Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

May 4, 2010

Pesta Muda Mudi

[Semalam You Call I, I tak answer,
Tak paham ke memang I dah tak suka,
Dari dulu I cuba nak break dengan you,
Tapi you ugut nak tunjuk video tu.. *adibah terlopong]

[Sudahlah pyscho, janganlah ganggu,
You pakai bomoh you ingat I tak tau,
You memang slalu buat I berbulu,
No wonderlah mak I pun tak suka you! *adibah terlopong LAGI]

Lirik di atas tiada kena mengena ngan tajuk & content entry.
Sumpah aku sangap & xde mood keje untuk sepanjang minggu ni. Padahal baru hari Selasa..

Entah ape nak cite tah..
Rasa cam ada beberapa benda yg perlu dibeli tapi sangat lah malas nk g soping. Mana tah mood lari.
Eh, dah sale ke hah skang??
Gaya tanya mcm kaki shopping, padahal...______.

Semalam aku sangat2 emo & mood swing yang aku sendiri tak sangka aku jadi camtu.
Sangat-sangat tak stabil. Dah berapa hari dok cemtu.
Benda kecik pun aku leh sentap sorang-sorang.

Tapi dah namanya sentap sorang-sorang, harusla takde sapa nampak aku nangis over kerja yg aku tak dapat.
Gila ke??
Orang lain tak dapat job (task) seharusnya suka hati sebab beban kerja pun sure kurang.
Ini, macam meronta-ronta nak plak! Tak kena masa betul..

Time tu laa nak emo konon asyik wat keje sama aje la.. Sampai bila nak wat yang ni je..
Dan-dan nak g cari keje lain.. 'Persetankan semua! G je interview~!
Tapi semua tu aku cakap dalam hati je. Tau-tau je airmata meleleh...

Bodo tul bila ingat-ingat balik.
Tapi bagus gak aku dok diam-diam camtu.
At least takde hati yang terluka ngan kata-kata aku. Mana tau dalam marah2 tu, for sure nye lah aku akan cakap something yang bleh sakit/luka kan hati orang..
Konfem!
Mana ada orang marah+emo+sentap+bengkek cakap elok berbudi bahasa?
Nan adooo..

Tapi, efeknya.. sampai ke hari ni aku kurang komunikasi ngan budak2 ofis. Mood cam takde je nak layan borak.
Yang bagusnya, keje aku cepat siap. Ini pun kena bajet2 sket.. kang esok ngangkang aje lak kejenye kt opis nnt..
Lagi sangap!
Ngahaha!

Iklan: Malas nak cite banyak. Klik je banner2 di bawah untuk info lebih lanjut.

Nak free pass, sila pegi sini. Ye, masuk berbayar RM20 utk 3 hari. Tapi kalau ada jalan utk dpt yang free, kenapa x guna??

More info g sini aje. FB dia pun ada. Search je Youth10. Jumpa la kang..

Tak kira berapa umur anda,
See you there!


Apr 22, 2010

Salah ke tunjuk sapot?

  klik gmbr kalau terasa nak baca

I mean, kalau seratus ribu yg orang kondem, konon benda ni 'hek elehhhh tepapetah..' lama2 tak mustahil rasanya seratus ribu lagi akan termakan kata-kata tu. Lainla kalau yg ckp 'hek elehhhh tepapetah..' tu memang mengamalkan gaya hidup 3R (kalau dia sangka 3R tu hanya sebuah rancangan tv, mmg aku hek elehhhh balik kat dia) Reduce-Reuse-Recycle, so xpela kalau dia xmo join this 1-day event ni.

Tak semestinya nak join event ni kena ada kat tempat orang ramai2, having fun, hu-ha hu-ha bagai.

Tak semestinya ko dok sorang2 pasang lilin dalam ruang yang gelap ko akan jadi seorang looser.


Untuk yang masih tak faham, event ini hanyalah 1 usaha anjakan paradigma & bertujuan menyedarkan kepada mereka yang lupa. Dengan kata lain, sebagai 1 simbolik. To show that we care.

Tapi kalau pada dia 'kasih sayang tak perlu ditunjuk' well, harap2nya bumi ni akan faham2 sendiri jugak lah yang manusia ni sebenarnya sayang kat dia cuma dia tak tunjuk depan2 je.. Cuma tu laaa... tak semua manusia yang sedar hakikat sebenar condition bumi ni.


Gmbr 1st tadi adalah email from WWF bertajuk "Thank you for a record breaking Earth Hour!" Baru dapat tadi.

HAPPY EARTH DAY!

Mar 30, 2010

3-Series Birthday Giveaway: THE FACT ABOUT e-caR

Aku rasa aku tak pernah laa join contest2 blog nih.. Sebabnya hofkos la aku xreti nak jawab soklan tuan tanah.. Daripada aku merapu merepek tak tentu hala, baik aku kurangkan pening tuan tanah kalau dia terpaksa baca entry aku..

Tapi this time around, aku yakin dengan jawapan aku. Sempena birthday dia yang berdekads ni, tuan tanah mintak sediakan ayam golek, pulut kuning, ehh tak tak.. 3 fakta pasal dia.. *Kalau mintak auta, laaaagi banyak aku leh bg! haha!

Sblm tu aku nk introduce la sapa gerangan si tuan tanah ni di mata aku.

