Showing posts with label lol. Show all posts
Showing posts with label lol. Show all posts

Jul 11, 2011

u crazy ah??

ada contes kt nuffnang ni, kena citer if kita penah lalui saat2 gila-gila remaja (ataupun senjakala) dlm life.. hadiahnya dpt tiket wyg hangover 2. bila baca org lain nye cite, terus aku x jadi join. sbb aku rasa aku nya x la se gile org lain yg curi keta bapak curi beer kt 7E mabuk2 bwk keta ceroboh sekolah main kejar2 ngan pakgad, tertendang shark masa snorkeling, skinny dipping, sesat di kota london sorang2, dll. (sekadar beberapa contoh)

cite gile aku hanyalah merayap di waktu malam persekolahan semasa form 1. atas alasan nk g study bahasa arab kt umh member dgn ayh dia di bulan puasa. tak plak terfikir yg bapak dia g terawih mlm tu. tp siyes, niat mmg nk wat homework bhs arab sambil tanya2 ayah dia.

bila ayah & mak dia xde, kitorang buat gak la mana yg termampu. adala 2,3 soalan latihan tu berjawab. bila masing2 dh blur tanpa arah, maka kami pun menetapkan arah yg sepatutnya di tuju. jalan2 g kedai kt taman sebelah~

kedai runcit kt taman aku mlm2 tutup. lgpun dkt je ngan umh kitorang. x adventure~ so, kitorang pun jalan2 la amik angin malam di bulan ramadhan ke taman sebelah untuk membeli sedikit coklat & gula2. duit yg ada pun x sampai 50sen.

penat berjalan, kami singgah public fon konon nak telefon member.. smua member yg kitorang call xde kt umh masa tu. (g terawih mungkin?) maka kami pun teruskan perjalanan...sampai nk dkt umh aku...

"eh dh smpi umh kita ah.. buku kite kat umh awak.."
"jom la kita amik buku awak dulu, pastu kita borak2 kt sini.jap lg abg razi balik keje.. kite xnak jumpe dia" *abg razi ada lah sepupu dia. dia ckp abg razi minat dia so dia xmo ah jumpe..
"ok, tp nnt mesti abg razi lalu sini bila dia nk balik umah awak,kan..."
"takpe, nnt kita nyorok laa.."

maka kami pun teruskan plan suci kami. borak2 kat tembok depan umh...cite pasal budak lelaki..(hikhik), secret admire, kawan2 kat kelas... pasal artis..err tu je kot? besar mana la dunia budak 13tahun zaman dulu..

tetiba dari kejauhan kami ternampak abg razi balik keje! terus kami masuk halaman rumah & meniarap atas rumput!! takut abg razi nampakkkk.... tapi ketawa terkekeh2.. siap abg tu tertoleh2 cari sape yg terkekeh2 tp xnampak bayang apatah lg batang hidung.

selesai 1 bab..
sambung borak lg.

"eh, kita borak menghadap longkang lah.."
"kenape?"
"nanti kalau ayah kita nampak kita borak2 kt sini, mesti dia soh masuk.... kalau kita hadap longkang, kita leh terjun nyorok dlm longkang ni..."
"haaa... ok2... jom!"

syok2 borak, sambil kepala usya2 porch tetiba aku ternampak kelibat ayah aku kt porch. alamak... terjun!!!!!
syy...diammmm...

"ida! ida! (nama samaran) mane budak ni? tadi aku nampak dia ada kat sini tau...ni, buku dia ada kat sini nih!" ALAMAK, BUKU TERTINGGAL!
"ni mesti dia lari kt blkg rumah ni...nanti dia!!!"

*bisik
"awak, kita takut la.. jom la kita kuar.."
"syyyyy... nnt la dulu.. mak kite tuuu...bg la dia masuk dlm umh dulu..."
"tapi kita pakai baju putih ni.. mesti dia nampak nnt bila dia patah balik dr jalan blkg..."
"haah ek.. jom2 kita kuar skrg.. sebelum dia nampak.."

maka dgn susah payahnya kami memanjat longkang setinggi pinggang utk lari menyelamatkan diri ke rumah member aku. elok je aku jenguk kepala, aku terdengar suara memekik.. '"IDA!!!!!!"

dan serentak dengan itu seorang abang yg sedang menaiki basikal menoleh ke arah kami. dia lah secret admire aku di sekolah.

"oooo ini kerja kau ye... blablablabla" tak payah la aku nk sambung ayat torpedo tu lagi.

selepas puas membebel, mak aku ajak kawan aku makan malam. ayam masak merah tu... tapi dia xde selera nk makan. dia mkn sikit je. aku pun. makan sambil mengalir air mata *harrrr~

sejak malam tu kawan aku terus serik nak dtg rumah aku. kalau lepak rumah pun time mak ayah aku g keje and dia letak slipar dia siap2 kat dapur. bila derang balik keje, berdesup dia lari ikut pintu blkg. kitorang mmg hari2 melepak sesama esp time cuti skolah..

itulah kegilaan pertama dlm hidup aku. kegilaan lain bakal menyusul.

*mungkin sbb aku minat subjek sejarah, sebab tu aku suka blog psl cita lama aje..

