May 18, 2010

Dah gelembung tepi-tepinya

"Eh, meh sini.. ayah nak cakap sikit.."
"Err ape dia?"
"Ko dah tengok kereta ko?"
"Hah?? nape???!!" *ada terlenyek kucing tp x sedar ke?
"Tak nampak ke??"
"Tak.. ape dia???" *cuak sey...
"Tuu tayar tuu..."
"Nape ngan tayar??"
"Haaaaa... ayah dh tukar baru! Empat2 skali. 520 nenggeyyyyy...." sambil menadah-nadah tangan..

OH KENAPAAAAAAAAAAAA?????

May 12, 2010

H.M.D

Banyak nak kena taip, but for now m juz mim alip las~

Apa2pun, mebe it's too late for a Happy Mother's Day wish..
Tak dan nak celebrate together, but still sempat tempah something for dearly beloved.


Plan nak buat seprais.. kengkonon dia nak kuar g keje ari Jumaat tu, tetibe nampak benda alah ni atas meja..
KONON~
Aku teruja kot... nak merasa sedap ke tak, so masa balik keje malam khamis tu, terus aku bagi.
Esok paginya, ngicak nak seketul~ hehe.. Sodapppp...
Tapi sempat laa sepraiskan dia ngan artsy shawl sehelai.. Aku letak kat katil dia bila dia dh g keje.
Jadilaaaaa... tu je yg mampu..
Memang dia tak mintak kita bagi apa2 / celebrate ke ape.. Tapi sekadar tanda appreciation je..
Supaya dia rasa dihargai visually.

LUV YA~

And to all mothers out there, you're always special in someone's heart. Always.

May 6, 2010

Tak penah kena puji

Pagi tadi pegi beli nasi lemak & kuih...
Org yang jual tu tetibe je cakap,
"Lawa spek awak.."
Hoh!! Tersapu-sapu aku gelak..

Hmm ada gaya x?

May 4, 2010

Pesta Muda Mudi

[Semalam You Call I, I tak answer,
Tak paham ke memang I dah tak suka,
Dari dulu I cuba nak break dengan you,
Tapi you ugut nak tunjuk video tu.. *adibah terlopong]

[Sudahlah pyscho, janganlah ganggu,
You pakai bomoh you ingat I tak tau,
You memang slalu buat I berbulu,
No wonderlah mak I pun tak suka you! *adibah terlopong LAGI]

Lirik di atas tiada kena mengena ngan tajuk & content entry.
Sumpah aku sangap & xde mood keje untuk sepanjang minggu ni. Padahal baru hari Selasa..

Entah ape nak cite tah..
Rasa cam ada beberapa benda yg perlu dibeli tapi sangat lah malas nk g soping. Mana tah mood lari.
Eh, dah sale ke hah skang??
Gaya tanya mcm kaki shopping, padahal...______.

Semalam aku sangat2 emo & mood swing yang aku sendiri tak sangka aku jadi camtu.
Sangat-sangat tak stabil. Dah berapa hari dok cemtu.
Benda kecik pun aku leh sentap sorang-sorang.

Tapi dah namanya sentap sorang-sorang, harusla takde sapa nampak aku nangis over kerja yg aku tak dapat.
Gila ke??
Orang lain tak dapat job (task) seharusnya suka hati sebab beban kerja pun sure kurang.
Ini, macam meronta-ronta nak plak! Tak kena masa betul..

Time tu laa nak emo konon asyik wat keje sama aje la.. Sampai bila nak wat yang ni je..
Dan-dan nak g cari keje lain.. 'Persetankan semua! G je interview~!
Tapi semua tu aku cakap dalam hati je. Tau-tau je airmata meleleh...

Bodo tul bila ingat-ingat balik.
Tapi bagus gak aku dok diam-diam camtu.
At least takde hati yang terluka ngan kata-kata aku. Mana tau dalam marah2 tu, for sure nye lah aku akan cakap something yang bleh sakit/luka kan hati orang..
Konfem!
Mana ada orang marah+emo+sentap+bengkek cakap elok berbudi bahasa?
Nan adooo..

Tapi, efeknya.. sampai ke hari ni aku kurang komunikasi ngan budak2 ofis. Mood cam takde je nak layan borak.
Yang bagusnya, keje aku cepat siap. Ini pun kena bajet2 sket.. kang esok ngangkang aje lak kejenye kt opis nnt..
Lagi sangap!
Ngahaha!

Iklan: Malas nak cite banyak. Klik je banner2 di bawah untuk info lebih lanjut.

