Showing posts with label shop2. Show all posts
Showing posts with label shop2. Show all posts

Oct 27, 2010

Himpunan Kisah Tragis - updated panjang

I cared & thought too much about others when they actually said, "like i care~" on my face..

Bukan nak undang simpati, cuma sekadar nak luah emosi.
Nak cakap kuat2, aku tak larat.
Niat hati nak gembirakan diri, tapi yang jadi..... agak pahit nak dikongsi.
Dari rumah membawak ke pejabat, semua tapau kasi sebat.

2,3 minggu kebelakangan ni aku rasa memang minggu ujian untuk aku la..
tekanan datang dari semua arah, sampai aku rasa terhimpit, terhenyak, segala terrr lagi ada.
sampai jerawat pun leh lak naik kat muka bertambah2 sebal kat dada.
hari2 aku rasa macam taknak gi mana2 aje...

ni apehal tulis macam pantun ni????
aku ada banyak hutang cerita nak dikemaskini
tapi pressure punya pasal, aku gumpal2kan jadikan 'berndek' (berita pendek)
aku kena lebihkan sabar, kalau tak macam2 cacian & makian terhambur keluar termasuk ____dek!

kisah 1
terasa nak makan western, to be specific.. pasta. maka terus ke kedai yg namanya ada perkataan 'itali'. 1st time pergi, sebab bulan puasa asyik penuh je kedai tu. excited ni. tengok menu, mana spaghetti? mana pasta? mana pizza? yg ada segala macam mee-mee, nasik-nasik, lauk-lauk, nasi ayam yang 'best in town' katanya, paling2 western pun fish n chip & chicken chop kalau aku x silap. demmmmmmit! apakah relevannya kau letak nama kedai ada perkataan itali kalau xde 1 pun makanan dari itali????? adakah sebab kau pernah belajar kat sana/melancong/sebab mee tu macam tali rupa dia? oh lupa, 'best kept secret' juga tagline nasi ayam nyer.. hmmm secret sgt. oleh itu aku xkan bgtau nama kedai ni apa.

kisah 2
masih tentang kedai. eden torai kodai baru bukak 1 hari. harapannya servis shud be tip top. maklumlaaa nak impress baek punya. order dah betul dah. TETAPI nasi kukus yg sejuk, nasi ayam sejuk+takde bentuk (mcm ko senduk2 dari periuk jer) dan roti stim susu yang juga sejuk. pernah tengok org makan roti stim yg baru sampai di meja, celup ngan teh o panas?? teh o tu pun lagi panas dari roti tu. tak campur lagi hati yg hangat ni. terus panggil waitress, komplen pasal nasi dulu sbb roti tak sampai lg. ssh agaknya nak 'stim' roti. dia mintak maaf & cakap akan improve. said thanx to us. bila nak bayar, komplen pasal roti plak. aku tanya dulu, roti tu roti pagi tadi ke?? sebab sejuk keras roti kau. oh, dia nafikan. "kita baruuu aje stim." kondifen gile muke nya. pakkal aku dh habiskan. (bodo. patut tinggalkan aje) takpe la. kasi can itupun selepas ditarbiah oleh kami. sebelum keluar kedai kami terdengar,
"tak nak try ke nasi lemak kitorang? sedap tau...." 
hengkau dah bg aku makanan sejuk & tak sedap, ada hati lagi nak suruh aku beli pulak nasi lemak?? mentang2 bg diskaun 90 sen.. *pengsan~ btw, aku x ckp camtu.. x cukup gengster lg.

