Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Oct 27, 2010

Himpunan Kisah Tragis - updated panjang

I cared & thought too much about others when they actually said, "like i care~" on my face..

Bukan nak undang simpati, cuma sekadar nak luah emosi.
Nak cakap kuat2, aku tak larat.
Niat hati nak gembirakan diri, tapi yang jadi..... agak pahit nak dikongsi.
Dari rumah membawak ke pejabat, semua tapau kasi sebat.

2,3 minggu kebelakangan ni aku rasa memang minggu ujian untuk aku la..
tekanan datang dari semua arah, sampai aku rasa terhimpit, terhenyak, segala terrr lagi ada.
sampai jerawat pun leh lak naik kat muka bertambah2 sebal kat dada.
hari2 aku rasa macam taknak gi mana2 aje...

ni apehal tulis macam pantun ni????
aku ada banyak hutang cerita nak dikemaskini
tapi pressure punya pasal, aku gumpal2kan jadikan 'berndek' (berita pendek)
aku kena lebihkan sabar, kalau tak macam2 cacian & makian terhambur keluar termasuk ____dek!

kisah 1
terasa nak makan western, to be specific.. pasta. maka terus ke kedai yg namanya ada perkataan 'itali'. 1st time pergi, sebab bulan puasa asyik penuh je kedai tu. excited ni. tengok menu, mana spaghetti? mana pasta? mana pizza? yg ada segala macam mee-mee, nasik-nasik, lauk-lauk, nasi ayam yang 'best in town' katanya, paling2 western pun fish n chip & chicken chop kalau aku x silap. demmmmmmit! apakah relevannya kau letak nama kedai ada perkataan itali kalau xde 1 pun makanan dari itali????? adakah sebab kau pernah belajar kat sana/melancong/sebab mee tu macam tali rupa dia? oh lupa, 'best kept secret' juga tagline nasi ayam nyer.. hmmm secret sgt. oleh itu aku xkan bgtau nama kedai ni apa.

kisah 2
masih tentang kedai. eden torai kodai baru bukak 1 hari. harapannya servis shud be tip top. maklumlaaa nak impress baek punya. order dah betul dah. TETAPI nasi kukus yg sejuk, nasi ayam sejuk+takde bentuk (mcm ko senduk2 dari periuk jer) dan roti stim susu yang juga sejuk. pernah tengok org makan roti stim yg baru sampai di meja, celup ngan teh o panas?? teh o tu pun lagi panas dari roti tu. tak campur lagi hati yg hangat ni. terus panggil waitress, komplen pasal nasi dulu sbb roti tak sampai lg. ssh agaknya nak 'stim' roti. dia mintak maaf & cakap akan improve. said thanx to us. bila nak bayar, komplen pasal roti plak. aku tanya dulu, roti tu roti pagi tadi ke?? sebab sejuk keras roti kau. oh, dia nafikan. "kita baruuu aje stim." kondifen gile muke nya. pakkal aku dh habiskan. (bodo. patut tinggalkan aje) takpe la. kasi can itupun selepas ditarbiah oleh kami. sebelum keluar kedai kami terdengar,
"tak nak try ke nasi lemak kitorang? sedap tau...." 
hengkau dah bg aku makanan sejuk & tak sedap, ada hati lagi nak suruh aku beli pulak nasi lemak?? mentang2 bg diskaun 90 sen.. *pengsan~ btw, aku x ckp camtu.. x cukup gengster lg.

kisah 3
waktu dalam lif nk turun ke bawah balik keje, aku raba2 beg cari kunci kereta. hmmm xde? atas meja kot? dah sampai G, aku tekan 12 balik. check2 meja, selak sana sini, takde jugak laa... termangu... takkan lah...- terus call member bermotor, "tlg tengokkan kereta aku ada lagi ke tak..." sampai2 bawah, dia call...
"ko park mana?"
"tempat biasa la.. $4 tu.. "
"kat belah mana?"
"tepi tu la.. mcm biasa"
"takde pun... plate?"
"******7, [model keta]" (habis glem la kau nak sorok plate & jenis keta. camhebat la keta tu?)
"takdeeeeeeee....."
"oh mennnnnn... aku..- aku..-"
*bunyi cengkerik*
"akhakhakhakhakha"
"baaaaaaaaaa- "
"kunci ko ada dlm keta ni haaa... gile lah!"
"tunggu situ!"

kisah 4
saje try resepi baru. sedang berkungfu di dapur sorang2, tetibe kaki terasa sangat [susah nak explain] tengok kat bawah sikit dari tumit, kat area kulit lembut ada sebatang PENCUNGKIL GIGI telah tersemat kemas tercacak di situ. demit~ siapa tabur2 kat kain lap kaki nihhhh.... sampai sekarang aku berjalan jengket sebelah. sakit!

kisah 5
oh jgn la buat aku start cite pasal keje, sebab tekanan dia sgt hebat melantun2 mcm job'shit' yg masuk macam air pancut kat KLCC juga rupanya. sampai aku nk jengah blog member2 pun x dan. update fb pun time pagi je. haiz... mungkin di next entry kot.

kisah 6
walaupun bukan peminum tegar horlicks, tapi aku rasa aku ada jugak tempias 'holic'2 ni skit - onlineshopaholic. pantang aku tgk website itu & ini update, aku segera pilih item & send order form. tp skang aku berjaya stop [sebab kedai tu rest kejap update stok =(] lgpun ada 1 lg kedai tu hantar brg aku dekat 3 minggu baru nak sampai~ padahal dalam mesia je punnnn.. janji seminggu plg lama. brg yg aku order kendian dr dia, laju lak sampai. aku order before end of syawal aritu kottttt... konon nk pakai ms g open houses... harammmm... terus aku majuk takmo beli kat dia dah. *macamkan tokey tu nak heran! minggu ke-2, ckp terlupa nk htr & dah put aside brg2 aku. haritu jugak akan htr, lusa dapat. harammmm lg. kdg2 sabar pun makan diri gak kan... cubalaa nk faham situasi dia, walau sebenarnya aku kurang faham. tapi aku pun dah takde mood nk pakai barang dia, so lantak la bila nak hantar pun.... the next week baru dapat, itupun 1 item xde sbb dh sold out katanya. time mintak aku byr dulu xde pun ckp sold out. mesti part 'i dah put aside ur order' tu kisah dongeng si pari-pari je kan?

kisah 7
terkini! kala aku sedang menaip kisah di atas. tetibe lappy tukar mode ke battery powered, bilik jadi gelap gulita, strimik offline & aku menaip lagak si jurutrengkas. RUMAH AKU BLACK OUTTTTTTT! camne aku nak publish ni?????