Aku kenal dia masa skolah kat JB. Dia budak Pantai Dlm. Woh! serta merta aku tingat makcik aku yg dok sana. Bila dia sebut nama kg dia, aku trus tingat kat kazen aku yg dok kt kg yg sama. Sekali, laaaaaa keciknya dunia!!! Skang dok satu floor lg ngan mak dia. Sejak dr tu, kitorang jd cam adik beradik. Mcm2 dugaan & pancaroba kat hostel yg penuh saiko kitorang hadapi sama2. Sama2 blk kg bila cuti skolah, sama2 beli tiket bas nk balik jb balik, sama2 balik beraya awal 4 hari dr budak2 lain sbb beli tiket bas awal, outing toksah cite la kan.. Sama2 amik result spm.. Haih... kenangan..kenangan.. So, I'm proudly present ahli geng komplot KL '5TH ELEMENT'.. E-CAR!!!!!

*takyah susah2 cari.. tu ter highlight tu..

3 FAKTA BUKAN AUTA PASAL E-CAR
  1. Masa skolah muka dia boooolat! cikgu pun panggil dia bulat! 8 thn tak jumpa dia, skali masa wedding, aku pikir aku dh salah kenduri!! Gile kentang ahhh... Rahsianya? Dia ckp dia tak makan dh lps kol 7mlm & minum air saje lps tu. Aku x heran dia leh achieve apa yg dia nak sbb aku tau dia mmg jenis seorang yg determined & dedicated dlm apa yg dia usahakan. Tgk je la hasil dia skang.. Tak perlu nak klik2 facebook utk jana pendapatan der.. Semanis kek & cuppies nya, semanis tu jugak laaa hasil usaha penat lelah. Orang nya? Harusla manis jugak.. Senyummm jer..
  2. Seiring peralihan zaman, minah ni ada berbagai-bagai nama samaran sejak kecik smpi besar. Cuma yg e-car ni je aku rasa melekat lama.. Sha-sha lah, Ieqha lah, K.E. lah, apetah lg aku dh lupe.. Tu je aku ingat. Kalau bergambor ala2 tomboy tuh, haaa tu zaman K.E. la tu... Kalau ayu2 tu, zaman Sha-sha. Zaman Ieqha pun ala2 tomboy tu dok ada lg sket2..  Zaman E-car ni dh vogue de vasssssss dah! Pakai baju pun sentiasa sedondon gitew ngan hubby & Eiymann.. i loike! Nama sebenar dia? Tanya dia sniri lah.. hahah!
  3. Dia ni antibodi dia kurang vitamin sket. Sket2 pengsan. Sket2 pengsan. Semorang kt skolah tau dia kuat pengsan. Haha! asal tensen sket, migrain pastu pengsan. tp tu time skolah la.. taktau la apa vitamin dia makan skang smpi gagah perkasa buat mcm2 bisnes nih.. Haaa HPA la tewww... Jgn mareeeeee...

Hish, aku ada byk lg benda nk cite, tp syarat dia leh bg 3 fakta jek.. Terpaksa aku citer dlm hati jer! Aku saje je bukak cite lama psl si e-car nih.. Alah, cite skang ramai dh tau... Cite lama x ramai yg tau kennn.. *sape soh ko bg green light kat aku! muahahaha!!

Kalau korang nak kenal sapa kawan dulu-macho-sekarang-vogue aku nih, sila la terjah blog dia nih.. http://ecaRNazRin.blogspot.com/

Kalau terasa nak jo-en contest dia, terjah page ni terus! Dr situ leh gak dpt fakta2 e-car version contestants lain.. http://ecarnazrin.blogspot.com/2010/03/3-series-birthday-giveaway-fact-about-e.html




PERADUAN INI DITAJA OLEH:







Babe, happy birthday! Semoga hidup lebih bermakna & dilimpahi rahmat-Nya bersama insan-insan tersayang. Nanti aku masuk kelas ko! hihi! Lurvelots!

gambar kidnap. kelas baju raya ko noks~
eiymann - nazrin - e-car

Mar 16, 2010

shayang shaper ni??

Mak pernah kata, entah-entah umur ayah tu lg tua dari yang kita tahu. Maklumla orang dulu-dulu kan suka tipu umur, e.g. sebab nak masuk skolah, nak jd cikgu, nak keja gomen, dan pelbagai alasan lg.

Kalau diikutkan, ayah ada 2 birthday. 1 bulan Mac (yg kami dok ingat tiap tahun dari dulu) dan 1 lg bulan December (dlm IC dia). Aku pun tatau kenapa dlm IC dia bulan 12 tp yg kami sambut bulan 3 sebab dia cuma akan gelak jer bila ditanya. =___=

Tahun ni tak sempat nak sambut masa hari birthday dia sbb jatuh hari Jumaat & aku smpi rumah lambat mencari kek plus aku tak dapat balik rumah aritu.

Anak jiran aku menikah malam tu, so elok je aku sampai rumah kereta dah penuh sepanjang jalan & gate aku betul2 depan khemah.

1. Segan nak menapak masuk rumah bila khemah penuh jemputan
2. Takde parking space yang dekat. Semua jauh2. Memandangkan kalau aku park jugak sampai ke surau nun, alamatnye lepas majlis habis kang aku kena g amik keta balik untuk simpan dlm rumah.

Tak payah!!

Aku terus g umah mak untuk lepak-lepak dulu sambil tunggu majlis selesai. Kononnya... Sampai kol 11 lebih pun cam x pasti je ada space lg ke tak sbb jiran aku banyak yg parking luar. So, kesudahannya, tidur rumah mak je. Kek tumpang dlm peti ais mak dulu.

Esok pagi-pagi balik rumah. Ayah tak sempat nak potong kek sebab sibuk merewang. So ingat nak postpone ke petang. Petang tu aku kuar la plak g Alamanda nak amikkan kasut glam Mizzy kat cobbler. Malamnya kitorang g 1 restoran kat Kajang ni untuk birthday dinner.

