Showing posts with label jalan raya. Show all posts
Showing posts with label jalan raya. Show all posts

Jun 24, 2010

Dem Moment No. 2

Tetibe aku rasa nak merempit balik la..

Meaning, aku nak jadi rider balik.. Cam senang je kan, g keje naik motor.. Kalau hujan, ada la alasan nk masuk opis lambat.. Kekeke!!
Yg paling penting, jimat uwang & masa sbb tayah bayar tol, minyak max RM8 je kot skang ni (dulu max RM5) and kejap je dh smpi destinasi bajet.

Ntah la.. mebe sebab motor aku dah boleh pakai balik & telah pulang ke pangkuan membuatkan aku rindu kan dia balik. Dulu motor bg org pinjam.. Tapi skrg dah dipulangkan and adik aku bawak g keje bila dia rasa dia dah lambat nak naik bas..

Tapi rasanya motor ini bakal merantau ke Melaka lah tak lama lagi. Adik bongsu aku dah mula amik lesen motor & dia bakal dok umah sewa next sem...

TT____TT

Apr 8, 2010

makan tulang 3

setelah sekurun lamanya... aku sambung~
**********************************************************************************

So, aku terpaksa gak gelek betis mamat tu. Moto aku melompat lebih tinggi. Cam Superman jap rasa. Aku pikir aku leh landing atas jalan dengan cantiknya.. Macam orang selalu buat kat X-Games atau Motorcross tuh.. Dalam hati dah cakap, kalau dapat lepas ni, aku nak larik!!!

Tapi Tuhan tu maha penyayang & maha adil. Dia tau niat aku tak betul. So Dia sayangkan aku & tak kasi aku teruskan niat tak elok tuh..=___='

Dan hasilnya, aku pun landing dengan cantik la jugak cuma secara meniarap kat atas jalan. Zrasssssss...

Handle EX5 aku  bengkok almost patah, tayar campur sport rim senget benget, visor pecah, side mirror haruslaaa..Yang paling best, cermin mata aku pun melayang ntah ke mana! Aku pun tak sedar aku takde spek masa tuh!

So aku bangun2, cek anggota badan. Ok, cukup. Suar baju smer tak koyak. Fuh, legaaaaa.... Tapi aku pelik, asal kasut kanvas aku ada tompok-tompok darah, ek? Nak kata kaki aku luka, kasut tu sikit pun tak berlubang. Aku tengok lagi, kali ni mata menyorot ikut trail darah. Ceyyy cam CSI plak!

Mata aku naik dari kaki ke suar jeans, takde lubang gak, naik lagi ke sweater.. Lagi banyak darah. Aku raba-raba badan takde sakit apa-apa. Sekali aku terpegang dagu aku. OH MANNNNNN!!! Darah! Terasa koyak di situ. Aku terus "Arghhh!!" Panik menyerang. Tetibe jadi tak tentu arah. Aku terus g kat besi penghadang jalan tu, dan terduduk kat situ. Orang dah ramai kerumun aku.

Aku pegang-pegang helmet aku. Nak bukak. Pastu aku ternampak sekotak disket tercampak kat atas jalan. Meluru aku gi amik. Orang halang, tapi aku dapat ambik gak. Siap ada kesan darah kat sticker disket tuh.. Huhu! Cam drama plak...

Derang yang kerumun tu semer pakat nak bawak aku g klinik. Motor aku taktau sapa yang bawak. Aku redho jek. Ada satu keta ni bawak aku. Dia rendahkan seat depan tu so aku dapat cam baring sket. Dalam hati aku dah gelabah bewok dah. Camne budak yang aku langgar tadi???

Sampai klinik kat Desa Serdang, terus masuk bilik doktor. Doktor soh aku g kat bilik rawatan. Aku sempat lalu kat sinki. Sinki tu ada cermin. Aku tengok mulut aku. Puh!! Penuh darah.. Sempat aku ludah sket kasi clear mulut. Aku risau gak, gigi patah ke?? Rongak laa nanti!!!! Cek-cek, legaaa takde.. Darah tu rupanya dari bibir kot sebab terhentak kat jalan. Dagu toksah katalaaa.. Aku pun tak sanggup tengok.

