah lupa. Tapi arah ke UPM la.. Baru je lepas corner kat atas flyover. Tetibe side mirror moto aku terlentok. Belah kiri.. Aku nak betulkan laa sebab aku tak suke toleh-toleh belakang sambil bawak moto. Bahaya weh!!

Aku betulkan laa... Sekali bila aku pandang depan balik jer, tudiaa.. budak benggali yg bawak moto depan aku dah tergolek dog sebab terlanggar keta depan dia. Follow rapat sangat kot... Aku gelabah tak hengat. Panik toksah kata! Camne nak elak??? Kalau aku ke kanan, takut aku yang kena sambar ngan keta dari belakang. Nak ke kiri, takut ter gelek kepala mamat tu plak.. Ahh sudah!!!

Nak tak nak, aku PEJAM MATA dan teruskan perjalanan. Yes, aku pejam mata. Panik dowh!!

*** sambung nanti. kena wat keje jugak2 ni.. haish! ***

Mar 16, 2010

shayang shaper ni??

Mak pernah kata, entah-entah umur ayah tu lg tua dari yang kita tahu. Maklumla orang dulu-dulu kan suka tipu umur, e.g. sebab nak masuk skolah, nak jd cikgu, nak keja gomen, dan pelbagai alasan lg.

Kalau diikutkan, ayah ada 2 birthday. 1 bulan Mac (yg kami dok ingat tiap tahun dari dulu) dan 1 lg bulan December (dlm IC dia). Aku pun tatau kenapa dlm IC dia bulan 12 tp yg kami sambut bulan 3 sebab dia cuma akan gelak jer bila ditanya. =___=

Tahun ni tak sempat nak sambut masa hari birthday dia sbb jatuh hari Jumaat & aku smpi rumah lambat mencari kek plus aku tak dapat balik rumah aritu.

Anak jiran aku menikah malam tu, so elok je aku sampai rumah kereta dah penuh sepanjang jalan & gate aku betul2 depan khemah.

1. Segan nak menapak masuk rumah bila khemah penuh jemputan
2. Takde parking space yang dekat. Semua jauh2. Memandangkan kalau aku park jugak sampai ke surau nun, alamatnye lepas majlis habis kang aku kena g amik keta balik untuk simpan dlm rumah.

Tak payah!!

Aku terus g umah mak untuk lepak-lepak dulu sambil tunggu majlis selesai. Kononnya... Sampai kol 11 lebih pun cam x pasti je ada space lg ke tak sbb jiran aku banyak yg parking luar. So, kesudahannya, tidur rumah mak je. Kek tumpang dlm peti ais mak dulu.

Esok pagi-pagi balik rumah. Ayah tak sempat nak potong kek sebab sibuk merewang. So ingat nak postpone ke petang. Petang tu aku kuar la plak g Alamanda nak amikkan kasut glam Mizzy kat cobbler. Malamnya kitorang g 1 restoran kat Kajang ni untuk birthday dinner.

Amik lauk biasa2 jer.. Aku malas nak amik gambar. Kailan ikan masin, telur dadar tamoh bawang, kerabu mangga, kerang rebus. Tapi ada 1 lauk ni aku penah makan kat Kelantan dulu.. Sangat sedap. So aku nak laa try dish ni kat sini.. Sekali dia sampai... haaa kau!! Terbeliak mata sorang-sorang..


Kasi compare sketttt saiz mangkuk tu dengan gelas milo besar tu.. Aku tengok dah macam mangkuk bancuh acuan bahulu mak pun ada! Haih... Gambar atas kanan tu masa tu dah sauk sorang sikit dah.. Gambar bawah kiri tu adalah selepas semua 4 orang tolak pinggan tanda surrender. Rasa dia ok la.. tapi takleh celen yg kat KB tuh.. Sodap! Kengsom ni cam asam pedas la.. tapi Siam mari..

