Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Jul 11, 2011

u crazy ah??

ada contes kt nuffnang ni, kena citer if kita penah lalui saat2 gila-gila remaja (ataupun senjakala) dlm life.. hadiahnya dpt tiket wyg hangover 2. bila baca org lain nye cite, terus aku x jadi join. sbb aku rasa aku nya x la se gile org lain yg curi keta bapak curi beer kt 7E mabuk2 bwk keta ceroboh sekolah main kejar2 ngan pakgad, tertendang shark masa snorkeling, skinny dipping, sesat di kota london sorang2, dll. (sekadar beberapa contoh)

cite gile aku hanyalah merayap di waktu malam persekolahan semasa form 1. atas alasan nk g study bahasa arab kt umh member dgn ayh dia di bulan puasa. tak plak terfikir yg bapak dia g terawih mlm tu. tp siyes, niat mmg nk wat homework bhs arab sambil tanya2 ayah dia.

bila ayah & mak dia xde, kitorang buat gak la mana yg termampu. adala 2,3 soalan latihan tu berjawab. bila masing2 dh blur tanpa arah, maka kami pun menetapkan arah yg sepatutnya di tuju. jalan2 g kedai kt taman sebelah~

kedai runcit kt taman aku mlm2 tutup. lgpun dkt je ngan umh kitorang. x adventure~ so, kitorang pun jalan2 la amik angin malam di bulan ramadhan ke taman sebelah untuk membeli sedikit coklat & gula2. duit yg ada pun x sampai 50sen.

penat berjalan, kami singgah public fon konon nak telefon member.. smua member yg kitorang call xde kt umh masa tu. (g terawih mungkin?) maka kami pun teruskan perjalanan...sampai nk dkt umh aku...

"eh dh smpi umh kita ah.. buku kite kat umh awak.."
"jom la kita amik buku awak dulu, pastu kita borak2 kt sini.jap lg abg razi balik keje.. kite xnak jumpe dia" *abg razi ada lah sepupu dia. dia ckp abg razi minat dia so dia xmo ah jumpe..
"ok, tp nnt mesti abg razi lalu sini bila dia nk balik umah awak,kan..."
"takpe, nnt kita nyorok laa.."

maka kami pun teruskan plan suci kami. borak2 kat tembok depan umh...cite pasal budak lelaki..(hikhik), secret admire, kawan2 kat kelas... pasal artis..err tu je kot? besar mana la dunia budak 13tahun zaman dulu..

tetiba dari kejauhan kami ternampak abg razi balik keje! terus kami masuk halaman rumah & meniarap atas rumput!! takut abg razi nampakkkk.... tapi ketawa terkekeh2.. siap abg tu tertoleh2 cari sape yg terkekeh2 tp xnampak bayang apatah lg batang hidung.

selesai 1 bab..
sambung borak lg.

"eh, kita borak menghadap longkang lah.."
"kenape?"
"nanti kalau ayah kita nampak kita borak2 kt sini, mesti dia soh masuk.... kalau kita hadap longkang, kita leh terjun nyorok dlm longkang ni..."
"haaa... ok2... jom!"

syok2 borak, sambil kepala usya2 porch tetiba aku ternampak kelibat ayah aku kt porch. alamak... terjun!!!!!
syy...diammmm...

"ida! ida! (nama samaran) mane budak ni? tadi aku nampak dia ada kat sini tau...ni, buku dia ada kat sini nih!" ALAMAK, BUKU TERTINGGAL!
"ni mesti dia lari kt blkg rumah ni...nanti dia!!!"

*bisik
"awak, kita takut la.. jom la kita kuar.."
"syyyyy... nnt la dulu.. mak kite tuuu...bg la dia masuk dlm umh dulu..."
"tapi kita pakai baju putih ni.. mesti dia nampak nnt bila dia patah balik dr jalan blkg..."
"haah ek.. jom2 kita kuar skrg.. sebelum dia nampak.."

maka dgn susah payahnya kami memanjat longkang setinggi pinggang utk lari menyelamatkan diri ke rumah member aku. elok je aku jenguk kepala, aku terdengar suara memekik.. '"IDA!!!!!!"

dan serentak dengan itu seorang abang yg sedang menaiki basikal menoleh ke arah kami. dia lah secret admire aku di sekolah.

"oooo ini kerja kau ye... blablablabla" tak payah la aku nk sambung ayat torpedo tu lagi.

selepas puas membebel, mak aku ajak kawan aku makan malam. ayam masak merah tu... tapi dia xde selera nk makan. dia mkn sikit je. aku pun. makan sambil mengalir air mata *harrrr~

sejak malam tu kawan aku terus serik nak dtg rumah aku. kalau lepak rumah pun time mak ayah aku g keje and dia letak slipar dia siap2 kat dapur. bila derang balik keje, berdesup dia lari ikut pintu blkg. kitorang mmg hari2 melepak sesama esp time cuti skolah..

itulah kegilaan pertama dlm hidup aku. kegilaan lain bakal menyusul.

*mungkin sbb aku minat subjek sejarah, sebab tu aku suka blog psl cita lama aje..

Feb 1, 2011

HUKUMAN

dulu2 masa kecik mesti sll kena bantai kan? tak dgn mak ayah, ngan cikgu kat sekolah..
  • bgn lambat, tapak kaki kena libas ngan hanger
  • rotan? x igt psl ape sbb dh terlalu byk sebab!
  • tali pinggang sbb degil
  • borak dlm kelas, sama ada kena baling ngan kapur / feather duster kain yg bentuk oval tu. berbedak muke kau dgn serbuk kapur!
  • salah jawab / x tau jawab: berdiri atas kerusi, kalau kali ke-2 x dpt, naik atas meja.
  • lps sesi soal-jwb habis, belen2 yg masih berdiri silakan tadah tangan. sebat ngan pembaris kayu kuning yg pjg sedepa itu. klu nasib baik, dpt permukaan lebar. kalau tak, sebat ngan sisi pembaris tu. rasainnnn!
  • oh ni baru dpt TAU dr cuzzie, naik kaki atas meja ustaz (tayang tapak kaki kt dia) whoosh!!! sebat kau! nasib x terkencing dlm seluar~ (biasanya pompuan terselamat dr hukuman camni.. =P)
  • piat telinga
  • pelempang. penah member dapat cop tangan merah kt pipi dia..
  • cubit
  • ni lelaki je kena. tarik side burn
  • libas ngan hos getah kalau malas mandi
  • ketuk ketampi depan kelas
  • berdiri kat luar (eh ni kategori bantai ke?)
ahh xleh igt dah! kejam ke??
itulah yg menjadikan kami, ORANG!

Dec 16, 2010

Singapore: yang best & tak best di mata aku saje sbb aku yang rasa

it's been 4 days since i came back from singapore.. wahh skiping london kau.. mentang2 baru balik singapore. padahal bukan ckp BI sgt pun kat sana.. kalau ckp pun klau bercakap dgn salesperson kat sana / tanya arah jalan! itupun kdg2 diorang reply in BM sbb mmg TAK obvious laaa sangat muka aku ni melayu ke tak, kannn..

kronologi kisah permusafiran aku kat sana nnt2 la aku cite. tunggu gmbr siap cuci dulu.

apa yg aku nk kisah kan kat sini adalah apa yg best sgt singapore tu smpi aku rasa nak g lg thn depan tak kira before/after beli fon baru (itu azam thn dpn. eh, azam ke azab?)
  1. bersih di mana saja kau berada, termasuk di sungai
  2. selamat walau di tgh malam berjalan sorang2 pakai earphone
  3. pedestrian diutamakan. kalau jalan tu ada zebra crossing tp xde traffic light, MANA2 kereta yg tgh jalan kat situ akan berhenti utk bg pedestrian tu jalan dulu. then baru dia jalan balik. takde nak hon2 ke, high beam ke, tekan2 minyak ke ape ke lanch- sekalipun.
  4. kehidupan walau nampak seperti robot *sbb kena jalan laju* tapi still rasa relax (mebe sbb aku bukan nk g keje??) RASA tu lg penting hokey..
  5. escalator dia laju! syok!!
  6. service MRT & bas yg tip-top serta effisien. every 6 minutes sure ada MRT punye. bas pun xde de kena beratur lama2.
  7. kad utk naik MRT & bas yg ala2 touch n go tapi sgt menjimatkan sebab ada rebate bila ko naik bas lps turun MRT. kat sini ada ke tambang bas 1,2 SEN? bukan seploh eh.. SATU!
  8. xde kereta pun xpe sbb dgn MRT & bas boleh gi almost ke mana2
  9. harga makanan kat fast food yg tertera dah masuk govt tax. pembeli leh sediakan duit siap2 before beratur so xde la kes "alamak x cukup duit!" lps place order.
  10. harga brg branded di tempat ala pavillion tapi harga cam kat sogo. perfume murah woi!
  11. 7E dia punye slurpy ada flavour apple & coke blended. shetappppp!!
  12. penjual buah yg ckp,"thank u..see u later" lepas kita beli buah kat dia.
  13. bangunan lama dikekalkan & dipercantikkan
  14. dengar org singapura ckp melayu mcm dialog filem p.ramlee "apa kau bikin di sana?"
  15. oh plg utama sekali..sana ada UNIVERSAL STUDIO beb!!!! sgt rugi if x pegi especially masa muda2 ni.. dh tua2 karang takut  xlarat je nak naik segala tok nenek ride kat sana.. yg dijamin terbaek dr ladang (setakat ni yg aku penah g)
  16. bibik Fajar masak sedap!
  17. biskut choc chip mak ucu terbaek
  18. kemudahan lengkap utk setiap komuniti. 
  19. orchard road di waktu malam!
cuma ada gak beberapa perkara yg buat aku rasa 'alahai' bila kat sana:
  1. takleh makan/minum walau setitik kat stesen & dlm MRT/bas. kalau degil gak sila sediakan at least SD50. so bila tekak rasa gatal & dok terbatuk2 dlm MRT tu, tahan aje laaaaaa labu...
  2. xdpt makan Subway
  3. certain tempat nk amik gmbr tp ramai sgt yg blocking.. bukan la smpi tahap xnak ada org dekat situ tp at least tak de yg block objek yg nak dirakam. kalau takat nampak roda & bumbung aje yg belen2 tu bontot org, nak watpe?
  4. almost 80% org dlm MRT guna iPhone. =( *tekanan* **waktu aku review balik entry ni nuffnang leh lakkk kuarkan iklan iPhone plak kat bwh niiii!! >__<**
ayat paling best di dengar kat sana:
"ahh kirim salam laaa sama nenek kau"
- ucu komen pasal kisah gelang magnetik. 
"tak ada diskaun-diskaun... masuk kandang aje..." 
- aku tanya kazen, saman xleh mintak kurang ke?