So aku g baring kat katil besi. Nurse datang tanya ada no fon tak untuk call family? Aku bagi hp yang aku beli sorok-sorok dari family. Aku guna duit gaji part time cuti sem dulu laa. Family aku memang tatau langsung aku ada fon apetah lg no fon! Sebab aku tak hafal no fon ayah, aku guide la nurse tu untuk cari kat Phonebook. Haram dia tak paham aku cakap. Aku cakap minang ke jawa ke?? Last-last dia panggil doktor. Doktor yang call & cakapkan.

Menurut cerita, parents aku baruuu je nak masuk gate rumah. Dapat call dari unknown no (no fon aku le tu. hihi!). Terus gerak g klenet yang ntah kat mana derang tatau. Just ikut je instruction dari doktor tu.

Sementara tu, doktor pun bersihkan luka. Entah camne kat belakang leher aku ada tali silver yang orang buat ikat kotak besar tuh. Panjang lak tuh! Aku pun konfius. Aku ada golek2 ke tadi? Dia bersihkan dagu. Lengan ada la luka-luka sket. Dia tanya, ada sakit kat mana-mana lagi tak? Aku cakap la ada. Kat pinggang ni cam pedih-pedih la. Belah kanan. Doktor pun selak...

Haa kau! Ada luka rupanya. Camne plak bleh sesat kat situ? Apa yang aku langgar sebenarnya?? Moto ke lori?? Pelik lah! Neways, doktor bersihkan la jugak & tampal plaster. Eh, bukan.. Kodi nau.. Tampal la ngan kain pastu baru plaster. Dia cek-cek gak kepala kot2 mereng luka retak ke ape ke kan..

Tak lama pastu parents pun sampai. Doktor bilang, dia tak dapat nak jahit luka kat dagu. Takut ada patah ke ape ke. Better g hospital dulu x-ray. Masa tu dagu aku dah bertampal tebal dah sampai ke rahang dua2 belah. Bayangkan! Macam bai pun ada! Huhu!

Derang decide nak g HUKM je. Sebelum tu kena hantar moto aku dulu. Fuh, nasib ada lagi. *Sape nak curik dowww... Moto takdak ong! Bengkel smer dah tutup masa tu. Nasib baik besfren aku dok umah sewa kat taman yang sama. So kitorang g hantar ke sana je. Sian aku tengok ayah bawak moto senget2 gi rumah. Dah la naik bukit! Aku lak yang risau takut ayah jatuh moto. Kang, dari elok aku sorang, jadi berdua lak masuk spital kang.

Aku dok je dalam keta dgn ibu masa ayah ketuk pintu rumah sewa kawan aku. Yang ayah pun tak intro panjang, just cakap nak tumpang moto. Mana laa derang x cuak. Dah la malam, muka tak berapa nak cam. Tetibe ada plak pacik nak tumpang moto! Lepas sebut nama aku, baru derang, "OoOOoo.."

So, ke HUKM la kami. Ayah dalam relax2 dia pun cuak gak.. Segala bumper dia redah! Dah la aku ni menaham sakit kat dagu & pinggang ni. Berdenyut-denyut! Naik keta lak bergegar-gegar. Adoilaa....

**********************************************************************************
pjg lah. lenguh nak taip & korang pun sure bosan baca pjg2. nnt aku letak kt next entry..
tak, tak.. aku x postpone.. sekarang gak aku karang!!!

Mar 18, 2010

makan tulang 2

Keje ada ni, tapi aku takde idea nak teruskan. *Biasala bos takde. Heheh.. Eh, semalam dia ada, pun takde idea gak!
Anyways, aku takde idea jugak nak blog pasal life aku skang even ada je benda yang jadi tapi aku malas nak layankan. Yang aku nak layankan skang ada lah sambungan kisah makan tulang aku kat enry dulu2.  Iaitu asal-usul masalah rahang aku. Sampai skang noks menyusahkan meks!

Citer dia camni... Aku eksiden moto. Dah, habis cite.