Adeke yg baca semua kisah ni sampai abis? Lantokle.. kalau aku tulis pendek2 & byk2 entry pun belum tentu org baca jugak.. Moral of the story is: kalau org nak baca, pjg cemana pun dia baca gak..

Jun 30, 2010

Aku pun ada henfon laaa..

Opis aku ni kecik je sebenarnya.. Staff tak sampai seploh orang kot.. Tapi sewa sampai 2 lot opis. Sebabnya, kitorang combine ngan satu lagi anak syarikat & 1 lg kompeni kecik yang JV 1 pojek ngan kitorang (tapi diorang ni dok 1 bilik je). Reception hall kena la ada kan.. Campur plak ngan techies ngan peralatan2 diorang, bilik server, bilik-bilik bos, bilik meeting, bilik discussion, bilik hitu bilik hini.. macam2 lah!

Kadang-kadang ada 'tetamu undangan' yang datang tapi biasanya bukan kompeni aku yg undang. Kadang-kadang ramai sampai penuh bilik meeting tu & bila diorang nak g lunch / nak balik, macam makcik2 baru balik pasar.

Kadang-kadang ada gak yang datang sorang-sorang. And diorang akan lepak kat sofa depan kat reception area. Bila cuma sorang, mesti la kita rasa aman je kan? Think again...

Dalam senyap sunyi semorang khusyuk dok buat keje, tetibe terdengar bunyi keypad henfon ditekan-tekan. Macam orang dok hantar sms tapi tak send-send untuk tempoh masa yang agak lama. Kitorang saspek dia tengah main game. And kitorang takyah jenguk untuk tengok sapekah yang berada di depan sebab ini adalah kali ke-2 aunty tu datang sini.

Jun 22, 2010

CERITABASI [mc part 1]

Jumaat lps, aku MC half day.. (nama je half day, tp aku balik kol 7 gak~) isnin nye, smbg lg mc.. selasanya EL plak. Nice lah! Even bukan pestaim MC utk tahun ni, tapi tahap keselebetannya adalah yg tertinggi.

KISAHNYA....

Hari: Jumaat
Waktu: 9am

'Seawal pagi' before aku masuk keta nak g keje haritu, ayah cakap, "tanak bawak ke murtabak ni?" dia dh siap bungkuskan oke... Aku pun tak sampai ati nak say No. Aku pun grab jer.. lgpun tak dan nak bekfes pg tu.

Pagi tu aku cukup relax. Sambil bawak keta pun aku sempat snap2 gmbr, masa tgh berjalan nak ke building opis pun sempat gak. Sampai2 ofis, 'buat keje' then tetibe perut cam meragam. Sakit bebenor.. Nak kata piyedpen, takde apa2 pun yg kuar. Lapar ke? Aku pun melantak la murtabak tu slow2..

Sampai ke pukul 1, sakit makin menjadi2.. Sampai nak berjalan pun payah. Dia menyucuk2 kat perut sampai aku terpaksa tekan perut dengan bantal kusyen sampai dia reda. Seminit lps tu, dia mai balik.. Aku tak tahan, aku lepak kat bilik meeting, dok tepi tingkap, pastu terus baring kat kerusi-kerusi yang tersusun indah kat tepi dinding tu..

Opismet aku, Z dtg kat aku tanya, sakit sangat ke? Dia soh g klenet ngan Wili. Aku iyekan aje.. Aku ckp aku tunggu Wili habiskan lunch dia dulu.. Sambil tunggu Wili, aku call ibu, tanya pasal murtabak tu.. Dia ada sakit2 perut tak bila makan? Dia ckp takde pun.. Haih, ape kena dgn aku niii... Aku pun ngadu la kat dia.. Sambil2 ngadu tu mata dah berair2. Ni yang aku nyampah ni!

Asal mengadu sakit skit, mula la nak cengeng.. Tatau la apesal.. Sama cam Z, dia soh g klenet.. Letak je fon, air mata mengalir2 sambil aku menekan2 perut. Tapi mmg sakit gile2 masa tu.. Campur sebak tak tentu pasal. Bodo~

Lebih kurang kol 1.30pm aku ngan Wili g klenet kat building sebelah. Masa tunggu lif, alamak.. klenet tu tingkat berapa ahh?? Nasib ada member keje building tu, so aku terus call dia...
"Awak, klinik kat sini tingkat berapa ekk?"
"Tingkat 17.."
"Oke, terima kasih..."
Letak fon je aku cam tersedar... Haaaa, 17?? Jauhnyaaaa... Terasa lama sungguh nak tunggu sampai tingkat 17.. Sampai-sampai aje, kami disajikan dengan 'pemandangan indah'..


DEM!

Dipendekkan cerita, dekat 2.30pm kot baru dpt jumpa doktor. Masa tgh menunggu giliran aku rasa cam nak meniarap je kat sofa klenet tu. Sakit mencengkam-cengkam! Dah la aircond dia kuat! Tapi masa dlm bilik doktor, elok plak dia.. Hampeh!! Kuar-kuar bilik doktor tunggu ubat, sakit balik.. Eeeeeeeeee sabo je lah!

Bila nak bayar ubat, dpt MC half day & 3 jenis pil & 1 ubat liquid. Total smua: RM60. Hambek obattttt... Nasib duit cukup~ Turun-turun lobi, tengok luar... HUJAN! (bukan band Hujan datang eh nad.. cuaca tu yg hujan...)

Memule cam gerimis nak lebat.. So call opismate soh hantarkan payung.. Sekali hujan lebat giler daaaa.. Call balik, soh dia dtg ngan keta. Huhu! Padahal building sebelah je.. Tapi mmg lebat gila.. Stok yg kalau pakai payung pun sure lencun kena tempias aje..

Dari tunggu kat luar, aku tunggu kat dlm lobi.. Sejuk+sakit, mmg aku rasa nak pengsan kat situ gak.. Lama gak tunggu.. Sampai hujan dah berhenti okey... baru mamat 2 org tu datang.. Hadoiyai... time tu kalau aku nak jalan kaki pun bleh tp diorang dh sampai lak..