kisah 3
waktu dalam lif nk turun ke bawah balik keje, aku raba2 beg cari kunci kereta. hmmm xde? atas meja kot? dah sampai G, aku tekan 12 balik. check2 meja, selak sana sini, takde jugak laa... termangu... takkan lah...- terus call member bermotor, "tlg tengokkan kereta aku ada lagi ke tak..." sampai2 bawah, dia call...
"ko park mana?"
"tempat biasa la.. $4 tu.. "
"kat belah mana?"
"tepi tu la.. mcm biasa"
"takde pun... plate?"
"******7, [model keta]" (habis glem la kau nak sorok plate & jenis keta. camhebat la keta tu?)
"takdeeeeeeee....."
"oh mennnnnn... aku..- aku..-"
*bunyi cengkerik*
"akhakhakhakhakha"
"baaaaaaaaaa- "
"kunci ko ada dlm keta ni haaa... gile lah!"
"tunggu situ!"

kisah 4
saje try resepi baru. sedang berkungfu di dapur sorang2, tetibe kaki terasa sangat [susah nak explain] tengok kat bawah sikit dari tumit, kat area kulit lembut ada sebatang PENCUNGKIL GIGI telah tersemat kemas tercacak di situ. demit~ siapa tabur2 kat kain lap kaki nihhhh.... sampai sekarang aku berjalan jengket sebelah. sakit!

kisah 5
oh jgn la buat aku start cite pasal keje, sebab tekanan dia sgt hebat melantun2 mcm job'shit' yg masuk macam air pancut kat KLCC juga rupanya. sampai aku nk jengah blog member2 pun x dan. update fb pun time pagi je. haiz... mungkin di next entry kot.

kisah 6
walaupun bukan peminum tegar horlicks, tapi aku rasa aku ada jugak tempias 'holic'2 ni skit - onlineshopaholic. pantang aku tgk website itu & ini update, aku segera pilih item & send order form. tp skang aku berjaya stop [sebab kedai tu rest kejap update stok =(] lgpun ada 1 lg kedai tu hantar brg aku dekat 3 minggu baru nak sampai~ padahal dalam mesia je punnnn.. janji seminggu plg lama. brg yg aku order kendian dr dia, laju lak sampai. aku order before end of syawal aritu kottttt... konon nk pakai ms g open houses... harammmm... terus aku majuk takmo beli kat dia dah. *macamkan tokey tu nak heran! minggu ke-2, ckp terlupa nk htr & dah put aside brg2 aku. haritu jugak akan htr, lusa dapat. harammmm lg. kdg2 sabar pun makan diri gak kan... cubalaa nk faham situasi dia, walau sebenarnya aku kurang faham. tapi aku pun dah takde mood nk pakai barang dia, so lantak la bila nak hantar pun.... the next week baru dapat, itupun 1 item xde sbb dh sold out katanya. time mintak aku byr dulu xde pun ckp sold out. mesti part 'i dah put aside ur order' tu kisah dongeng si pari-pari je kan?

kisah 7
terkini! kala aku sedang menaip kisah di atas. tetibe lappy tukar mode ke battery powered, bilik jadi gelap gulita, strimik offline & aku menaip lagak si jurutrengkas. RUMAH AKU BLACK OUTTTTTTT! camne aku nak publish ni?????

Adeke yg baca semua kisah ni sampai abis? Lantokle.. kalau aku tulis pendek2 & byk2 entry pun belum tentu org baca jugak.. Moral of the story is: kalau org nak baca, pjg cemana pun dia baca gak..

Sep 7, 2010

belum tiba masa lagi

Harini entah kenapa semangat pagi datang len macam plak..
Adakah kerana tak banyak kereta di jalanan lalu perjalanan harini sangat smooth?
Adakah kerana dapat parking murah & takyah jalan jauh-jauh g office?
Adakah kerana hari ini bakal dapat barang orderan dari Cameron Highland?
Adakah kerana kejap lagi bakal order lagi satu barang klik-klik?
Atau adakah kerana harini last kerja sebelum cuti raya esok?