Cam gampang citer. Haha! Baik takyah citer!

Yela yela.. sapa yang tak suka membaca sangat tu, cukuplah sampai di sini, sayanggggg..
Sapa yang suka membaca, jangan lupa pegi Pesta Buku Antarabangsa wiken nih.. kat PWTC. Maklumat lanjut, gi website KLIBF.

Kisah bermula tahun 2001. Aku rasa hujung tahun 2001 kot. Bulan berapa tak ingat tapi yang pastinya bulan SYAABAN. Wah, kelas kauuu! Ingat bulan Islam lagi! Bukan ape, 2 minggu lebih lepas aku eksiden, start puasa. Haha! Memang seksa! Lagi satu, aku eksiden tu sehari before masuk semester 2 kat UPM & jugak sehari before aku masuk keje part time kat IDEAL.

Masa tu dah nak maghrib. Aku dari arah komuter UPM nak balik kolej / rumah. Dah lupa. Tapi arah ke UPM la.. Baru je lepas corner kat atas flyover. Tetibe side mirror moto aku terlentok. Belah kiri.. Aku nak betulkan laa sebab aku tak suke toleh-toleh belakang sambil bawak moto. Bahaya weh!!

Aku betulkan laa... Sekali bila aku pandang depan balik jer, tudiaa.. budak benggali yg bawak moto depan aku dah tergolek dog sebab terlanggar keta depan dia. Follow rapat sangat kot... Aku gelabah tak hengat. Panik toksah kata! Camne nak elak??? Kalau aku ke kanan, takut aku yang kena sambar ngan keta dari belakang. Nak ke kiri, takut ter gelek kepala mamat tu plak.. Ahh sudah!!!

Nak tak nak, aku PEJAM MATA dan teruskan perjalanan. Yes, aku pejam mata. Panik dowh!!

*** sambung nanti. kena wat keje jugak2 ni.. haish! ***

Mar 1, 2010

keretaku dah lama 'merdeka'. aku pun!

Jam tunjuk pukul 9 a.m. Sepatutnya aku dah berada dalam KL waktu-waktu camni.. Tapi, aku baru aje turun tangga RUMAH. Langsung tak cuak. Langsung tak kelibut. Chill... Kenapa eh?

Ohhhh, sebab hari ni aku COTIIII.. Haha! Gila riak! Dahla harini Isnin.. Jumaat - Isnin. Tak best ke? *Dengar-dengar jalan masuk KL harini jem teruk? Ehh, bukan hari-hari jem teruk ker??

Bukan saja-saja aku nak cuti.. Harini aku perlu lunaskan *peh ayat! tanggungjawab aku yang tertangguh selama bertahun-tahun. Gila sangat tak bertanggungjawab! Bertahun pending~

Aku baru reti nak 'balas budi' kat burung kesayangan aku yang bawak aku terbang hampir 1 malaysia selama 5 tahun nih.. Kalau ikut buku servis, kali terakhir aku pergi service centre adalah tahun 2005. Secara tepat, 4 September 2005. Bila mileage berada di takuk 28,000km. Cuba check kalendar date hari ni apa? & harini mileage 151,000++ *Pak Amit, tutup mulut nya.. Nanti masuk lalat...

Bukan aku tak sayang harta *even itu yang mak aku selalu bebelkan. Tapi aku punya cuzzie yang merupakan pomen berpengalaman berpuluh tahun yang tinggal berdekatan rumah. Pomen polis tu beb.. Segala motor, keta & lori polis dia yang ejas. Kalau aku race ngan keta polis dulu agak-agak sapa menang? Heheh.

So aku just gi beli oil filter & minyak engine pastu gi umah cuzzie, tunggu dalam sejam sambil borak-borak dgn orang dalam rumah, setel.....

