Dec 16, 2010

Singapore: yang best & tak best di mata aku saje sbb aku yang rasa

it's been 4 days since i came back from singapore.. wahh skiping london kau.. mentang2 baru balik singapore. padahal bukan ckp BI sgt pun kat sana.. kalau ckp pun klau bercakap dgn salesperson kat sana / tanya arah jalan! itupun kdg2 diorang reply in BM sbb mmg TAK obvious laaa sangat muka aku ni melayu ke tak, kannn..

kronologi kisah permusafiran aku kat sana nnt2 la aku cite. tunggu gmbr siap cuci dulu.

apa yg aku nk kisah kan kat sini adalah apa yg best sgt singapore tu smpi aku rasa nak g lg thn depan tak kira before/after beli fon baru (itu azam thn dpn. eh, azam ke azab?)
  1. bersih di mana saja kau berada, termasuk di sungai
  2. selamat walau di tgh malam berjalan sorang2 pakai earphone
  3. pedestrian diutamakan. kalau jalan tu ada zebra crossing tp xde traffic light, MANA2 kereta yg tgh jalan kat situ akan berhenti utk bg pedestrian tu jalan dulu. then baru dia jalan balik. takde nak hon2 ke, high beam ke, tekan2 minyak ke ape ke lanch- sekalipun.
  4. kehidupan walau nampak seperti robot *sbb kena jalan laju* tapi still rasa relax (mebe sbb aku bukan nk g keje??) RASA tu lg penting hokey..
  5. escalator dia laju! syok!!
  6. service MRT & bas yg tip-top serta effisien. every 6 minutes sure ada MRT punye. bas pun xde de kena beratur lama2.
  7. kad utk naik MRT & bas yg ala2 touch n go tapi sgt menjimatkan sebab ada rebate bila ko naik bas lps turun MRT. kat sini ada ke tambang bas 1,2 SEN? bukan seploh eh.. SATU!
  8. xde kereta pun xpe sbb dgn MRT & bas boleh gi almost ke mana2
  9. harga makanan kat fast food yg tertera dah masuk govt tax. pembeli leh sediakan duit siap2 before beratur so xde la kes "alamak x cukup duit!" lps place order.
  10. harga brg branded di tempat ala pavillion tapi harga cam kat sogo. perfume murah woi!
  11. 7E dia punye slurpy ada flavour apple & coke blended. shetappppp!!
  12. penjual buah yg ckp,"thank u..see u later" lepas kita beli buah kat dia.
  13. bangunan lama dikekalkan & dipercantikkan
  14. dengar org singapura ckp melayu mcm dialog filem p.ramlee "apa kau bikin di sana?"
  15. oh plg utama sekali..sana ada UNIVERSAL STUDIO beb!!!! sgt rugi if x pegi especially masa muda2 ni.. dh tua2 karang takut  xlarat je nak naik segala tok nenek ride kat sana.. yg dijamin terbaek dr ladang (setakat ni yg aku penah g)
  16. bibik Fajar masak sedap!
  17. biskut choc chip mak ucu terbaek
  18. kemudahan lengkap utk setiap komuniti. 
  19. orchard road di waktu malam!
cuma ada gak beberapa perkara yg buat aku rasa 'alahai' bila kat sana:
  1. takleh makan/minum walau setitik kat stesen & dlm MRT/bas. kalau degil gak sila sediakan at least SD50. so bila tekak rasa gatal & dok terbatuk2 dlm MRT tu, tahan aje laaaaaa labu...
  2. xdpt makan Subway
  3. certain tempat nk amik gmbr tp ramai sgt yg blocking.. bukan la smpi tahap xnak ada org dekat situ tp at least tak de yg block objek yg nak dirakam. kalau takat nampak roda & bumbung aje yg belen2 tu bontot org, nak watpe?
  4. almost 80% org dlm MRT guna iPhone. =( *tekanan* **waktu aku review balik entry ni nuffnang leh lakkk kuarkan iklan iPhone plak kat bwh niiii!! >__<**
ayat paling best di dengar kat sana:
"ahh kirim salam laaa sama nenek kau"
- ucu komen pasal kisah gelang magnetik. 
"tak ada diskaun-diskaun... masuk kandang aje..." 
- aku tanya kazen, saman xleh mintak kurang ke?

and bila ckp pasal singapore mesti nak kaitkan dengan their kiasu-ness kan? hmmmm.... 5days spent, found none. mebe next time? ;)

as for weather, itu yg plg merisaukan aku before jejak tanah temasik itu ari. aku tgk weather forecast, hari2 hujan katanyaaaaaa... bila kat Mustafa Center, siap beli payung, kot2 laaaa tgh2 jalan tetibe zrassssss lencun!

tapi alhamdulillah.. sepanjang kat sana, sekaki payung pun kitorang x bukak sebab cuaca redup2 aje all day.. kalau ada hujan pun kitorang kat indoor so kuar2 aje hujan dah berhenti. pukul 12 pun cam kol 9pg.. camne tak terlajak tido? opps..

ok dah makin melalut. ciao!

4 comments:

Habang said...

Bestnya cik aben pegi singapore dengan mereka2..jealous i.

Unknown said...

kalau habang ada, mesti best kan? nnt nk g sarawak la plak...habang jd tour guide..bley? ;P

cikcum said...

bestnye!

Unknown said...

ehh cikcum lagilaa boleh pegi anytime.. tinggal nk berenang ngan tidak je... LOL!