Esok tu, ayah nk ikut rombongan jiran pegi majlis bertandang anak dia plak.. So sebelum dia follow rombongan Cik Kiah, sempat laa dia potong kek. Sebab tu berbaju batik sambil potong kek. Konon mcm ada majlis potong kek. Padahal kat meja makan jer~


Masa aku tengah basuh pinggan, Ayah tetibe panggil soh amik gambar. Dia nak potong kek.. Haha! Fon aku lak habis bateri time tuh.. Terus dia amik fon dia, "Pakai fon ayah. Apa, ingat fon ayah takde kamera ke?" Fuh, terang siot... Vibrant lg kaler dia.. tayah susah payah guna flash bagai.

Nampak kek cam besar.. rupa-rupanya cenonet jer.. Cukupla untuk 5 mulut yang bukannya jenis pemakan kek tegar... Untuk Ayah Comel, semoga dilimpahi rahmat-Nya, dimudahkan rezeki & dilanjutkan usia. iSpy saaaaaaaaaaayang kat Ayah!

Mar 15, 2010

Random Comments IV

Tangan aku dah tergaru-garu nak update. Tapi otak plak kembang kuncup fikirkan idea~ Hadoih.. Aku nak update malam ni jugak-jugak. *Sampai aku naik nyampah tengok tajuk yang sama aje kat blog aku.. Kalau aku postpone esok, alamatnya sampai ke sudah aku tak hapdet! Skang aku agak lemau nak update dari meja pejabat. Apesal tah~

1. Kadang-kadang bila nampak sesuatu yg rasa cam kurang betul, rasa cam nak tolong betulkan. Tapi, kalau ditegur kang dikatanya kita ni memandai2 atau berlagak. Tak ramai yang mampu men digest niat sebenar kita yang sekadar ingin membetulkan. Selalunya anggap kita sekadar nak menjatuhkan...

Contoh: banyak blog yang aku jumpa yang mana bahasa perantara yang dia gunakan adalah bahasa inggeris. Even x fully english, tapi bleh dikatakan 90% english. Aku respek the effort. Aku sendiri malas. Aku dah biasa tgk broken english esp yang 'made in china'. Tapi yang kat blog ni, hmm camne aku nk ckp eh.. Bukan nk kutuk tp mebe cara ejaan yang diubahsuai atau diorang mmg tau sebut tp xtau eja?? Cam past tense verb yang ditambah hyphen before 'ed'. "Happen-ed, Land-ed, Play-ed, etc" Nak je aku komen, takyah hyphen dek... Or, 'weak' tapi yg dimaksudkan adalah 'week'. 'Slide' utk 'slice'. 'Boots' utk 'booths'. Aku harap mereka tak dijadikan bahan ketawa org lain. Lg satu perkataan yang agak ramai tersilap guna is 'humanity' yang tertukar dengan 'humiliation'. Camne? Aku pun x kenal mereka, sekadar blog hopping. Aku pun bukan cekgu BI, nak menegur tu ada sikit goyang la jugak...

2. Sesetengah orang can be considered as lucky even while being a jerk. Cam, ada pasangan but still... pasang lain. Tak pernah ke diorang terfikir yang 'nikmat' tu cuma pinjaman? Bila dah kantoi, puas ke hati diorang tengok orang yg dia pernah syg dirobek hatinya? Kadang-kadang tu hidup2 kena tipu. Or worse, orang tu sedar dia sedang ditipu tapi tak mampu nak buat apa-apa. Mungkin aku bukan orang yg layak untuk jatuhkan 'hukum' or wateva. Aku cuma tulis apa yang aku rasa. Kalau ada yg salah, aku mintak maaf awal-awal. Kadang-kadang apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat. Truth hurts. Ada yang ingat dengan sorok kebenaran boleh selamatkan diri even dalam masa yang sama memasang jerat untuk diri sendiri.

3. Skrin lappy wat hal plak tetibe... jerky2... Nak layan movie pun terbantut. Pala otak aku pun ter jerk2 dibuatnya. Habis dah idea. Takut makin panjang lak entry emo kang!

Mar 5, 2010

disko! disko! Kompilasi Terunggul

Secara tetibe semalam aku teringat lagu-lagu & game yang aku & most kanak-kanak 80s dok nyanyi dulu-dulu. So, aku nak wat kompilasi lah kat sini.. Heheh..

