Oct 8, 2012

rapid update

things yg aku nk tweet kan tp keadaan x mengizinkan.

these past few days xberapa sihat. start dr few weeks ago, tp last week mmg acara kemuncak. tp aku xnak stay indoor sgt sbb nnt badan lg tambah sembap. so, sapa2 ajak aku kuar, mmg aku akn kuar..
despites of rasa berat kepala & angin menderu2 dlm perut, aku gagahkan jugak g swimming, main badminton segalak, g kenduri, driving around, etc.

ubat dh ada dh, tp sejak smlm lupa lak nk mkn. arini, lupa bwk ubat g keje terus. lg bagus! skrg ni, dok menahan je la loya, pening segala. eh, dh mcm org mengandung plak simptom dia.

mlm td kakak ipar ajak g urut kaki. mula2 rendam kaki stgh jam dlm bekas air panas yg dh diletak paket2 herba. bekas tu mcm sinki. siap ada pili air panas. bila air dlm tu dh suam, dia tambah air lg.. T__T


br aku tau, tgn kita cpt biasa dgn hot temp, tp kaki no-no-no. so kalau tgn dh rasa air tu mcm suam2 kuku, try rendam kaki plak. menjerit ke tak..

aku ni agak penggeli kat kaki. so bila mamat tukang urut tu start urut tapak kaki & jari-jemari, jenuh gak menahan. tp lg xtahan sakit bila dia tolak bebuli2 angin. wah, terma sains di situ! siyes sakit gile babs! kaki dr melunjur, makin membengkok angkat lutut. lama2 dia tarik blk kaki, tp xletak kat ats kusyen. dia pegang tumit dgn tapak tgn dia. tadahhhhh....

smpi tukang2 urut yg lalu lalang siap tanya,"sakit ke?" sbb aku smpi tutup2 muka dgn hoodie sweater.kalau x sure nmpk muka huduh menyeringai tahan sakit. semua gelakkan aku. gelak arr..gelak... x bayo kang!

sempat la borak2 dgn tukang urut.. dh kawin ke, umur brp, keje mana.. haa tang umur tu best! dh la memula dia igtkan kakak aku tu MAK aku.. haha! frust jek kakak aku.. bila tnya umur, dia teka aku 20 thn. wei, biar betik.. nk amik ati pun man-man laa... aku ckp aku muda 2 thn je dr akak aku.. dia soh member dia yg urut kakak aku tu teka umur kakak aku.. 22 kah? har!har!har! haruslah aku xbtau umur aku smpi ke sudah!

patut urut sejam stgh.tp bila dia dpt tau aku sakit kepala, dia sajes urut kepala stgh jam..kaki sejam. fikir punya fikir, hmmm blasahla.. aku pun x sanggup nk urut lama2 kt kaki. seksa!!

bila urut kepala, dia urut bahu skali dgn lengan. time urut kat ats kepala, mcm kena paku je rasanya~ siyes.. sakit.. lg1 kat antara ibu jari & telunjuk. situ point migraine. pehhhhhh... boleh tergolek bwh katil laa dia punya tahan sakit tu.

blk umh terus pengsan la.. pg td mandi air panas xmo bg badan terkejut sgt.. tp harini aku still rasa lemah lg. mebe sbb angin degil sgt xmo kuar sgt dr badan kot? ahhh...!!!!



smlm g kenduri. ada 3 pasang pengantin sanding skali. selalu aku jmpa 2 je. pada aku, utk pihak tuan rumah, mmg jimat.. ye lah, dr 3 events bleh buat sekali je.. sedara dtg pun sekali.. cuma nya, bila part sedara pengantin yg bertandang tu.. bila diorang smpi, sekali 3 set families yg ada. kusi meja ala2 xcukup.. dgn tetamu yg sedia ada lg...so, kiranya agak pack la waktu kemuncak tu.. tetamu yg memahami boleh la mkn cecepat2  bgn utk beri laluan. blom campur kwn2 pengantin lg.. tp ofkoz la kita utamakan sedara dulu. kalau bleh, venue biarlah bersesuaian kalau nk wat majlis besar camni.. aku rasa padang/taman mmg sesuai.. dewan, agak packed..  ni pendapat aku je.



aku teringat dialog ank buah aku ckp kt mak dia. "Mak, Nia & *2 org lg kwn dia. x igt nama!* nak berenti q-dees lah.. nnt, nia nk skolah kt KL. lps tu, bila dh habis skolah, nia nak pinjam kad mak, nak pegi shopping!"

kids nowadays...

ehh.. rapid, x rapid sgt laaa ek.. terpanjang plak..