Amik lauk biasa2 jer.. Aku malas nak amik gambar. Kailan ikan masin, telur dadar tamoh bawang, kerabu mangga, kerang rebus. Tapi ada 1 lauk ni aku penah makan kat Kelantan dulu.. Sangat sedap. So aku nak laa try dish ni kat sini.. Sekali dia sampai... haaa kau!! Terbeliak mata sorang-sorang..


Kasi compare sketttt saiz mangkuk tu dengan gelas milo besar tu.. Aku tengok dah macam mangkuk bancuh acuan bahulu mak pun ada! Haih... Gambar atas kanan tu masa tu dah sauk sorang sikit dah.. Gambar bawah kiri tu adalah selepas semua 4 orang tolak pinggan tanda surrender. Rasa dia ok la.. tapi takleh celen yg kat KB tuh.. Sodap! Kengsom ni cam asam pedas la.. tapi Siam mari..

Esok tu, ayah nk ikut rombongan jiran pegi majlis bertandang anak dia plak.. So sebelum dia follow rombongan Cik Kiah, sempat laa dia potong kek. Sebab tu berbaju batik sambil potong kek. Konon mcm ada majlis potong kek. Padahal kat meja makan jer~


Masa aku tengah basuh pinggan, Ayah tetibe panggil soh amik gambar. Dia nak potong kek.. Haha! Fon aku lak habis bateri time tuh.. Terus dia amik fon dia, "Pakai fon ayah. Apa, ingat fon ayah takde kamera ke?" Fuh, terang siot... Vibrant lg kaler dia.. tayah susah payah guna flash bagai.

Nampak kek cam besar.. rupa-rupanya cenonet jer.. Cukupla untuk 5 mulut yang bukannya jenis pemakan kek tegar... Untuk Ayah Comel, semoga dilimpahi rahmat-Nya, dimudahkan rezeki & dilanjutkan usia. iSpy saaaaaaaaaaayang kat Ayah!

Feb 19, 2010

tak susah-mati tapi suka sangat-sangat!!

Aku ni bukanla peminat susah-mati Faizal Tahir (FT) atau Rockensteiners tegar.. tapi aku memang suka tengok dia perform kt tv & dengar lagu-lagu dia. Bila aku beli cd dia, SEMUA lagu dia aku suka. So bila ada peluang untuk tengok dia perform live, haruslah aku rebut kan.. Kena bayor pun, bayor je lah.. Nak free g keje back stage lah!

Bila baca kat paper 'utusanmeloya' (quote dr kawan aku) hati aku cakap, "hek eleh..."

Dia nye kutuk berperenggan-perenggan. Puji nye 1,2 line jer. Aizat lak, terbalik. Kalau dia nak kata FT pancit masa menyanyi ker, hambar ker, suara tak sama cam CD ke takpela jugak.. Ini, sebab FT bercerita dengan audience & ckp English fluent. Nasib baik FT tak cakap, "I look stupid if I speak in Malay, u see.." Haha! Itu belum lagi dia kuarkan brit accent ala-ala pengulas match EPL.

Aiyoyo.. kadawale.. Bukannya kitorang boring pun dengar citer dia.. Kelakar kotttt.. Lagi kelakar dari persembahan peserta Raja Lawak 4. Plus, dapat la peminat-peminat dia lepak lama sket. Ni mesti sebab wartawan tu..
  • bukan peminat FT tapi dipaksa bos nya untuk pergi
  • dia ada date malam tu tapi kena kensel sebab kena cover konsert tu
  • dia lapar sebab belum makan pastu bengang konsert tu habis after 12
  • sebab-sebab peribadi yang cuma dia aje yang leh buat ayat nya

Siap cakap 'macamlaa FT ni ada album English sampai nak berspeaking2 bagai'. Ehh, kena ada album English dulu ehh baru leh cakap BI? Bukan sepanjang masa dia speaking pun.. Adoyai... yang penting, Rockensteiners, Siti Zoners & Aizoners semua enjoy gile dengan each performance. Bila lagi dapat tengok Siti nyanyi lagu rock, Aizat nyanyi lagu zapin & FT nyanyi lagu Cindai? And lagu Spider - Rela Ku Pujuk nyanyi ramai-ramai dalam versi raggae~

OK, tu yang best part. Yang part kelakar pun ada..

Apart from enjoying the show, kitorang pun 'enjoy' gak tengok kerenah merpati 2 sejoli kat depan kitorang. Dah la seat dia ada papan kat belakang. So if ko duduk ontok-ontok kat seat tu, sandar elok-elok, orang belakang takde masalah nak nampak pentas.

Masalahnya si mamat ni jenis tak leh dok bersandar.. Ada bisul kot kat belakang dia? Tapiiiiiiii... bila mai lagu slow melow, hamboihhhhh... Kenmain lentok lagi ko yer kat bahu awek ko.. Aku ngan Mizzy memang gelak sekuat hati *sebab muzik kuat sangat so tak puas laa tak dengar ketawa sendiri kan.. Belum campur kitorang 'bergossip' lagi. Sikit lagi Mizzy nak sound direct soh duduk sandar betul-betul. Tapi time dia lentok tu memang dapat full view lah.. Ahaha!!

Overall, konsert tu memang terbaek lah! Sorakan paling kuat harusla dari Rockensteiners sekelian kannnn.. Siap lawan-lawan sorak ngan level lain. Haha.. Apa nak buat.. kena hanjeng ngan FT. Siap ckp semalam nye crowd lagi happening. Apalagi, semua naik syeikh lah!