and bila ckp pasal singapore mesti nak kaitkan dengan their kiasu-ness kan? hmmmm.... 5days spent, found none. mebe next time? ;)

as for weather, itu yg plg merisaukan aku before jejak tanah temasik itu ari. aku tgk weather forecast, hari2 hujan katanyaaaaaa... bila kat Mustafa Center, siap beli payung, kot2 laaaa tgh2 jalan tetibe zrassssss lencun!

tapi alhamdulillah.. sepanjang kat sana, sekaki payung pun kitorang x bukak sebab cuaca redup2 aje all day.. kalau ada hujan pun kitorang kat indoor so kuar2 aje hujan dah berhenti. pukul 12 pun cam kol 9pg.. camne tak terlajak tido? opps..

ok dah makin melalut. ciao!

Oct 27, 2010

Himpunan Kisah Tragis - updated panjang

I cared & thought too much about others when they actually said, "like i care~" on my face..

Bukan nak undang simpati, cuma sekadar nak luah emosi.
Nak cakap kuat2, aku tak larat.
Niat hati nak gembirakan diri, tapi yang jadi..... agak pahit nak dikongsi.
Dari rumah membawak ke pejabat, semua tapau kasi sebat.

2,3 minggu kebelakangan ni aku rasa memang minggu ujian untuk aku la..
tekanan datang dari semua arah, sampai aku rasa terhimpit, terhenyak, segala terrr lagi ada.
sampai jerawat pun leh lak naik kat muka bertambah2 sebal kat dada.
hari2 aku rasa macam taknak gi mana2 aje...

ni apehal tulis macam pantun ni????
aku ada banyak hutang cerita nak dikemaskini
tapi pressure punya pasal, aku gumpal2kan jadikan 'berndek' (berita pendek)
aku kena lebihkan sabar, kalau tak macam2 cacian & makian terhambur keluar termasuk ____dek!

kisah 1
terasa nak makan western, to be specific.. pasta. maka terus ke kedai yg namanya ada perkataan 'itali'. 1st time pergi, sebab bulan puasa asyik penuh je kedai tu. excited ni. tengok menu, mana spaghetti? mana pasta? mana pizza? yg ada segala macam mee-mee, nasik-nasik, lauk-lauk, nasi ayam yang 'best in town' katanya, paling2 western pun fish n chip & chicken chop kalau aku x silap. demmmmmmit! apakah relevannya kau letak nama kedai ada perkataan itali kalau xde 1 pun makanan dari itali????? adakah sebab kau pernah belajar kat sana/melancong/sebab mee tu macam tali rupa dia? oh lupa, 'best kept secret' juga tagline nasi ayam nyer.. hmmm secret sgt. oleh itu aku xkan bgtau nama kedai ni apa.

kisah 2
masih tentang kedai. eden torai kodai baru bukak 1 hari. harapannya servis shud be tip top. maklumlaaa nak impress baek punya. order dah betul dah. TETAPI nasi kukus yg sejuk, nasi ayam sejuk+takde bentuk (mcm ko senduk2 dari periuk jer) dan roti stim susu yang juga sejuk. pernah tengok org makan roti stim yg baru sampai di meja, celup ngan teh o panas?? teh o tu pun lagi panas dari roti tu. tak campur lagi hati yg hangat ni. terus panggil waitress, komplen pasal nasi dulu sbb roti tak sampai lg. ssh agaknya nak 'stim' roti. dia mintak maaf & cakap akan improve. said thanx to us. bila nak bayar, komplen pasal roti plak. aku tanya dulu, roti tu roti pagi tadi ke?? sebab sejuk keras roti kau. oh, dia nafikan. "kita baruuu aje stim." kondifen gile muke nya. pakkal aku dh habiskan. (bodo. patut tinggalkan aje) takpe la. kasi can itupun selepas ditarbiah oleh kami. sebelum keluar kedai kami terdengar,
"tak nak try ke nasi lemak kitorang? sedap tau...." 
hengkau dah bg aku makanan sejuk & tak sedap, ada hati lagi nak suruh aku beli pulak nasi lemak?? mentang2 bg diskaun 90 sen.. *pengsan~ btw, aku x ckp camtu.. x cukup gengster lg.

kisah 3
waktu dalam lif nk turun ke bawah balik keje, aku raba2 beg cari kunci kereta. hmmm xde? atas meja kot? dah sampai G, aku tekan 12 balik. check2 meja, selak sana sini, takde jugak laa... termangu... takkan lah...- terus call member bermotor, "tlg tengokkan kereta aku ada lagi ke tak..." sampai2 bawah, dia call...
"ko park mana?"
"tempat biasa la.. $4 tu.. "
"kat belah mana?"
"tepi tu la.. mcm biasa"
"takde pun... plate?"
"******7, [model keta]" (habis glem la kau nak sorok plate & jenis keta. camhebat la keta tu?)
"takdeeeeeeee....."
"oh mennnnnn... aku..- aku..-"
*bunyi cengkerik*
"akhakhakhakhakha"
"baaaaaaaaaa- "
"kunci ko ada dlm keta ni haaa... gile lah!"
"tunggu situ!"

kisah 4
saje try resepi baru. sedang berkungfu di dapur sorang2, tetibe kaki terasa sangat [susah nak explain] tengok kat bawah sikit dari tumit, kat area kulit lembut ada sebatang PENCUNGKIL GIGI telah tersemat kemas tercacak di situ. demit~ siapa tabur2 kat kain lap kaki nihhhh.... sampai sekarang aku berjalan jengket sebelah. sakit!

kisah 5
oh jgn la buat aku start cite pasal keje, sebab tekanan dia sgt hebat melantun2 mcm job'shit' yg masuk macam air pancut kat KLCC juga rupanya. sampai aku nk jengah blog member2 pun x dan. update fb pun time pagi je. haiz... mungkin di next entry kot.

kisah 6
walaupun bukan peminum tegar horlicks, tapi aku rasa aku ada jugak tempias 'holic'2 ni skit - onlineshopaholic. pantang aku tgk website itu & ini update, aku segera pilih item & send order form. tp skang aku berjaya stop [sebab kedai tu rest kejap update stok =(] lgpun ada 1 lg kedai tu hantar brg aku dekat 3 minggu baru nak sampai~ padahal dalam mesia je punnnn.. janji seminggu plg lama. brg yg aku order kendian dr dia, laju lak sampai. aku order before end of syawal aritu kottttt... konon nk pakai ms g open houses... harammmm... terus aku majuk takmo beli kat dia dah. *macamkan tokey tu nak heran! minggu ke-2, ckp terlupa nk htr & dah put aside brg2 aku. haritu jugak akan htr, lusa dapat. harammmm lg. kdg2 sabar pun makan diri gak kan... cubalaa nk faham situasi dia, walau sebenarnya aku kurang faham. tapi aku pun dah takde mood nk pakai barang dia, so lantak la bila nak hantar pun.... the next week baru dapat, itupun 1 item xde sbb dh sold out katanya. time mintak aku byr dulu xde pun ckp sold out. mesti part 'i dah put aside ur order' tu kisah dongeng si pari-pari je kan?

kisah 7
terkini! kala aku sedang menaip kisah di atas. tetibe lappy tukar mode ke battery powered, bilik jadi gelap gulita, strimik offline & aku menaip lagak si jurutrengkas. RUMAH AKU BLACK OUTTTTTTT! camne aku nak publish ni?????

Adeke yg baca semua kisah ni sampai abis? Lantokle.. kalau aku tulis pendek2 & byk2 entry pun belum tentu org baca jugak.. Moral of the story is: kalau org nak baca, pjg cemana pun dia baca gak..

Sep 6, 2010

3plosen jer...

Sedar x sedar dah 3 dekad bermastautin kat bumi Kajang.. Actually xde la rasa apa-apa perubahan pun..
Tapi, ye laa bila dikenang-kenang, oh rupanya aku dah masuk fasa baru dlm life.
Bye-bye twenties.. 
Dan bila dah masuk kelab 3plosen ni, sikit sebanyak kena la lebih behave.
Jiwa sentiasa muda, tak apa.. Tapi biarla semenggah dgn pembawakan diri..

Eh, cam poyo je ek ayat mak-mak nih.. *Ada aku kesah?
Macam tahun lepas gak, birthday aku masa bulan posa... Dengar2nya, thn dpn pun sama... Huhuhu!!!
Haritu, lps kemas2 rumah sket aku dibawa ke bengkel untuk mencari hadiah harijadi.
Haaaa spesel x?
Org lain besday g shopping mall pilih hadiah. Ada yg g jumpa Pak Habib, Uncle Kong & Adik Tomei..
Meks? Pegi bengkel noks....
Pasni bleh la lawan Abg Jem.. Apa barang Abg Jem dok pin,pin pon,pon...
Saya, dapat ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! B-EM-DABEYUU lagiks..
Biar bergetar cermin kereta sebelah kena hon sbb masuk lane x bagi signal.. Huhuhu!
Jiwa? Harusla bergetar jugak diselangi dengan ucapan 'opocot mak hengkau!' *tapi kalau mak, dia sebut, 'Anak aku!!" walaupun yg terjatuh tu purse dia..