Dec 23, 2010

enjit...enjit semut... siapa sakit naik atas....

Budak melayu mana yang tak kenal dgn lagu tu?? Timekasih Kak Limah sayang, sebab aku takkan dengar lagu tu ever the same again.. EVER!! Version Kak Limah memang melekat kat lubang telinga punye lah~ T___T

Bila dah sebut pasal Kak Limah ni, harusla nak cerita pasal movie Mamat Khalid yang terbaru tu..

Bila tengok poster ni, baru le aku tau siapa sebenarnya yg bawak watak Kak Limah nih..

Untuk yang belum tengok, sila la runtuhkan panggung tengok citer ni. Unless anda bukan peminat filem komedi+seram. Sila expect yang seadanya mengikut genre filem. And takyah la nak terkejut bila ada scene menyanyi.. Tak perlu jadi filem muzikal untuk ada scene menyanyi.. Lagipun sedap kot lagu tu, and tak cacatkan jalan cerita pun..

AMARAN KERAS: Andai anda menontonnya utk kali ke-2, 3,4 hatta 5ratus sekalipun sila buka mulut untuk gelak sahaja! Tak payah susah2 explain kat org sebelah apa yg AKAN JADI SETERUSNYA. Kalau mulut dah gatal sangat nk cakap, cakap pelan2 skit boleh tak? Ini orang selang 1,2 seat pun bleh dengar... Memang menyirapppp aje rasa..

Aku geram betul dgn kaki spoiler camni. Eee longkang okey~ Nasib still boleh bersabar. Kalau aku jenis mulut puaka jugak, harus aku pegi kat dia cakap,"Haaa lepas tu apa lak jadi? Ce ceghita!Ce ceghita!"

Oh, lagi satu yg jenis kaki tak boleh dok diam. Asyik nak bergooooooyang aje! Kalau goyang sorang2 je takpe.. Ni diajaknya orang seat depan nak bergoyang sama. Camne dia ajak? Letak kaki rapat kat blkg seat org depan, pastu goncang la kaki tu ikut irama yg digemari. Nescaya orang kat depan pun terasa gegaran nya.

Memang lanch- Goyang sorang-sorang bleh tak? Kite tak minat la nak join... KALAU LAH AKU BERMULUT PUAKA... haaa bleh la nnt aku wat entry psl ni karang2.

Ok, back to Kak Limah.
Aku tak nak rosakkan mood orang yg belum tengok cite ni dgn menyenaraikan scene2 feveret aku. Aku tau, mesti agak ramai gak yg masih kecewa tak dapat tengok citer ni lagi sbb aku tengok show kol 9.30 mlm pun full house.. And jarang la aku kuar2 wayang kol 11 lebih and kat luar tu punya ramai manusia tgh tunggu nak masuk house. Aku saspek ni mesti nak tengok Kak Limah ni sbb banyak muka melayu jer.. Hehe..

So sapa2 nak tengok tu, better gi booking laa untuk mengelakkan kekecewaan. Atau beli awal-awal. Aku yang booking ni pun dapat antara seat2 yang terakhir. Walk-in aku tak tau la camne nasib.

Overall, citer ni mmg lawak & sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi agak2 laa nak bawak anak kecik pun.. Asalkan anak tu reti behave.. Yang dalam stroller tu tinggal kat umah bleh? Kalau takde orang nak jagakan, pandai2 la planning masa. Atau tengok aje kat tv satu hari raya nanti.....

Err aku rasa banyak yg terkeluar tajuk ni. Review nya berapa line je, belen2 nya komplennnn aje.. Huhu! Baeklah, saya akhiri dengan 'Konfem tak rugi duit tiket kamu weh... Citer ni memang KEBABOMMM stok runtuh panggung punyer.... Pasti anda senyum tak sudah bila teringat babak-babak _______ (isi tempat kosong)'

Sila pegi tengok sendiri untuk rasai kegeliannya.

Dec 16, 2010

Singapore: yang best & tak best di mata aku saje sbb aku yang rasa

it's been 4 days since i came back from singapore.. wahh skiping london kau.. mentang2 baru balik singapore. padahal bukan ckp BI sgt pun kat sana.. kalau ckp pun klau bercakap dgn salesperson kat sana / tanya arah jalan! itupun kdg2 diorang reply in BM sbb mmg TAK obvious laaa sangat muka aku ni melayu ke tak, kannn..

kronologi kisah permusafiran aku kat sana nnt2 la aku cite. tunggu gmbr siap cuci dulu.