Kol 3++ sampai opis, aku makan ubat & sambung lepak kt bilik meeting yg aku convert jd sick bay aku. Heheh.. Aku x mampu nak jalan & drive balik sbb sakit tu tetap datang unpredictably lps aku makan ubat.. So, aku tidokan diri jap dengan harapan bgn tido kang sure dh hilang / reda sakit tu..

Nan adoooo.. Dari kol 4 membawak ke pukul 6.. sama je rasanya. Tahap konfiden aku nk drive mmg takde. Nasib baik si Z dok kajang & aritu dia bawak keta plak. Fuh, nasib!! So sudahnya, aku tinggalkan keta kat parking lot & balik tumpang Z je. Aku MC kat bilik meeting jer aritu.. Report pun aku tak buat. Nak taip 1 perkataan pun tak mampu. Camno?

Malamnya lps dinner, aku, ayah & adik g opis balik amik keta yang ditinggalkan. And malam tu jugak for the pestaim aku dapat pakai jaket bulu yang beli kat Guangzhou dulu sebab aku demam. Haha! Jaket tu tebal gile dowh... Aku beli sebab tak tahan sejuk kat sana.. Kalau takat sejuk airconf dlm TGV kat Mesia ni tayah la nak pakai sesajo.. Wat peluh badan jer.. Hmm sekali tu je la aku pakai.. Lepas ni tatau bile lagi nak pakai.. Tunggu demam lg kot? Haha!

Panjang dah ni.. nanti la aku smbg kat next entry..

May 4, 2010

Pesta Muda Mudi

[Semalam You Call I, I tak answer,
Tak paham ke memang I dah tak suka,
Dari dulu I cuba nak break dengan you,
Tapi you ugut nak tunjuk video tu.. *adibah terlopong]

[Sudahlah pyscho, janganlah ganggu,
You pakai bomoh you ingat I tak tau,
You memang slalu buat I berbulu,
No wonderlah mak I pun tak suka you! *adibah terlopong LAGI]

Lirik di atas tiada kena mengena ngan tajuk & content entry.
Sumpah aku sangap & xde mood keje untuk sepanjang minggu ni. Padahal baru hari Selasa..

Entah ape nak cite tah..
Rasa cam ada beberapa benda yg perlu dibeli tapi sangat lah malas nk g soping. Mana tah mood lari.
Eh, dah sale ke hah skang??
Gaya tanya mcm kaki shopping, padahal...______.

Semalam aku sangat2 emo & mood swing yang aku sendiri tak sangka aku jadi camtu.
Sangat-sangat tak stabil. Dah berapa hari dok cemtu.
Benda kecik pun aku leh sentap sorang-sorang.

Tapi dah namanya sentap sorang-sorang, harusla takde sapa nampak aku nangis over kerja yg aku tak dapat.
Gila ke??
Orang lain tak dapat job (task) seharusnya suka hati sebab beban kerja pun sure kurang.
Ini, macam meronta-ronta nak plak! Tak kena masa betul..

Time tu laa nak emo konon asyik wat keje sama aje la.. Sampai bila nak wat yang ni je..
Dan-dan nak g cari keje lain.. 'Persetankan semua! G je interview~!
Tapi semua tu aku cakap dalam hati je. Tau-tau je airmata meleleh...

Bodo tul bila ingat-ingat balik.
Tapi bagus gak aku dok diam-diam camtu.
At least takde hati yang terluka ngan kata-kata aku. Mana tau dalam marah2 tu, for sure nye lah aku akan cakap something yang bleh sakit/luka kan hati orang..
Konfem!
Mana ada orang marah+emo+sentap+bengkek cakap elok berbudi bahasa?
Nan adooo..

Tapi, efeknya.. sampai ke hari ni aku kurang komunikasi ngan budak2 ofis. Mood cam takde je nak layan borak.
Yang bagusnya, keje aku cepat siap. Ini pun kena bajet2 sket.. kang esok ngangkang aje lak kejenye kt opis nnt..
Lagi sangap!
Ngahaha!

Iklan: Malas nak cite banyak. Klik je banner2 di bawah untuk info lebih lanjut.

Nak free pass, sila pegi sini. Ye, masuk berbayar RM20 utk 3 hari. Tapi kalau ada jalan utk dpt yang free, kenapa x guna??

More info g sini aje. FB dia pun ada. Search je Youth10. Jumpa la kang..

Tak kira berapa umur anda,
See you there!


Mar 3, 2010

when love and hate collide

Jarum jam belum cecah no.12 lagi. Jauuuuuuh lagi. Mata aku terkelip-kelip entah yang ke-berapa kali. Haih, bila laaaa nak pukul 12 nih?? Bukan sebab aku lapar. Tapi tak sabar-sabar nak landing kepala kat meja tanpa rasa bersalah...

Aku rasa,kalau ada cctv yang hala ke meja aku ni, mesti nampak muka lalok yang terkelip-kelip sambil kepala sway ke kiri-kanan-depan-belakang macam orang mabuk todi. Entah-entah ada capture aku tersengih-sengih tanpa kawalan. Biasala kalau separa sedar ni, bukan leh control sangat otak ni.

Bos plak harini tak keluar ke mana-mana. Memang aku resah gelisah. Naik letih mata tengok monitor. Telinga aku sumbat dengan celoteh Abinov Fanaskova konon-konon boleh kasi serabut otak --> hilangkan lalok. Failed! Dah tak tahan sangat, aku topang muka la sket-sket sambil cover dahi konon-konon nampak tengah berfikir.. =___='

Belum sempat pukul 12 aku dah tarik bantal merah, pok-pok atas meja and landing. Lantak! Mata aku dah macam kena simen dah nih..

Tak sampai 5 minit letak kepala, tetibe rasa SEGAR! *($*&#$! Ahh tak dulik, paksa mata untuk tido jugak2. Buat penat aku tahan dari tadi, dah dapat leh lak dia tunjuk perasaan takmo tido ehh.. Hamboih, biasa dia nih... Tido!

Maka tido la aku 20 menettttt... aje. =______='

Feb 11, 2010

jangan jawab Celcom!

Mana lebih berbaloi??
  1. datang awal 1 jam setengah ke pejabat, tapi kena balik on-time jugak (tak dpt balik awal laa kiranya) and no extra pay for the extra hours TAPI parking RM3
  2. datang macam biasa (anggaran 15-20 minit awal), balik cembiasa TAPI parking RM5.
Jarak antara kedua-dua parking lot adalah SAMA.