Tapi harini adalah pesstaim dalam sejarah hidup aku pegi pusat servis sendiri. Dari set appointment sampai la pikap. Ok, time pikap harus dengan org lain sebab aku balik dulu lepas hantar keta. Dulu, anak cuzzie / ayah yang hantarkan keta gi pusat servis. :p

Penah setahun,2 lepas aku nak buat major servis tapi ayah cakap tak payah. Hantar je kat cuzzie. Tapi kali ni aku nekad. Sebab kereta tu teramatlah banyak sakitnya akibat 'hasil penjagaan' aku. Selain dari tukar segala minyak, alignment, balancing bagai.. Aku repot gak laa apa yang aku rasa perlu diganti.

Bak kata cashier kat pusat servis tadi, "Banyak repair, banyak la bil nye." Huhuh! Ni yang ditaip kat receipt.
Customer own words: *check brake condition
  1. front left & rear left door knob x function
  2. front left & rear left xboleh buka dgn kunci
  3. ada bunyi 'eee' kt enjin bila driving
  4. lampu kecil kiri depan x nyala
  5. wiper belakang x keluar air
  6. lampu kat meter & gear stick x nyala
  7. set cigarette lighter nak tukar
  8. front right & left seat belt kadang2 stuck bila nk keluarkan 
*tlg keluarkan rear seatbelt dari kusyen

Action taken:  1 & 2. Motor door lock (no siri) RM 978.20 each
                      3. adjust belting
                      4. tukar bulb
                      5. hose pipe tersumbat; adjust
                      6. kena beli luar. xde stock
                      7. (no siri) RM26.40 (no siri) RM4.80
                      8. dh keluarkan, tp kena pasang rear seatbelt (kiv appt)

Tudia aih..... Aku mmg taip word by word ehh.. except front-left-rear tu je aku taip penuh. Dia guna shortform jer.

Kesimpulan, later on aku kena lawat kedai aksesori plak nk tukar lampu kt gear & meter, tukar tayar blkg sbb dah botak + rim baru sbb dh bengkok, tinted, servis aircond, tunggu audio player baru, tunggu stok cigarette lighter & pasang seatbelt blkg kt pusat servis balik.

Kesimpulan kedua: 9.30 am - 5.30 pm keta aku tersadai kat sana & habis RM520++. "Sehari suntuk buat kereta awak.." kata org di pusat servis itu.

Owh, motor door lock tu terpaksa aku lupakan dulu sebab harganya yg mencecah seribu hengget seketul & aku kena tukar DUA! Takpela.. aku kunci manual aje la.. So, beginilah aku habiskan duit bonosku.. Huhu!

Jan 29, 2010

MC juga tak seerti 'macam cunnnn'

sambung balik previous entry..

KUNCI~!

Aku dah half way nak sampai rumah, baru aku teringat yang aku tak ada kunci rumah!

Pagi tu aku bagi kat adik kunci aku sebab dia terlupa bawak dia punya. Since dia akan sampai rumah before aku, so aku bagi ajela aku punya..

Aduh... masak!! U-turn terakhir baru je lepas. Depan lagi dah tol.. Before tu ada susur keluar highway BESRAYA g Hotel Palace & Seri Kembangan. Belasah aje laa... Boleh tembus ke PLUS highway then boleh straight to Jalan Duta nanti.

Sambil tangan pusing-pusing stereng, aku cuba call adik aku. Lagi satu bala! Error in connection!! Haih... Banyak kali juga la aku try call, tak dapat-dapat. Last-last aku call jugak ayah..

Pot-pet, dia waktu tu bukan dekat ofis dia yang sangat dekat dengan ofis aku. Tapi dia kat Wangsa Maju nak ambik ibu gi ofis dia. (Petang tu derang nak g honeymoon naik Genting. Ofis ayah nyer program. Tido sana 2 malam.)

Dia cakap dalam 1.30pm dia sampai la ofis. Boleh aku datang sana ambik kunci rumah.. Aku tengok-tengok jam, hmm baru 12.30. Tapi otak aku memang blank waktu tu. Sampai 1 simpang tu, kiri - aku akan turun balik ke highway asal tadi. Kanan - ke KL. Aku g belok kanan.

Tapi fikir-fikir balik, jadahnya aku nak melangut 1 jam kat dalam keta tunggu ayah nanti??? Baik aku g klinik dulu...