Next week nyer tu, ada buka puasa session dgn budak2 ofis..
Kitorang lepak kat Scrumptious KL.
Ada yg amik buffet, ada yang ala-carte.
Setakat tekak aku, boleh dikatakan 7/10 la..
Sebab air dia manis nau.. Puding pun manis kat tekak aku yg agak sker makanan manis ni..
Pasta cpt sgt abis, topap skit2.. 2x aku beratur.. 1st time beratur, bila tiba turn aku, habih dh.. =(
Kambing, sedap.. tp dia yg potongkan daging.
Aku amik nasi beriani skit jer, tp sedap gak..
Then ada gak 1 makanan ni cam pizza tp more to lempeng 2 lapis. Tgh2 dia ada isi apetah x igt.. sedap gak..
Environment ok la.. Aku dok indoor. Cuma yg xbestnya meja ala carte & buffet xleh combine.. Nak borak2 pun payah..

So bila smer dh abis makan, n duduk pun dh bercampur2.. tetibe Z ckp Wili nak ckp something..
Amende??
Dia kuarkan sesuatu dr dlm beg dia yg buat aku meleleh air liur secara mendadak.
Oh chentaku!!!!! You come back again~


I'm soooo larut with you!

Aug 16, 2010

baru

Dalam tempoh 2 bulan ni, adala dekat 3 kali kot aku tempah cheese tart kaklong aku.. Bila dia tanya, utk apa..
aku: nak bagi kat member baru bersalin..
dia: hai, asik memberrrrrr je yang bersalin... hahahahahaa!!!

Apekah?? Mcm laaa aku ni dh lama kawen x beranak2.. Adoila... Tlg jgn bagi dabel meaning kat saya.. Saya takmo faham. :D


Bila citer kat ibu yang bestfren aku beranak (lagi), terkejut gak dia. Maklumla raya tahun lepas cam bawak baby lagi.. (baby tak baby sangat la.. kira belum jejak setahun lg pun). Tup2 kuar lg sorang...
ibu: antara kawan2 ko, liza yg paling banyak anak ehh?
hmmm terpaku seketika dengan soalan camtu. fikir2 sat...
aku:haaa ye kot...

So petang smlm before ke bazar ramadhan, aku singgah umh bestfren aku. Siap salah jalan lg.. Haha!! Sorry wei! Maklumlaaa raya aritu x gi.. Last aku g umh dia masa dia beranakkan anak no. 2 dia tahun lps gak.. Hehe..

lepas dapat 2 hero, thn ni dapat la heroin pulak.. alhamdulillah.. cuma CABARAN yg dia kena hadapi kali ni, lebih mencabar sket..

semua pun tahu kan, bila dapat adik baru, si abg/kakak sure tunjuk pe'el punya.. camtu jugakla anak si Liza nih.. yg sulung ok lagi sbb dh 4 tahun umur dia.. so kira dh faham sket2 la.. *pdhal thn lps pun cam tunjuk pe'el gak skit. :p

tp yg no.2 nih.. baru setahun umur dia.. haruslaa x cukup kasih sayang lagi.. skit2 nak ibu... skit2 nak ngendeng.. ada skali tu dia dok tarik tilam baby slow2... pastu ada gak tepuk2 baby ngan bantal ke kertas tah..
"itu yang depan aku.. blkg aku tak tau laaa apa dia dok buat..."

mmg riuh rendah laa umah dia macamkan ada 10 org dlm tu. padahal diorang 5 beranak jer.. nasib ada 'bibik' import dari SP.. adik lelaki Liza daaaaa... hahaha!! kalau lelaki nk panggil ape eh? 'Babak'?

Sian dia kena pantang sendiri2 di bulan posa nih.. Mak dia x sihat kat sinun. Siap masuk wad lg.. Nak balik kg pun, sapa nak jaga kan? Mebe pantang kat Kajang aje.. Mak mentua jenguk gak la sekali sekala.. Adik ipar yg pompuan semua kt kolej dah.. So option yang tinggal adik dia laa yg baru je habis belajar. Belum cr keje lg.. Nasib laaa adik dia mau & mmg rapat ngan bebudak tu.. Senang skit nak jaga hero 2 orang tuh..

Tapi apa2pun aku mmg seronok la dapat jumpa diorang semua.. Ini nasib nk g bazaar, kalau tak, mau sampai malam aku lepak.. Agenda utama: haruslaa bergossip wei... Update..Update... Mmg kalau dilayan sampai besok x habis2... Kalau mak dia ada, laaaagi syok!

Unnamed pricess, 3 days old. 
Setakat semalam, Nur Ardini.. Babah dia jawab menmain laa.. Aku pun x hafal sgt..

Oh, bulan lepas aku visit another bestfren jugak.. Anak sulung..

Putra Mikael Zidane, 18 days old.
Tengok lah camne dia tido... Ya ampunnnnnn.... *tepuk dahi

Jun 22, 2010

CERITABASI [mc part 1]

Jumaat lps, aku MC half day.. (nama je half day, tp aku balik kol 7 gak~) isnin nye, smbg lg mc.. selasanya EL plak. Nice lah! Even bukan pestaim MC utk tahun ni, tapi tahap keselebetannya adalah yg tertinggi.

KISAHNYA....

Hari: Jumaat
Waktu: 9am

'Seawal pagi' before aku masuk keta nak g keje haritu, ayah cakap, "tanak bawak ke murtabak ni?" dia dh siap bungkuskan oke... Aku pun tak sampai ati nak say No. Aku pun grab jer.. lgpun tak dan nak bekfes pg tu.

Pagi tu aku cukup relax. Sambil bawak keta pun aku sempat snap2 gmbr, masa tgh berjalan nak ke building opis pun sempat gak. Sampai2 ofis, 'buat keje' then tetibe perut cam meragam. Sakit bebenor.. Nak kata piyedpen, takde apa2 pun yg kuar. Lapar ke? Aku pun melantak la murtabak tu slow2..

Sampai ke pukul 1, sakit makin menjadi2.. Sampai nak berjalan pun payah. Dia menyucuk2 kat perut sampai aku terpaksa tekan perut dengan bantal kusyen sampai dia reda. Seminit lps tu, dia mai balik.. Aku tak tahan, aku lepak kat bilik meeting, dok tepi tingkap, pastu terus baring kat kerusi-kerusi yang tersusun indah kat tepi dinding tu..

Opismet aku, Z dtg kat aku tanya, sakit sangat ke? Dia soh g klenet ngan Wili. Aku iyekan aje.. Aku ckp aku tunggu Wili habiskan lunch dia dulu.. Sambil tunggu Wili, aku call ibu, tanya pasal murtabak tu.. Dia ada sakit2 perut tak bila makan? Dia ckp takde pun.. Haih, ape kena dgn aku niii... Aku pun ngadu la kat dia.. Sambil2 ngadu tu mata dah berair2. Ni yang aku nyampah ni!

Asal mengadu sakit skit, mula la nak cengeng.. Tatau la apesal.. Sama cam Z, dia soh g klenet.. Letak je fon, air mata mengalir2 sambil aku menekan2 perut. Tapi mmg sakit gile2 masa tu.. Campur sebak tak tentu pasal. Bodo~

Lebih kurang kol 1.30pm aku ngan Wili g klenet kat building sebelah. Masa tunggu lif, alamak.. klenet tu tingkat berapa ahh?? Nasib ada member keje building tu, so aku terus call dia...
"Awak, klinik kat sini tingkat berapa ekk?"
"Tingkat 17.."
"Oke, terima kasih..."
Letak fon je aku cam tersedar... Haaaa, 17?? Jauhnyaaaa... Terasa lama sungguh nak tunggu sampai tingkat 17.. Sampai-sampai aje, kami disajikan dengan 'pemandangan indah'..


DEM!

Dipendekkan cerita, dekat 2.30pm kot baru dpt jumpa doktor. Masa tgh menunggu giliran aku rasa cam nak meniarap je kat sofa klenet tu. Sakit mencengkam-cengkam! Dah la aircond dia kuat! Tapi masa dlm bilik doktor, elok plak dia.. Hampeh!! Kuar-kuar bilik doktor tunggu ubat, sakit balik.. Eeeeeeeeee sabo je lah!

Bila nak bayar ubat, dpt MC half day & 3 jenis pil & 1 ubat liquid. Total smua: RM60. Hambek obattttt... Nasib duit cukup~ Turun-turun lobi, tengok luar... HUJAN! (bukan band Hujan datang eh nad.. cuaca tu yg hujan...)

Memule cam gerimis nak lebat.. So call opismate soh hantarkan payung.. Sekali hujan lebat giler daaaa.. Call balik, soh dia dtg ngan keta. Huhu! Padahal building sebelah je.. Tapi mmg lebat gila.. Stok yg kalau pakai payung pun sure lencun kena tempias aje..

Dari tunggu kat luar, aku tunggu kat dlm lobi.. Sejuk+sakit, mmg aku rasa nak pengsan kat situ gak.. Lama gak tunggu.. Sampai hujan dah berhenti okey... baru mamat 2 org tu datang.. Hadoiyai... time tu kalau aku nak jalan kaki pun bleh tp diorang dh sampai lak..

Kol 3++ sampai opis, aku makan ubat & sambung lepak kt bilik meeting yg aku convert jd sick bay aku. Heheh.. Aku x mampu nak jalan & drive balik sbb sakit tu tetap datang unpredictably lps aku makan ubat.. So, aku tidokan diri jap dengan harapan bgn tido kang sure dh hilang / reda sakit tu..

Nan adoooo.. Dari kol 4 membawak ke pukul 6.. sama je rasanya. Tahap konfiden aku nk drive mmg takde. Nasib baik si Z dok kajang & aritu dia bawak keta plak. Fuh, nasib!! So sudahnya, aku tinggalkan keta kat parking lot & balik tumpang Z je. Aku MC kat bilik meeting jer aritu.. Report pun aku tak buat. Nak taip 1 perkataan pun tak mampu. Camno?