apa yg aku nk kisah kan kat sini adalah apa yg best sgt singapore tu smpi aku rasa nak g lg thn depan tak kira before/after beli fon baru (itu azam thn dpn. eh, azam ke azab?)
  1. bersih di mana saja kau berada, termasuk di sungai
  2. selamat walau di tgh malam berjalan sorang2 pakai earphone
  3. pedestrian diutamakan. kalau jalan tu ada zebra crossing tp xde traffic light, MANA2 kereta yg tgh jalan kat situ akan berhenti utk bg pedestrian tu jalan dulu. then baru dia jalan balik. takde nak hon2 ke, high beam ke, tekan2 minyak ke ape ke lanch- sekalipun.
  4. kehidupan walau nampak seperti robot *sbb kena jalan laju* tapi still rasa relax (mebe sbb aku bukan nk g keje??) RASA tu lg penting hokey..
  5. escalator dia laju! syok!!
  6. service MRT & bas yg tip-top serta effisien. every 6 minutes sure ada MRT punye. bas pun xde de kena beratur lama2.
  7. kad utk naik MRT & bas yg ala2 touch n go tapi sgt menjimatkan sebab ada rebate bila ko naik bas lps turun MRT. kat sini ada ke tambang bas 1,2 SEN? bukan seploh eh.. SATU!
  8. xde kereta pun xpe sbb dgn MRT & bas boleh gi almost ke mana2
  9. harga makanan kat fast food yg tertera dah masuk govt tax. pembeli leh sediakan duit siap2 before beratur so xde la kes "alamak x cukup duit!" lps place order.
  10. harga brg branded di tempat ala pavillion tapi harga cam kat sogo. perfume murah woi!
  11. 7E dia punye slurpy ada flavour apple & coke blended. shetappppp!!
  12. penjual buah yg ckp,"thank u..see u later" lepas kita beli buah kat dia.
  13. bangunan lama dikekalkan & dipercantikkan
  14. dengar org singapura ckp melayu mcm dialog filem p.ramlee "apa kau bikin di sana?"
  15. oh plg utama sekali..sana ada UNIVERSAL STUDIO beb!!!! sgt rugi if x pegi especially masa muda2 ni.. dh tua2 karang takut  xlarat je nak naik segala tok nenek ride kat sana.. yg dijamin terbaek dr ladang (setakat ni yg aku penah g)
  16. bibik Fajar masak sedap!
  17. biskut choc chip mak ucu terbaek
  18. kemudahan lengkap utk setiap komuniti. 
  19. orchard road di waktu malam!
cuma ada gak beberapa perkara yg buat aku rasa 'alahai' bila kat sana:
  1. takleh makan/minum walau setitik kat stesen & dlm MRT/bas. kalau degil gak sila sediakan at least SD50. so bila tekak rasa gatal & dok terbatuk2 dlm MRT tu, tahan aje laaaaaa labu...
  2. xdpt makan Subway
  3. certain tempat nk amik gmbr tp ramai sgt yg blocking.. bukan la smpi tahap xnak ada org dekat situ tp at least tak de yg block objek yg nak dirakam. kalau takat nampak roda & bumbung aje yg belen2 tu bontot org, nak watpe?
  4. almost 80% org dlm MRT guna iPhone. =( *tekanan* **waktu aku review balik entry ni nuffnang leh lakkk kuarkan iklan iPhone plak kat bwh niiii!! >__<**
ayat paling best di dengar kat sana:
"ahh kirim salam laaa sama nenek kau"
- ucu komen pasal kisah gelang magnetik. 
"tak ada diskaun-diskaun... masuk kandang aje..." 
- aku tanya kazen, saman xleh mintak kurang ke?

and bila ckp pasal singapore mesti nak kaitkan dengan their kiasu-ness kan? hmmmm.... 5days spent, found none. mebe next time? ;)

as for weather, itu yg plg merisaukan aku before jejak tanah temasik itu ari. aku tgk weather forecast, hari2 hujan katanyaaaaaa... bila kat Mustafa Center, siap beli payung, kot2 laaaa tgh2 jalan tetibe zrassssss lencun!

tapi alhamdulillah.. sepanjang kat sana, sekaki payung pun kitorang x bukak sebab cuaca redup2 aje all day.. kalau ada hujan pun kitorang kat indoor so kuar2 aje hujan dah berhenti. pukul 12 pun cam kol 9pg.. camne tak terlajak tido? opps..

ok dah makin melalut. ciao!

Jun 28, 2010

budak gatal ini

tayah usik apa-apa kot....
apatah lg geletek...

inilah contoh terbaik utk pantun 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suke la hatiiiiii....'
tapi mmg tak dinafikan yang si dia ni memang murah senyuman walaupun saat terjaga dari tido....
luv!



background mmg bising dgn suara membuli si abang yang baru dapat set skateboard skali dgn arm, knee & palm guards. topi je takde. abah nya suruh pakai helmet moto jer.. hawaw!!

Jun 22, 2010

CERITABASI [mc part 2]

Sabtu & Ahad memang berkurung kat rumah. Tak kena cahaya matahari langsung. Kepala rasa berat je.. Ini la masanya aku dapat layan tv sepanjang masa. Nak tido baru naik bilik. Heheh.. *Bukan nya nak rehat baring kat katil.. Tapi Ahad tu lps lunch aku layan tido kt katil smpi petang sbb kepala berat gile2.

Isnin bangun2 pagi jer, alahai terasa berat lg kepala ni.. Doktor aritu tak bg ubat sakit kepala.. Oh, lupe nak cakap... Doktor ckp perut aku gassy.. Bila dia stetoskopkan perut aku, dengar bunyi cam ribut taufan kat dalam tu. Konklusinya: Gastrik.