Feb 5, 2010

(baik tak payah) hapdet

Masa: 8.38 malam.
Lokasi: opis
Kenapa tak balik lagi: tunggu orang teman gi kat keta sebab harini parking kat tempat lain & tak tahu tahap kebahayaannya jalan sorang-sorang dalam gelap.
Kenapa parking kat tempat lain dari biasa: murah RM1 dari tempat biasa. Haha!

Gile kedenggg! Alah, ingatkan harini akan balik on-time... Sekali jek, ada masalah teknikal dengan kerja. Sebab tu terlajak..

Perasaan: Lapar sebab belum lunch. Tapi tadi petang ada makan roti dan biskut OK. Terubat lah sikit kelaparan tu.
Suasana: Sunyi. Cuma dengar bunyi aircond & keypad.
Bilangan pemastautin pejabat: 3. Tapi baru kejap tadi ceo skype kami tanya "What (th) are you still doing in the office????" Errr.... errr...
Perasaan kedua: Sakit siku sebab terbeban dengan berat badan semasa menaip. Pelik? Itu lah yang terjadi bila keyboard & monitor terletak jauh dari hujung meja. Jaraknya cukup untuk letak 1 dulang McD di depan keyboard. *Hah, nak ukurlah tu..

TAMBAHAN: 

Sejurus 'di sound' ceo secara tak langsung (sebab dia skype member) secara tergesa-gesa aku pun sign out & tutup pc walaupun sebenarnya aku dah tak tau nak buat apa kat ofis tu lagi ~ tak de aktiviti menarik lak..

Dari menunggu orang teman g kereta akhirnya si peneman lak terpaksa menunggu aku yang menunggu seorang printer datang collect hasil magazine untuk diterbitkan bulan depan. Katanya pukul 9, tapi 9.30 tak sampai2..

Dari menunggu di ofis, sampai tutup ofis & menunggu di bawah ofis pula. Cobaan... Udahla magazine itu bukan under aku bulan ni.. Tolong member nye pasal... Tak apelaaa.. Orang tu ada anak bini, sian lak.. Biarlah yang cap B ni tolong tunggukan...

Masa masuk rumah: 11:15 malam

Jan 6, 2010

Ada juga gunanya appraisal ini..

Seharusnyalah! Duh...

Sebelum ni, aku rasa seperti buang masa saja sebab aku kan manusia yang kurang gemar dengan sesi soal-jawab ni *Walaupun dulu aku pernah digelar sebagai inspektor polis sebab banyak sangat soal. Tulah agaknya?

Tapi mendengar kisah seorang insan yang telah berkhidmat secara profesional dalam sebuah syarikat, buat aku rasa sangat berterima kasih dengan adanya appraisal setiap hujung tahun.

Kisahnya...

A telah 4 tahun bersama syarikat ABC. Malah pernah menjadi partner tapi atas sebab bebanan tugas, dia melepaskan share nya dalam syarikat tersebut. Syarikat ini kecil saja. Staff pun tak sampai 10 orang.

Dalam setiap syarikat, pasti punya admin officer/staff kan? B yg punya kelulusan IPTA dalam bidang yang berkaitan rupa-rupanya tak seperti yang di harapkan. Kebanyakan urusan pejabat A yang terpaksa bantu. Mulanya A tak kisah sebab dia ingin juga mempraktikkan ilmu MBA yang ditimbanya. *wah, timba terus!

Tapi lama kelamaan, semakin berlemak pula kesengalan B. Blur terlebih pun ada juga. Ada kah patut bangunan yang terang-terangan bercat biru-putih dengan pintu gate yang terbuka luas sambil dikawal itu dipanggil PENJARA? Bangunan yang pasti ada di setiap bandar & pekan. Mungkin dia tidak perasan selama ini yang itu ialah sebuah balai polis...

Dan beberapa peristiwa yang baru-baru terjadi membuatkan darah A mendidih-didih.
  1. Bos mengumumkan 'bonus' di mana SEMUA staff mendapat imbuhan yang SAMA BANYAK tidak kira berapa banyak effort anda terhadap syarikat.
  2. Kenaikan gaji sebanyak 30% untuk SEMUA STAFF juga, regardless of what position u're in. Dan tidak kira berapa lama anda berkhidmat.
  3. Syarikat akan berpindah ke pusat bandar yang pasti lebih sesak & mencabar jiwa. Untuk staff berkereta, parking lot akan dibayar oleh syarikat sebanyak Rm160 sebulan. Bagi yang tidak berkereta, diberi elaun RM200 sebulan.
  4. Bos decided untuk beli kelengkapan baru untuk semua keperluan pejabat. Setelah sekian lama berkhidmat, B masih tidak tahu apakah yang diperlukan oleh staff pejabatnya. Termasuk kos yang dibayar syarikat setiap bulan.
A telah bertindak menghantar email kepada bosnya untuk menyarakan ketidakpuasan hatinya. Tepukan gemuruh dari aku untuk A sebab jika aku ditempatnya, aku tidak pasti akan berbuat demikian.

1 soalan diajukan, mungkinkah B itu suku sakat bos? Jawapannya: anak kawan bos. Patutlahhhhhhhhhhhhhhhh....

Aku tak mahu menyalahkan sesiapa, kerana setiap orang punya sebab yang tersendiri. Tapi as individual, apa yang harus kita lakukan adalah buat yang terbaik bila peluang datang di depan mata walaupun ketika menggunakan kabel terbesar. Bukan sekadar grab the opportunity and sit tight.

Dan, semua orang pun tahu bukan senang nak jadi bos. Tapi 'on paper' kita sendiri dapat nilai the 'basic idea' of what it takes in being a good boss. The only thing that lacks or always been 'missed out' is some quality time to make a decision.

Dec 14, 2009

Isnin Murah

Alhamdulillah, yang dicari sudah ketemu. Walau tak semua, tapi sekurang-kurangnya ada, daripada tak ada langsung.

Kadang-kadang bengang lah juga bila annual dinner nak kena ikut tema, tapi mujur sangat-sangat group kami memilih tema yang sangat mudah dan pasti dicemburui oleh anak bos yang dipaksa mengikut tema amoi-amoi di HQ.