Keeee sebab arini pakai perfume baru yang mengingatkan aku kat zaman muda belia dulu?
Huahuahua.... Semua sekali la kottttt...
Harapannya janganlaaa ada yang rosakkan mood elok aku arinih..
Padahal, kat rumah sebeban kerja tengah menunggu~! ~___~

Raya tahun ni aku rasa cam x prepare apa2 sangat la..
Kuih raya, langsung x beli.. Kat rumah tu, sebalang pun aku x nampak wei... Cuma kerepek jer sket..
Baju raya? Itupun nasib aritu ikut Kechik carik baju raya dia.. Jumpa kurung cotton 2 RM100. Dia amik selai, aku amik selai. Dah! Tu jer...
Kasut? Tak terfikir dowh..
Tudung? Berangan je laa.. Yang aku berkenan mahal do'oh! Benci aku!
Yang aku beli 'untuk raya' memang merepek2..
Ape je pun... flash, popcake, serbuk teh, perfume, anak tudung ganti yang lama yg dh lunyai tuh, filem..

Ko nak raya ape ni ben??

Jul 20, 2010

aku malas

minggu ni.
keje pun sket2 je.
tlg2 member.
1 je aku x malas lagi...


















tgh tunggu beberapa kiriman tiba.. >,<

Jun 4, 2010

halasan

1. sori bos, lambat arini. saya tadi mimpi jumpa ex-ofismate kita tapi dia sajeeeee je x nak bgatau nama dia kt saya. siap soh teka-teka lak... dah la rupe dia dh lain gile... ngada-ngada tau dia tuuu...

2. berikutan insiden sandal terbelah mulut tadi, satu resolusi telah di usulkan iaitu betapa perlu nya mempunyai bekalan kasut spare di kereta dan juga beli saja kasut/sandal tiap kali ke mall jika sudah berkenan di hati tak kira bulan puasa ataupun tak. ia juga selari dengan habit melanyak kasut yang sama sampai lunyai 5 hari berturut-turut setiap minggu.

3. stering cam senget jer.. kena wat balancing lagi ni.. tapi kalau sport rim tak ganti-ganti, alamatnya setahun 3 kali la buat balancing...

4. lenguh la bila ber lappy atas lantai ni.. tangan cepat lenguh sebab pergelangan berkedudukan hampir 90 darjah dok main-main mouse. pinggang pun lenguh bila meniarap lama sangat.

5. kaki ni cepat sangat krem & semutan bila terhimpit agak lama. Ni mesti darah tak mengalir dengan betul ni.. Kena ada pengurut ni... Takpun meja lappy pun jadi laa... Sebab tu lama tak hapdet blog ni.. Kat ofis manjang sebok main kejar-kejar ngan talian-mati. Balik rumah penat nak bukak lappy lagi sebab kaki, tangan & pinggang akan cepat memberontak. hutang gambar & cerita-ceriti pun banyak lagi yang perlu dibayar...

ni pun dok menaip sambil baring atas beanbag. cara tak??? nasib ada cooler pad, kalau tak berasap peha & perut aku! *eh tapi bagus gak tu.. ala-ala fat burner gituuu..

Feb 12, 2010

barang baik, mestila susah nak dapat...

Aku ni seorang yang setia sebenarnya. Siyes. Watpe pasang banyak kalau tak terlayan di akhirnya kan? Tapi akhirnya aku pasrah - aku harus pasang lebih sebenarnya. Untuk kemudahan di kemudian hari.

Sebelum ni aku cuma ada account CIMB je. Itupun sebab bank tu je yg ada kat uni aku dulu. Selain BSN. Tapi BSN cam x glemer laa.. Haha! Dan x banyak atm dia kat luar berbanding CIMB.

Bila duit ptptn masuk, dia terus masuk Affin sbb tu account resmi derang agaknya. So aku akan segera mengeluarkan semua sebahagian besar duit masuk dlm CIMB aku.

Before aku habis belajar, aku cancel account BSN sbb aku rasa susah nak commit & aku malas nak transfer duit banyak-banyak kali. Kalau sumber kewangan tu banyak takpela jugak. Ini, SATU JE PUN!

Aku stick ngan CIMB sampai aku keje 3 tahun lebih.. Lepastu baru aku terasa nak buat saving. Gile! Memang tak boleh pakai nyer future planning! So, aku pun wat research sket which is the best bank yang bagi offer terbaik. Siap print brochure segala.. Gile semangat.. Padahal nak bukak account investment jer...