Elok je aku masuk PLUS highway dekat ASTRO tu, terus aku naik susur masuk balik.. Pegi balik kat Hotel Palace and turun kat susur before tol yang aku mula-mula masuk tadi  =____=' back to square 1. Adala 20 minit masa aku terbazir.

Sampai klinik, tunggu kejap je. Dan seperti biasa, aku jumpa doktor dalam 2 minit je. Lepas dapat MC, aku terus ke Jalan Cheras menuju ke KL. Agak jem la jugak lagi-lagi aku lalu Masjid Negara untuk ke area HKL.

Sampai-sampai aku terus naik ke ofis ayah. Ayah dah pergi sembahyang Jumaat. Tinggal ibu je. Sekali ibu cakap kunci tu kat dalam kereta kat bawah... Adoyai.. Apsal la aku tak call ibu awal-awal tadi???

So, bila ibu dah turun bawah, aku kena tolong alihkan kereta diorang kat parking berbumbung pulak. Yang dekat sket dengan pondok guard. Yelah, kereta nak tinggal 3 hari, takkan nak biar tengah-tengah parking pulak.. Kang ada yang tak bertingkap lagi kang.. 

Usai semuanya, aku teruskan perjalanan pulang. Melalui jalan yang sama aku lalu waktu aku keluar dari ofis pukul 12 tadi. Sampai rumah, pukul 2.30pm. Niat nak singgah JJ pun aku kenselkan sebab aku lebih ingin melentokkan kepala ke bantal sambil layan Astro dari menapak dalam JJ di waktu-waktu begini. Tapi malam tu aku dah gagah untuk ke sana! :p Last day Members' Sale Padini. Haruslah!

Setiap hari, aku akan tawaf KL 1 round pagi & petang. Tapi hari tersebut, aku tawaf 2 KALI...

To make it 'short':

[ START ] Kajang - BESRAYA - Jalan Istana - Jalan Duta - Jalan Ipoh - Jalan Tun Razak - Jalan Yap Kwan Seng (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA - Seri Kembangan - Serdang Raya - PLUS - BESRAYA - Kajang (pause) - Grand Saga - Jalan Cheras - Jalan Maharajalela - Jalan Raja Laut - Jalan Ipoh - Jalan Raja Muda Abdul Aziz (pause) - Jalan Tun Razak - Jalan Yew - BESRAYA- Kajang. [ END ]

Memang sedang elok lah aku dapat MC lagi hari tuh!!

Dec 9, 2009

di atas normal

Pernah dengar lagu Alif Sattar? Yang pernah dia nyanyikan semasa final OIAM dahulu...
Khayal, Tak Dapat Dikawal
Rindu Makin Tebal
Sejak Mula Kenal

Hari ini bukan nak bicara soal rindu sejak mula berkenalan, tapi soal pokoknya ialah tentang 'khayal'.
Beberapa insiden yang telah terjadi hari ini, mungkin disebabkan oleh fenomena khayal ini..

I. Simpang
Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja aku harus menghantar adik ke MATRADE di Jalan Duta. Mula-mula agak berat hati sebab perlu bangun lebih awal (dia punch in 8.30 & aku 9.30) & mengenangkan kondisi trafik Jalan Istana - Jalan Duta setiap pagi. Tapi, hikmah di sebaliknya adalah aku berpeluang untuk tiba ke ofis lebih awal daripada biasa juga. Hari pertama aku hantar dia, aku sampai ofis 1 jam setengah lebih awal! Hari kedua, sejam awal. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pada orang lain, aku tak pasti. Tapi pada aku, itu sudah cukup memberangsangkan. 

Oh, sudah lari tajuk nampaknya! Begini, dari Jalan Duta ke MATRADE aku harus tempuh 3 traffic light. Dan selalunya setiap kali aku tiba, pasti lampunya merah. Tapi hari ini, traffic light pertama, hijau. Kedua, merah. Yang ke-3 aku tak perasan tapi pastinya hijau sebab aku terlalu ralit mendengar ulasan Dina di ERA tentang Din Beramboi & peserta-peserta lain di Pertandingan Makan Roti Canai Terbanyak Secara Sopan sehingga aku sedar2 sudah berada di simpang T yang sebelum ini aku tak pernah lalu! Rupa-rupanya aku terlepas simpang ke MATRADE. Aku fikir aku dah salah jalan tadi. Phew~ 

Eh, bukan aku saja yang khayal. Co-pilot di sebelah pun tak boleh diharap. 2 x 5..