Malamnya lps dinner, aku, ayah & adik g opis balik amik keta yang ditinggalkan. And malam tu jugak for the pestaim aku dapat pakai jaket bulu yang beli kat Guangzhou dulu sebab aku demam. Haha! Jaket tu tebal gile dowh... Aku beli sebab tak tahan sejuk kat sana.. Kalau takat sejuk airconf dlm TGV kat Mesia ni tayah la nak pakai sesajo.. Wat peluh badan jer.. Hmm sekali tu je la aku pakai.. Lepas ni tatau bile lagi nak pakai.. Tunggu demam lg kot? Haha!

Panjang dah ni.. nanti la aku smbg kat next entry..

May 2, 2010

Serius aku benci!

Seriously, aku tak tau camne nak mulakan..
Tak tau apa perkataan terbaik untuk aku gunakan.
Sigh...

Aku ada kawan baik. Aku sayang dia sgt.
Bila dia susah, sehabis daya aku akan cuba tolong dia.
Bila dia gembira, aku tumpang gembira jugak.

Antara saat terindah hidup seorang perempuan adalah bila dirinya dilamar.
Itu yang kawan aku rasa. Aku pun, tumpang rasa la jugak..
Tapi, ada la sikit curiga yang terselit bila sang lelaki cam tak menyempat-nyempat nak menikah sedangkan tempoh perkenalan terlalu singkat.
Dah la ada sejarah perskandalan ngan bini orang b4 ni.
Tapi aku tak mampu nak kata apa-apa..
Satu, aku sekadar kawan, bukan keluarga. Dua, saat aku tahu, segala-galanya sudah diuruskan.
Nyata dia buat semua tu dalam diam.
Terkilan? Aku cuba faham dia ada sebabnya yang tersendiri.

Tanyala sapa pun, semua akan jawab nak hidup bahagia.
Kalau kucing boleh bercakap, dia pun akan cakap benda yang sama.
Tapi, berapa lama & bila? Tuhan saja yang tau. Kita hanya merancang.

Awal minggu ni aku dikejutkan dengan 1 berita.
Kawan aku telah dilepaskan. Buat kali ke-2! Aku hilang kata-kata
Rasa macam nak terbang terus dekat dia.
Dia tak mampu nak ceritakan kat orang lain, walau mak dia sendiri.

Aku dapat tau, sang lelaki berhubung balik dengan skandal lamanya yang sedang mengandung!
Dabelyu ti eff!!!!
Macam nak rountuh langit aku.
Ini bukan tuduhan melulu.
Selain instinct seorang isteri, kawan aku nampak sendiri SMS 'cinta' 2 manusia 'bijak' tu.
Tak campur lagi body language & perlakuan selama ni.

C'mon la.. if skandal ngan anak dara mana2, aku akan kata sang lelaki tu memang gatal.
Ini, skandal lama. fine. Dah menjanda ke? Hell no.. PREGNANT!
Ini bukan setakat gatal, tapi bangang! Tolong jangan guna alasan bodoh, iaitu cinta boleh tak?
Pada aku, perkataan 'cinta' tu terlalu agung maknanya & korang totally dah violate that word.
(Seriously aku dh habis perkataan untuk maki 2 makhluk tu & aku takkan taip dalam ni.)

Ada kawan aku penah citer, yang kat certain sectors, skandal laki orang & bini orang dh jd almost 'normal' situation. Da hell???
Ada otak ke takde? Takyah bayang jauh2 la.. Bayangkan kalau parents sendiri buat camtu, apa rasa dia?? And kalau still tergamak teruskan jugak, memang la hati & buntut korang mungkin terletak berdekatan antara satu sama lain.
Oh, tolong la jgn guna alasan 'masalah rumahtangga' & 'ko belum kawin apa ko tau?'.
As if skandal tu sendiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah dan bukan penambah masalah...
Pft!
Dunia ni luas. Ramai penghuninya. Bukan korang bertiga saja.. ok?

And bila aku cerita kat ibu pasal kisah kawan aku, istighfar panjang dia.
And tetibe dia tanya aku 1 soalan ni for the 1st time in my life... 
Aku terus, 'oh mannnnn...'

"Ko ni bila plak?" [sila faham sendiri psl apa]
Argh! Kenapa aku takde kuasa untuk hilangkan diri?

Apr 26, 2010

Untuk nafas ini

Kalau korang rasa entry ni membazir masa korang, sorry. But I assume korang dah cukup banyak harta untuk fund diri sendiri / family cari penempatan baru kat planet lain..

Kenapa? Read on...

Last week adalah Earth Day. So, in conjunction with that aku berjaya untuk tak on lappy dari pagi sabtu sampaila ke hari ni. *Padahal malas nak online~ 

Tapi, mcm orang2 yang cakap 'hekeleh tepapetah' kat org yg beriya join Earth Hour dulu, "Everyday is Earth Day.." tak payah nak ditunggu-tunggu harinya. Ok, fine.. so let's cherish our earth everyday. Let's spread the awareness. Takyah tunggu sampai March tahun depan. Orait?

Let's start today. Cause time waits no one. As well as the mass destruction we've created to our beloved Mother Nature. Without awareness, camne orang nak buka mata & seterusnya buka langkah untuk sama-sama selamatkan bumi kita?

Korang tak sayang ke bumi korang? Cemana korang sayangkan family & rumah tempat korang berteduh, kalau korang takleh nak sayang tanah, langit & sumber-sumbernya yang selama ni beri korang tempat berpijak, berlindung & HIDUP?

Memang semua tu datang dari Tuhan. Tapi bukan ke manusia ni dipertanggungjawabkan sebagai khalifah bumi? Takkan nak salahkan binatang-binatang & pokok-pokok yang selama ni jadi mangsa kekejaman kita?

Aku tak mintak banyak... sekadar sejenak untuk korang renungkan apa yang kita dah buat to make the world as a better place to live.



Mar 30, 2010

3-Series Birthday Giveaway: THE FACT ABOUT e-caR

Aku rasa aku tak pernah laa join contest2 blog nih.. Sebabnya hofkos la aku xreti nak jawab soklan tuan tanah.. Daripada aku merapu merepek tak tentu hala, baik aku kurangkan pening tuan tanah kalau dia terpaksa baca entry aku..

Tapi this time around, aku yakin dengan jawapan aku. Sempena birthday dia yang berdekads ni, tuan tanah mintak sediakan ayam golek, pulut kuning, ehh tak tak.. 3 fakta pasal dia.. *Kalau mintak auta, laaaagi banyak aku leh bg! haha!

Sblm tu aku nk introduce la sapa gerangan si tuan tanah ni di mata aku.

Aku kenal dia masa skolah kat JB. Dia budak Pantai Dlm. Woh! serta merta aku tingat makcik aku yg dok sana. Bila dia sebut nama kg dia, aku trus tingat kat kazen aku yg dok kt kg yg sama. Sekali, laaaaaa keciknya dunia!!! Skang dok satu floor lg ngan mak dia. Sejak dr tu, kitorang jd cam adik beradik. Mcm2 dugaan & pancaroba kat hostel yg penuh saiko kitorang hadapi sama2. Sama2 blk kg bila cuti skolah, sama2 beli tiket bas nk balik jb balik, sama2 balik beraya awal 4 hari dr budak2 lain sbb beli tiket bas awal, outing toksah cite la kan.. Sama2 amik result spm.. Haih... kenangan..kenangan.. So, I'm proudly present ahli geng komplot KL '5TH ELEMENT'.. E-CAR!!!!!

*takyah susah2 cari.. tu ter highlight tu..

3 FAKTA BUKAN AUTA PASAL E-CAR
  1. Masa skolah muka dia boooolat! cikgu pun panggil dia bulat! 8 thn tak jumpa dia, skali masa wedding, aku pikir aku dh salah kenduri!! Gile kentang ahhh... Rahsianya? Dia ckp dia tak makan dh lps kol 7mlm & minum air saje lps tu. Aku x heran dia leh achieve apa yg dia nak sbb aku tau dia mmg jenis seorang yg determined & dedicated dlm apa yg dia usahakan. Tgk je la hasil dia skang.. Tak perlu nak klik2 facebook utk jana pendapatan der.. Semanis kek & cuppies nya, semanis tu jugak laaa hasil usaha penat lelah. Orang nya? Harusla manis jugak.. Senyummm jer..
  2. Seiring peralihan zaman, minah ni ada berbagai-bagai nama samaran sejak kecik smpi besar. Cuma yg e-car ni je aku rasa melekat lama.. Sha-sha lah, Ieqha lah, K.E. lah, apetah lg aku dh lupe.. Tu je aku ingat. Kalau bergambor ala2 tomboy tuh, haaa tu zaman K.E. la tu... Kalau ayu2 tu, zaman Sha-sha. Zaman Ieqha pun ala2 tomboy tu dok ada lg sket2..  Zaman E-car ni dh vogue de vasssssss dah! Pakai baju pun sentiasa sedondon gitew ngan hubby & Eiymann.. i loike! Nama sebenar dia? Tanya dia sniri lah.. hahah!
  3. Dia ni antibodi dia kurang vitamin sket. Sket2 pengsan. Sket2 pengsan. Semorang kt skolah tau dia kuat pengsan. Haha! asal tensen sket, migrain pastu pengsan. tp tu time skolah la.. taktau la apa vitamin dia makan skang smpi gagah perkasa buat mcm2 bisnes nih.. Haaa HPA la tewww... Jgn mareeeeee...

Hish, aku ada byk lg benda nk cite, tp syarat dia leh bg 3 fakta jek.. Terpaksa aku citer dlm hati jer! Aku saje je bukak cite lama psl si e-car nih.. Alah, cite skang ramai dh tau... Cite lama x ramai yg tau kennn.. *sape soh ko bg green light kat aku! muahahaha!!