Setelah membazir print banyak-banyak, aku pun tekad nak gi Bank Islam. Sebabnya.. mudah je - ISLAMIK. takde riba'. Plus dia ada bayarkan zakat. Aku bukak account saving yang khas takde kad atm untuk keselamatan duit tu sendiri. Lagi satu aku try-try main investment dia. Heheh.. Gaya cam ada broker~ Padahal tetiap bulan aku topup 100 je pun... Haha!! Adala 3,4 bulan aku bertahan. Tapi lelama aku stop sebab malas nak g bangunan Tabung Haji tu pepagi b4 g keje. Itu je Bank Islam yang terdekat ngan ofis.

Lelama, atas nasihat akak teller tu, aku pun pindahkan duit dlm investment account tu ke saving account aku kat Bank Islam tu. Akak tu kata, "Lagi untung dik.." Yelaa kakkkk...

Lepas tu adala aku topup account tu bila teringat.. Kali terakhir aku topup, tahun lepas, lepas dapat surat dari Bank Islam yang account aku dah setahun bersawang. Kalau lagi 2 minggu tak topup, derang nak tutup buku & segala harta benda akan dirampas! Takla.. Burn la duit tuh! Hoh!! Secara mendadak aku gi Bank. Lepas tu senyap balik, sampai sekarang. Huhu!!

Minggu lepas, aku terpaksa memaksa diri aku untuk bukak mebeng plak.. *Dekat sejam lebih berdiri tunggu turn kat officer bank. Orang ramai ya hamat. Almaklum, org KL cuti.. Sebabnya, aku ni bakal jadi online shopper yang tegar. Sebelum ni kurang tegar sebab kena caj 50sen kalau transfer intra-bank. *Skang dah RM2!!! Online retailer ni semedang pakai mebeng.. Nak tak nak, terpaksa la aku buat gak!

Aku rasa aku ni salah seorang yang paling lambat bukak account mebeng nih, memandangkan mebeng adalah antara institusi kewangan terbesar & terkukuh di Malaysia. Aku rasa almost semua kawan-kawan aku ada account mebeng.

Bebaru ni, aku nak beli 1 buku ni. Secara online. Tapi bukunya bukan dibaca secara online yer.. Aku pun, pegilaa mebengtuyu.. Nak login la kononnya.. Sekali, haaa kena gi atm dulu le pulok.. amik pin no. Hadoyai...

Masa dapat cheque FLYFM aritu, aku bank in dlm mebeng a.k.a. tabung soping aku.. Boleh pulak tak teringat nak g atm sebelah untuk amik no pin!!! Esoknya baru aku teringat!! Gile lemsss..

Esoknya, aku pun pegi ler.. Amik no pin. Setel. Sampai umah, dengan semangat berkobar-kobar, aku register mebengtuyu. Masuk no pin. Bersedia untuk bersoping online.... Semangat!!

Sekali, kena request TAC la pulok. DARI ATM!! Dengggggggg~

Ok. Fine. Malam tadi untuk malam yg ke-3 berturut-turut aku gi mebeng tu lagi. Request TAC. Dapat. Balik umah, leh lak tak ingat nak soping.. Layan tv smer2.. Dah tengah malam baru teringat. Hmmm mari menyoping!

Elok je aku masukkan TAC, "TAC no has expired!!" Ya ampunnnnn.. Kurniakanlah aku kesabaran ya Allah.. Nak request dari phone tak boleh-boleh jugak sebabbbbbbbb...

Aku tadinya, patut REGISTER PHONE untuk TAC. Bukan REQUEST TAC!! Jadi, esok malam ke-4 aku melawat mebeng tu lagi.

Pelanggan mebeng yang dihormati, ada apa-apa lagi tak yang aku harus lakukan selain dari REGISTER phone no aku kat atm tu? Supaya lepas tu aku dapat menyoping dengan tenang? Anyone??? Anyone?? Noone???!!!