Nak free pass, sila pegi sini. Ye, masuk berbayar RM20 utk 3 hari. Tapi kalau ada jalan utk dpt yang free, kenapa x guna??

More info g sini aje. FB dia pun ada. Search je Youth10. Jumpa la kang..

Tak kira berapa umur anda,
See you there!


May 3, 2010

Effort

Quoting from my past issue..
Tanyala sapa pun, semua akan jawab nak hidup bahagia.
Kalau kucing boleh bercakap, dia pun akan cakap benda yang sama.

Dan ini buktinya.
Selama 2 jam, si putih tak benarkan sapa2 pun datang dekat.
Sedaya upaya dia cuba jugak nak selamatkan si hitam.
Dan saat dia berhenti mencuba... lihat ekspresi dia.

Kejadian berlaku di Turki.



Siapa kata haiwan takde hati, perasaan & akal?
Adakalanya sifat 'perikebinatangan' pun lagi mulia dari sifat 'perikemanusiaan'.

May 2, 2010

Serius aku benci!

Seriously, aku tak tau camne nak mulakan..
Tak tau apa perkataan terbaik untuk aku gunakan.
Sigh...

Aku ada kawan baik. Aku sayang dia sgt.
Bila dia susah, sehabis daya aku akan cuba tolong dia.
Bila dia gembira, aku tumpang gembira jugak.

Antara saat terindah hidup seorang perempuan adalah bila dirinya dilamar.
Itu yang kawan aku rasa. Aku pun, tumpang rasa la jugak..
Tapi, ada la sikit curiga yang terselit bila sang lelaki cam tak menyempat-nyempat nak menikah sedangkan tempoh perkenalan terlalu singkat.
Dah la ada sejarah perskandalan ngan bini orang b4 ni.
Tapi aku tak mampu nak kata apa-apa..
Satu, aku sekadar kawan, bukan keluarga. Dua, saat aku tahu, segala-galanya sudah diuruskan.
Nyata dia buat semua tu dalam diam.
Terkilan? Aku cuba faham dia ada sebabnya yang tersendiri.

Tanyala sapa pun, semua akan jawab nak hidup bahagia.
Kalau kucing boleh bercakap, dia pun akan cakap benda yang sama.
Tapi, berapa lama & bila? Tuhan saja yang tau. Kita hanya merancang.

Awal minggu ni aku dikejutkan dengan 1 berita.
Kawan aku telah dilepaskan. Buat kali ke-2! Aku hilang kata-kata
Rasa macam nak terbang terus dekat dia.
Dia tak mampu nak ceritakan kat orang lain, walau mak dia sendiri.

Aku dapat tau, sang lelaki berhubung balik dengan skandal lamanya yang sedang mengandung!
Dabelyu ti eff!!!!
Macam nak rountuh langit aku.
Ini bukan tuduhan melulu.
Selain instinct seorang isteri, kawan aku nampak sendiri SMS 'cinta' 2 manusia 'bijak' tu.
Tak campur lagi body language & perlakuan selama ni.

C'mon la.. if skandal ngan anak dara mana2, aku akan kata sang lelaki tu memang gatal.
Ini, skandal lama. fine. Dah menjanda ke? Hell no.. PREGNANT!
Ini bukan setakat gatal, tapi bangang! Tolong jangan guna alasan bodoh, iaitu cinta boleh tak?
Pada aku, perkataan 'cinta' tu terlalu agung maknanya & korang totally dah violate that word.
(Seriously aku dh habis perkataan untuk maki 2 makhluk tu & aku takkan taip dalam ni.)

Ada kawan aku penah citer, yang kat certain sectors, skandal laki orang & bini orang dh jd almost 'normal' situation. Da hell???
Ada otak ke takde? Takyah bayang jauh2 la.. Bayangkan kalau parents sendiri buat camtu, apa rasa dia?? And kalau still tergamak teruskan jugak, memang la hati & buntut korang mungkin terletak berdekatan antara satu sama lain.
Oh, tolong la jgn guna alasan 'masalah rumahtangga' & 'ko belum kawin apa ko tau?'.
As if skandal tu sendiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah dan bukan penambah masalah...
Pft!
Dunia ni luas. Ramai penghuninya. Bukan korang bertiga saja.. ok?

And bila aku cerita kat ibu pasal kisah kawan aku, istighfar panjang dia.
And tetibe dia tanya aku 1 soalan ni for the 1st time in my life... 
Aku terus, 'oh mannnnn...'

"Ko ni bila plak?" [sila faham sendiri psl apa]
Argh! Kenapa aku takde kuasa untuk hilangkan diri?