So Johnny, m looking forward for your solo act in the future okeh? Eh, tercakap BI pulak.. *bak kata FT kat FB dia.. hihi!

Kalau la aku ada kamera canggih sket, mesti aku tak malu nak tayang gambar curik 3 stars ni dok sign otograp peminat. Orang ramai ya hamat!!  Kamera aku asik snap gmbr tangan orang jer lebih!! =___='

P/S: salah satu 'celoteh' dia yang takleh blah, dia cakap ada satu fan ni jerit dari jauh.. Johnny!! Johnny!! Bila dah datang dekat orang tu ckp, "eh sorry, I ingatkan Johnny Depp tadi!" choiiiii!!!!!!!

P/S2: Siti sebut Johnny Dape. hihi! jgn marah aaaaa...


 stage dia dari seating kami

haa kasi terang sket. tingkat 3 ko!! itu je yg dapek..

johnnyyyyyy!!!! eh, silap.. faizaaaaaaaaaaaaaaallll!!

sesi sign otograf. gmbr dah crop kaw2 nyer. kalau tak, gile banyak bendasing2 kat keliling gambar.. yang gagal di crop, rambut sedara di atas.

dapat sambar ni jer..

Feb 11, 2010

YANTTIE!!!

Hah, aku rasa dia tau dah kenapa aku panggil dia dalam ini blog. Hehe.. Dah boleh agak dah kan..
Sorry lah, lambat nau wishing nye sebab aku pun tatau. Takde plak dalam FB notificationnya (sebab kamu rahsiakan date nye). *Ooo sorok umur ehhhh.... Heheh!

Anyways, *sabar Yanttie, jgn scroll lagi. Baca ni dulu..
Thanx to your lovabies maka aku pun dapatla informasi yang birthday kamu hari ini...
Oleh itu, aku pun amikla kesempatan ini untuk ucap selamat panjang umur dan semoga hari ini & seterusnya menjadi lebih bahagia buat kamu & dapat cipta lebih banyak momen-momen indah.

Walaupun baru setahun kot kenal, tapi aku dapati kamu seorang yang ceria & sedikit blur dahulunya. Harap-harap sekarang dah tak blur lah yea..? It's fun to befriend you. :)

So, nah!! Tak larat nak seksa kamu lagi dengan ucapan panjang berjela.
Pssst, aku tak tau sape hero pujaan kamu, so harap-harap dak Tay ni boleh menghiburkan kamu. *Peh, macam hantar gigolo plak gayanya!!! Oh tidak!! Jangan salah faham!!

Ok Ok! I should stop now.
Feast your eyes... ;)

Jan 26, 2010

My Valentine’s Day

Never celebrate it but for the sake of free tix, here's my fantasy date with the Lord of Punk'd.. Yes, you got that right.. Who else, yes... YOU, Ash! *Perasan konon Ashton Kutcher nak baca blog kau!! Demi, pinjam laki hang sat... 

Some girls like Mr. Nice Guy, but I guess I'm more into Bad Boys. Maybe they have some 'adrenaline-rush' kinda thing that could make my life a bit like a roller coaster???

Anyways, I'm here to talk about my dream (LITERALLY) date with Ashton. Since he's really well-known in pranking others, I have to be extra carefull myself from the moment I step out of the house. Even I hope he'll rest the day for me..

Valentine is a special day.. If I only have 1 day to spend with him, I'll plan to spend it alllll day. Yes, from AM to PM. And since our dearest Mr. Kutcher here is a very very budak bandar, I think I should bring him closer to nature.

Right after I sit beside him in the Hummer, we'll head straight to Tanjung Karang where we'll be joining a pakcik & makcik for tuai padi antara masak... esok jangannnn -bzztttt! stop the music pls! Ok, we'll be helping them membanting padi. But since it's still February, so we'll just help them planting the seeds.

Ohh it's gonna be fun seeing him in the fields with the triangle hat and seluar senteng! hahaha!! I'll throw him some pacat (or i'll just ask pakcik to throw them to him!) just to see if he screams like a sissy! Before we head back to town, I'll make sure we have some brunch in the hut in the middle of the paddy fields. And during our way to tumpang mandi air perigi at rumah pakcik, I'll push him into the field from the 'batas sawah'!!

He must be soooo exhausted, so I'll drive the Hummer on the way back and let him take some nap. In the mean time, I'll make sure I snap some precious pictures of him dozing off.. ;)  We'll stop by Kota Melawati for some sightseeing and lunch under a tree down the hill.. Of course without all the monkeys~

Once we reach the city, we'll head to Menara KL. Blindfold him in the elevator and bring him to the open deck and let him feel the wind that blows his hair everywhere! Once he open up his eyes, he'll see that I'm ready for a jump!

"You jump, I jump!" As we ready for our free fall ride after watching sunset at the deck~



Once we safe on the ground, we'll head back to the elevator for our romantic dinner at the Revolving Restaurant, enjoying KL night sky. And not to forget, a dance would do no harm (if we can still feel our feet!). By 12 midnight, we'll watch Tower Lightning - a light & sound show from Menara KL.

If I get an extra 1 more night with him, *hepppp!! don't think 'other things' yea.... I'd love to bring him for a ride down the river to Kg Kuantan for fireflies watch. Then we can proceed for IKAN BAKAR!!!!

Ok, I'll better stop before 'Ashton' serik turun Malaya!!!