II. Pintu
Masuk ke MATRADE, seperti biasa menuju ke East Wing, tapi baru saja tiba di West Wing,
Adik: "Eh kat sini lah!" Aku macam, haaa? sejak bila?  
Adik: "Orang memang kat sini la.. " tetapi kemudian, "Eh, ni East ke West?"
Aku: "Hoiiii.. ni West lahhhh... East belum sampai lagiiii!!"
Adik: "Eh, hahahahahaha!"

Haih... apalah nasib dapat adik yang semulajadi sengal...

III. Ayah
Hari ini bawa bekal seperti biasa. Alah, cekodok aje. Habiskan stok pisang di rumah. Masa masukkan dalam plastik, ayah charge "3 ringgit!" E'eh.. kedekutnya.. x sampai 10 ketul pun... "3 singgit.." selamba aje dia. Lebih sikit dari Mail si 2 Singgit tu.. 

Sampai di ofis, sambil buat kerja, makan la cekodok. Tiba-tiba ada sesuatu yang rasanya aneh & kenyal. Cukup aneh sehingga aku terpaksa meluahkan keluar. Sewaktu itu aku sudah cuak habis! Kelihatan sesuatu yang merah & panjang-panjang. Getah??? Ini macam getah pengikat plastik tepung gandum aje! Macam mana boleh ada dalam cekodok??!! Haih... Nasib baik dia ayah aku! Kalau beli kat kedai, seharusnya aku sudah pangkah besar-besar! *yer, cekodok tu ayah yang bikin.. 

Hari ini memang hari yang penuh khayalan kah??

Aug 27, 2009

ignorance

lama gak x update eh. maklum laa puasa. heheh!

takdelaa siyes bulan puasa ni aku penattt banget. apa taknye..
  1. kena masuk opis awal sejam sebab nk balik kol 5 nye pasal
  2. sampai2 opis terus bergegas buat keje sampai ptg. deadline jemahat nih & ada boaanyak lg keje xsiap. lebih dr 50%! dah la xleh nk stay back!
  3. kena redah trafik jam hari2 masa balik. trafik jam ni mmg tahap hanjeng punye lah! sakit jiwa dowwww.. dgn yg lembab stok konon nak santai2 amik angin ptg lagi, yg mencelah2 mcm dia sorang je nak balik berbuka, yg x reti bg ruang kat yellow box tgh jalan sampai block keta lain nak gerak, yg ter block betul2 depan traffic light tgh2 simpang 4, dan bermacam2 perangai laha manusia2 yg keje kt kl nih.. x campo lg org2 xpuasa yg punnn bergegas nak balik awal gak... yelah, org ada rumah kan... takpe2.
  4. sampai kemarin aku sgt2 stress dgn dugaan2 ini ditambah ngan terik mentari lg... aku terpaksa tepuk2 dahi & between kening utk legakan stress. siyes, x tipu. smlm Tuhan simbah bumi ngan air secukup2nya. ambik obattt...
  5. nak kejor ke pasar romadhon pulak utk family.. pastu kejar balik rumah plak. dh 2 hari aku dgr azan dlm keta. smlm alhamdulillah sempat 2,3 minit. itupun sebab aku x g pasar. tau dh konfem xkan sempat. nasib ada yg baik hati tlg belikan siap2.
  6. nak tido lmbt pun serba salah takut terlajak sahur cam aritu. smpat mkn nasik sejemput jek~ haih....
jd dengan kekangan2 tersebut badan aku sgt lah terasa penat. aritu aku buka ngan air je. penat sgt2. rasa cam mengah lak bwk keta sbb berkejar2. mcm la aku walkathon dr kl ke kjg! kol 9 lebih baru aku berselera nak berbuka secara solo.