Untuk acara malam itu, lupakan baju vogue de vass, kain meleret-leret bak baju pengantin atau tas tangan berlabuci.Tapi aku akan melangkah penuh gaya lah sangat dengan Cheap Monday walaupun acara itu hari Sabtu. Walaupun item di dalam go-get list masih belum dipenuhi, aku sudah cukup lega dengan kehadirannya..



Tema adalah rahsia sehingga tiba hari besar itu. Group terbaik akan menang hadiah yang aku pasti sebuah hamper! *Apalagi hadiah yang paling sesuai dinikmati beramai-ramai? Jadi, kami pun tak berharap sangat untuk menang. Sekadar memenuhi undangan...

Dec 9, 2009

di atas normal

Pernah dengar lagu Alif Sattar? Yang pernah dia nyanyikan semasa final OIAM dahulu...
Khayal, Tak Dapat Dikawal
Rindu Makin Tebal
Sejak Mula Kenal

Hari ini bukan nak bicara soal rindu sejak mula berkenalan, tapi soal pokoknya ialah tentang 'khayal'.
Beberapa insiden yang telah terjadi hari ini, mungkin disebabkan oleh fenomena khayal ini..

I. Simpang
Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja aku harus menghantar adik ke MATRADE di Jalan Duta. Mula-mula agak berat hati sebab perlu bangun lebih awal (dia punch in 8.30 & aku 9.30) & mengenangkan kondisi trafik Jalan Istana - Jalan Duta setiap pagi. Tapi, hikmah di sebaliknya adalah aku berpeluang untuk tiba ke ofis lebih awal daripada biasa juga. Hari pertama aku hantar dia, aku sampai ofis 1 jam setengah lebih awal! Hari kedua, sejam awal. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pada orang lain, aku tak pasti. Tapi pada aku, itu sudah cukup memberangsangkan. 

Oh, sudah lari tajuk nampaknya! Begini, dari Jalan Duta ke MATRADE aku harus tempuh 3 traffic light. Dan selalunya setiap kali aku tiba, pasti lampunya merah. Tapi hari ini, traffic light pertama, hijau. Kedua, merah. Yang ke-3 aku tak perasan tapi pastinya hijau sebab aku terlalu ralit mendengar ulasan Dina di ERA tentang Din Beramboi & peserta-peserta lain di Pertandingan Makan Roti Canai Terbanyak Secara Sopan sehingga aku sedar2 sudah berada di simpang T yang sebelum ini aku tak pernah lalu! Rupa-rupanya aku terlepas simpang ke MATRADE. Aku fikir aku dah salah jalan tadi. Phew~ 

Eh, bukan aku saja yang khayal. Co-pilot di sebelah pun tak boleh diharap. 2 x 5..

II. Pintu
Masuk ke MATRADE, seperti biasa menuju ke East Wing, tapi baru saja tiba di West Wing,
Adik: "Eh kat sini lah!" Aku macam, haaa? sejak bila?  
Adik: "Orang memang kat sini la.. " tetapi kemudian, "Eh, ni East ke West?"
Aku: "Hoiiii.. ni West lahhhh... East belum sampai lagiiii!!"
Adik: "Eh, hahahahahaha!"

Haih... apalah nasib dapat adik yang semulajadi sengal...

III. Ayah
Hari ini bawa bekal seperti biasa. Alah, cekodok aje. Habiskan stok pisang di rumah. Masa masukkan dalam plastik, ayah charge "3 ringgit!" E'eh.. kedekutnya.. x sampai 10 ketul pun... "3 singgit.." selamba aje dia. Lebih sikit dari Mail si 2 Singgit tu.. 

Sampai di ofis, sambil buat kerja, makan la cekodok. Tiba-tiba ada sesuatu yang rasanya aneh & kenyal. Cukup aneh sehingga aku terpaksa meluahkan keluar. Sewaktu itu aku sudah cuak habis! Kelihatan sesuatu yang merah & panjang-panjang. Getah??? Ini macam getah pengikat plastik tepung gandum aje! Macam mana boleh ada dalam cekodok??!! Haih... Nasib baik dia ayah aku! Kalau beli kat kedai, seharusnya aku sudah pangkah besar-besar! *yer, cekodok tu ayah yang bikin.. 

Hari ini memang hari yang penuh khayalan kah??

Dec 1, 2009

Menjual (kebolehan) diri

There're 2 things i hate most in career world:
1. Interview
2. Annual appraisal

Seriously. Dengan mendadak perasaan gemuruh akan datang bila kaki melangkah masuk ke 'bilik soal siasat'.Muka terasa panas. Tangan berpeluh. Kaki menggigil. Otak tiba-tiba kosong.

Kedua-dua 'aktiviti' ini memang membuatkan aku panas punggung, namun aku tak punya pilihan. Untuk terus bertahan di kedudukan sekarang, aku harus gigih mempertahankan sumbangan yang tak seberapa kepada syarikat agar terus dihargai.

Andai aku tewas, aku perlu kuat pula untuk menghadapi penilaian pandang pertama pihak penemuduga. Secara jujur, aku tak suka disoal siasat bertalu-talu. Aku jadi bingung samaada untuk bersandiwara atau jujur saja demi menjual kebolehan diri dengan harga yang paling tinggi.

Adakalanya aku berasa amat penat untuk terus bertahan dalam industri ini. Minat sahaja tidak mencukupi. Pengetahuan meluas mengenai trend semasa perlu dikemaskini selalu. (di mana aku belum temui masa untuk lakukannya).


Untuk penilaian tahun ini, selain memberi 'rate' 1- 10 pada beberapa item berkaitan pencapaian setahun ini, aku perlu:
1. senaraikan apakah pencapaian sepanjang 2009
2. post-mortem terhadap tugasan-tugasan lalu (baik, buruk)
3. sediakan hujah untuk komen umum selama berkhidmat di sini
4. jangka masa yang dihabiskan untuk sesuatu projek / tugasan.

Stress.

Oct 15, 2009

this is not a First Come First Serve world

sesungguhnya kekadang rasa cam diri ini berada dlm hiatus di tengah keributan.

banyak sgt benda yg nak kena buat smpi 1 point aku jd blur & tak tau apa yg perlu dilakukan skang.

org lain pun sibuk gak. yea yea.. time2 camni bila dibanding2 aku la yang paling kurang sibuk makanya aku la yang sepatutnya menadah segala curahan dr langit keramat yang maha deras tu.

nanti bila hampir sampai di penghujung jalan, semua bebanan yang terkendong akan berlumba2 sesama sendiri. satu situasi yang sangat2..... 'normal'. dan aku pastinya sbg perempuan yg org label sbg multi tasker yang gagal harus gunakan skill tersebut.

hmph.. mungkin org ingat aku berkira. no. m not. cuma aku penat bila semua benda2 ni terlambak kat depan mata dan aku xleh buat2 x nampak & being ignorant. even aku terpaksa stop kan keje yg aku tgh buat separuh jalan, demi memberi laluan pd benda yang datang last minit.

dan sesungguhnya.... aku dah lost count!