So pagi isnin tu aku g klenet lg mintak ubat sakit kepala +MC lg.. Hehe.. Balik dr klinik, aku malas nk balik rumah. So aku terus g umah mak. Reda skit sakit pala aku layan anak abg Emi yang 2 org tu. Siap aku mandikan lg si budak Irfan tu. Pandai, pilih nak pakai baju MU arinih.. Huhuh! Manja terlebih lak dia dgn aku aritu. Siap kena teman dia main game pc & nyanyi lagu2 mp3 babah dia.. Adoi budak2 jaman sekarang ni.. Baru 3 tahun kot, tapi tau je mana nak klik file game & mp3 mana dia nak dengar.. Siap kalau salah bukak folder, boleh klik Back, g balik kt folder tadi. =____='

Lepak sampai petang, siap bawakkan mak g cari buah sukun kt Kg Sg Balak tapi last2 borong buah lain. Pastu beli sukun goreng kat gerai yang borong buah sukun tadi tu.. Pastu mak soh bawak lak g tgk2 jalan lama ala2 Down the Memory Lane gitu. Dia dah lama kot tak jalan2 dalam ex-kampung dia.. kehkeh.. Katanya jalan tu leh tembus kampung sebelah, tapi sampai2 je situ ada jalan mati jek.. Diorang dah tutup kot, maklumlaa org buat highway kt tgh2 kampung tu.. *Tetibe rindu tahun 80 & 90-an.

Malamnya, g tengok wayang ngan Kechik & Mizi. heheh! Masa ni dah tak sakit sangat dahhhhh... Dinner pun makan hor fun jer kat old town. Janji, selamat untuk perutku. Bosan la melantak bubur je dari jemahat. Tengok cite ape?? Memule nak tgk Karate Kid, tapi penuh lak.. So tgk The A Team. Fuh, terbaekkk siottt.. Rugi sapa tak tengok.. Tak kira la kalau x pernah tgk siri A-Team yang dulu2nya.. Bukan dia wat sambungan dari siri tu pun.. Silalah menonton~

Di bawah ini ialah video 3gp *hah, pk apa tuh?!!]



Mar 5, 2010

disko! disko! Kompilasi Terunggul

Secara tetibe semalam aku teringat lagu-lagu & game yang aku & most kanak-kanak 80s dok nyanyi dulu-dulu. So, aku nak wat kompilasi lah kat sini.. Heheh..

AMARAN: entri ini sangat panjang sebab aku naik syeikh masa menaip.

1.  Ola-oli
Game ni leh main ramai-ramai. Tapi jangan sampai 10 orang lak.. X syok.. Duduk keliling bulatan dulu dannn...
Sep sep sep, tom tom tom..
Ola-oli ku beri nama, saudara saudari, cikebum! cikebum!
Malam-malam minggu, siang-siang hari, disko! disko!
Putih-putih melati, ali babaaaaaa...
Merah-merah jelita, miaw-miawwwwww...
Siapa yang baik hati? Cinderellaaaaa..
1,2,3,4, lama-lama tukar tempat! 
Pastu semua kena jadi patung. Sapa yang gerak/tergelak dulu akan terkeluar dari game. Yang haramjads nyer, abg2 aku kalau main ngan diorang ni, masa kena jadi patung tu laaaa masing-masing akan buat muka senget-mata pandang atas-hidung dikembangkan-tangan buat aksi. Muka memang stok tak leh blah seyhhhh... Saje nak buat org lain terkeluar dulu!

Pastu kalau dia dah terkeluar, dia akan mock balik muka tu kat depan mata kita yang still in the game nih. Tak cukup ngan memek muka, dia akan buat aksi plak.. Memang cam haram!! Hahaha! Bodoh siot.. Tapi best!

2. Ushu
Ushu is ade tishu.. Plis go up and wash ade tishu and come back to theeeeeeeeeee school!
Ni adalah sebutan sejibik sejibun yang kitorang sebut. Biasala lidah bebudak...Tapi aku rasa versi asal dia patut camni la..
Your shoe is a dirty shoe. Please go up and wash your dirty shoe and come back to the school!!
Sebabnye, masa nyanyi ni, semua stok akan hulur kaki yang berkasut (sbb main kat skolah) then semua hujung kasut bertemu. Sorang akan nyanyi sambil tunjuk-tunjuk kat kasut. Satu suku kata mewakili satu kasut. Haa gitew..

Motif kira kasut?? Permainan asas dia cuma main kejar2 aje.. Tapi nak menentukan sape yang kena kejar tu, terpaksala dilakukan secara adil kennn.. So one by one kasut (orang) akan terkeluar, sampai tinggal 3. Yang membawak ke lagu ke-3 dalam kompilasi kita kali ini.. Haha!

3. Lalalitamplom
Memasing akan telangkup 1 tapak tangan. Masa nyanyi ni, tapak tangan tu dok terbalik-terbalikkan.
Lat talilat taili tamplom!!
Sejurus sebut 'tamplom!' semua mesti stop & decide nk terlangkup/tadah tangan.Tangan sapa yang ganjil - orang lain telangkup [hitam], dia sorang tertadah [putih] - maka dia la yang terkeluar. Selagi takde yang ganjil, selagi tu la dok 'Taaaaaaaaaaamplom!' sampai dapat sorang ganjil. Bila dah tinggal 2....

