Jumaat lps, aku MC half day.. (nama je half day, tp aku balik kol 7 gak~) isnin nye, smbg lg mc.. selasanya EL plak. Nice lah! Even bukan pestaim MC utk tahun ni, tapi tahap keselebetannya adalah yg tertinggi.
KISAHNYA....
Hari: Jumaat
Waktu: 9am
'Seawal pagi' before aku masuk keta nak g keje haritu, ayah cakap, "tanak bawak ke murtabak ni?" dia dh siap bungkuskan oke... Aku pun tak sampai ati nak say No. Aku pun grab jer.. lgpun tak dan nak bekfes pg tu.
Pagi tu aku cukup relax. Sambil bawak keta pun aku sempat snap2 gmbr, masa tgh berjalan nak ke building opis pun sempat gak. Sampai2 ofis, 'buat keje' then tetibe perut cam meragam. Sakit bebenor.. Nak kata piyedpen, takde apa2 pun yg kuar. Lapar ke? Aku pun melantak la murtabak tu slow2..
Sampai ke pukul 1, sakit makin menjadi2.. Sampai nak berjalan pun payah. Dia menyucuk2 kat perut sampai aku terpaksa tekan perut dengan
bantal kusyen sampai dia reda. Seminit lps tu, dia mai balik.. Aku tak tahan, aku lepak kat bilik meeting, dok tepi tingkap, pastu terus baring kat kerusi-kerusi yang tersusun indah kat tepi dinding tu..
Opismet aku, Z dtg kat aku tanya, sakit sangat ke? Dia soh g klenet ngan Wili. Aku iyekan aje.. Aku ckp aku tunggu Wili habiskan lunch dia dulu.. Sambil tunggu Wili, aku call ibu, tanya pasal murtabak tu.. Dia ada sakit2 perut tak bila makan? Dia ckp takde pun.. Haih, ape kena dgn aku niii... Aku pun ngadu la kat dia.. Sambil2 ngadu tu mata dah berair2. Ni yang aku nyampah ni!
Asal mengadu sakit skit, mula la nak cengeng.. Tatau la apesal.. Sama cam Z, dia soh g klenet.. Letak je fon, air mata mengalir2 sambil aku menekan2 perut. Tapi mmg sakit gile2 masa tu.. Campur sebak tak tentu pasal. Bodo~
Lebih kurang kol 1.30pm aku ngan Wili g klenet kat building sebelah. Masa tunggu lif, alamak.. klenet tu tingkat berapa ahh?? Nasib ada member keje building tu, so aku terus call dia...
"Awak, klinik kat sini tingkat berapa ekk?"
"Tingkat 17.."
"Oke, terima kasih..."
Letak fon je aku cam tersedar... Haaaa, 17?? Jauhnyaaaa... Terasa lama sungguh nak tunggu sampai tingkat 17.. Sampai-sampai aje, kami disajikan dengan 'pemandangan indah'..
DEM!
Dipendekkan cerita, dekat 2.30pm kot baru dpt jumpa doktor. Masa tgh menunggu giliran aku rasa cam nak meniarap je kat sofa klenet tu. Sakit mencengkam-cengkam! Dah la aircond dia kuat! Tapi masa dlm bilik doktor, elok plak dia.. Hampeh!! Kuar-kuar bilik doktor tunggu ubat, sakit balik.. Eeeeeeeeee sabo je lah!
Bila nak bayar ubat, dpt MC half day & 3 jenis pil & 1 ubat liquid. Total smua: RM60. Hambek obattttt... Nasib duit cukup~ Turun-turun lobi, tengok luar... HUJAN! (bukan band Hujan datang eh nad.. cuaca tu yg hujan...)
Memule cam gerimis nak lebat.. So call opismate soh hantarkan payung.. Sekali hujan lebat giler daaaa.. Call balik, soh dia dtg ngan keta. Huhu! Padahal building sebelah je.. Tapi mmg lebat gila.. Stok yg kalau pakai payung pun sure lencun kena tempias aje..
Dari tunggu kat luar, aku tunggu kat dlm lobi.. Sejuk+sakit, mmg aku rasa nak pengsan kat situ gak.. Lama gak tunggu.. Sampai hujan dah berhenti okey... baru mamat 2 org tu datang.. Hadoiyai... time tu kalau aku nak jalan kaki pun bleh tp diorang dh sampai lak..
Kol 3++ sampai opis, aku makan ubat & sambung lepak kt bilik meeting yg aku convert jd sick bay aku. Heheh.. Aku x mampu nak jalan & drive balik sbb sakit tu tetap datang unpredictably lps aku makan ubat.. So, aku tidokan diri jap dengan harapan bgn tido kang sure dh hilang / reda sakit tu..
Nan adoooo.. Dari kol 4 membawak ke pukul 6.. sama je rasanya. Tahap konfiden aku nk drive mmg takde. Nasib baik si Z dok kajang & aritu dia bawak keta plak. Fuh, nasib!! So sudahnya, aku tinggalkan keta kat parking lot & balik tumpang Z je. Aku MC kat bilik meeting jer aritu.. Report pun aku tak buat. Nak taip 1 perkataan pun tak mampu. Camno?
Malamnya lps dinner, aku, ayah & adik g opis balik amik keta yang ditinggalkan. And malam tu jugak for the pestaim aku dapat pakai jaket bulu yang beli kat Guangzhou dulu sebab aku demam. Haha! Jaket tu tebal gile dowh... Aku beli sebab tak tahan sejuk kat sana.. Kalau takat sejuk airconf dlm TGV kat Mesia ni tayah la nak pakai sesajo.. Wat peluh badan jer.. Hmm sekali tu je la aku pakai.. Lepas ni tatau bile lagi nak pakai.. Tunggu demam lg kot? Haha!
Panjang dah ni.. nanti la aku smbg kat next entry..