Kalau korang nak kenal sapa kawan dulu-macho-sekarang-vogue aku nih, sila la terjah blog dia nih.. http://ecaRNazRin.blogspot.com/

Kalau terasa nak jo-en contest dia, terjah page ni terus! Dr situ leh gak dpt fakta2 e-car version contestants lain.. http://ecarnazrin.blogspot.com/2010/03/3-series-birthday-giveaway-fact-about-e.html




PERADUAN INI DITAJA OLEH:







Babe, happy birthday! Semoga hidup lebih bermakna & dilimpahi rahmat-Nya bersama insan-insan tersayang. Nanti aku masuk kelas ko! hihi! Lurvelots!

gambar kidnap. kelas baju raya ko noks~
eiymann - nazrin - e-car

Mar 5, 2010

disko! disko! Kompilasi Terunggul

Secara tetibe semalam aku teringat lagu-lagu & game yang aku & most kanak-kanak 80s dok nyanyi dulu-dulu. So, aku nak wat kompilasi lah kat sini.. Heheh..

AMARAN: entri ini sangat panjang sebab aku naik syeikh masa menaip.

1.  Ola-oli
Game ni leh main ramai-ramai. Tapi jangan sampai 10 orang lak.. X syok.. Duduk keliling bulatan dulu dannn...
Sep sep sep, tom tom tom..
Ola-oli ku beri nama, saudara saudari, cikebum! cikebum!
Malam-malam minggu, siang-siang hari, disko! disko!
Putih-putih melati, ali babaaaaaa...
Merah-merah jelita, miaw-miawwwwww...
Siapa yang baik hati? Cinderellaaaaa..
1,2,3,4, lama-lama tukar tempat! 
Pastu semua kena jadi patung. Sapa yang gerak/tergelak dulu akan terkeluar dari game. Yang haramjads nyer, abg2 aku kalau main ngan diorang ni, masa kena jadi patung tu laaaa masing-masing akan buat muka senget-mata pandang atas-hidung dikembangkan-tangan buat aksi. Muka memang stok tak leh blah seyhhhh... Saje nak buat org lain terkeluar dulu!

Pastu kalau dia dah terkeluar, dia akan mock balik muka tu kat depan mata kita yang still in the game nih. Tak cukup ngan memek muka, dia akan buat aksi plak.. Memang cam haram!! Hahaha! Bodoh siot.. Tapi best!

2. Ushu
Ushu is ade tishu.. Plis go up and wash ade tishu and come back to theeeeeeeeeee school!
Ni adalah sebutan sejibik sejibun yang kitorang sebut. Biasala lidah bebudak...Tapi aku rasa versi asal dia patut camni la..
Your shoe is a dirty shoe. Please go up and wash your dirty shoe and come back to the school!!
Sebabnye, masa nyanyi ni, semua stok akan hulur kaki yang berkasut (sbb main kat skolah) then semua hujung kasut bertemu. Sorang akan nyanyi sambil tunjuk-tunjuk kat kasut. Satu suku kata mewakili satu kasut. Haa gitew..

Motif kira kasut?? Permainan asas dia cuma main kejar2 aje.. Tapi nak menentukan sape yang kena kejar tu, terpaksala dilakukan secara adil kennn.. So one by one kasut (orang) akan terkeluar, sampai tinggal 3. Yang membawak ke lagu ke-3 dalam kompilasi kita kali ini.. Haha!

3. Lalalitamplom
Memasing akan telangkup 1 tapak tangan. Masa nyanyi ni, tapak tangan tu dok terbalik-terbalikkan.
Lat talilat taili tamplom!!
Sejurus sebut 'tamplom!' semua mesti stop & decide nk terlangkup/tadah tangan.Tangan sapa yang ganjil - orang lain telangkup [hitam], dia sorang tertadah [putih] - maka dia la yang terkeluar. Selagi takde yang ganjil, selagi tu la dok 'Taaaaaaaaaaamplom!' sampai dapat sorang ganjil. Bila dah tinggal 2....

4. O som / One 2 jusss
Ni kira lagu ke har? Sebab 1 line je kan... Kadang-kadang untuk decide sapa yang kena kejar. Kadang-kadang just for the fun of it. And kadang-kadang untuk pilih ahli kumpulan. 2 orang akan berentap, buat simbol batu, burung, air. *Zaman aku ada 3 elemen ni je. Skang dh ada gunting, kertas, ntah apa2 lagi.

5. Polis sentri
Polis sentri, want to jaga.
Polis mati, pencuri jaga!
Haa jaga!!!
Main kejar-kejar gak, Cumanya takyah kira kaki. Just berdiri and sorang akan nyanyi sambil kira. 1 perkataan, 1 orang. Sapa yang kena point tu, haaa dia laa yang jadi polis yang kena kejar segerombolan pencuri. Apalagi, lariiiiiiiiiikkkkk!! Kalau tak nak jadi tukang kejar, sila jadi patung/duduk cangkung (depends pada haritu nak main kejar-kejar patung/kejar-kejar duduk).

6. Jan jala
Paling best main ramai-ramai, seeloknya bilangan pemain mesti genap. Senang sebab kena bahagi 2 ahli kumpulan kang. Mula-mula pilih 2 ibu - seeloknya badan besar/tinggi. 2 ibu ni akan cipta nama untuk masing-masing tapi takleh bitau orang lain. Cam, oren & anggur.

Lepas tu 2 ibu ni akan berdiri secara berdepan, pegang dua belah tangan, pastu angkat tangan membentuk arch. Yang lenlain yang jadi anak akan beratur and pusing2 masuk bawah arch secara gilir-gilir.
Jan-jan jala
Jala itik jala ayam.
Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh.
Panggil Cik Gayah . Makan sirih mulut merah.
Cak lela junjung, cak lela junjonngggg!!!

Bila kat baris akhir tu semua pakat jalan laju-laju bawah arch sebab elok je sampai 'jong' tu, sapa yang ada kat bawah arch tu akan terus kena tangkap & di bawa ke tempat jauh sikit. (kadang2 ibu2 tu saje je sebut juuunnnnn lama2 kasi budak2 gabra!) Pastu dua-dua ibu ni akan bisik nama rahsia memasing kat anak yang kena tangkap tu. "Psst.. nak oren ke anggur??" Si anak ni kena pilih and dia akan berdiri kat belakang ibu yang dia pilih tu. Biasanya dia tak tau sapa oren sapa anggur. Tapi ada gak kes hasutan berlaku.. "Oren laa..." "Jangan, pilih anggur, anggur!" Lepas tu kalau member tu tak pilih dia, majuk... Pui!

Main sampai habis anak. Lepas tu, nak tau sapa menang either sapa paling ramai anak atau main tarik tangan cam tarik tali tu. Buat 1 line kat tanah dulu. Ibu akan pegang pergelangan tangan ibu lagi satu, anak-anak berderet kat belakang pegang pinggang/ tangan dan tarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Setakat ni belum ada kes putus tangan akibat game Jan Jala nih.. Fiu!

7. R.O.C.K.
Ni bukan game baling batu atau rock kangkang eh.. Aku pun kurang peksa nape nama dia ROCK. Duduk dalam bulatan. Bilangan ahli tak kisah. 2 orang pun boleh main. Macam main sep-sep-sep tapi lain sket..  Sebab dia tepuk tangan sendiri. Haha! Tapi tepuk 3 kali je.
Arr Oo Si Kae Rok!
Nama kan.. (clap clap clap)
sejenis... (clap clap clap)
Buah-buahan!  (clap clap clap)
Oren!  (clap clap clap)
Anggur!  (clap clap clap)
Setiap orang kena sebut nama buah, kalau pilih kategori buah-buahan laa.. Nasib la kalau pilih kategori kereta ke, warna ke, planet ke *wahh! cita-cita saintis la tu dia tu.. Main sampai salah orang hilang akal idea nak sebut nama2 tu. Then tukar-tukar la kategori sampai bosan.

8. A.E.I.O.U
Ni pun tak sure leh jadi lagu ke tak? Basically, pilih sorang untuk 'jadi'. Aku taktau ape nama karakter ni.. Tapi kalau budak tu kena, bebudak lain akan sebut, "haaa jadi! jadi!"

Dia akan berdiri membelakangkan bebudak lain. Yang lain berbaris kat belakang. Sambil dia sebut A.E.I.O.U. tu, dia akan jalan pelan-pelan ke depan. Bebudak lain, follow je. Elok je dia habis sebut U, dia akan toleh belakang, and bebudak lain semua kena stop & jadi patung. Haa yg kat depan tu kena berusaha sehabis daya untuk buat diorang bergerak tanpa menyentuh diorang. Buatla muka bodo ke aksi spastik ke ape ke janji diorang ketawa atau tergerak. 1 by 1 kena buat. Sakit gak weh. Kadang-kadang habis daya dah nak buat.

9. Malam yang sepi
Ni paaaaling famous kot lagu dalam 'album' nih.. Sangat senang nak nyanyi & tak ada game pun apatah lagi rule. Biasanya main sambil sep-sep-sep. Kat hujung sukukata rangkap yang berulang, tangan pun sep-sep kat tempat sama.

Lagu ni kisah tentang Pak Mat yang gigih meniaga & menguji kekreatifan penyanyi untuk sambung rangkap yang rhyme dengan baris sebelumnya.
(Sep-sep-sep, tom-tom-tom)
Malam yang sepi-pi-pi
Pak Mat jual topi-pi-pi
Topi nya koyak-yak-yak
Pal Mat jual tempoyak-yak-yak
Tempoyak nya basi-si-si
Pak Mat jual nasi-si-si
Nasi nya enak-nak-nak
Pak Mat jual anak-nak-nak
Anak nya hilang-lang-lang
Pak Mat jual gelang-lang-lang
Gelang nya patah-tah-tah
Pak Mat jual getak-tah-tah
Getahnya putus-tus-tus
Pak Mat terus mampus-pus-pus! *ni sebab abg aku dh xde idea nk nyanyi~
Ini version yg aku nyanyi. Orang lain nyanyi mebe ada version diorang sendiri. Bukanke lagu ini untuk menguji kekreatipan bebudak...? So, sukati korang laa nak sebut apa pun. Janji tak de yang berulang & rhyme.

