Budak melayu mana yang tak kenal dgn lagu tu?? Timekasih Kak Limah sayang, sebab aku takkan dengar lagu tu ever the same again.. EVER!! Version Kak Limah memang melekat kat lubang telinga punye lah~ T___T
Bila dah sebut pasal Kak Limah ni, harusla nak cerita pasal movie Mamat Khalid yang terbaru tu..
Bila tengok poster ni, baru le aku tau siapa sebenarnya yg bawak watak Kak Limah nih..
Untuk yang belum tengok, sila la runtuhkan panggung tengok citer ni. Unless anda bukan peminat filem komedi+seram. Sila expect yang seadanya mengikut genre filem. And takyah la nak terkejut bila ada scene menyanyi.. Tak perlu jadi filem muzikal untuk ada scene menyanyi.. Lagipun sedap kot lagu tu, and tak cacatkan jalan cerita pun..
AMARAN KERAS: Andai anda menontonnya utk kali ke-2, 3,4 hatta 5ratus sekalipun sila buka mulut untuk gelak sahaja! Tak payah susah2 explain kat org sebelah apa yg AKAN JADI SETERUSNYA. Kalau mulut dah gatal sangat nk cakap, cakap pelan2 skit boleh tak? Ini orang selang 1,2 seat pun bleh dengar... Memang menyirapppp aje rasa..
Aku geram betul dgn kaki spoiler camni. Eee longkang okey~ Nasib still boleh bersabar. Kalau aku jenis mulut puaka jugak, harus aku pegi kat dia cakap,"Haaa lepas tu apa lak jadi? Ce ceghita!Ce ceghita!"
Oh, lagi satu yg jenis kaki tak boleh dok diam. Asyik nak bergooooooyang aje! Kalau goyang sorang2 je takpe.. Ni diajaknya orang seat depan nak bergoyang sama. Camne dia ajak? Letak kaki rapat kat blkg seat org depan, pastu goncang la kaki tu ikut irama yg digemari. Nescaya orang kat depan pun terasa gegaran nya.
Memang lanch- Goyang sorang-sorang bleh tak? Kite tak minat la nak join... KALAU LAH AKU BERMULUT PUAKA... haaa bleh la nnt aku wat entry psl ni karang2.
Ok, back to Kak Limah.
Aku tak nak rosakkan mood orang yg belum tengok cite ni dgn menyenaraikan scene2 feveret aku. Aku tau, mesti agak ramai gak yg masih kecewa tak dapat tengok citer ni lagi sbb aku tengok show kol 9.30 mlm pun full house.. And jarang la aku kuar2 wayang kol 11 lebih and kat luar tu punya ramai manusia tgh tunggu nak masuk house. Aku saspek ni mesti nak tengok Kak Limah ni sbb banyak muka melayu jer.. Hehe..
So sapa2 nak tengok tu, better gi booking laa untuk mengelakkan kekecewaan. Atau beli awal-awal. Aku yang booking ni pun dapat antara seat2 yang terakhir. Walk-in aku tak tau la camne nasib.
Overall, citer ni mmg lawak & sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi agak2 laa nak bawak anak kecik pun.. Asalkan anak tu reti behave.. Yang dalam stroller tu tinggal kat umah bleh? Kalau takde orang nak jagakan, pandai2 la planning masa. Atau tengok aje kat tv satu hari raya nanti.....
Err aku rasa banyak yg terkeluar tajuk ni. Review nya berapa line je, belen2 nya komplennnn aje.. Huhu! Baeklah, saya akhiri dengan 'Konfem tak rugi duit tiket kamu weh... Citer ni memang KEBABOMMM stok runtuh panggung punyer.... Pasti anda senyum tak sudah bila teringat babak-babak _______ (isi tempat kosong)'
Sila pegi tengok sendiri untuk rasai kegeliannya.
1 comment:
aisey... x tgk lagi. rugi rugi...
tp ari tu tgk estet mmg best. x larat gelak. siap ada aksi power rangers pulak.!
Post a Comment