...no, aku bukan seorang akauntan mahupun juruaudit.

Sep 30, 2009

ehh tak terasa nk nyanyi lagu Ruffedge pun lah~

lagu mana? lagu nih.. "marilah bergoyang...." *ulang sampai penat.
mungkin lagu paling sesuai: Sway by Michael Buble. hehe..

ok, kata kunci pada hari ini ialah GOYANG.
seperti yang dijangka, status di facebook kebanyakan rakyat malaysia & mungkin jugak di indonesia lebih kurang sama... "terasa gegar lah.." "goyang2 wei..." dan yg sewaktu dengannya..

jam menunjukkan pukul 6++. aku tgh gigih kejar deadline. org HQ menunggu2.
Wili kat pantry plak dok gigih menapau donut KK.
tetibe dia menjerit. AAHHHHH!!
aku plak terasa cam debar semacam. isk, apesal nih?
kerusi aku bergoyang kiri-kanan. tapi sloooooow aje.
ahh sudah!
mcm yg aku penah rasa je nih...

aku berdiri cecepat, n tanya Zam. "wey, rasa x??" dia geleng.
aku toleh kat Heidzir plak.. "ada x?"
dia mengangguk laju.
aku soh Heidzir tanya bos.
bos pun rasa. skang semua orang dh rasa!
bagus! so aku tak mabuk.
tp yg x bagusnya, bangunan bergoyang2.
kali ni lebih lama dr yg dulu.
bayangkan anda di tingkat 12. apa anda rasa?
mcm2 benda negatif terpapar kat layar transparent otak aku mcm slideshow powerpoint.
kaki aku terasa sedikit lembik. menggeletar pun ada.
Wili keluar pantry.. "Ada semut....~"
=___= itu yg ko jeritkan tadi ker, pompuan??

setelah berbincang ala kadar, kami bergegas keluar.
sebelum tu aku sempat save keje yg aku buat td, tutup Firefox & Windows Explorer.
tapi x dan nk off pc.
semua orang menuju ke lif.
gile kan? bangunan bergoyang, n kitorang turun guna lif!

teringat kisah 2,3 thn lps.. same story.
cuma ia terjadi before lunch hour.
semua, maksud aku SATU BUILDING turun guna tangga.
masa tu bos yg skang ni xde sini. *dia lum jd bos aku.hehe..
bos yg dulu tu, dia yg awal2 kuar bilik dia n soh kitorang kuar bangunan.
tgh kecoh2 kt opis, kitorang berdegar2 g tangga.
bersesak2 dgn orang ramai. 13 tingkat je in total. 1 tingkat ada 2 unit pejabat.
tapi, tetappp lenguh kaki hokeyyyyy... siyes.
mula2 mmg la semangat turun tangga.. bila smpi tingkat 6, kaki dh mula cramp. ehh bukan 6.. 8! seksa gile nk smpi bawah!!
dh la tangga tu sempit~
sampai2 je bawah, pintu lif pun terbukak jugak..
sapa yg keluar?
bos!!!
cissssss! dia yg soh kita turun tangga.. dia lak lek2 je guna lif.
alasan dia: tangga penuh sgt org.. =___='

so tadi, lepas lebih kurang 5-10 minit kt luar bangunan, bos & staf lain decide nk naik balik. rasanya xde apa2 kot.
tapi aku masih diulit paranoia.
so aku nk balik!
walaupun jam masih belum cecah kol 6.30pm.
kaki masih lembik2 lg sket2. *lg 1 aku nk blk cepat! haha!
bos pun ckp, ok la xpe.. so, hehe... ca alip but je laaa..
aku sempat panggil Zam sat..
"tolong off kan pc~ hehe.."

di tepi2 jalan kat wisma yow chuan & city square, kelihatan sekumpulan manusia & pekerja kontrak sedang berkumpul2.
aku bet diorang mesti rasa yg sama.

balik rumah, aku citer kat ibu.
dia cakap, "haaa ibu pun rasa gak tadi. ibu kat atas katil kat bilik. sekali rasa cam goyang2. ibu ingatkan ada HANTU."

ya ampunnnnnnnn.....

Sep 17, 2009

STRESS

lg nak raya ni makin stress plak rasanya..

bukan aje psl hal2 kat rumah, tp dgn hal2 di kantor jugak~ time tgh ligat mengejar deadline, yang lain pulak datang bertandang skali.. hadoih.. berkerut2 dahi aku tgk keje yang makin bertindan2 ni. *ok aku nk start bebel psl keje. kalau malas baca sila scroll laju2.

semuanya nak urgent! urgent! urgent! bonus xde lak nk urgent kan ehhh?

camne nak bahagi2kan tugas kalau setiap member dlm designer team ada deadline masing2..
nak pass kt sapa lg keje tu? nak x nak, kena la tadahkan jugak...
nk mock up 18hb, final design 24hb which kitorang pasti requestor x tolak cuti raya.. *tepuk dahi.
aku sendiri ada deadline yg tahap xleh ampunnya 30hb ni.
x leh ampun meaning, xleh lambat submit design sbb ia merupakan event terbesar skali.
kalau thn2 lepas, design kacang2 je aku bg sbb takat alter dr previous year punya.
skali ms meeting aritu bos ckp, "this time we give a NEW look la.. hoh?" wafetakkk!!! sempat ke otak aku beroperasi?? dgn mood cuti raya nya, nk fikir design baru lg... mesti nk hantar plg cikai 2 design berbeza... aku plak cuti raya seminggu.. maknanya aku ada 5 hari je lg?? kang ada yg kena dtg keje time cuti kang ni... ahhh!!!!

aku perlukan sesuatu!!