Haa siap dah album kompilasi aku. Jangan tanya sapa penulis lirik & pencipta lagu. Sesungguhnya aku tak tahu!!

10. Mentadak mentadu
Oh ada lg 1 game bodo sket..
Mentadak mentadu macam mana [nama] tido?
Pastu gelak gila-gila sebab bayangkan budak tu tido sama cam aksi mentadak mentadu tuh~ Ada yang tertonggek, ada yang kaki terangkat sebelah.. dll.

Bengong kan? Tapi, best! :)

Feb 24, 2010

rekod

Kelmarin aku godek-godek clear folder carik sijil-sijil lama.
Tengok balik result exam dedolu, alahaiii tipah.. Apesal laa aku tak rajin sikiiiiit je lagi?
Result takat cukup-cukup makan doww..
Tengok budak-budak peksa skang, Dean List tu dah macam overrated la plak..
Aku dulu kt kolej, tak tau langsung psl kewujuan DL nih.. Siyes!
Masa nak SPM, paper Lukisan Kejuruteraan, aku study selak-selak je. Padahal patut practise drawing.
Itupun buku orang aku pinjam sehari dua b4 paper.
Buku aku hilang ntah sapa curik.
Paper tu plak 1 sekolah amik, so memang takde can la aku nak pinjam sebab bebudak lain sure nak pakai gak kan...

Aku rasa masa sekolah rendah je aku rajin belajar.
Tiap-tiap tahun amik hadiah.
Paling best masa darjah 4 kat skolah kebangsaan dapat no.2 & best student utk paper Agama.
Fuh, bangga sey... *No 1 memang tak dapek arr sbb Sean Tan si genius skolah 1 kelas ngan aku. Dia maths dapat 100 woo!
Ye laa, masa tu belum kenal 'dunia'.
Malam-malam tak leh tengok tv. Study / buat homework.

Cuma masa aku darjah 5/6/form berapa tah kot aku & adik aku curi-curi tengok tv kat bilik ibu malam-malam.
Bila dengar bunyi tapak kaki, bercelapak sorang sembunyi dalam bilik air!
Sorang lagi pandai-pandai ko buat alasan bila bertembung kat pintu bilik!


Eh, aku bukan nak cite pasal ni sebenarnya.. tapi apa yang aku jumpa kat salah 1 folder tu.
Dah kuning dah kertas-kertas dalam tuh..
Terbeliak biji mata aku bila aku keluarkan kertas & kad-kad tuh..
Pastu gelak sensorang. keh keh!!

Sapa sangka akan berjumpa kad rekod murid masa sekolah rendah? *cantik tulisan cikgu aku, Ms Lee. Aku ada cerita pasal dia gak, tapi nanti lah! Siap ada 'Jauhnya ke Sekolah:' lagi... Kad sekarang camtu lagi tak?

Haaaa ni kalau cikgu masuk kelas bawak kad hijau ni, konfem 1 kelas menggigil takut. Tempat check gigi (siap ada kusi dia bawak skali) adalah kat bilik guru. Asal member masuk kelas, mesti sebok tanya, "camne? ada cabut tak? sakit tak?" Pastu ada tulis gred gigi memasing. Sapa yang dapat A, akan dapat "woaaaaaa.." dari rakan-rakan.

Rekod berat & tinggi sepanjang 6 tahun sekolah. Aku pelik laa nape masa darjah 5 cikgu aku tak tulis. Mebe sebab ada pertukaran guru kelas so cikgu tu terlupa nak buat??? Tapi masa darjah 6 memang ketara berat aku susut. Apsal ah? *Atau sebenarnya masa darjah 4 ketara berat aku naik??

Haa ni budak lelaki bleh la urut dada. Yang pompuan? Terkebil-kebil bila cikgu cakap WAJIB! Penah dengar tak, abang2 / kakak2 korang cerita pasal BCG nih? Doktor bila nak cucuk tu, dia bakar dulu jarum tuhhh... Abang aku laaaa salah sorangnya! Tah zaman mana dia kutip citer tu tah.. Geram tul aku.. Bila nak kena Rubella ni pun, hofkos aku pikir kaedah yang sama sbb masa tu lom kena BCG lagi..=___='

Ni zaman masa otak masih suci murni. Tak reti nak fikir alasan untuk ponteng sekolah. Tapi aku pernah ponteng sekolah agama bila petang tu takde orang kat rumah. Esoknya aku btau ustaz aku 'kena jaga rumah' sebagai alasan untuk tak hadir semalamnya. Ustaz Jamal cakap, "Kenapa? Rumah tu lari ke kalau awak tak jaga?" Zassss! Kena sebat kat tangan! (Ok aku tipu. Aku kena sebat sebab taktau jawab soalan fiqh. hehe..)

Ini la cita-cita yang paling kelakar aku pernah dengar. JURUTAIP???? what the efffff?? Gile murni cita-cita aku weh.. Guru, doktor, semua-semua tu memang tipikal laa semua budak-budak akan jawab camtu. Tapi jurutaip???? Ni mesti terpengaruh drama tv nih tengok orang guna mesin taip macam layannn je kan. Hasil nya? Ni haaa.. Blogger tegar! First choice lagi kauu.. Macam laaa kerja tu boleh dapat kalau takat pilih2 macam apply UPU, kan... Note: tu semua cikgu yang tulis kan. Bila cikgu panggil nama, kita gi kat meja dia and jawab soalan dia. Takde makna budak darjah 3 tulisan cantik camtu.. *Nasib baik masa darjah 1 cikgu tak tanya. Aku takleh bayang ape aku jawab!!

Hmm lately ni byk lak entry mengimbau kenangan lama.. hahah!
Biarlah, asalkan bahagiaaaa..

Feb 18, 2010

pergi

Minggu lepas memang hectic sket bg aku. Adik kesayangan aku yg paling sengal nak berangkat ke destinasi-tak-bajet untuk 2 tahun. Itupun dapat tau last minit. Lagi 2,3 hari nak fly baru aku tau! Aiseymen, hadiah besday dia xbeli lg. Hadiah farewell? Arghhh.... Nak jumpa dia pun susah sbb dia sniri bz setelkan itu ini.

Wiken tu, pagi-pagi aku dah g airport. *Takdela pagi sangat pun.. 10++ gak la..  Flight kol 1.30 tapi bila aku sampai kat airport kol 11.30 dia sniri lom smpi lg.. Dengan lum check in nye lagi.. Gile sempoi...

Gara-gara nak menunggu member yang dok otw, dia naik flight 5 minit b4 take off~ Itupun ada lg 2 org xsempat jumpa. Sian member tu.. Entah2 dah nak dekat sampai or tengah pusing cari parking sbb aritu mmg car park pack habis! Dapat gak aku tengok Mr.G secara live. Heheh!!

Masa dia nak masuk boarding gate, dah mula terasa sebak sebab tengok dia hug papa lama. Hofkos la sedey kan.. Mama cool jer.. Nenek comel awal2 dah kesat-kesat airmata. Awwwww... Sedihnye... Beshfren dia pun mula2 cool, tapi bila nak parting tu dah mula bergenang airmata. Aku? Sebak gak masa hug.. tapi berjaya menahan empangan dari pecah~ Fuh!

Malam sebelumnya tu aku dah g umah dia untuk bergosip hangout for the last time. *Konon nak bg skali gambar yg print sendiri. Huh, haram jadss punya printer. Sampai ke sudah tak print2! Sempat la makan sate secucuk dua.. Pastu lepak luar jap sambil tengok asap kepul2. Tapi tak lama la sbb dia pun tengah dok packing lg.

Before aku balik, kitorang hug2 lamaaaaa2. Yelah, pasni tak jumpa 2 tahun. Itupun kalau dia x sambung keja sana. Tapi mana tau rezeki aku lebih esok-esok, merasala aku ke sana pulak.. Amin!!!

Looking back, i have to thank Mizzy for introducing us. Kalau tak, sampai bila pun aku xkan kenal dia even rumah memasing tak sampai 10km pun. And there's no other way untuk kitorang kenal satu sama lain.

Beza umur je dah 6 tahun~ Sekolah pun lain-lain. Even kitorang sama2 pernah duduk kat JB dulu.. tapi dalam time frame yang berbeza. Tapi suatu pagi minggu di sebuah restoran mamak, kami akhirnya dipertemukan.

Ceh! Ayat leleh tak hengat padahal dia g sana sebab janji nak jumpa Mizzy! Bukan aku!! Tapi from that moment, kitorang jadi "Mesrerrrrrrr" *tangan wat gaya Bob AF. Di sebalik kesengalan & ke blur an dia yang comel tu, buat aku & Mizzy tak kering idea untuk membuli dia. Tapi selalunya aku jadi penyelamat dia lar..Well... *sambil angkat2 kolar jaket.

***Atas sebab-sebab keselamatan, nama & gambar terpaksa aku rahsiakan. Dia ni mempunyai seorang stalker kaya-raya yang sangat 'setia'. Sekarang baru aku percaya, dengan duit APA SAJA kita boleh dapat. Maksud aku secara materialistik la..

Kalau orang tu betul-betul licik, dia siap dapat fit in dalam kelompok FAMILY 'mangsa'nya. Kalau difikir2kan balik, kalau kena kat batang hidung sniri, memang saiko beb.. Dengar aje dah saiko...

Pegi mana-mana rasa cam adaaaaa je mata yang memerhati. Because untuk sesetengah orang, kalau ko pegi kat kutub utara sekalipun, dia boleh trace & siap bukti skali yang ko memang ada kat sana.***

Adik, m missing u already lah!! Kalau orang lain lupakan awak lepas seminggu awak fly, tapi saya no way akan lupakan awak! Go and catch your star & wait for me ehh kat sana.. ;) *Serius, masa dengar Aizat nyanyi lagu Pergi malam tu aku rasa sebak & otomatik tingat kat dia.. ;(

 so long.. fare thee well..

Feb 11, 2010

YANTTIE!!!