Banyak betul dugaan aku ngan mebeng nih.. Adakah kita ditakdirkan untuk jatuh cinta? Panjangkan jodoh kita???

Dec 14, 2009

Isnin Murah

Alhamdulillah, yang dicari sudah ketemu. Walau tak semua, tapi sekurang-kurangnya ada, daripada tak ada langsung.

Kadang-kadang bengang lah juga bila annual dinner nak kena ikut tema, tapi mujur sangat-sangat group kami memilih tema yang sangat mudah dan pasti dicemburui oleh anak bos yang dipaksa mengikut tema amoi-amoi di HQ.

Untuk acara malam itu, lupakan baju vogue de vass, kain meleret-leret bak baju pengantin atau tas tangan berlabuci.Tapi aku akan melangkah penuh gaya lah sangat dengan Cheap Monday walaupun acara itu hari Sabtu. Walaupun item di dalam go-get list masih belum dipenuhi, aku sudah cukup lega dengan kehadirannya..



Tema adalah rahsia sehingga tiba hari besar itu. Group terbaik akan menang hadiah yang aku pasti sebuah hamper! *Apalagi hadiah yang paling sesuai dinikmati beramai-ramai? Jadi, kami pun tak berharap sangat untuk menang. Sekadar memenuhi undangan...

Jul 4, 2009

convert jadi hadiah leh?

harini misi utama g mines sbnrnya nk cari kabel utk external HD aku. dh sebulan lebih kot aku x transfer segala 'sampah2' dr desktop pc opis dlm external HD aku..

*sampah: segala video, mp3 & gambar2 best serta sumber grafik menarik yg member dok transfer / aku donlod masa kt opis

external HD aku tah kenapa tah, pc xmo detect dia. so agak bosan laaa aku kt opis sbb xde hiburan. aku malas nk save mp3 byk2 dlm pc. wat semak memory jer..

bile aku cite kt ayah, dia sajes tukar kabel sbb dia penah kena gitu. so, lepas asik terlupaaaaa aje, arini tercapai la maksud nk g beli kabel baru. so, me'round' la kami di sekitar mines...

masuk 1-stop centre IT kt situ. pehh mcm2 adaaaaa... kelabu bijik mata aku nengok. nasib sedar diri yg kocek lebih habuk dr wang...

1st usha kabel usb.. tp ternampak network kabel dulu.. hmm network kabel aku pun dh patah kat port dia. murah je ni.. sambar! ok, proceed g cr usb cable lak. alahai x ado laa pulak pesen yg aku nak... kecewa tul..

otw ke pintu keluar, mcm biasalaa mata meliar nengok benda lain. e'eh mcm menarik je headphone2 ini... aku nyer pun cam da nak rosak.. apelagi, belek2 laa cari yg plg cantik tp murah. hehe. biasalaaaa...

memule amik yg cam earphone tu.. brand Creative. tp pastu aku jumpe headphone yg kaler putih. sgt matching ngan lappy aku yg kaler putih gak! brand HP plak tuh... harga runtuh! dekat 60% diskaun.. sape tamoh? pastu headphone ni jenis sangkut kt tinger jer.. sgt mobile!

puas pusing2 kt headphone section tu.. ok la.. amik yg putih ni gak la.. mizzy angkat casing HD. eh, chup! duit cukup ke???? memasing x cucuk duit lg ni.. hoho!! cepat2 memasing kira2 duit.. hmmm cukup2.. siap ada lebih sikit.. jom g bayar!

g kaunter, tit tit tit... ehhh asal lebih dr yg kite bajet ehh? org tu key in harga b4 less ker?? xpe2 bayar dulu.. mujur aku ada xtra sket lg.. kuar2 kedai, check resit.. hmm harga betul.. tp, aikkk asal ada extra item lak?

hoi!!!!!

rupanya aku lupa nk letak balik earphone yg mula2 aku pegang tuhhhh!! sudahhhhh... terbeli lebih!! hadoi.. takpe2.. susah2 sgt kang aku jual laa kt sapa2.. brand Creative tuh.. bukan ayam2 nyer brand. aku tolak murah jer.. xsampai 30.

smpi2 umah, aku godek2 brg yg aku beli, ternampak earphone bertuah tu. terus aku tanya ayah..