Jul 5, 2012

Susahnya nk betulkan sesuatu yg salah yg dh sebati dlm diri sendiri.

"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?"
mereka berkata : "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Baginda berkata : "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya".
Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?"
Baginda berkata : "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya".
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Gossip-mossip. rasa mcm 1 grey area je..
kdg2 kita bercerita sbg tauladan. tp kdg2 berita tu kurang enak di dengar esp oleh tuan punya badan.
memang sebaiknya kita bercerita benda yg baik2 aje. tp tu laa sbb dh terlalu terbiasa, laju aje lidah nk bercerita x kira baik/buruk. lebih2 lagi berkenaan org yg kita tak berkenan..

aku xnak tuding jari kat sapa2. cukup la pada diri sendiri. mmg aku sendiri MASIH begitu.

aku harap next time bila aku nk bercerita sst aku akan ingat ni: ADA pd nya = MENGUMPAT. TAK ADA pdnya = FITNAH.

Subhanallah. Semoga kita semua dihindarkan dari menjadi kaum yg rugi. Amiin.


photo (c) Nik Wafdi

Jun 2, 2012

Penakut

aku memang penakut. bukan sebab aku nak jadikan lagu Yuna sbg lagu tema hidup mcm OST sinetron. tapi aku sememangnya seorang penakut yg buat2 berani dalam certain situasi.

bila aku takut nk handle the truth, aku memilih utk x melihat/mendengarnya. somehow aku rasa, at least aku akn rasa kurang sakit. sakit ttp sakit sbb kita tau there's something hidden yg x begitu sedap untuk diterima.

adakalanya aku takut nak ckp sesuatu yg benar walaupun itu isi hati aku sbb aku takut akn kecikkan hati org tu / kalau2 dia tak boleh terima apa yg aku cakapkan.

ada masanya aku berani duduk dalam gelap. tapi kdg2 even dalam terang pun, perasaan mempermainkan aku bila aku rasa ada sesuatu kat blkg aku & menunggu masa untuk aku menoleh. aku boleh menangis ketakutan right then & there.

aku dah lama x plan apa2 untuk masa depan sbb kebanyakannya x menjadi & aku excited lebih for nothing. aku takut to even think what will happen jadi aku lebih kan fokus dgn apa yg berlaku skrg.

aku jadi skeptikal even aku cuba jd optimis dgn org. aku takut ditipu lg.

aku takut kalau2 aku xmampu nak live my life like i supposed to for turning down so many opportunities.

aku sedar takut x bawa aku ke mana2 tapi di sini. therefor, aku harap 1 hari nanti aku punya 1 keberanian utk tutup sebelah mata pada perasaan takut itu dan cukup berani utk cakap, "SO WHAT?"

p/s: que sera, sera. whatever will be, will be. Kun fayakun.

Jun 1, 2012

bila? bila? bila senang...

few days ago, ada org tanya kt aku soalan yg sgt rutin bila dh lama x berjumpa. "bila nak kawin?" aku ingat kan sekadar berbasa basi. aku layan kan je la sambil gelak2 sambil bagi jawapan standard. "ya belum ketemu lagi, gi mana ya?" *ckp indo tetibe.. motip??

rupa2nya dari sweet talk bertukar jadi slow talk pastu bertukar pulak kpd pep talk. in the end, aku just hangguk2 geleng2 aje la. hangguk2 sbb iyakan je la sbb mmg betul hujah yg diperkatakan. geleng2 sbb there's nothing i can do right now. seriesli.. xkan aku nak,"okeh saya gi cari skrg jugak. adios!!"