Hah, aku rasa dia tau dah kenapa aku panggil dia dalam ini blog. Hehe.. Dah boleh agak dah kan..
Sorry lah, lambat nau wishing nye sebab aku pun tatau. Takde plak dalam FB notificationnya (sebab kamu rahsiakan date nye). *Ooo sorok umur ehhhh.... Heheh!

Anyways, *sabar Yanttie, jgn scroll lagi. Baca ni dulu..
Thanx to your lovabies maka aku pun dapatla informasi yang birthday kamu hari ini...
Oleh itu, aku pun amikla kesempatan ini untuk ucap selamat panjang umur dan semoga hari ini & seterusnya menjadi lebih bahagia buat kamu & dapat cipta lebih banyak momen-momen indah.

Walaupun baru setahun kot kenal, tapi aku dapati kamu seorang yang ceria & sedikit blur dahulunya. Harap-harap sekarang dah tak blur lah yea..? It's fun to befriend you. :)

So, nah!! Tak larat nak seksa kamu lagi dengan ucapan panjang berjela.
Pssst, aku tak tau sape hero pujaan kamu, so harap-harap dak Tay ni boleh menghiburkan kamu. *Peh, macam hantar gigolo plak gayanya!!! Oh tidak!! Jangan salah faham!!

Ok Ok! I should stop now.
Feast your eyes... ;)

Feb 7, 2010

FfB

Friends for benefit.

Biasa dengar? Atau, biasa jumpa?

Time susah, pandai betul cari kita walau di ceruk mana. Sedia meneman walau ke mana-mana. Sentiasa berhubung tak kira masa. Dari tak pernah bertegur suatu dulu, sampai jadi klik. Jadi apa jua benda-benda menarik yang kita ada, kita tak teragak-agak nak kongsikan dengan dia.

Sampai satu tahap, kita jadi terbuai dengan rasa indah itu. Apa yang diminta, kita usaha sehabis daya untuk tunaikan. Jarak bukan soalnya. Masa? Bisa diaturrrrr.... Ada sesetengah tu, tengok gaya cakap & perlakuan, macam memberi harapan pun ada..

Bila dah senang? No fon kita pun entah-entah dah hilang kot. Nak ajak lepak? Tanya khabar pun tidak.. Kita pulak yang terhegeh-hegeh tanya berita tapi layan macam kita nak pinjam seribu ringgit. Berita gembira yang patut dikongsi bersama, kita dapat tahu dari mulut orang lain. Sampai ke sudah tak beritahu sendiri. Hati yang pecah berkeping-keping ni, nak tak nak terpaksalah dicantum sendiri..

Sampai sekarang aku tak faham apa motif / masalah orang-orang camni. Kecuali: FRIENDS FOR BENEFIT.

Feb 3, 2010

NADEAH!!

Ini je cara nak tarik perhatian dia.. kah! kah!

Sorry laa no cuppies, tapi aritu da makan, kan? kan?
And sorry jugak x dapat sediakan apa-apa yang berkaitan dengan wish list anda.
Tapi saya nak bagi anda ini!! *kena scroll bawah-bawah. Harap anda suke banyak-banyak.Kalau nak tengok banyak-banyak lama, sila print atas A4 eh.. ;)

Tewimerkasihhh coz jadi kawan & pengacau (read: penyeri) Skype saya. And tengs jugak for alllllllll the time we spent dedolu.. *siap ambik cuti semata-mata _______ (isi tempat kosong).

OK lah! sampai sini je kot.. Saya harus kembali membuat kerja-rumah yang diberi bos malam tadi...=____=' lemau!!

Till then, enjoice!!! *Jangan tergowleyq-dok lagi cam last year okeys kas-kas... 
Ingat.. age is just a figure. ;)

Dah-dah! Ambik nih...


Jan 26, 2010

MC tak seerti mamamia... cantik!!

Zomg lama sungguh tak update~ Kisahnya banyak. Ideanya hadir. Tapi penyakit M yang sebati dalam diri ni susah betul nak diubati.

Yes. M for MENGONG. Apa? MALAS? Hey... Saya rajin tau!! Tengok, tiada lagi short formmmm. :) *perkataan pertama aje dah kantoi!

Untuk bulan ini saje sudah 2 kali aku MC. Jadi, aku tidak bercadang lagi untuk MC esok atau lusa walaupun mata ini semakin memerit rasanya.

Kali pertama, masa hari pertama bekerja di tahun baru. Heheh.. Orang lain bersemangat melangkah ke pejabat dengan baju pejabat berbau kedai dengan kasut baru polish, tapi aku melangkah longlai ke klinik~ Mata bengkak sebelah. Takut juga kot-kot nanti terjangkit jiran cubicle, terasa hina pulak dihalau keluar pejabat nanti...

Doktor bagi aku cuti 1 hari untuk rest kan mata. Dan petang nya aku sudah berjimba di rumah rakan yang baru kahwin, lepak minum petang, bergossip hangat sambil menggoreng pisang & keropok lekor. Pastu goreng pisang tu cecah sambal kicap+cili padi +gula yang sangat sedap~ Johor style.. Layan seyh.... Sambil membincangkan masalah peribadi sambil menonton Cinta Balkis untuk pertama kali. *Eh, betul ke tajuk dia? Sumpah tak pernah tengokkkk.. Ala-ala Desperate Housewives version Melayu tapi ada lelaki join! =___='


Sepanjang minggu itu aku merehatkan mata dengan memakai cermin mata yang macam semakin bengkok *alasan nak tukar spek. So, weekend aje pakai contact lenses. 2 minggu begini.

Jumaat lepas, bangun-bangun pagi aje rasa macam tak best dalam hidung. Alahai, please no. Masuk ofis, dah campur aircond maha sejuk, aku rasa kejap tersumbat-kejap 'paip bocor' & pening. Nak buat kerja pun tiada mood sebab kerja pun tak ada sangat.. Heheh..

Aku beranikan diri jumpa bos & yakinkan dia untuk balik jumpa doc. Since, dah ramai yang terkena begini & dia berpindah randah dari sorang ke sorang, makanya aku tak perlu bekerja keras untuk convincekan dia. Macam ada turn MC plak untuk seminggu tu. Campur aku, dah 3 orang kot?

Dalam 12++ aku keluar ofis. Dan aku tiba ke rumah jam 2.30pm. Macam hulu banat je rumah aku dengan KL kan... padahal setengah jam dah boleh sampai. Bukan sebab jem, tapi sebaaaaabbb....

bersambung di lain kali... *penat laa... ngantuk sebenarnya. lagipun ini dah termasuk cerita kedua. Panjang sangat pun, sangap juga..

Jan 7, 2010

Another al-poyos-post: Kawan

Rasanya tak perlulah dihuraikan apa ertinya kawan atau berapa jenis kawan yang ada dalam dunia ni. Semua orang pun sedia maklum dan pasti setiap orang punya kisah berbeza.

Habis tu, apa perlunya entry ini?? :) Sekadar merenung kembali kisah klasik yang tercipta dalam dunia seorang aku je..

Sebagai anak sulung dan punya adik perempuan yang jauh jarak umur, aku lebih rapat dengan kawan-kawan. Lebih banyak masa aku habiskan dengan mereka dari dengan keluarga. Ya, aku tau memang tak elok camtu.

Aku tak rasa aku ramai kawan, walaupun kelihatannya seperti ramai. Mereka datang, dan mereka pergi. A few stay. Dan aku sangat menghargainya sebab aku sangat treasure sebuah friendship. Oleh itu aku sangat terasa bila aku hilang kawan. Tapi selalunya aku buat-buat cool as if I don't care.

Ada yang hilang sebab berpindah rumah. Dulu selalu lepak sama, bila dah jauh susah nak jumpa.

Bertukar sekolah & tempat kerja jugak salah satu punca hilangnya kawan. Bila dah jarang bertemu, vibe nya semakin hilang.

Bertukar status relationship pun sama. Terutama bila dah berkahwin. Aku harus terima hakikat yang bila ada kawan aku yang kahwin, dia tak kan jadi macam dulu lagi. *Bergantung kepada pe'el suami dia jugak lah.. Exception for Kak Yus sebab Abg Ashri seorang yang supercool! (Siap suruh-suruh lagi wife keluar lepak & dia boleh jagakan anak-anak)

Kalau belum ada anak, mungkin boleh kidnap dia sejam dua untuk shopping atau yamcha bersama. Tapi bila punya anak, lebih effort diperlukan untuk menjayakan 'misi'.

Pengalaman aku, cuma dapat jumpa waktu lunch hour pejabat saja. Kalau office dekat, great! If not, bila aku cuti / half day hari itu baru dapat lunch bersama. Weekend, sorry. Family time. Salah seorang bestfriend aku officenya kat sebelah saja, tapi sudah berbulan tak bersua.

Tapi majoriti, nak jumpa setahun sekali pun syukur alhamdulillah. Itupun masa Hari Raya. Kadang-kadang anak nak masuk 2 orang pun masih belum berjumpa sejak hari persandingan. Walaupun duduk dalam 1 bandar yang sama.

Tapi aku tak terasa pun sebab dah immune. Dan aku tau, aku pun akan jadi sebegitu suatu hari nanti. *Eh, terlebih panjang elaborate pula..

Ada juga yang bila dah ada kekasih, terus tak mahu jumpa. Konon, takut hati berubah kepada aku. Aku bukan goddess yang senang-senang orang nak berubah hati semata-mata untuk aku. Atau, takut kekasih hati merajuk? Atau mungkin membalas perbuatan aku yang pernah menolak cinta? Atau kekok sebab dah tak boleh bergurau bertepuk tampar seperti suatu waktu dulu? Cuma mereka yang punya jawapannya.

Pernah aku berbasikal, bermotor & berkereta berkilo-kilometer semata-mata mahu hangout bersama kawan. Aku tak kisah.. Sebab aku willing. Tapi adakalanya terfikir juga, kenapa mereka kata rumah aku jauh sangat??? Aku duduk di hulu sungai kah? Tapi aku tak salahkan sesiapa. Definisi 'jarak' itu subjektif kepada setiap individu.