So there! My 'fantasy-never-come-true-dream' of a special Valentine.. It's all about fun with nature. And answering your question, of course I'll be super excited spending time with him. And make sure he adds me on his FB - not as a fan of course.. bwahahahah!!! (so I can tag him to the pix of him dozing off in the Hummer). No Ash, I don't tweet. Sorry...


Lucky Ash - or me??



And to all my friends & hughey.. please don't hate me.. This post is all because of this: 


Sep 25, 2009

STICKY-LEKIT2-MODE: gema takbir di pagi raya....

biasa la kalau dh melekit mesti lambat sket nk tanggal kan? so utk entry2 baru, scroll down okeh.. ;p


pd yg aku x dpt tag kat fb tu sori sgt2 sbb dia kasi tag 50 org je..
aku ni kan byk wat salah kt org.. so agak sedar diri la untuk mintak maaf kat semua2 yg ada..

jadiknye utk rerakan seblogger & penyinggah tetap & separa tetap ataupun kebetulan je tiba ke blog pemalas ini, aku nk sampaikan ucap salam penuh kasih mesra lagi berbaloi2 utk korang.

di hari yg mulia itu marilah kita bekerjasama melayan tetamu yang hadir bersama senyuman di bibir walau pinggang terasa nak patah!

tidak dilupakan genggaman erat memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap yg telah lalu & yg bakal tiba kejap2 lg.. huhu! in advanced gituss..

di akhiran ini, semoga anda2 semua tidak menggigil2 tangan menyelok poket mencari2 'sampul gembira' buat adik2 & anak2 yang sengih nya selebar meja kopi.

dengan linangan air mata, kuucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI 4U2C!!"

Sep 13, 2009

Budak Dodol

dedulu masa kekecik aku xberapa suka sgt.
ntah.. cam susah je nak makan... liat semacammm jek..
biasanya dodol ni org hidang masa hari raya, kan? tp aku rasa kat stgh2 tmpt, dodol ni dh mcm kudapan harian dh.

pernah masak dodol? lama kan...?
aku xpernah. tgk pun x pernah.
smlm kat prima saujana ada event kacau dodol. mak ajak g tgk sbb abg ipar jd salah sorang tukang kacau dodol. konon nk gerak kol 10. tp aku ter lama lak kt bilik air. huhu! kol 10++ baru gerak. sampai2 sana, kak long dh kacau2 basuh kawah dah.. haha!

rupa2nya diorang dh habis dah... tp ada gak kawah2 lain yg dok gigih mengacau lg. kaklong ckp, diorang start plg lmbt, diorang laa yg plg cepat masak, n diorang laa yg paling menjadi. kental siot.. x lembik lgsg.. sekali tarik je putus! ni baru bestttt....

tp tu laa... x dan nak bahagi2 kat org, ramai yg dh serbu amik. ptt nya kumpul2 dulu ngan group2 lain baru start bahagi. tp org ramai dh x nyabor agaknye.. terus amik. ceh~ tp xpe, mak ckp Rabu ni nak wat lg kat rumah! yeay!!

tp sempat gak laa selamatkan 1 tupperware kecik. belasah kat situ gak.
aku ingatkan org tua je sker mkn dodol.
budak kecik pun suke!! ada 4 budak kenit yg suke nauuu mkn dodol babah dia. dlm dok main2 kat situ, kejap2 lari kat meja ambik dodol.
yg plg kelakar, yg plg kenit tu laa... dlm mulut x habis kunyah lagi, tangan dh seronok tarik2 dodol. hihi~ comel!!!




3 peminat dodol yg kenit & budak besar yg xsker dodol. haha!
alia, mirul, aisyah & irfan

Sep 11, 2009

dam dam dum bunyi mercun

kanak2 datang berduyun-duyun..
ehh betul ke? cam salah jer...

haa...
selamat hari raya semua!! ehh, awal nye bg ucapan raya?
haaa... sebabnya aku dh start raya dh arini.. hadoih... harap2 bleh la setel b4 raya kang..
korang ada yg dh raya dh ke? ke aku sorang je??
tapi xpela.. aku postpone dulu celebration raya aku ni dulu..
nk kasi sama ngan org lain dulu.. baru syok raya ramai2~

camne persiapan raya korang? setel dah??
aku baru dlm 40% kot... baju baru siap 2.
kasut dh ada. tp terasa nk beli sandal la plak.. sebab aritu aku beli kasut covered.. huhu!
kalau byk kuar-masuk umh org utk beraya aku prefer sandal je sbb sekali sauk leh terus jalan~
tudung x carik lg nih... hadoi... poning makcik!
rumah pun x abih komeh laie~' tenaga2 buruh' kat melaka nun pandai lak pilih nk blk umh bila dh dekat2 raya. wiken ni patah laaa pinggang den ni haa...

ada gak baju yg tailor lom call2 lg.. haih.. baju2 tu laa yg aku nk pakai time raya sbb baju kurung biasa & simple2 je. kalau baju2 moden ni aku biasa nya pakai time g kenduri je. hehe..

aku x macam org lain yg melaram ngan baju raya bling2 di pg raya.. sbb nya raya pertama aku sgt2 lah hectic nya. org dtg x putus2 n keje aku sok sinsing lengan jer.. *bukan bergaduh, tp dok dapur je hoccay~ mmg sgt2 penat & adalah sgt2 rugi kalau aku pakai baju raya yg santek2.

kdg2 aku pakai baju keje je. ahh org bukan tau. diorang x 1 opis ngan aku... ;p
kdg2 nk salam cium tangan mak ayah pun kena tunggu MALAM oke.. pg2 lg dh ada org dtg, xkan nk soh diorang tunggu luar dulu kenn? "tunggu jap ehh.. kitorang nak bermaaf-maafan dulu nih..."
amik family portrait? lg laaa nan ado!

dedulu masa arwah atuk ada, kitorang pg raya mmg serbu umh dia dulu.. berkompol smua kat sana. kalau nasib baik, semua 13 adik badik mak ada skali. pastu bergambar ramai2 kat tangga luar. sbb kt situ je muat. haha!
kol 11, 12 tgh ari dh g town kajang lawat 'sedara' lg 1 iaitu 'Tokyo Photo'. amik family portrait kat situ lak. heheh..
tradisi tu stop lps atuk meninggal thn 2002 kot. sbb thn tu atuk meninggal masa pg raya.
sejak tu mmg kitorang raya kat umh jer. ;(

.............
....................

tetibe aku hilang idea nk tulis ape.

