Sabtu & Ahad memang berkurung kat rumah. Tak kena cahaya matahari langsung. Kepala rasa berat je.. Ini la masanya aku dapat layan tv sepanjang masa. Nak tido baru naik bilik. Heheh.. *Bukan nya nak rehat baring kat katil.. Tapi Ahad tu lps lunch aku layan tido kt katil smpi petang sbb kepala berat gile2.
Isnin bangun2 pagi jer, alahai terasa berat lg kepala ni.. Doktor aritu tak bg ubat sakit kepala.. Oh, lupe nak cakap... Doktor ckp perut aku gassy.. Bila dia stetoskopkan perut aku, dengar bunyi cam ribut taufan kat dalam tu. Konklusinya: Gastrik.
So pagi isnin tu aku g klenet lg mintak ubat sakit kepala +MC lg.. Hehe.. Balik dr klinik, aku malas nk balik rumah. So aku terus g umah mak. Reda skit sakit pala aku layan anak abg Emi yang 2 org tu. Siap aku mandikan lg si budak Irfan tu. Pandai, pilih nak pakai baju MU arinih.. Huhuh! Manja terlebih lak dia dgn aku aritu. Siap kena teman dia main game pc & nyanyi lagu2 mp3 babah dia.. Adoi budak2 jaman sekarang ni.. Baru 3 tahun kot, tapi tau je mana nak klik file game & mp3 mana dia nak dengar.. Siap kalau salah bukak folder, boleh klik Back, g balik kt folder tadi. =____='
Lepak sampai petang, siap bawakkan mak g cari buah sukun kt Kg Sg Balak tapi last2 borong buah lain. Pastu beli sukun goreng kat gerai yang borong buah sukun tadi tu.. Pastu mak soh bawak lak g tgk2 jalan lama ala2 Down the Memory Lane gitu. Dia dah lama kot tak jalan2 dalam ex-kampung dia.. kehkeh.. Katanya jalan tu leh tembus kampung sebelah, tapi sampai2 je situ ada jalan mati jek.. Diorang dah tutup kot, maklumlaa org buat highway kt tgh2 kampung tu.. *Tetibe rindu tahun 80 & 90-an.
Malamnya, g tengok wayang ngan Kechik & Mizi. heheh! Masa ni dah tak sakit sangat dahhhhh... Dinner pun makan hor fun jer kat old town. Janji, selamat untuk perutku. Bosan la melantak bubur je dari jemahat. Tengok cite ape?? Memule nak tgk Karate Kid, tapi penuh lak.. So tgk The A Team. Fuh, terbaekkk siottt.. Rugi sapa tak tengok.. Tak kira la kalau x pernah tgk siri A-Team yang dulu2nya.. Bukan dia wat sambungan dari siri tu pun.. Silalah menonton~
Di bawah ini ialah video 3gp *hah, pk apa tuh?!!]
6 comments:
aku baru tau kau sakit lepas tesyik bagitau and skang baca blog kau nie!!!!!
knp tak ckp!
erk! aku 3 hari stgh cuti pesbuk & online. huhu!!
alahai kaskas..aku tak perasan sebb tak fb sgt..:(
sorry babe!
ala xpela.. camne ko nk tau kalau aku x bitau kan.. kalau ko sll fb pun xkan tau gak sbb aku x apdet apa2 pun 3 hari tu.. hihi.. tayah nk sorry2 le... gua chill... ;p
uhuhu.. dh lama x tgk wayang
post la kejap zihni kat umh kakak.. pastu leh la tgk wayang.. hehehe..
Post a Comment