Hilang kawan kerana faktor fizikal? Perkara biasa. Kita tak mampu mengubah sifat manusia yang menilai berdasarkan persepsi kornea semata-mata.

Ada orang yang balik saja dari hangout/trip dengan bestfriend, terus nak ber sms, email segala. Tapi aku dan kawan-kawan lain pula ceritanya. Terus hilang dalam timbunan kerja yang terlambak & muncul kembali bila ada urusan bersama. Mungkin orang kata friends for benefit.. Tapi kami tak pernah terasa. Ada hal, contact. Tak ada hal, duduk diam-diam siapkan kerja. Itu jauh berbeza dari jenis yang pandai mencari bila memerlukan sesuatu dan sebaik saja dapat yang diperlukan, terus buat tak peduli.

Walau bagaimana rupa & cara sekalipun, mereka masih kawan-kawan aku. Dan aku tak pernah membuang kawan.

Dec 16, 2009

Mungkin 3 ribu lebih kaya

Pagi tadi seperti biasa, pagiku ditemani Pak Nil & Cik Din Gile. Celoteh pagi ini adalah berkenaan pengalaman menaiki teksi. Cerita terbaik akan berpeluang untuk menyertai Teka Bunyi Era.

Aku rasa aku tahu jawapannya. Tapi entah mengapa pagi tadi tak terlintas di fikiran apakah aku punya kisah menarik ketika menaiki teksi.. Kebanyakan pemanggil menceritakan kisah teksi yang busuk hapak & karenah pemandu yang tidak memasang meter. Cliche..

Hampir jam 8.30 tiba-tiba aku teringat 1 kisah, sekitar tahun 1997 dulu. Waktu itu aku masih di Tingkatan 5, di JB.

Hari itu hari Jumaat. Hari outing untuk penghuni hostel. Hari untuk mengecap kebebasan selama 4 jam. Kalau lambat, bersiap-siap lah untuk menghadapi kemungkinan dipanggil warden. Nasib adalah berdasarkan budi bicara mummy qamar (ketua dorm). Kalau dia baik hati seperti Cinderella, selamat lah.

Jam menunjukkan hampir 6 petang dan kami berempat masih di Larkin. Terkocoh-kocoh menahan teksi. Mujur ada yang sudi berhenti. Seorang lelaki separuh umur menoleh ke belakang.
"Nak ke mana?"
"Teknik JB pakcik.."
"Ok.."
Dari Larkin ke hostel bukanlah jauh, tapi jika berjalan kaki adalah mustahil untuk sampai sebelum 6 petang. Dari simpang Larkin, kami perlu belok ke kiri untuk masuk ke Jalan Tun Abd Razak. Itu yang aku pasti. Tapi teksi tersebut membelok ke kanan. Aku fikir, mungkin dia ada laluan pintas?

Tapi semakin lama, aku semakin pelik sebab tiada tanda-tanda akan ke arah sekolah. Aku & rakan2 saling berbalas pandang. Salah seorang memberanikan diri.
"Eh, pakcik.. Bukan jalan ni rasanya..."
"E'eh.. alamak, pakcik silap jalan lah! Takpe, takpe.. Nanti pakcik pusing yea..."
Kami semakin cuak.. Pakcik ni hendak kidnap kami ke???!! Untuk meredakan tekanan, salah seorang rakan aku cuba untuk berbual-bual dengan pakcik teksi. Ternyata dia seorang yang peramah. Cukup-cukup peramah. Err.. pakcik teksi, maksud aku.

Sampai-sampai di perkarangan hostel, kami menarik nafas lega. Jam sudah terlajak beberapa minit dari angka 6. Pakcik teksi masih tak henti-henti bercerita.

Di penghujung bicara, kami kumpul wang seorang sedikit untuk membayar harga tambang.
"Eh, tak payah la..."
"Haaaa???!!!" seharusnya kami terkejut beruk.
"Takpe.. korang semua dah macam anak pakcik dah.. Pakcik halal aje. Lain kali pakcik datang lawat kamu semua ya?" ketika itu dia sudahpun tahu nama kami berempat dan sempat menghulurkan kad perniagaannya.
Sebagai pelajar yang kedudukan kewangan sentiasa terhad, seharusnya kami gembira. Dapat ayah angkat driver teksi! Sudahla sesat larat, naik free pula!

Selang seminggu, kami menerima pelawat misteri. Aku fikir ayah ibu rakan senegeri datang melawat (bila mana-mana ibu bapa yang datang, pasti semua anak senegeri akan diajak turun lepak & makan bersama - hanya digunapakai oleh geng budak kl/selangor saja.)* Ye, kami memang komplot.

Alangkah terkejutnya bila kami mendapat tahu pakcik teksi itu rupa-rupanya yang datang! Kami semua tiba-tiba gemuruh tak tentu hala.
"Kau la pegi!"
"Apa pulak.. Kau yang layan dia borak.."
"Ahh, kau pun sama!!"
Sudahnya, kami semua pergi ke pondok pelawat dengan wajah yang serba salah. Entah kenapa kami semua rasa tidak selesa. Walau banyak mana bilangan beg plastik berisi jajan dibawanya, tetap tak dapat menghilangkan rasa gemuruh kami.

Ucap kata tersekat-sekat. Senyum semuanya sumbing. Pakcik teksi bagai dapat membaca isyarat tubuh. Tak lama pun, dia meminta diri. Kami hanya mampu melihat.

Sejak itu, kami tidak bertemu dengannya lagi. Walaupun kami masih menaiki teksi setiap kali outing. *Apa barang naik bas.. Penat & panas nak jalan kaki sampai jalan besar! Hmm mungkin juga dia ada terlihat kami di sekitar JB tapi enggan berhenti bila ditahan. Hehe..

Pakcik teksi, maafkan kami... Kami neves!!

Oh, berkaitan tajuk entri.. Hadiah Teka Bunyi Era pagi tadi adalah RM3000 tunai!

Sep 30, 2009

ehh tak terasa nk nyanyi lagu Ruffedge pun lah~

lagu mana? lagu nih.. "marilah bergoyang...." *ulang sampai penat.
mungkin lagu paling sesuai: Sway by Michael Buble. hehe..

ok, kata kunci pada hari ini ialah GOYANG.
seperti yang dijangka, status di facebook kebanyakan rakyat malaysia & mungkin jugak di indonesia lebih kurang sama... "terasa gegar lah.." "goyang2 wei..." dan yg sewaktu dengannya..

jam menunjukkan pukul 6++. aku tgh gigih kejar deadline. org HQ menunggu2.
Wili kat pantry plak dok gigih menapau donut KK.
tetibe dia menjerit. AAHHHHH!!
aku plak terasa cam debar semacam. isk, apesal nih?
kerusi aku bergoyang kiri-kanan. tapi sloooooow aje.
ahh sudah!
mcm yg aku penah rasa je nih...

aku berdiri cecepat, n tanya Zam. "wey, rasa x??" dia geleng.
aku toleh kat Heidzir plak.. "ada x?"
dia mengangguk laju.
aku soh Heidzir tanya bos.
bos pun rasa. skang semua orang dh rasa!
bagus! so aku tak mabuk.
tp yg x bagusnya, bangunan bergoyang2.
kali ni lebih lama dr yg dulu.
bayangkan anda di tingkat 12. apa anda rasa?
mcm2 benda negatif terpapar kat layar transparent otak aku mcm slideshow powerpoint.
kaki aku terasa sedikit lembik. menggeletar pun ada.
Wili keluar pantry.. "Ada semut....~"
=___= itu yg ko jeritkan tadi ker, pompuan??

setelah berbincang ala kadar, kami bergegas keluar.
sebelum tu aku sempat save keje yg aku buat td, tutup Firefox & Windows Explorer.
tapi x dan nk off pc.
semua orang menuju ke lif.
gile kan? bangunan bergoyang, n kitorang turun guna lif!

teringat kisah 2,3 thn lps.. same story.
cuma ia terjadi before lunch hour.
semua, maksud aku SATU BUILDING turun guna tangga.
masa tu bos yg skang ni xde sini. *dia lum jd bos aku.hehe..
bos yg dulu tu, dia yg awal2 kuar bilik dia n soh kitorang kuar bangunan.
tgh kecoh2 kt opis, kitorang berdegar2 g tangga.
bersesak2 dgn orang ramai. 13 tingkat je in total. 1 tingkat ada 2 unit pejabat.
tapi, tetappp lenguh kaki hokeyyyyy... siyes.
mula2 mmg la semangat turun tangga.. bila smpi tingkat 6, kaki dh mula cramp. ehh bukan 6.. 8! seksa gile nk smpi bawah!!
dh la tangga tu sempit~
sampai2 je bawah, pintu lif pun terbukak jugak..
sapa yg keluar?
bos!!!
cissssss! dia yg soh kita turun tangga.. dia lak lek2 je guna lif.
alasan dia: tangga penuh sgt org.. =___='

so tadi, lepas lebih kurang 5-10 minit kt luar bangunan, bos & staf lain decide nk naik balik. rasanya xde apa2 kot.
tapi aku masih diulit paranoia.
so aku nk balik!
walaupun jam masih belum cecah kol 6.30pm.
kaki masih lembik2 lg sket2. *lg 1 aku nk blk cepat! haha!
bos pun ckp, ok la xpe.. so, hehe... ca alip but je laaa..
aku sempat panggil Zam sat..
"tolong off kan pc~ hehe.."

di tepi2 jalan kat wisma yow chuan & city square, kelihatan sekumpulan manusia & pekerja kontrak sedang berkumpul2.
aku bet diorang mesti rasa yg sama.

balik rumah, aku citer kat ibu.
dia cakap, "haaa ibu pun rasa gak tadi. ibu kat atas katil kat bilik. sekali rasa cam goyang2. ibu ingatkan ada HANTU."

ya ampunnnnnnnn.....