Aug 31, 2009

FAILED: there are no stupid questions,

... only stupid answers & stupid people.

1. what is the name of Malaysia's flag?
errr... *(o_O)

2. how many colors are there on Malaysia's flag?
errrr 16? *tepuk dahi

3. what is the theme of this year's Merdeka Day?
got theme ahhh??? ahahhaa! *kelakar la tuh?

m proud to be Malaysian but m a bit ashamed of these fellow Malaysian who got busted on national tv. mebe the crew twisted the questions.. who knows, rite.. but still, kantoi!

.: questions extracted from Merdeka Quickie's segment ' Are You Smarter Than A Budak Darjah 3'

HAPPY MERDEKA DAY, FOLKS!!

merdeka kah kita?
hmmm sok pg nak kuar, nk kena pakai baju kebangsaan ke arr? huhu!

Aug 21, 2009

Sahaja Aku Puasa

jgn lupa mlm ni pasang niat.. niat sebulan terus, senang! mana tau kot2 nanti ada terlajak x bangun sahur.. huhu!

utk semua kawan2 & blogger2 sekalian alam (xkan ada blogger alien kot...), aku nk mohon ampun & maaf kalau ada tersilap kata, tersasul bicara, tersinggung jiwa, ter hitu ter hini.. merujuk kata2 adik junior aku kat asrama dulu, "biasala kak.. kita kan insan yg lemah..." ketika menjawab kata2 seniornya.

ni nak puasa ni, molek lah kiranya jika kita mulakan dengan hati yang suci murni. semoga lebih tenang menjalani ibadah puasa. dan semoga amalan kita semua diberkati-Nya. aminnnn...

korang semua mesti ada pengalaman menarik waktu berpuasa dulu kan? especially masa kekecik.. mandi lama2 tu dh normal sangat dh!

dulu2 kan, aku skolah biasa waktu pagi, then kol 2.30pm g skolah agama lak. aku panggil 'g ngaji'. bukan belajar mengaji je kat skola tu.. subjek lain pun ada. sejarah, tajwid, tauhid... aku dulu 'ngaji' kat Sek. Ren. Agama Sg Balak. balik kol 5.30 utk Tahap 1. 6pm utk Tahap 2.

aku g ngaji jalan kaki jer dr umah mak. adala dlm 500m kot. utk kanak2 sekenit aku, seksa gak weyyy nak jalan tgh hari buta time bulan posa... da la xde payung...

biasanya 1st subjek adalah mengaji muqaddam / quran. kdg2 kitorang ngaji dlm kelas. kdg2 kat dewan solat. kalau kat dewan solat tu, mmg duduk berkumpul2 la baca.

bila dh lama dok situ, aku mula laa x tahan kepanasan.. maklumla bangunan kayu, kipas pun x laju mana... kejap2 aku & kwn2 g toilet. basuh muka jerrrr... x lalu wey nak minum air toilet tuh~ tp ada gak yang minum! ustazah konfem dh syak.

lps 2,3 hari asyik berulang-alik g toilet.. aku naik penat. 1 hari kawan aku bwk sesuatu g kelas. dia bungkus ketul2 ais dlm sapu tangan & bila rasa panas je dia pun dgn nyamannya menuam2 mukanya dgn sapu tangan tu. puh! tengok pun dah heaven! agak hairan camne ais dia x cair2 dr rumah. mebe dia letak dalam tapawe kot..

aku xleh wat camtu. umah mak xde ice yang dlm acuan tu. ais dia smer stok dlm plastik putih tu. kalau nak ais, kena pecah guna pisau/lesung. and kalau aku mintak mak, mesti dia x bagi! nak pecah sniri x reti..

jadi alternatif yang aku dapat fikirkan adalah dgn bawak sapu tangan aje g ngaji. bila rasa ngantuk/kepanasan, aku g toilet & basahkan sapu tangan tu. kdg2 aku xperah pun. menitik2 la air dari sapu tangan tu. tu yang best tuuuu... kat lantai kayu koridor dr toilet ke kelas, mmg berjejer la air. siap ada trail. leh tau budak ni jalan senget ke jalan lurus. haha! yang pasti, langkah smer cepat2. takut xcukup air smpi kelas! haha! comel je bila bayangkan..

walaupun masih tetap kena ulang-alik ke toilet, tapi at least kurang la sket trip nak ke toilet. kalau tak, baru je masuk kelas, rasa cam nk g toilet balik! selalunya sapu tangan yg basah tu aku letak kat riba. so kain aku selalu la basah.. tp aku xkisah sbb bukan aku sorang je camtu.. hehe..

itula salah 1 pengalaman aku berpuasa kat skolah dulu. susah camne sekalipun, aku mesti nak puasa penuh. sebab, kalau x penuh, nanti duit raya xcukup $30. Arwah atuk janji 1 hari $1. & aku mesti celen ngan adik aku sapa dpt plg banyak! hoho!

tingat masa beratur nak mintak duit raya kat atuk. "puasa berapa hari?" kalau puasa cukup 30hari, lantang je suara. kalau x cukup, ckp slow2 je.. huhu... rindunya... *eh, ni dh masuk citer raya!!!