"ayah nk earphone?"
tetiba adik aku si anaconda tu nyampuk.. "eh, org nak.. nak.. ana nyer dh terkopek sket.."
ayah ckp,"tengok dulu cucuk nyer camne.. ayah nyer lain.."

aku pelik gak.. ape lak pelik nyer? sameeee je ngan lobang2 lain nk cucuk tuh.. xkan lobang audio derang pakai usb kot... sambil tu aku campak kotak tu kt derang sbb malas nk bangun. skali derang ketawa. apehal???

"laaaa ingatkan utk HANDPHONE!!!" choi! mentang2 korang pakai SE Walkman... nk berlagak ngan aku laaa? tp dia amik gakkk.. huhu!!

ibu sampai, dia tanya, "ape benda tu.." nk tau ayah jawab ape?

"hadiah HARI BAPAK!" kih keh kih... perli ke ape, sbb aku x bg apa2 aritu??

Apr 26, 2009

apakah terapi stress anda??

orang berkulit putih pernah berkata (omputih laa..), "Expect the unexpected." dan itu ler ayat yg terngiang2 dlm pala aku masa aku berjalan di parking lot menuju ke kereta.

aku ke 1 pusat soping dgn 1 tujuan. merepair hp ku yg ngok ngek, bak kata kak shibam. klu jmpa yg berkenan, bli baru trusss... dan hasilnya adalah amat x aku sangka.

btw hp aku berjaya di selamatkan. berkat tgn seorang Dr kot.. almost givap actually... dia masukkan 1 testing simkad dlm hp aku, ehh elok lak dia detect... aku masukkan simkad aku, x detect lak.. obviously bukan sebab besi tempat letak simkad tu yg problem... so dia nk bagi aku trus tester simkad tu utk aku copy segala no. phone dlm hp.

b4 balik aku nk try 1 last time utk masukkan simkad aku dlm hp. mana la tau kannn... e'ehhhh bley detect!!!!! yeahoo!! thanx dude. dia x caj pun even aku lepak kedai dia adala lebih 15 minit kt situ.. lps tu aku singgah kedai sebelah, usha hp idaman hati sbb dia authorize dealer rasanya..

lepas usha2 & di saiko salesgirl yg kata hp idaman aku tu x ok sgt (ye kerrrr??) aku decided nk angkat gak tp tunggu gaji. huhu! tp 'terpaksa' amik ori set sbb takut ada problem later on & warranty utk AP set xcover pun benda2 yg penting cam bateri, skrin, etc. kalau amik ori, waranti cover segala2nya dgn kos RM0.

ok la. setel psl fon, aku g makan. lapar dowh.. dr pg aku x makan.. takat minum air stgh cawan & jemput2 seketul. gile! sambil makan, aku layan tgk org lalu lalang kt luar kedai. kedai tu xde tv & psg lagu cine & omputih jer... dh lama gile2 aku x lepak kedai makan sensorang. (rasa cam x pernah jer. haha!!) sambil2 tu aku baca buku. huhu!

aku ada 1 kepercayaan, bahawa retail theraphy adalah terapi stress yg paling berkesan. hehe.. siyes.. bila rasa tensen, aku rasa dgn bersoping je dpt wat aku rasa lega. xsemestinya kena soping berkoyan2. takat beli majalah pun jadi laaa... xguna menjerit smpi sakit tekak, tekan minyak keta smpi accident kena saman, di penghujungnya.. menyusahkan org lain.

ye laa bila dh sakit tekak, nyusahkan org yg terpaksa faham bahasa isyarat ko yg x bertauliah tu.. bila accident, faham2 snirilaaa berapa ramai yg terpaksa bersusah payah nk setelkan bermacam2 hal utk ko. bek g soping, paling2 duit ko sniri yg susut. bukan duit org lain. tp kalau soping giler2 smpi kena pinjam duit org tu, x sedar diri nama nya tu...

so, aku juz nk cari STOKING. tu AJE. melilau cari SOX WORLD. dh pindah ker? dh tutup ke? mana diaaaaa?? so, sambil2 cari kedai stoking tu.. aku tersinggah kedai2 yg aku ternampak cam hmm menarik je brg2 dlm tu. bila masuk kedai tu.....