4. O som / One 2 jusss
Ni kira lagu ke har? Sebab 1 line je kan... Kadang-kadang untuk decide sapa yang kena kejar. Kadang-kadang just for the fun of it. And kadang-kadang untuk pilih ahli kumpulan. 2 orang akan berentap, buat simbol batu, burung, air. *Zaman aku ada 3 elemen ni je. Skang dh ada gunting, kertas, ntah apa2 lagi.

5. Polis sentri
Polis sentri, want to jaga.
Polis mati, pencuri jaga!
Haa jaga!!!
Main kejar-kejar gak, Cumanya takyah kira kaki. Just berdiri and sorang akan nyanyi sambil kira. 1 perkataan, 1 orang. Sapa yang kena point tu, haaa dia laa yang jadi polis yang kena kejar segerombolan pencuri. Apalagi, lariiiiiiiiiikkkkk!! Kalau tak nak jadi tukang kejar, sila jadi patung/duduk cangkung (depends pada haritu nak main kejar-kejar patung/kejar-kejar duduk).

6. Jan jala
Paling best main ramai-ramai, seeloknya bilangan pemain mesti genap. Senang sebab kena bahagi 2 ahli kumpulan kang. Mula-mula pilih 2 ibu - seeloknya badan besar/tinggi. 2 ibu ni akan cipta nama untuk masing-masing tapi takleh bitau orang lain. Cam, oren & anggur.

Lepas tu 2 ibu ni akan berdiri secara berdepan, pegang dua belah tangan, pastu angkat tangan membentuk arch. Yang lenlain yang jadi anak akan beratur and pusing2 masuk bawah arch secara gilir-gilir.
Jan-jan jala
Jala itik jala ayam.
Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh.
Panggil Cik Gayah . Makan sirih mulut merah.
Cak lela junjung, cak lela junjonngggg!!!

Bila kat baris akhir tu semua pakat jalan laju-laju bawah arch sebab elok je sampai 'jong' tu, sapa yang ada kat bawah arch tu akan terus kena tangkap & di bawa ke tempat jauh sikit. (kadang2 ibu2 tu saje je sebut juuunnnnn lama2 kasi budak2 gabra!) Pastu dua-dua ibu ni akan bisik nama rahsia memasing kat anak yang kena tangkap tu. "Psst.. nak oren ke anggur??" Si anak ni kena pilih and dia akan berdiri kat belakang ibu yang dia pilih tu. Biasanya dia tak tau sapa oren sapa anggur. Tapi ada gak kes hasutan berlaku.. "Oren laa..." "Jangan, pilih anggur, anggur!" Lepas tu kalau member tu tak pilih dia, majuk... Pui!

Main sampai habis anak. Lepas tu, nak tau sapa menang either sapa paling ramai anak atau main tarik tangan cam tarik tali tu. Buat 1 line kat tanah dulu. Ibu akan pegang pergelangan tangan ibu lagi satu, anak-anak berderet kat belakang pegang pinggang/ tangan dan tarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Setakat ni belum ada kes putus tangan akibat game Jan Jala nih.. Fiu!

7. R.O.C.K.
Ni bukan game baling batu atau rock kangkang eh.. Aku pun kurang peksa nape nama dia ROCK. Duduk dalam bulatan. Bilangan ahli tak kisah. 2 orang pun boleh main. Macam main sep-sep-sep tapi lain sket..  Sebab dia tepuk tangan sendiri. Haha! Tapi tepuk 3 kali je.
Arr Oo Si Kae Rok!
Nama kan.. (clap clap clap)
sejenis... (clap clap clap)
Buah-buahan!  (clap clap clap)
Oren!  (clap clap clap)
Anggur!  (clap clap clap)
Setiap orang kena sebut nama buah, kalau pilih kategori buah-buahan laa.. Nasib la kalau pilih kategori kereta ke, warna ke, planet ke *wahh! cita-cita saintis la tu dia tu.. Main sampai salah orang hilang akal idea nak sebut nama2 tu. Then tukar-tukar la kategori sampai bosan.

8. A.E.I.O.U
Ni pun tak sure leh jadi lagu ke tak? Basically, pilih sorang untuk 'jadi'. Aku taktau ape nama karakter ni.. Tapi kalau budak tu kena, bebudak lain akan sebut, "haaa jadi! jadi!"

Dia akan berdiri membelakangkan bebudak lain. Yang lain berbaris kat belakang. Sambil dia sebut A.E.I.O.U. tu, dia akan jalan pelan-pelan ke depan. Bebudak lain, follow je. Elok je dia habis sebut U, dia akan toleh belakang, and bebudak lain semua kena stop & jadi patung. Haa yg kat depan tu kena berusaha sehabis daya untuk buat diorang bergerak tanpa menyentuh diorang. Buatla muka bodo ke aksi spastik ke ape ke janji diorang ketawa atau tergerak. 1 by 1 kena buat. Sakit gak weh. Kadang-kadang habis daya dah nak buat.