Aug 12, 2009

TUK, KETANG KETANG KETUK! KECEH CEH KECEH...

sabtu lepas saje lepak2 kat shah alam sebab ada selangor musical extravaganza. kechik lak jd volunteer kt situ.. so plan2 ngan nad, yanti & mizzy utk serbu dataran shah alam. heh, serbu laaa sgttttt...

gerak pun dh ptg.. dekat kol 5 baru sampai sana. kechik ada ckp tugu drum da nak start. aku xde la eksaited sgt sbb da penah tgk masa kat urbanscape ritu.. g sana pun sebab nak chill2 lepak ngan derang. x tau nk expect apa kat sana sbb konsert yg ditunggu rupanya hari ahad~ chais!

sampai2 kat sana, dr jauh dah dengar bunyi dam dam dum! bunyi mercun.. eh tak la.. bunyi org bergendang. tgk2 si kechik & boipren, mok & cheah tgh ketuk gendang & percussion. enjoy gak tgk....

sekali jer kecik nampak kitorang dia lambai2 soh join. malu woi nak join even ada byk kusi kosong masa tu.. skali sorang mat saleh ni approach soh join. aku tgk2 nad dh ke depan dah. xkan aku nk berdiri tgk sorang2? join sajaaaa.... ketepikan malu, juz feel da groove~

hmm x sia2 weh.. mmg sgt2 enjoy even benda tu lama betui nak abis. smpi kitorang tertanya2... 'wei bile nak abis?'. haha! tp best arrr especially bila ada instructor kat tgh2 bulatan bg arahan. alah mcm dlm orkestra tu, ada konduktor muzik. dia bahagi bulatan tu pada 2 grup. ada masa dia soh 1 grup ni stop main bila dia bg cue,while the rest teruskan bergendang. pastu ada yg soh pompuan je main, lelaki stop. mcm2 lah!

mmg 1 Malaysia habis la kitorang aritu. smer kaum join. xkira la ko pakai hentam ikut beat ke tak, aci belasah aje~ tua muda miskin & kaya, menyambutnya dengan gembiraaaaa... ehh tu lagu raya. ahh bedal lah! yang penting hepiiiii...

aku xnak letak gambar kt sini sbb nad dh letak kat blog dia. & aku pun da aplod kat flickr kt sebelah ni.. so, aku nak letak VIDEO. yeap... aku terjumpa kat yutiub sorang penonton rakam persembahan tu. *ceyyy rasa cam artis lak! thanx mr uploader! adaaaaa gak muka2 kitorang dlm tu. huhu! kalau terer silala cari. ahahaha!!




nasib la aku start ngan light instruments dulu. aku tak tau ape nama benda alah tu. tp dia dr kayu bentuk cam hammer tapi panjang lg bhgn tepi. then ada 1 stick, so kita ketuk alat tu guna stick. then aku amik benda yang bentuk cam kubah tapi panjang sket bentuk dia. tapak plastik, atas cam rotan kot. dalam dia ada beads kot. so bila kita goncang2 alat tu dia akan bunyi 'keceh keceh keceh'. gitu la lebih kurang...

lps break 10 minit, kitorang smbg 2nd session. aku try gendang yg tinggi tu plak. hoo berbirat gak laa tapak tangan ni. tapi takdela sakit sangat pun. mlm tu aku leh tdo ngan lenanya, ahad g melaka & isnin g keje tanpa rasa denyut2 kat tapak tangan. mereka2 yang lain? hehehe... itu another story~ ;)

Jun 30, 2009

URBANATICS~

aku da lame x ke festival/pesta/pameran. plg last aku g pesta konvo adik aku. jadi aku agak kejakunan melihat umat manusia yg beraneka rupa & warna di Urbanscapes. siyes aku jakun & berusaha utk adapt. buktinya masa pop shuvit perform, org lain terlompat2 & bergoyang2, aku cuma mampu berdiri keras & gerakkan jari kaki. *eh tetibe ada yg tgh cuba gerak2kan jari kaki sambil duduk depan pc~:p

cuaca mmg panas terik. peluh meleleh kt blkg baju. dh la aku pakai 2 lapis & tudung hitam. nasib aku xjadi pakai kasut, juz selipar je. lantak la org nk ckp aku selebet pun. janji selesa -sikit-. aku g sana bukan utk masuk ratu cantik.

since org lain byk amik gmbr jd aku xrasa ada perlunya aku guna hp aku sbg kamera. tp utk lepas syarat, aku snap sket2.



Jun 17, 2009

siapa2 pun boleh jadi jack & the bean stalk

skang tgh jerebu kan? ada yg merungut umh cepat berhabuk, ada yg merungut dpt mcm2 penyakit, ada gak yg merungut lemas pakai topeng muka cam gaban. cube beli corak ultramen, mungkin lebih macho. atau wolverine.

kesimpulannya sapa je yg suka dgn jerebu.. ye dok? tp dlm dok x suka2 tu, bakar gak sampah depan umah... lg kuang ajo, bakar kt halaman blkg umh yg ber awning.. pastu asap masuk umh sebelah! *emo jap!

main point aku xde kaitan sgt ngan jerebu nih.. aku juz nk uar2 kan aktivitas menuras karbon dioksida dengan menambah pokok2 dengan boaanyaknya.. mesti ada yg ckp, "ala nk tanam pokok depan umh pun boleh..." iyer.. tp ko buat ker?? kalau x, tolong diammmmmm...

aktiviti menanam pokok akan berlangsung di belantara kota damansara. malas aku nk citer panjang2.. details here and here.