bila ditimbulkan soal parents, mmg la rasa serba salah. sian kat diorang pun iya jugak. diorang pun manusia biasa yg punya ingin & ego tersendiri. tapi, aku juga punya perasaan, dong.. *sekali lagi di situ!

seringkali diperkata yg,"kamu ni pemilih sangat..." hmm iyela usop oi.. kalau x pilih xkan nk pakai sauk aje? ikan kat pasar pun org dok pilih2..inikan pulak org yg kita nk sehidup semati selagi ada jodoh.

i hv my own reason, as much as i hated it.

lg 1, kalau saya udah pilih dia, tp dia yg x pilih saya, ya gimanaaaaa??

p/s: it's not easy. but it's not that hard, either... :)

Apr 23, 2012

faham? x faham sudah

terlalu memahami pun kdg2 menyusahkan diri jugak.
org take for granted
org kurang peduli dgn apa yg kita rasa sebab kita 'akan faham'
kadang2 timbul gak idea tak perlu lagi berkongsi rasa dengan sapa2 sebab macam x ada guna aje..

org ckp, lelaki ibarat layang2.. dibiar lepas bebas di angkasa tapi tali biar kendur.
terlalu tegang, nanti putus talinya
tapi bila dah terlalu kendur, boleh jadi bersilang2 pulak dgn tali yg lain... sudahnya?
potong tali dari bawah sebab lama2 nanti dia putus sendiri jugak..

orang cakap.. hantu x kata apa2..

Apr 12, 2012

Road bully

Everytime aku teringat balik insiden sabtu lepas, otomatik darah aku mendidih. I really despise that guy. Fakoff!!

So tell me wahai taxi driver, we both have same purpose to switch lane. Aku mmg dkt lane kiri, nk pegi lane tgh. Jln tgh jem nih.. Kau, yg baru masuk lane dr susur jln, pun nk mencelah dpn aku. Kereta dh brp lapis dh kt situ aje.

Boleh sabar x? Aku tgh nk tukar lane. Bila x dpt, ohh siap hon. Marah?

Tp dpt gak masuk kan? Cuma kt blkg aku je la.. Then boleh plak amik lane knn skali, lalu kt sblh aku then sharp overtake sipi lg aku nk sondol keta kau. Aku hon sepanjang yg boleh even ada polis trafik kt tepi. Biar!

Then dpn aku kau bwk slow2. Bila aku overtake kau, kau foloooo aku kt blkg. Igt aku takut?

Now tell me apa motif kau? Mmg nk naikkan darah aku kan? Sbb x bg kau masuk lane.

Aku mmg paling benci org yg suka sharp overtake keta lain. Konon kau terer laa? Boleh cilok2? If keta tu tersondol kau, sah2 la slh org tu sbb DIA YG LANGGAR, kan? Mmg sial niat kau tu.

Klu ditakdirkan tergolek keta kau masuk longkang dpn aku mmg aku gelak dpn kau!

Lantak la kau kawan aku ke sedara aku ke, tetap aku benci pemandu yg mcm ni. Fikir diri sendiri aje betul. Org lain semua nya slh. kalau org tu xperasan, for sure akn keluar ayat: mata letak kat mana?

aku rasa xde manusia siuman yg saja2 nak langgar keta org. Bodoh ke? Mesti la ada reason dia xperasan ke lost focus kejap ke.. Like u haven't laaa?

Kalau saja2 nk langgar tu, mmg otak dia shot kt mana2 la tu. mentally breakdown. Org camni aku nasihatkan pegi la apply keje jd pengganti patung crash-test tu. layak!

There's nothing i can do to stop this kind of person. Sbb sifat tu dh sebati dgn darah daging. Cuma 1 je...

Kau tunggu nnt 1 hari bila keturunan & kerabat kau pulak kna macam ni.. Itupun kalau kau sedar la kau tu pernah buat org. Tp pembalasan dr Dia ttp ada. Cuma kau xtau bila.

Tunggu!

Mar 29, 2012

Tripple T Thursday

Turned Thirty-Two
That's u.
To a tremendous glorious life.