anyways, smlm dpt rileks sket & aku amik kesempatan utk melawat bank kegemaran aku utk masukkan gaji. *kalau x penat pun aku g gak. gile ape nak tangguh2 bank in gaji??? dh la kena tggu 3 hari floating...

lps tu g la lepak kat Blues Kopi. salah 1 kopitiam terbaru kt bangi nih. customer x ramai pun. biasala bulan puasa ni, kurang sket yg nk lepak luar mlm2. well, bukan psl kedai tu yg aku nk cite kan sbnrnya.. *gile pjg intro!

sebelah meja aku ni ada sekumpulan customer. aku lupa nk kira brp org total.. seingat aku dlm 4 org kot, plus 1 baby. comel!

aku x amik pot pun apa yg derang borakkan. cuma yg aku agak ter pot-pot menengok asap berkepul2 dari area situ. asap pebenda? apelagi? asap poof poof lah!

ada 2 org yg smoking kt situ. pompan sorang, laki sorang. aku xkisah dgn senario pompan bertudung yg sap-kok nih.. bukan pemandangan yg baru utk aku. yeah, tudung bukan passport utk cop seseorang tu perfek segala segi. agree.

tp rasa naaak je aku sound semangkuk dua kat mangkuk2 tersebut tapi ntah laaa kaki ni mcm terpaku plak. huhu! halasannnn!

neways, walaupun derang letak jari yg mengepit rokok dgn penuh gaya tu kat hujung sudut meja bertentangan ngan baby tu berada, BUT STILL.... apa, igt asap rokok tu cuma bergerak 1 arah je ke? time bercakap hala2 kat baby tu (walaupun selepas anda sap-kok) dgn mulut still bau asap, saki baki nikotin & tar masih lg melekat dlm nafas anda yea.. sila maklum.

bleh tak, lenkali nak g lepak minum tayah bawak baby? kalau xde org nak jaga kan baby kat umah, TAYAH KELUAR. chatting je kat YM ke FB ke MS ke.. mana2lah. kalau betul nk sgt berborak laa...

well, juz my 2 cents. kalau ada aku tersilap fakta kat memana, mintak mahap awal2 la eh. bukan nk ngumpat, cuma nya benda ni common sense je. sepatutnya ikut logik akal fikiran memasing la kan?

adakah ia masih tak tercapai akalmu?

May 8, 2009

patut ke x patut?

minggu ni dapat rileks2 sket... hari2 bos masuk pg, then kuar g genting.. ptg kol 6 lebih baru dia balik.. lapangg sket napas aku.. weekly meeting pun kena postpone minggu depan.


rabu lepas aku x puas tekan hon kat sorang pemandu berhemah,kan? hmm harini aku puas ati sbb dpt hon for at least 7 saat kt sorang pemandu yg sgt2 lah berhemahnya. and moto blkg aku pun join venture skali! suke!! *tp debar gak sbb kalo org tu pekak mmg dah berlaga!

kira sepanjang aku lalu tepi keta tu aku hon. bukan aku saje2 hon. aku jarang sgt2 hon org. tp benda ni dh sll sgt jd. hari2, sepanjang masa. ini la dia bile org buat undang2 jln raya sendiri ikut suka ati tok nenek dia. ahh malas nk citer panjang.. tgk je gmbr rajah tertera di bawah. patut ke x patut aku hon.

biru tu aku.
hijau tu mangkuk hayun itu.

ahh lg 1, smlm aku nampak sorang brader yg berpakaian seperti mempunyai kerjaya yg hebat sedang melintas jalan 3 lane yg sedang jam sedangkan betul2 di atas kepalanya ada seketul jejantas. bijak... bijak...


mlm td bukak peti ais ada seketul kek cantik dgn tulisan 'HAPPY ANNIVERSARY'. patut ke x patut aku makan ehh??