AMARAN: entri ini sangat panjang sebab aku naik syeikh masa menaip.

1.  Ola-oli
Game ni leh main ramai-ramai. Tapi jangan sampai 10 orang lak.. X syok.. Duduk keliling bulatan dulu dannn...
Sep sep sep, tom tom tom..
Ola-oli ku beri nama, saudara saudari, cikebum! cikebum!
Malam-malam minggu, siang-siang hari, disko! disko!
Putih-putih melati, ali babaaaaaa...
Merah-merah jelita, miaw-miawwwwww...
Siapa yang baik hati? Cinderellaaaaa..
1,2,3,4, lama-lama tukar tempat! 
Pastu semua kena jadi patung. Sapa yang gerak/tergelak dulu akan terkeluar dari game. Yang haramjads nyer, abg2 aku kalau main ngan diorang ni, masa kena jadi patung tu laaaa masing-masing akan buat muka senget-mata pandang atas-hidung dikembangkan-tangan buat aksi. Muka memang stok tak leh blah seyhhhh... Saje nak buat org lain terkeluar dulu!

Pastu kalau dia dah terkeluar, dia akan mock balik muka tu kat depan mata kita yang still in the game nih. Tak cukup ngan memek muka, dia akan buat aksi plak.. Memang cam haram!! Hahaha! Bodoh siot.. Tapi best!

2. Ushu
Ushu is ade tishu.. Plis go up and wash ade tishu and come back to theeeeeeeeeee school!
Ni adalah sebutan sejibik sejibun yang kitorang sebut. Biasala lidah bebudak...Tapi aku rasa versi asal dia patut camni la..
Your shoe is a dirty shoe. Please go up and wash your dirty shoe and come back to the school!!
Sebabnye, masa nyanyi ni, semua stok akan hulur kaki yang berkasut (sbb main kat skolah) then semua hujung kasut bertemu. Sorang akan nyanyi sambil tunjuk-tunjuk kat kasut. Satu suku kata mewakili satu kasut. Haa gitew..

Motif kira kasut?? Permainan asas dia cuma main kejar2 aje.. Tapi nak menentukan sape yang kena kejar tu, terpaksala dilakukan secara adil kennn.. So one by one kasut (orang) akan terkeluar, sampai tinggal 3. Yang membawak ke lagu ke-3 dalam kompilasi kita kali ini.. Haha!

3. Lalalitamplom
Memasing akan telangkup 1 tapak tangan. Masa nyanyi ni, tapak tangan tu dok terbalik-terbalikkan.
Lat talilat taili tamplom!!
Sejurus sebut 'tamplom!' semua mesti stop & decide nk terlangkup/tadah tangan.Tangan sapa yang ganjil - orang lain telangkup [hitam], dia sorang tertadah [putih] - maka dia la yang terkeluar. Selagi takde yang ganjil, selagi tu la dok 'Taaaaaaaaaaamplom!' sampai dapat sorang ganjil. Bila dah tinggal 2....

4. O som / One 2 jusss
Ni kira lagu ke har? Sebab 1 line je kan... Kadang-kadang untuk decide sapa yang kena kejar. Kadang-kadang just for the fun of it. And kadang-kadang untuk pilih ahli kumpulan. 2 orang akan berentap, buat simbol batu, burung, air. *Zaman aku ada 3 elemen ni je. Skang dh ada gunting, kertas, ntah apa2 lagi.

5. Polis sentri
Polis sentri, want to jaga.
Polis mati, pencuri jaga!
Haa jaga!!!
Main kejar-kejar gak, Cumanya takyah kira kaki. Just berdiri and sorang akan nyanyi sambil kira. 1 perkataan, 1 orang. Sapa yang kena point tu, haaa dia laa yang jadi polis yang kena kejar segerombolan pencuri. Apalagi, lariiiiiiiiiikkkkk!! Kalau tak nak jadi tukang kejar, sila jadi patung/duduk cangkung (depends pada haritu nak main kejar-kejar patung/kejar-kejar duduk).

