Seriously, aku tak tau camne nak mulakan..
Tak tau apa perkataan terbaik untuk aku gunakan.
Sigh...
Aku ada kawan baik. Aku sayang dia sgt.
Bila dia susah, sehabis daya aku akan cuba tolong dia.
Bila dia gembira, aku tumpang gembira jugak.
Antara saat terindah hidup seorang perempuan adalah bila dirinya dilamar.
Itu yang kawan aku rasa. Aku pun, tumpang rasa la jugak..
Tapi, ada la sikit curiga yang terselit bila sang lelaki cam tak menyempat-nyempat nak menikah sedangkan tempoh perkenalan terlalu singkat.
Dah la ada sejarah perskandalan ngan bini orang b4 ni.
Tapi aku tak mampu nak kata apa-apa..
Satu, aku sekadar kawan, bukan keluarga. Dua, saat aku tahu, segala-galanya sudah diuruskan.
Nyata dia buat semua tu dalam diam.
Terkilan? Aku cuba faham dia ada sebabnya yang tersendiri.
Tanyala sapa pun, semua akan jawab nak hidup bahagia.
Kalau kucing boleh bercakap, dia pun akan cakap benda yang sama.
Tapi, berapa lama & bila? Tuhan saja yang tau. Kita hanya merancang.
Awal minggu ni aku dikejutkan dengan 1 berita.
Kawan aku telah dilepaskan. Buat kali ke-2! Aku hilang kata-kata
Rasa macam nak terbang terus dekat dia.
Dia tak mampu nak ceritakan kat orang lain, walau mak dia sendiri.
Aku dapat tau, sang lelaki berhubung balik dengan skandal lamanya yang sedang mengandung!
Dabelyu ti eff!!!!
Macam nak rountuh langit aku.
Ini bukan tuduhan melulu.
Selain instinct seorang isteri, kawan aku nampak sendiri SMS 'cinta' 2 manusia 'bijak' tu.
Tak campur lagi body language & perlakuan selama ni.
C'mon la.. if skandal ngan anak dara mana2, aku akan kata sang lelaki tu memang gatal.
Ini, skandal lama. fine. Dah menjanda ke? Hell no.. PREGNANT!
Ini bukan setakat gatal, tapi bangang! Tolong jangan guna alasan bodoh, iaitu cinta boleh tak?
Pada aku, perkataan 'cinta' tu terlalu agung maknanya & korang totally dah violate that word.
(Seriously aku dh habis perkataan untuk maki 2 makhluk tu & aku takkan taip dalam ni.)
Ada kawan aku penah citer, yang kat certain sectors, skandal laki orang & bini orang dh jd almost 'normal' situation. Da hell???
Ada otak ke takde? Takyah bayang jauh2 la.. Bayangkan kalau parents sendiri buat camtu, apa rasa dia?? And kalau still tergamak teruskan jugak, memang la hati & buntut korang mungkin terletak berdekatan antara satu sama lain.
Oh, tolong la jgn guna alasan 'masalah rumahtangga' & 'ko belum kawin apa ko tau?'.
As if skandal tu sendiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah dan bukan penambah masalah...
Pft!
Dunia ni luas. Ramai penghuninya. Bukan korang bertiga saja.. ok?
And bila aku cerita kat ibu pasal kisah kawan aku, istighfar panjang dia.
And tetibe dia tanya aku 1 soalan ni for the 1st time in my life...
Aku terus, 'oh mannnnn...'
"Ko ni bila plak?" [sila faham sendiri psl apa]
Argh! Kenapa aku takde kuasa untuk hilangkan diri?
2 comments:
okay yang last tuh, aku pon nak jugak kuase macam tuh..:P
aku pelik lah. kalau dah kawen tp nak lagi berskandal..kalau rasa cam tak boleh nak go on dgn orang lain.. tak yah lah kawen..
jgn mainkan perasaan orang.
dia malu nak ngaku yg dia tu nafsu besar~
Post a Comment