9. Malam yang sepi
Ni paaaaling famous kot lagu dalam 'album' nih.. Sangat senang nak nyanyi & tak ada game pun apatah lagi rule. Biasanya main sambil sep-sep-sep. Kat hujung sukukata rangkap yang berulang, tangan pun sep-sep kat tempat sama.

Lagu ni kisah tentang Pak Mat yang gigih meniaga & menguji kekreatifan penyanyi untuk sambung rangkap yang rhyme dengan baris sebelumnya.
(Sep-sep-sep, tom-tom-tom)
Malam yang sepi-pi-pi
Pak Mat jual topi-pi-pi
Topi nya koyak-yak-yak
Pal Mat jual tempoyak-yak-yak
Tempoyak nya basi-si-si
Pak Mat jual nasi-si-si
Nasi nya enak-nak-nak
Pak Mat jual anak-nak-nak
Anak nya hilang-lang-lang
Pak Mat jual gelang-lang-lang
Gelang nya patah-tah-tah
Pak Mat jual getak-tah-tah
Getahnya putus-tus-tus
Pak Mat terus mampus-pus-pus! *ni sebab abg aku dh xde idea nk nyanyi~
Ini version yg aku nyanyi. Orang lain nyanyi mebe ada version diorang sendiri. Bukanke lagu ini untuk menguji kekreatipan bebudak...? So, sukati korang laa nak sebut apa pun. Janji tak de yang berulang & rhyme.

Haa siap dah album kompilasi aku. Jangan tanya sapa penulis lirik & pencipta lagu. Sesungguhnya aku tak tahu!!

10. Mentadak mentadu
Oh ada lg 1 game bodo sket..
Mentadak mentadu macam mana [nama] tido?
Pastu gelak gila-gila sebab bayangkan budak tu tido sama cam aksi mentadak mentadu tuh~ Ada yang tertonggek, ada yang kaki terangkat sebelah.. dll.

Bengong kan? Tapi, best! :)

Feb 26, 2010

abah 2

Pagi tu langit baru nak jadi biru.. Cuaca agak sejuk tapi ahh dah biasa. Lepas minum air secawan & makan roti canai home-made, aku masuk bilik touch up rambut. Tak lama lepas tu abah masuk nak sikat rambut. Rambut dia sisir rapi guna Brylcream. Berkilat jadinya.

Aku terus pegi lepak kat pintu rumah capai stokin & kasut. Enjin kereta dah hidup. Kitorang masuk kereta & duduk tunggu abah masuk. Abg Aji duduk depan. Aku, Abg Emi & Iwan duduk belakang. Abg Aji pasang radio. Radio apa lagi? Radio 1 Kuala Lumpur la.. Time tu THR pun tak wujud lagi~

Sebelum sampai sekolah, abah sempat singgah opis dia dulu. Aku rasa dia nak punch card kot. Tak terfikir lak nak tanya dia masa tu. Dari koridor pejabat, abah jalan slow-slow sambil hisap rokok. Maintain cool & macho. Lagu Search baru je habis...
'Tut, tut, tuuuttttttt... Pukul 7.30 pagi. Inilah berita disampaikan oleh Siti Hawa Majid. Assalaamualaikum!'

*Haaa sapa ingat?

Kitorang adik beradik dok tengok jam. Hmm mesti perhimpunan dah start nih... Pasrah. Huhu!

Pukul 1.05 petang, sebaik loceng sekolah berbunyi by default semua budak-budak akan berlari keluar kelas. Dari jauh aku dah nampak keta abah kat dalam kawasan sekolah. *Zaman tu keta parents leh parking dalam sekolah lagi. Bas je laa tak boleh masuk.. Lepas tunggu semua masuk, zassss balik umah untuk makan! Semua akan bukak baju sekolah and duduk bersila keliling lauk. Dan sesi mengutuk-bergaduh-sambil-makan akan bermula. Di selit dengan bebelan mak suruh makan cepat sebab kena mandi & gi skolah agama plak lepas tuh!

***********

Kadang-kadang kalau musim hujan, pekan Kajang akan banjir kat certain area.
So kalau sekolah ptg, lepas pikap abah akan bawak kitorang lepak Restoran Champion makan mee hailam ramai-ramai tengok banjir. Haha!
Motip? Entohhh.. agaknya jalan nak balik tu tenggelam lagi kot...
Kitorang peghak cam tak penah tengok banjir. Padahal umah sendiri pun dok banjir jugak..

Aku tatau la abah ni dulu kerja apa.
Tapi dulu dia g keja pakai sut yang macam pegawai daerah tu..
Tapi abah memang bukan DO. Baju je ala2. Haha!
Abah keja kat JPS. John Player Special. kakaka!! Tu rokok la!
Jabatan Parit & Saliran...
Kadang-kadang kol 10 ke 11 ke abah singgah balik umah naik jip JPS. Minum jap pastu g wat keje. Tengok site kot..
Selalu aku berangan, bila laa abah nak bawak balik jip tu.
Bleh aku merasa g skolah naik jip plak! Huhu!

Hmm aku tatau la camne nak end entry nih.