6. Jan jala
Paling best main ramai-ramai, seeloknya bilangan pemain mesti genap. Senang sebab kena bahagi 2 ahli kumpulan kang. Mula-mula pilih 2 ibu - seeloknya badan besar/tinggi. 2 ibu ni akan cipta nama untuk masing-masing tapi takleh bitau orang lain. Cam, oren & anggur.

Lepas tu 2 ibu ni akan berdiri secara berdepan, pegang dua belah tangan, pastu angkat tangan membentuk arch. Yang lenlain yang jadi anak akan beratur and pusing2 masuk bawah arch secara gilir-gilir.
Jan-jan jala
Jala itik jala ayam.
Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh.
Panggil Cik Gayah . Makan sirih mulut merah.
Cak lela junjung, cak lela junjonngggg!!!

Bila kat baris akhir tu semua pakat jalan laju-laju bawah arch sebab elok je sampai 'jong' tu, sapa yang ada kat bawah arch tu akan terus kena tangkap & di bawa ke tempat jauh sikit. (kadang2 ibu2 tu saje je sebut juuunnnnn lama2 kasi budak2 gabra!) Pastu dua-dua ibu ni akan bisik nama rahsia memasing kat anak yang kena tangkap tu. "Psst.. nak oren ke anggur??" Si anak ni kena pilih and dia akan berdiri kat belakang ibu yang dia pilih tu. Biasanya dia tak tau sapa oren sapa anggur. Tapi ada gak kes hasutan berlaku.. "Oren laa..." "Jangan, pilih anggur, anggur!" Lepas tu kalau member tu tak pilih dia, majuk... Pui!

Main sampai habis anak. Lepas tu, nak tau sapa menang either sapa paling ramai anak atau main tarik tangan cam tarik tali tu. Buat 1 line kat tanah dulu. Ibu akan pegang pergelangan tangan ibu lagi satu, anak-anak berderet kat belakang pegang pinggang/ tangan dan tarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Setakat ni belum ada kes putus tangan akibat game Jan Jala nih.. Fiu!

7. R.O.C.K.
Ni bukan game baling batu atau rock kangkang eh.. Aku pun kurang peksa nape nama dia ROCK. Duduk dalam bulatan. Bilangan ahli tak kisah. 2 orang pun boleh main. Macam main sep-sep-sep tapi lain sket..  Sebab dia tepuk tangan sendiri. Haha! Tapi tepuk 3 kali je.
Arr Oo Si Kae Rok!
Nama kan.. (clap clap clap)
sejenis... (clap clap clap)
Buah-buahan!  (clap clap clap)
Oren!  (clap clap clap)
Anggur!  (clap clap clap)
Setiap orang kena sebut nama buah, kalau pilih kategori buah-buahan laa.. Nasib la kalau pilih kategori kereta ke, warna ke, planet ke *wahh! cita-cita saintis la tu dia tu.. Main sampai salah orang hilang akal idea nak sebut nama2 tu. Then tukar-tukar la kategori sampai bosan.

8. A.E.I.O.U
Ni pun tak sure leh jadi lagu ke tak? Basically, pilih sorang untuk 'jadi'. Aku taktau ape nama karakter ni.. Tapi kalau budak tu kena, bebudak lain akan sebut, "haaa jadi! jadi!"

Dia akan berdiri membelakangkan bebudak lain. Yang lain berbaris kat belakang. Sambil dia sebut A.E.I.O.U. tu, dia akan jalan pelan-pelan ke depan. Bebudak lain, follow je. Elok je dia habis sebut U, dia akan toleh belakang, and bebudak lain semua kena stop & jadi patung. Haa yg kat depan tu kena berusaha sehabis daya untuk buat diorang bergerak tanpa menyentuh diorang. Buatla muka bodo ke aksi spastik ke ape ke janji diorang ketawa atau tergerak. 1 by 1 kena buat. Sakit gak weh. Kadang-kadang habis daya dah nak buat.