PLING!!!!


kan best kalau tetibe benda alah ni muncul depan mata tetiba. *ingat ko dlm iklan O-gawa???!!

aku mmg dh lama berangan nk massager Ogawa. dulu2 ms zaman x sedar diri nak kusi urut dia. *xsedar diri tu x mampu nak membayor~ skang ni cam sedar sket2 laa.. so aku downgrade kan sket.... dr kusi urut, aku beralih ke pengurut mata. heheh..

aku kalau stress mmg byk kerut kat kening. *abislaa kedut dahi ai! kadang2 sampai aku terpaksa tepuk2 kat situ nk kasi lega.. skang ni pun tgh dok kerut2 ni.. erm, itu kira termasuk area mata la gak kannn... campur silau skrin monitor lg. dh la aku ni mmg ada astig.. *nak jugakk justify konon mmg nk kena beli nih... =__='

dengan adanya promosi Ogawa ni, aku rasa inila masa yang dinanti2kan. sebabnya, kalau dgn harga asal dia... mmg takkkkk laa aku nk beli wey... aku malas nk tanya kaler apa yg cantik sbb for sure jawapan korang smer bias kan... memasing kan ada citarasa & warna feveret sendiri kan.. so, aku ikut mana stok yg ada je nnt. *ceh, cam nk g beli esok je gaya...

dekat 75 persen kooooo.... bile lg weyyyy.... aku rasa nnt kismes / raya cine kang ada la kot promosi camni.. tp x pasti la produk yg sama atau x..

apa? deepavali? oh sy x kerja ngan Ogawa, cik.. maaf yer..

Sep 4, 2009

coba kau coba.. renung ke mata aku

...dan kau akan melihat,
ini je yg mampu dipersembahkan dulu.

nk kata sneak preview pun bleh..
ini rasanya hanya sebahagian yg aku nak ceritakan sejak minggu lepas tapi x kesampaian lantaran bebanan keje yg sgt menyesakkan jiwa.
nk pk karangan, gmbr, video.. yes, this time ada video. heheh.

jadi, tungguuuuuu... *kalau nak la..

apakah yang mereka rebutkan sebenarnya?


skodengkah?


sedap & lazat berkhasiat

Aug 27, 2009

ignorance

lama gak x update eh. maklum laa puasa. heheh!

takdelaa siyes bulan puasa ni aku penattt banget. apa taknye..
  1. kena masuk opis awal sejam sebab nk balik kol 5 nye pasal
  2. sampai2 opis terus bergegas buat keje sampai ptg. deadline jemahat nih & ada boaanyak lg keje xsiap. lebih dr 50%! dah la xleh nk stay back!
  3. kena redah trafik jam hari2 masa balik. trafik jam ni mmg tahap hanjeng punye lah! sakit jiwa dowwww.. dgn yg lembab stok konon nak santai2 amik angin ptg lagi, yg mencelah2 mcm dia sorang je nak balik berbuka, yg x reti bg ruang kat yellow box tgh jalan sampai block keta lain nak gerak, yg ter block betul2 depan traffic light tgh2 simpang 4, dan bermacam2 perangai laha manusia2 yg keje kt kl nih.. x campo lg org2 xpuasa yg punnn bergegas nak balik awal gak... yelah, org ada rumah kan... takpe2.
  4. sampai kemarin aku sgt2 stress dgn dugaan2 ini ditambah ngan terik mentari lg... aku terpaksa tepuk2 dahi & between kening utk legakan stress. siyes, x tipu. smlm Tuhan simbah bumi ngan air secukup2nya. ambik obattt...
  5. nak kejor ke pasar romadhon pulak utk family.. pastu kejar balik rumah plak. dh 2 hari aku dgr azan dlm keta. smlm alhamdulillah sempat 2,3 minit. itupun sebab aku x g pasar. tau dh konfem xkan sempat. nasib ada yg baik hati tlg belikan siap2.
  6. nak tido lmbt pun serba salah takut terlajak sahur cam aritu. smpat mkn nasik sejemput jek~ haih....
jd dengan kekangan2 tersebut badan aku sgt lah terasa penat. aritu aku buka ngan air je. penat sgt2. rasa cam mengah lak bwk keta sbb berkejar2. mcm la aku walkathon dr kl ke kjg! kol 9 lebih baru aku berselera nak berbuka secara solo.

anyways, smlm dpt rileks sket & aku amik kesempatan utk melawat bank kegemaran aku utk masukkan gaji. *kalau x penat pun aku g gak. gile ape nak tangguh2 bank in gaji??? dh la kena tggu 3 hari floating...

lps tu g la lepak kat Blues Kopi. salah 1 kopitiam terbaru kt bangi nih. customer x ramai pun. biasala bulan puasa ni, kurang sket yg nk lepak luar mlm2. well, bukan psl kedai tu yg aku nk cite kan sbnrnya.. *gile pjg intro!

sebelah meja aku ni ada sekumpulan customer. aku lupa nk kira brp org total.. seingat aku dlm 4 org kot, plus 1 baby. comel!

aku x amik pot pun apa yg derang borakkan. cuma yg aku agak ter pot-pot menengok asap berkepul2 dari area situ. asap pebenda? apelagi? asap poof poof lah!

ada 2 org yg smoking kt situ. pompan sorang, laki sorang. aku xkisah dgn senario pompan bertudung yg sap-kok nih.. bukan pemandangan yg baru utk aku. yeah, tudung bukan passport utk cop seseorang tu perfek segala segi. agree.

tp rasa naaak je aku sound semangkuk dua kat mangkuk2 tersebut tapi ntah laaa kaki ni mcm terpaku plak. huhu! halasannnn!

neways, walaupun derang letak jari yg mengepit rokok dgn penuh gaya tu kat hujung sudut meja bertentangan ngan baby tu berada, BUT STILL.... apa, igt asap rokok tu cuma bergerak 1 arah je ke? time bercakap hala2 kat baby tu (walaupun selepas anda sap-kok) dgn mulut still bau asap, saki baki nikotin & tar masih lg melekat dlm nafas anda yea.. sila maklum.

bleh tak, lenkali nak g lepak minum tayah bawak baby? kalau xde org nak jaga kan baby kat umah, TAYAH KELUAR. chatting je kat YM ke FB ke MS ke.. mana2lah. kalau betul nk sgt berborak laa...

well, juz my 2 cents. kalau ada aku tersilap fakta kat memana, mintak mahap awal2 la eh. bukan nk ngumpat, cuma nya benda ni common sense je. sepatutnya ikut logik akal fikiran memasing la kan?

adakah ia masih tak tercapai akalmu?