Just that kadang-kadang aku still mimpikan arwah. Paling aku ingat kitorang cam 'reunion' siap hepi-hepi smer. Time nak berpisah, semua pakat salam-salam. Time aku salam, aku nangis gila-gila, sampai aku rasa aku salam dengan angin jer. Cam tangan dia perlahan2 jadi invisible. Huhu! Gile drama!

Kalau dia ada lagi, mesti dia hepi sebab cucu-cucu dia dah bertambah ramai.. Sure spoilt bebudak tuh!
Arwah Zikri pun, sure dah Form 4 skang. Tapi apa nak buat.. Tuhan lebih sayangkan mereka.
Kalau tak silap aku, dalam sebulan/2 bulan kot, kitorang buat 2 funerals.

Orang kata, orang dah takde usah dikenang-kenang.
Tapi aku rasa salah la...
Kita patut ingat kat dia selalu so that kita tak lupa untuk sedekahkan al-fatihah untuk dia & ingat segala memori yang pernah wujud.
Bukanla ingat semata-mata untuk menyesali/menyalahkan takdir.
Kalau kenang untuk kebaikan, tak salah,kan?

  [cik khalid, abah, yg terselit kt bawah tu abg aji, ibu, blkg pinggan keropok tu aku, busu, abg ijam, abg emi, mak.]
:p

Feb 24, 2010

rekod

Kelmarin aku godek-godek clear folder carik sijil-sijil lama.
Tengok balik result exam dedolu, alahaiii tipah.. Apesal laa aku tak rajin sikiiiiit je lagi?
Result takat cukup-cukup makan doww..
Tengok budak-budak peksa skang, Dean List tu dah macam overrated la plak..
Aku dulu kt kolej, tak tau langsung psl kewujuan DL nih.. Siyes!
Masa nak SPM, paper Lukisan Kejuruteraan, aku study selak-selak je. Padahal patut practise drawing.
Itupun buku orang aku pinjam sehari dua b4 paper.
Buku aku hilang ntah sapa curik.
Paper tu plak 1 sekolah amik, so memang takde can la aku nak pinjam sebab bebudak lain sure nak pakai gak kan...

Aku rasa masa sekolah rendah je aku rajin belajar.
Tiap-tiap tahun amik hadiah.
Paling best masa darjah 4 kat skolah kebangsaan dapat no.2 & best student utk paper Agama.
Fuh, bangga sey... *No 1 memang tak dapek arr sbb Sean Tan si genius skolah 1 kelas ngan aku. Dia maths dapat 100 woo!
Ye laa, masa tu belum kenal 'dunia'.
Malam-malam tak leh tengok tv. Study / buat homework.

Cuma masa aku darjah 5/6/form berapa tah kot aku & adik aku curi-curi tengok tv kat bilik ibu malam-malam.
Bila dengar bunyi tapak kaki, bercelapak sorang sembunyi dalam bilik air!
Sorang lagi pandai-pandai ko buat alasan bila bertembung kat pintu bilik!


Eh, aku bukan nak cite pasal ni sebenarnya.. tapi apa yang aku jumpa kat salah 1 folder tu.
Dah kuning dah kertas-kertas dalam tuh..
Terbeliak biji mata aku bila aku keluarkan kertas & kad-kad tuh..
Pastu gelak sensorang. keh keh!!

Sapa sangka akan berjumpa kad rekod murid masa sekolah rendah? *cantik tulisan cikgu aku, Ms Lee. Aku ada cerita pasal dia gak, tapi nanti lah! Siap ada 'Jauhnya ke Sekolah:' lagi... Kad sekarang camtu lagi tak?

Haaaa ni kalau cikgu masuk kelas bawak kad hijau ni, konfem 1 kelas menggigil takut. Tempat check gigi (siap ada kusi dia bawak skali) adalah kat bilik guru. Asal member masuk kelas, mesti sebok tanya, "camne? ada cabut tak? sakit tak?" Pastu ada tulis gred gigi memasing. Sapa yang dapat A, akan dapat "woaaaaaa.." dari rakan-rakan.

Rekod berat & tinggi sepanjang 6 tahun sekolah. Aku pelik laa nape masa darjah 5 cikgu aku tak tulis. Mebe sebab ada pertukaran guru kelas so cikgu tu terlupa nak buat??? Tapi masa darjah 6 memang ketara berat aku susut. Apsal ah? *Atau sebenarnya masa darjah 4 ketara berat aku naik??

Haa ni budak lelaki bleh la urut dada. Yang pompuan? Terkebil-kebil bila cikgu cakap WAJIB! Penah dengar tak, abang2 / kakak2 korang cerita pasal BCG nih? Doktor bila nak cucuk tu, dia bakar dulu jarum tuhhh... Abang aku laaaa salah sorangnya! Tah zaman mana dia kutip citer tu tah.. Geram tul aku.. Bila nak kena Rubella ni pun, hofkos aku pikir kaedah yang sama sbb masa tu lom kena BCG lagi..=___='

Ni zaman masa otak masih suci murni. Tak reti nak fikir alasan untuk ponteng sekolah. Tapi aku pernah ponteng sekolah agama bila petang tu takde orang kat rumah. Esoknya aku btau ustaz aku 'kena jaga rumah' sebagai alasan untuk tak hadir semalamnya. Ustaz Jamal cakap, "Kenapa? Rumah tu lari ke kalau awak tak jaga?" Zassss! Kena sebat kat tangan! (Ok aku tipu. Aku kena sebat sebab taktau jawab soalan fiqh. hehe..)