  1. aku nak cari cd Greenday / Fabulous Cat --> yg aku beli cd Alanis & Jazmine Sullivan. (how??) aku dgr 1 lagu best the moment aku masuk Kedai Muzik Abdul Wahub tu.. siapa nyanyi arr? nk tanya kat kaunter ramai sgt org.. ms tu aku dh sambar cd Alanis dah.. bila dgr 2nd song, pun best gak.. isk, xleh jd nih... so aku tanya, dan amoi tu btau nama penyanyi tu. siapa Jazmine ni? sumpah aku x kenal & x pernah dgr nama dia. cari2 kt rak cd, xde pun.. tanya kat amoi tu blk, dia ckp, "tak de lg wor.. ini 1 saja tinggal.." hoho! "bleh x sy amik beli?" so cd & duit bertukar tgn.. rupanya tu cd feveret member staff amoi tu.. sorila kak, apsal x beli awal2?
  2. aku x rasa nk beli baju --> aku beli 3 helai baju dalam (bukan bra, tp inner shirt.. hehe). (how?) aku teringat yg aku dh lama xnmpk baju aku yg kaler hitam tu. ntah mana dia nyorok.. so aku decide, beli je laa alang2 tgh murah ni. aku bkn sll g kedai baju.. so angkat arr.. nmpk kaler lain, hmmm pekata angkat gak sbb aku rasa aku xde kaler2 ni.
  3. aku masih mencari stoking --> kedai tu xjual stoking tp kasut. aku ternampak 1 selipar yg aku pernah cari dulu. huh, mahal! rm29! aritu kat kiosk luar rm10 jer. letak balik. so aku beli sandal utk g kenduri / keje 1. xsampai rm29 pun.. *yes aku mmg kedekut kt diri sniri.
  4. aku lalu 1 kedai hadiah. teringat besday besfren aku baru je lepas.. --> beli hadiah utk besties, siap balut terus. sng keje aku.
  5. teringat panty liner da nak abis.. g watson lah! --> beli panty liner serta refill compact powder, facial wipes & listerine. masa nk bayar dpt free gift kau!! coklat belgium bentuk hidupan laut tuh.. *yg beli last time pun x makan2 lg.. =__='
  6. jumlah kerosakan = tak berani kira. duit yg terlebih cucuk ms nk beli repair henfon pun aku dh masukkan dlm acc bank balik!
setelah bertawaf 4,5 kali masih x jumpa2 SOX WORLD, aku pk baik aku balik aje. agaknye dia da pindah kot... dekat 4 jam++ rasanya aku memborong mencari.. nnt aku kirim aje la kat adik aku kt melaka tu. beliau byk koleksi stoking. kalau xmau aku amik dia nye wat harta, adalah lebih baik belikan utk aku sepasang 2. nnt aku bayor lerrr....


sblm smpi rumah aku singgah beli kueteow mihun sup yg mak aku pesan & burger utk diri sendiri. bleh lak brader tu lupa aku nyer order. huh!

blk rumah, layan Piala FA. yea yea Selangor menang!! x sesia aku menjerit & menyeranah pemain2 bola yg adakalanya cam, alahai.... sedih! terasa lembut balik tapak tangan yg agak kemerahan td.. hoho!

pd player kelantan, jgn sedih bila x dapat g manceste~ mana tau bos korang baik ati, dia bg gak korang gi.. melopong ler player negeri lain. hoho!