Aug 17, 2009

FAILED: gezutan isnin

Last week aku dpt invitation g tgk movie Orphan kat MV, kan? so aku igt hari tu nak balik awal la sket. dlm pala otak aku dh set, Isnin!

so malam ahad pun aku planning2.. x jadi la balik awal. pekata hafdey je? leh blk umah salin baju skali. tayah la pakai baju keje g movies.. & tayah hadap jem kat tun razak sampai ke bangsar nun..

pagi isnin, aku plan nk btau bos biter mengezut ni. nak EL hafdey la konon. tp sbb bos bizi bona dok kulu-kilir jwb fon sana sini, aku postpone niat. lps meeting je la btau.. sambil2 tu pk alasan apa nak bg. hehe..

meeting pg ni extra stgh jam la plak.. aku dh sangap2 dlm meeting room. tapi dalam sangap2 tu aku tetibe terpikir, ehh premiere screening tu hari apa sbnrnya ehh? aku rasa cam 18. 18 tu isnin kan? aku check diary (ye, mmg aku dh lost date. aku hidup kira ikut hari je..) arini 17~

sebaik meeting setel jek, cecepat aku check email. menggagau cari old mail! bila dh jumpa je aku baca:
You're cordially invited to the Premiere Screening of Orphan happening on;

Date : 18 August (Tuesday)
Time : 9pm
Venue : GSC Mid Valley, Hall 3

deym!! esok ker?!! nasib baikkkk aku x btau bos lg dowwwww! kalau tak, melingkup le aku! and nasib baik la aku x bersusah payah bwk baju spare in case x sempat nk hafdey (bajet workaholic keje byk arr..)! tp kat Geng Jahat aku dh bitau pg2 lg aku nak hafdey rini..

lps lunch td kat sinki, slh sorang Geng Jahat dgn lantang nya bertanya, "so, when exactly u nak EL?" (=___=')

Aug 11, 2009

Dino Iki dan Wingi

semalam masa meeting, hampir penuh page diary aku tulis job2 yang perlu aku setelkan. tapi semalam, selain dari Monday Blues, aku terpaksa spend sehari suntuk mencari sekeping gambar yang kriteria dia alahai sungguh menyeksakan aku. sampai ke hari ni aku dok cari & edit mana yg aku rasa sesuai. sudahnya, besok wat photo shoot kt opis! selesai masalah~

hari ni, dengan mata yg kemengantukan & kerabunan aku cuba untuk wat keje tapi... agh, payah rasanya. smlm tdo sejam dua jer.. x leh tdo, gatal g layan movies. sudahnya, mata aku rabak~ sampai2 opis terus bukak contact lense untuk memudahkan proses pelelapan mata sat2 g.

campur lak ngan sakit kat perut & pinggang, alahai mmg aku rasa nak balik jer~ tp kuar opis kang sure aku sihat semula... faham sgt pe'el ngengada badan aku ni..

Pada yang x faham apa makna tajuk entri aku arini, silala nyanyi sama2 lagu kat bawah ni cam lagu cover version 6th Sense tu.. tp versi jawa. yer, selain minang, aku ada bloodline jawa gak dr sisi ayah. tp sbb byk spend masa kat family belah ibu, so lidah aku x cukup tebal nak speking jawa. faham sesikit & gelak2 tu boleh la..



Kenopo Dewi
Senilagu : J. Mizan
Senikata : Jalil Hamid

Dino iki ku’e tuko guyu
Tersenyum gawek ku seneng
Ku’e hias awakmu
Gawek hati bertambah gillem

Tapi wingi ra'i mu ngrengut
Nang ngopo dewi nang ngopo
Agak’e aku seng salah
Omong ke’ dewi omongke’

Ojo dewi ojo koyo ngono
Guyu guyu lah wae’
Legi, gayah
Ra’i mu bertambah ayu.

waduh... al;rejrjurjrfhdufjxb ufhjhsfdsuf (x leh kecap)

Jul 27, 2009

Farewell, and best wishes!

sejak bile aku kerja kat Raden Pictures? & camne lak org tv ni leh ada email add aku???

hmm.. *scratch!! scratch!! tapi elok gak.. adeeee gak reference aku utk surat benti. panjang berjela lak tuh! kekekeke...

sangap ngap ngap sambil kira rambut

sangapnye harini.. pojek dh nak habis tp xleh smbg update arini sbb tgh migrate data kat website. so kena tunggu esok baru leh buat. nk masuk FB xleh la plak dr pg. igtkan tenet down dr pg td. tp aku masuk website lain, oke jer! haihh... itu sebenarnya punca sangap aku kotttt...

mata ni plak mcm di gam2. mentang2 bos takde. huhu! tp ptg kang mesti dia ada balik ni.. maklumla membawa pulang cek gaji dari HQ. harusla aku tunggu sampai dia pulang! hehehe..

hmm esok lusa kena ingatkan diri sendiri utk g klcc - bukan utk bersoping, tapi utk ke kaunter mebeng. aku nak mintak org tu print kan penyata payment keta. ingat nk wat early settlement la & nk tau brp byk lg nk kena bayar.. maklumla sebulan aku bayor lebih RM5. kakakaka!!! mcm banyak sgt je bayar extra.. ayah dh gelakkan aku siap2 dah arituh.. huhu!

ehhh, laaa dah kol 5?? aku mati2 igt skang ni kol 3. punya la x terasa masa berjalan. stagnant aje... huish.. mana bos ni? jgn smpi opis kol 7, sudah! *tapi td baru teringat, arini belum 28hb lg.. T__T dah la x sedar jam kol brp. tarikh pun aku xsedar! jgn aku xsedar aku lom balik kang, sudah!

tadi tgh ari malas nk kuar makan.. so, makan megi je la. dh lama aku simpan stok megi ni dr minggu lps. megi tomyam. dh lama x makan megi tomyam. aku agak kepelikan sket dgn paket megi yg aku ada ni. gemuk smacam.. tp x pedulikan sangat la.. tp, elok jer aku potong plastik dia, hohh??

sekali 2 paket perencah dia bagi. hambekkkkkkk...

p/s: baru aku perasan, harini aku pakai baju yang sama aku pakai 6 tahun lepas masa mula2 jejak kaki kat kompeni ni!! *tapi opis kt HQ sana la. hehe... ngan tudung2 skali sama! cuma kasut ngan beg je lain.. huhu!! nasib arini bukan anniversary aku kat kompeni..