9. Malam yang sepi
Ni paaaaling famous kot lagu dalam 'album' nih.. Sangat senang nak nyanyi & tak ada game pun apatah lagi rule. Biasanya main sambil sep-sep-sep. Kat hujung sukukata rangkap yang berulang, tangan pun sep-sep kat tempat sama.

Lagu ni kisah tentang Pak Mat yang gigih meniaga & menguji kekreatifan penyanyi untuk sambung rangkap yang rhyme dengan baris sebelumnya.
(Sep-sep-sep, tom-tom-tom)
Malam yang sepi-pi-pi
Pak Mat jual topi-pi-pi
Topi nya koyak-yak-yak
Pal Mat jual tempoyak-yak-yak
Tempoyak nya basi-si-si
Pak Mat jual nasi-si-si
Nasi nya enak-nak-nak
Pak Mat jual anak-nak-nak
Anak nya hilang-lang-lang
Pak Mat jual gelang-lang-lang
Gelang nya patah-tah-tah
Pak Mat jual getak-tah-tah
Getahnya putus-tus-tus
Pak Mat terus mampus-pus-pus! *ni sebab abg aku dh xde idea nk nyanyi~
Ini version yg aku nyanyi. Orang lain nyanyi mebe ada version diorang sendiri. Bukanke lagu ini untuk menguji kekreatipan bebudak...? So, sukati korang laa nak sebut apa pun. Janji tak de yang berulang & rhyme.

Haa siap dah album kompilasi aku. Jangan tanya sapa penulis lirik & pencipta lagu. Sesungguhnya aku tak tahu!!

10. Mentadak mentadu
Oh ada lg 1 game bodo sket..
Mentadak mentadu macam mana [nama] tido?
Pastu gelak gila-gila sebab bayangkan budak tu tido sama cam aksi mentadak mentadu tuh~ Ada yang tertonggek, ada yang kaki terangkat sebelah.. dll.

Bengong kan? Tapi, best! :)

Mar 3, 2010

when love and hate collide

Jarum jam belum cecah no.12 lagi. Jauuuuuuh lagi. Mata aku terkelip-kelip entah yang ke-berapa kali. Haih, bila laaaa nak pukul 12 nih?? Bukan sebab aku lapar. Tapi tak sabar-sabar nak landing kepala kat meja tanpa rasa bersalah...

Aku rasa,kalau ada cctv yang hala ke meja aku ni, mesti nampak muka lalok yang terkelip-kelip sambil kepala sway ke kiri-kanan-depan-belakang macam orang mabuk todi. Entah-entah ada capture aku tersengih-sengih tanpa kawalan. Biasala kalau separa sedar ni, bukan leh control sangat otak ni.

Bos plak harini tak keluar ke mana-mana. Memang aku resah gelisah. Naik letih mata tengok monitor. Telinga aku sumbat dengan celoteh Abinov Fanaskova konon-konon boleh kasi serabut otak --> hilangkan lalok. Failed! Dah tak tahan sangat, aku topang muka la sket-sket sambil cover dahi konon-konon nampak tengah berfikir.. =___='

Belum sempat pukul 12 aku dah tarik bantal merah, pok-pok atas meja and landing. Lantak! Mata aku dah macam kena simen dah nih..

Tak sampai 5 minit letak kepala, tetibe rasa SEGAR! *($*&#$! Ahh tak dulik, paksa mata untuk tido jugak2. Buat penat aku tahan dari tadi, dah dapat leh lak dia tunjuk perasaan takmo tido ehh.. Hamboih, biasa dia nih... Tido!

Maka tido la aku 20 menettttt... aje. =______='
aku pikir aku dah cukup bold, berani, determined, gagah...

Mar 1, 2010

keretaku dah lama 'merdeka'. aku pun!

Jam tunjuk pukul 9 a.m. Sepatutnya aku dah berada dalam KL waktu-waktu camni.. Tapi, aku baru aje turun tangga RUMAH. Langsung tak cuak. Langsung tak kelibut. Chill... Kenapa eh?