Ini la cita-cita yang paling kelakar aku pernah dengar. JURUTAIP???? what the efffff?? Gile murni cita-cita aku weh.. Guru, doktor, semua-semua tu memang tipikal laa semua budak-budak akan jawab camtu. Tapi jurutaip???? Ni mesti terpengaruh drama tv nih tengok orang guna mesin taip macam layannn je kan. Hasil nya? Ni haaa.. Blogger tegar! First choice lagi kauu.. Macam laaa kerja tu boleh dapat kalau takat pilih2 macam apply UPU, kan... Note: tu semua cikgu yang tulis kan. Bila cikgu panggil nama, kita gi kat meja dia and jawab soalan dia. Takde makna budak darjah 3 tulisan cantik camtu.. *Nasib baik masa darjah 1 cikgu tak tanya. Aku takleh bayang ape aku jawab!!

Hmm lately ni byk lak entry mengimbau kenangan lama.. hahah!
Biarlah, asalkan bahagiaaaa..

Jan 12, 2010

Guru itu pekerjaan mulia

Malas nak tunggu Teacher's Day semata-mata untuk post benda ini.




 Kalau ada yang dapat translate maksud sebenar karangan ini, aku belanja makan. Heh!

1 word from me: Kantuik wa'ang!



Dec 9, 2009

di atas normal

Pernah dengar lagu Alif Sattar? Yang pernah dia nyanyikan semasa final OIAM dahulu...
Khayal, Tak Dapat Dikawal
Rindu Makin Tebal
Sejak Mula Kenal

Hari ini bukan nak bicara soal rindu sejak mula berkenalan, tapi soal pokoknya ialah tentang 'khayal'.
Beberapa insiden yang telah terjadi hari ini, mungkin disebabkan oleh fenomena khayal ini..

I. Simpang
Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja aku harus menghantar adik ke MATRADE di Jalan Duta. Mula-mula agak berat hati sebab perlu bangun lebih awal (dia punch in 8.30 & aku 9.30) & mengenangkan kondisi trafik Jalan Istana - Jalan Duta setiap pagi. Tapi, hikmah di sebaliknya adalah aku berpeluang untuk tiba ke ofis lebih awal daripada biasa juga. Hari pertama aku hantar dia, aku sampai ofis 1 jam setengah lebih awal! Hari kedua, sejam awal. Tapi sekarang, sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pada orang lain, aku tak pasti. Tapi pada aku, itu sudah cukup memberangsangkan. 

Oh, sudah lari tajuk nampaknya! Begini, dari Jalan Duta ke MATRADE aku harus tempuh 3 traffic light. Dan selalunya setiap kali aku tiba, pasti lampunya merah. Tapi hari ini, traffic light pertama, hijau. Kedua, merah. Yang ke-3 aku tak perasan tapi pastinya hijau sebab aku terlalu ralit mendengar ulasan Dina di ERA tentang Din Beramboi & peserta-peserta lain di Pertandingan Makan Roti Canai Terbanyak Secara Sopan sehingga aku sedar2 sudah berada di simpang T yang sebelum ini aku tak pernah lalu! Rupa-rupanya aku terlepas simpang ke MATRADE. Aku fikir aku dah salah jalan tadi. Phew~ 

Eh, bukan aku saja yang khayal. Co-pilot di sebelah pun tak boleh diharap. 2 x 5..

II. Pintu
Masuk ke MATRADE, seperti biasa menuju ke East Wing, tapi baru saja tiba di West Wing,
Adik: "Eh kat sini lah!" Aku macam, haaa? sejak bila?  
Adik: "Orang memang kat sini la.. " tetapi kemudian, "Eh, ni East ke West?"
Aku: "Hoiiii.. ni West lahhhh... East belum sampai lagiiii!!"
Adik: "Eh, hahahahahaha!"

Haih... apalah nasib dapat adik yang semulajadi sengal...

III. Ayah
Hari ini bawa bekal seperti biasa. Alah, cekodok aje. Habiskan stok pisang di rumah. Masa masukkan dalam plastik, ayah charge "3 ringgit!" E'eh.. kedekutnya.. x sampai 10 ketul pun... "3 singgit.." selamba aje dia. Lebih sikit dari Mail si 2 Singgit tu.. 

Sampai di ofis, sambil buat kerja, makan la cekodok. Tiba-tiba ada sesuatu yang rasanya aneh & kenyal. Cukup aneh sehingga aku terpaksa meluahkan keluar. Sewaktu itu aku sudah cuak habis! Kelihatan sesuatu yang merah & panjang-panjang. Getah??? Ini macam getah pengikat plastik tepung gandum aje! Macam mana boleh ada dalam cekodok??!! Haih... Nasib baik dia ayah aku! Kalau beli kat kedai, seharusnya aku sudah pangkah besar-besar! *yer, cekodok tu ayah yang bikin.. 

Hari ini memang hari yang penuh khayalan kah??