Oct 27, 2010

Himpunan Kisah Tragis - updated panjang

I cared & thought too much about others when they actually said, "like i care~" on my face..

Bukan nak undang simpati, cuma sekadar nak luah emosi.
Nak cakap kuat2, aku tak larat.
Niat hati nak gembirakan diri, tapi yang jadi..... agak pahit nak dikongsi.
Dari rumah membawak ke pejabat, semua tapau kasi sebat.

2,3 minggu kebelakangan ni aku rasa memang minggu ujian untuk aku la..
tekanan datang dari semua arah, sampai aku rasa terhimpit, terhenyak, segala terrr lagi ada.
sampai jerawat pun leh lak naik kat muka bertambah2 sebal kat dada.
hari2 aku rasa macam taknak gi mana2 aje...

ni apehal tulis macam pantun ni????
aku ada banyak hutang cerita nak dikemaskini
tapi pressure punya pasal, aku gumpal2kan jadikan 'berndek' (berita pendek)
aku kena lebihkan sabar, kalau tak macam2 cacian & makian terhambur keluar termasuk ____dek!

kisah 1
terasa nak makan western, to be specific.. pasta. maka terus ke kedai yg namanya ada perkataan 'itali'. 1st time pergi, sebab bulan puasa asyik penuh je kedai tu. excited ni. tengok menu, mana spaghetti? mana pasta? mana pizza? yg ada segala macam mee-mee, nasik-nasik, lauk-lauk, nasi ayam yang 'best in town' katanya, paling2 western pun fish n chip & chicken chop kalau aku x silap. demmmmmmit! apakah relevannya kau letak nama kedai ada perkataan itali kalau xde 1 pun makanan dari itali????? adakah sebab kau pernah belajar kat sana/melancong/sebab mee tu macam tali rupa dia? oh lupa, 'best kept secret' juga tagline nasi ayam nyer.. hmmm secret sgt. oleh itu aku xkan bgtau nama kedai ni apa.

kisah 2
masih tentang kedai. eden torai kodai baru bukak 1 hari. harapannya servis shud be tip top. maklumlaaa nak impress baek punya. order dah betul dah. TETAPI nasi kukus yg sejuk, nasi ayam sejuk+takde bentuk (mcm ko senduk2 dari periuk jer) dan roti stim susu yang juga sejuk. pernah tengok org makan roti stim yg baru sampai di meja, celup ngan teh o panas?? teh o tu pun lagi panas dari roti tu. tak campur lagi hati yg hangat ni. terus panggil waitress, komplen pasal nasi dulu sbb roti tak sampai lg. ssh agaknya nak 'stim' roti. dia mintak maaf & cakap akan improve. said thanx to us. bila nak bayar, komplen pasal roti plak. aku tanya dulu, roti tu roti pagi tadi ke?? sebab sejuk keras roti kau. oh, dia nafikan. "kita baruuu aje stim." kondifen gile muke nya. pakkal aku dh habiskan. (bodo. patut tinggalkan aje) takpe la. kasi can itupun selepas ditarbiah oleh kami. sebelum keluar kedai kami terdengar,
"tak nak try ke nasi lemak kitorang? sedap tau...." 
hengkau dah bg aku makanan sejuk & tak sedap, ada hati lagi nak suruh aku beli pulak nasi lemak?? mentang2 bg diskaun 90 sen.. *pengsan~ btw, aku x ckp camtu.. x cukup gengster lg.

kisah 3
waktu dalam lif nk turun ke bawah balik keje, aku raba2 beg cari kunci kereta. hmmm xde? atas meja kot? dah sampai G, aku tekan 12 balik. check2 meja, selak sana sini, takde jugak laa... termangu... takkan lah...- terus call member bermotor, "tlg tengokkan kereta aku ada lagi ke tak..." sampai2 bawah, dia call...
"ko park mana?"
"tempat biasa la.. $4 tu.. "
"kat belah mana?"
"tepi tu la.. mcm biasa"
"takde pun... plate?"
"******7, [model keta]" (habis glem la kau nak sorok plate & jenis keta. camhebat la keta tu?)
"takdeeeeeeee....."
"oh mennnnnn... aku..- aku..-"
*bunyi cengkerik*
"akhakhakhakhakha"
"baaaaaaaaaa- "
"kunci ko ada dlm keta ni haaa... gile lah!"
"tunggu situ!"

kisah 4
saje try resepi baru. sedang berkungfu di dapur sorang2, tetibe kaki terasa sangat [susah nak explain] tengok kat bawah sikit dari tumit, kat area kulit lembut ada sebatang PENCUNGKIL GIGI telah tersemat kemas tercacak di situ. demit~ siapa tabur2 kat kain lap kaki nihhhh.... sampai sekarang aku berjalan jengket sebelah. sakit!

kisah 5
oh jgn la buat aku start cite pasal keje, sebab tekanan dia sgt hebat melantun2 mcm job'shit' yg masuk macam air pancut kat KLCC juga rupanya. sampai aku nk jengah blog member2 pun x dan. update fb pun time pagi je. haiz... mungkin di next entry kot.

kisah 6
walaupun bukan peminum tegar horlicks, tapi aku rasa aku ada jugak tempias 'holic'2 ni skit - onlineshopaholic. pantang aku tgk website itu & ini update, aku segera pilih item & send order form. tp skang aku berjaya stop [sebab kedai tu rest kejap update stok =(] lgpun ada 1 lg kedai tu hantar brg aku dekat 3 minggu baru nak sampai~ padahal dalam mesia je punnnn.. janji seminggu plg lama. brg yg aku order kendian dr dia, laju lak sampai. aku order before end of syawal aritu kottttt... konon nk pakai ms g open houses... harammmm... terus aku majuk takmo beli kat dia dah. *macamkan tokey tu nak heran! minggu ke-2, ckp terlupa nk htr & dah put aside brg2 aku. haritu jugak akan htr, lusa dapat. harammmm lg. kdg2 sabar pun makan diri gak kan... cubalaa nk faham situasi dia, walau sebenarnya aku kurang faham. tapi aku pun dah takde mood nk pakai barang dia, so lantak la bila nak hantar pun.... the next week baru dapat, itupun 1 item xde sbb dh sold out katanya. time mintak aku byr dulu xde pun ckp sold out. mesti part 'i dah put aside ur order' tu kisah dongeng si pari-pari je kan?

kisah 7
terkini! kala aku sedang menaip kisah di atas. tetibe lappy tukar mode ke battery powered, bilik jadi gelap gulita, strimik offline & aku menaip lagak si jurutrengkas. RUMAH AKU BLACK OUTTTTTTT! camne aku nak publish ni?????

Adeke yg baca semua kisah ni sampai abis? Lantokle.. kalau aku tulis pendek2 & byk2 entry pun belum tentu org baca jugak.. Moral of the story is: kalau org nak baca, pjg cemana pun dia baca gak..

6 comments:

cikedidoo said...

i baca habis u...

Siti Nornadiah said...

aku pon baca sampai habis :P

Unknown said...

aww thanx korang.. korang memang pendukung kempen mari membaca.. =P

mynameislina said...

terima kasih utk link tuh...
ni kawan mizzy yg pakai leopard print shoe tu ekkk...?

(please jgn la aku salah org...)

Unknown said...

memang salah pun... =(

jawapannya: yg lg sorang tu.. pakai kasut crocs xde print + spek bingkai tebal. haha!

mynameislina said...

oppppssss sorry aben kan :)
kalau salah org lagi mmg tak dtg dh blog ni....MALU!!