Ohhhh, sebab hari ni aku COTIIII.. Haha! Gila riak! Dahla harini Isnin.. Jumaat - Isnin. Tak best ke? *Dengar-dengar jalan masuk KL harini jem teruk? Ehh, bukan hari-hari jem teruk ker??

Bukan saja-saja aku nak cuti.. Harini aku perlu lunaskan *peh ayat! tanggungjawab aku yang tertangguh selama bertahun-tahun. Gila sangat tak bertanggungjawab! Bertahun pending~

Aku baru reti nak 'balas budi' kat burung kesayangan aku yang bawak aku terbang hampir 1 malaysia selama 5 tahun nih.. Kalau ikut buku servis, kali terakhir aku pergi service centre adalah tahun 2005. Secara tepat, 4 September 2005. Bila mileage berada di takuk 28,000km. Cuba check kalendar date hari ni apa? & harini mileage 151,000++ *Pak Amit, tutup mulut nya.. Nanti masuk lalat...

Bukan aku tak sayang harta *even itu yang mak aku selalu bebelkan. Tapi aku punya cuzzie yang merupakan pomen berpengalaman berpuluh tahun yang tinggal berdekatan rumah. Pomen polis tu beb.. Segala motor, keta & lori polis dia yang ejas. Kalau aku race ngan keta polis dulu agak-agak sapa menang? Heheh.

So aku just gi beli oil filter & minyak engine pastu gi umah cuzzie, tunggu dalam sejam sambil borak-borak dgn orang dalam rumah, setel.....

Tapi harini adalah pesstaim dalam sejarah hidup aku pegi pusat servis sendiri. Dari set appointment sampai la pikap. Ok, time pikap harus dengan org lain sebab aku balik dulu lepas hantar keta. Dulu, anak cuzzie / ayah yang hantarkan keta gi pusat servis. :p

Penah setahun,2 lepas aku nak buat major servis tapi ayah cakap tak payah. Hantar je kat cuzzie. Tapi kali ni aku nekad. Sebab kereta tu teramatlah banyak sakitnya akibat 'hasil penjagaan' aku. Selain dari tukar segala minyak, alignment, balancing bagai.. Aku repot gak laa apa yang aku rasa perlu diganti.

Bak kata cashier kat pusat servis tadi, "Banyak repair, banyak la bil nye." Huhuh! Ni yang ditaip kat receipt.
Customer own words: *check brake condition
  1. front left & rear left door knob x function
  2. front left & rear left xboleh buka dgn kunci
  3. ada bunyi 'eee' kt enjin bila driving
  4. lampu kecil kiri depan x nyala
  5. wiper belakang x keluar air
  6. lampu kat meter & gear stick x nyala
  7. set cigarette lighter nak tukar
  8. front right & left seat belt kadang2 stuck bila nk keluarkan 
*tlg keluarkan rear seatbelt dari kusyen

Action taken:  1 & 2. Motor door lock (no siri) RM 978.20 each
                      3. adjust belting
                      4. tukar bulb
                      5. hose pipe tersumbat; adjust
                      6. kena beli luar. xde stock
                      7. (no siri) RM26.40 (no siri) RM4.80
                      8. dh keluarkan, tp kena pasang rear seatbelt (kiv appt)

Tudia aih..... Aku mmg taip word by word ehh.. except front-left-rear tu je aku taip penuh. Dia guna shortform jer.

Kesimpulan, later on aku kena lawat kedai aksesori plak nk tukar lampu kt gear & meter, tukar tayar blkg sbb dah botak + rim baru sbb dh bengkok, tinted, servis aircond, tunggu audio player baru, tunggu stok cigarette lighter & pasang seatbelt blkg kt pusat servis balik.

Kesimpulan kedua: 9.30 am - 5.30 pm keta aku tersadai kat sana & habis RM520++. "Sehari suntuk buat kereta awak.." kata org di pusat servis itu.

Owh, motor door lock tu terpaksa aku lupakan dulu sebab harganya yg mencecah seribu hengget seketul & aku kena tukar DUA! Takpela.. aku kunci manual aje la.. So, beginilah aku habiskan duit bonosku.. Huhu!