"Plant-a-Tree for the Planet" is a green event organized by Wild Asia, AMP Radio Networks and its eight radio stations (ERA, MY FM, hitz.fm, MIX fm, LiteFM, SINAR, XFM, THR Raaga) and Friends of Kota Damansara (FOKD). Come join us on June 21st and plant a tree with your favourite radio announcers! Spend a Sunday outdoors with family or friends and support the protection of our green spaces. What's more, the event will be buzzing with fun-filled activities that you just cannot miss!
kot laa ada yg verangan nk tanam pokok ngan abg dj ker, leh ar gi skali.. heuheuheu!!!

Jun 5, 2009

bila mimpi jadi realiti?

mlm td aku mimpi, ada org call aku... aku x igt dia pomot ape tp smthg to do with environment gak laa...

bila aku ckp, "no thank u" (sbb aku da tade duit ms tuh)
dia terus ckp, "but u're an environmentalist rite?" erk! cam tau2 lak dia.. tp xde la aktif bebenor... wat mana yg larat jer..
tp aku determined giler jwb, "sokay.. sokay.. thanx neway.." gile berhemah & sopan santun lg. haha!

pelik gak, nape dpt mimpi camtu.. mmg cam real. punyala asyik masyuk dlm alam mimpi smpi bgn pun lewat. huhu! bila bgn pg td, aku konfius, "harini ari apa arrr?? jumaat ke sabtu?" gile lost wey!!

bila masuk opis lambat tp nasib bos xde, baru aku ter fikir relevannya mimpi tuh.. rupa2nya, harini adalah WORLD ENVIRONMENT DAY la babe... kekeke.. sampai masuk ke mimpi marketing plan diorang eh..

so utk semua2, Selamat Hari Alam Sekitar. peliharalah alam sekitar kita. jgn sampai Incik Karam Singh Walia buat lawatan mengejut ke kawasan anda. di samping muka glemer masuk buletin utama, anda juga akan mendapat saman kompaun dr majlis bandaran/daerah anda. *oke yg ni aku reka! tp masuk tv tu ada harapan la sket.. pandai2 la nyelit muka in between dia angkat2 tgn tuh.. kekekeke...

sayangi bumi kita. muahss!! pekata korang share2 sket tips korang utk menyelamatkan bumi? * dh mcm gaban lak rasa~

Apr 22, 2009

HAPPY EARTH DAY!

muah! muah! SELAMAT HARI BUMI~

Apr 17, 2009

ada rasa nk bela anak angkat?

hmmm org ckp prosedur nya susah.. mcm2 syarat kena. ngalahkan Degawan lak.. nk kena tunggu turn... interview lg (ok, ni aku tgk kat One Tree Hill. kat mesia ni aku xtau caner)

skang, ada cara yg lebih mudah & cepat! jgn risau.. aku bukan agen penyeludupan budak okeh.. tp aku ada jalan yg bleh bertindak as serampang 2 mata. iaitu dgn meng 'adopt' anak orang utan!

ala bucuk2..... malu2 eyhhh...

weyh seriess babe!!! apa salah ke?? aku x main2. dia mcm kempen adopt-a-tree tu jugak la.. bukan korang kena bwk balik orang utan tu & susukan dia bg makan smer... apela~bukankah ia spesis yg terlindung di bwh Akta Perhilitan (yg ni aku suka2 letak. yg pastinya orang utan ni bukan cam kera yg bleh dirantai bwk naik beskal keliling kampung!)

korang derma RM180 pastu korang akn dpt orangutan adoption pack. dlm tu ada sijil, newsletter, gmbr baby org utan tu, dgn short story sket psl sejarah org utan jat sepilok. benda ni under Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre. lps 6 bulan korang akn dpt update pasal baby tu.. heee cam menarik, kan?

so disamping korang menderma utk ank org utan ni, korang dpt gak laa merasa feeling2 ada ank angkat walaupun jauh nun di sabah.. at least ada gak reason korang nk g Sabah.

klu org tanya, "nk wt pe ko g Sabah?"
bleh la ko jwb, "mau jenguk anak angkat aku, bah...."

ini cuma sebahagian dpd green project aku... aku xrasa ia membazir. terpulang pada memasing utk menilai. jgn smpi anak cucu korang samakan orang utan tu ngan homeless yg tido bwh jambatan plak sbb spesis orang utan dh pupus masa tu..

utk join, korang leh g sohoKL this weekend utk daftar.

oh, hiburan? mesti ada.. biasala org mesia ni.. jgn risau.. ada punye. free lagi.. (melompat kau ehh..) ada ROCKIN’ FOR THE ENVIRONMENT. check kot2 ada artis feveret korang ada..
Doppelganger Open Mic Open Stage presents acoustic performances from 4pm to 6pm by Benchmarx, Five States of Mind, Markisa and Peter Brown, Yuna, Ida Lisa, Wani Ardy, Maleena, George Wong, Funkcoustic, Crowd of None plus Jungle Drums and Percussions and open mic! More details here: www.doppelgangerkl.blogspot.com

kalau xdan, korang leh g website ni gak utk maklumat lanjut (psl org utan tu), okeh?

hmmm agak2 Captain Planet ada dtg x utk memberi sokongan??