Apr 8, 2009

hujan yg turun bagaikan mutiara..

bila nk ckp psl hujan je mesti teringat lagu tu. asal x tingat psl 'pagi yg gelap, kini sudah terang..' ekk? haha! neways, bukan nk ckp psl band Hujan tuh oke.. (sori nanad) tp nk citer yg smlm aku lmbt g opis sbbnya nk tgk MHI smpi abis segmen.

best sgt ke MHI tu?

oh biasa2 aje, tp smlm AG interview 1 uncle nih psl cara pemanduan ketika hujan lebat, which i found very2 informative. uncle ni somebody la tp x igt lak dr mana tp dia mmg expert laa psl keta nih.

apa yg aku igt...
  1. 1st skali of coz la bila hujan kena lebih alert
  2. focus akan out 20%. so kalau driving dlm hujan kurangkan 20km dr current speed kita.
  3. bila hujan di siang hari, digalakkan pakai cermin mata hitam. yes! sunny itew harus dipakai ye anaq2.. kenapa?? sbb dia ala2 cermin yg di tinted gak la.. vision kita akn lebih clear bila cermin keta itu dibasahi manik2 hujan berwarna putih. x caya, sila demo sendiri.
  4. bila langgar lopak air, JANGAN BRAKE!! sbb bila break, tayar akn locked dan itu yg menyebabkan keta TERBABAS. so, the best way is LEPASKAN MINYAK n control stereng. tayah pk la psl drop gear ke ape ke. tade masa! gue lagi panik ketika ituhh!!
  5. jgn brake kat selekoh. ajegile!! patut b4 selekoh lg dh brake.. like 50-100m b4 selekoh tu. kat litar F1 tu pun ada signboard 200m b4 corner gitu.. ini uncle tu laa yg ckp.
  6. check bunga tayar camna cara dia buang air. bukan shi-shi / u'uk ehh... bunga tayar tu camna arah aliran keluar air dia.. org beli tayar kena tgk bunga dia.. make sure arah aliran nya ke luar.
  7. sediakan tuala & air dlm keta. bukan utk kesat peluh/jd minuman korang.. tp bila aircond x berfungsi, tuala tu bleh guna utk lap cermin yg dh berkabus tuh. n kdg2 korang lap2 tp x ilang2 kan? aa gunakan la air tuh...
  8. keta lowered mmg bagus tp kena tgk gak suspension tu & body ratio dgn enjin dia. ada stgh2 keta g lowered tp spring g potong, apa kes? pastu g ubah enjin pakai enjin yg x sepadan ngan body keta. keta ____ jer, tp enjin ______ (sila isi sniri utk elak bias)
  9. jgn pasang hazard light masa bergerak dlm hujan lebat. ni aku mmg sll jumpa. hazard light tu cuma bila korang berhenti aje. n takut keta2 lain konfius sbb taktau korang nk ke kiri ke ke kanan. ye laa dua2 menyala.. :D jgn hekkk. bahaya!
  10. klu hujan terlalu lebat smpi xnmpk jln, dinasihatkan berhenti tepi jalan.
  11. jgn follow kenderaan depan terlalu rapat takut xsempat brake. seelok2nya, korang leh nmpk tayar dia cecah jln.
  12. make sure wiper korang sentiasa dlm keadaan baik. kalau getah dh haus, cecepat g ganti. skang da musim ujan.
yg ni lak based from soalan drpd caller..

Situasi 1:
jln 2 lane sehala. lane kiri ada lopak air. mana lebih bahaya? memandu di sblh kanan tp tetibe keta sblh kiri jln & splash air kt keta smpi xnmpk apa2 atau redah je lopak air tu??
Solution:
tgk gak laa keta blkg tu.. klu lori besar & ada harapan kena splash & lane knn byk keta, tayah laa.. lg 1, dh kalau kt lane knn tu jgn la bwk slow bangett cam kure2.

Situasi 2:
suami saya rabun. pakai spek power 900. camne nk pakai spek itam? nnt x nmpk la diaaa..
Solution:
pakaila clip-on kat spek tuh.. kita cuma nk kasi gelap jer bukan nak bergaye...

hmm ni je laa yg aku igt. nk lebih info, sila laa google apa2 yg patut heh.. ;p