Jun 4, 2013

Abang Sudin

Baru malam tadi tgk Seniman Bujang Lapok. Bila tgk Sudin, aku tertanya2 sihat lg ke dia? Aritu jatuh..sakit jap..

Tau2 tgh ari ni dpt berita pemergiannya ke pangkuan Ilahi. Tergamam sekejap. Rasa sebak dtg.. Separuh jiwa tak nak percaya.. Tapi itulah hakikat nya.

Antara 3 bujang lapok, aku paling suka dia. Sebab dia jrg skit berdialog tapi sekali dia cakap..bleh putus urat kentut. Even sebagai watak pembantu filem lain..

xyah la nk cerita psl kisah hidup dia.. Kat Wiki berjela2 maklumat ada. just nk share dialog2 dia yg aku ingat. Sebab klu aku tulis kat twitter / fb sure semak timeline member..

BUJANG LAPOK
  • (bila Pak Njong tanya psl diploma tu hape) Ijazah. Saya mendapat ijazah di zaman mogok. Ramli mendapat ijazah di waktu jepun. di zaman ubi kayu. (Ajis?) D-sarip jail.
  • diploma hapa kau dpt? baru potong bawang saje dh terpekik2?
  • hmph, masak tawar. kurang garam!
  • cet! kalau kita kebas skrg berarti kita sdh melanggar undang2 bujang, (lapok). ahh.. kita mesti hormatkan kpd tuan rumah.(ya). kita musti jemput dia makan sama2 kita (benar). sebab dia sudah minjamkan kita (dapur). betul kata tuan presiden. (jgn marah ah..)
  • oo si luncai terjun dgn labu2nya... (biarkannnnn...)
  • makanlah. lain kali saje ye. mari kita cekkik ye!
  • eh..apa ini? ayam ka kayu ka?
  • eh ajis. apa ku tak rasa ka lauk ni masam ka masin ka? aym ni keras macam batu ka?
  • engkau mesti bilang sama mak engkau, ton. kalau kau kawen org kaya, kau lekas jd jande.. (caranya?) caranya.. cuba kau lihat org kaya tu. serba serbi kerja nya kalam kabut.bwk kereta besar ahh.. wooo sana. wooo sini. wooo sini. top top kelepop! berlanggar kereta tu. mampus si kaya tu. nah, kau dah tggl jd janda...
  • lagipun kalau kau kawen dgn org kaya, cilake badan.. (mengapa?) jgn kau harap kau boleh berkelah naik perahu atau kolek.tak  boleh tonn.. (kenapa tak boleh naik kolek?) baiklah, skarang katakan kau tgh naik kolek ye. berdayung. ngiat..ngiott..ngiat..ngiot.. tup2 becebur..terbalik. kau tak boleeh berenang. (kenapa?) sbb brg2 emas kau tu beratttt..
  • mak, mak, mak, kenapa mak dtg sorang2 mak tak dtg dgn bapak?
  • bukan mak. yg pjg2 tu. bila ditarik, quekquekquek! bila dikunci pekpekpekpek!! yg pekpekpek tu ape, din? (apa?) *pijak kaki ajis*(bai jaga, bai jaga!) ha..bai jaga..
  • (botol dh bunyi...botol dh bunyi.. - haa? apa yg bunyi?)
    bukan tu mak..kapal terbang tu kan dia ada 2 botol, mak..hehe.. satu botol pjg. yg satu botol pendek.. pekpek2. dlm botol tu dia apa isi ape jis? (oksigen2) haaa.. oksigen. bila dia taruh oksigen tu dia terbang... nggggeeeawwwww *tendang keting ajis sbb nyusahkan dia nk kena kelentong mak dia
  • blkg sana tu ada 1 rumah besar, mak. org nya begini..dia taruk emas.yg dia ketuk tongtongtongtong. dia sembah,sembah,sembah.. skrg dah berenti, mak. (apa nya berenti?) tok saminya...
  • alamak jis.. lain yg diketuk, lain yg keluar..
  • ai ramli, cpt sgt selesai mandi, nampak? (cuci mata saje daaa..) ooo itu pasal la bau mashemmm... (chet!)
  • (siapa nama kakak budak ni?)jaiton, mak.. hehe jgn mara mak..

May 20, 2013

I'm so used to see my dad being healthy. He's the strongest man. He can do everything on his own. Houseworks as well. He's my hero. He's my rock.

But seeing him getting sicker day by day for the past weeks opened up my eyes. It gives me some kind of wake up call. That he's not as strong as he used to be. He's now relying on us on few things that he used to do himself. 

Sometimes i feel like part of it was my fault. Ever heard of kifarah? The sickness becomes smthg tht cleanse away our sins. And being an unmarried daughter, he still carries mine. Astaghfirullahal'azim.

Ya Allah, please cure him. Please lift up the burden from him. We still need him. Tell me what should i do. I'll do anything for him. Guide me there. Please...

May 15, 2013

Nak kata dulu aku ni player..rasanya tak. Yg dok kena main dgn player adala. Tp pernah la few times kecewakan hati org. Bukan aku lead the wrong idea. At that moment, aku dh bgtau situasi aku camne. And aku x mampu nk bls blk..

Bila dh lama2, aku terfikir.. Adakah salah sorang mereka dh 'menyumpah' aku so dat..aku lak rasa cam diorang kena?

Roda kan bulat. Karma akn dtg jugak lama/sekejap. Itu aku tau. Aku jugak redha.

Tapi ntah la ek. Aku gagal nk deny rasa yg dtg skali skala ni. Ada masa aku berjaya la.. Buat dek.

Smlm aku mimpi sesak nafas. Mcm pendek2 & tersekat2. 50-50. Buat aku terfikir...

Mungkin slh satu sebab, adalah perjalanan aku xpanjang mana?

Feb 19, 2013

umrah - hadiah terindah I

bila tgk gmbr org post g umrah, baru teringat aku blom up entry psl umrah aritu. heh..

alhamdulillah...Tuhan panjangkan rezeki utk aku jejak kat sana masa  bulan 6 thn lps. mmg tak sangka. tiba2 satu pg aku ditanya ibu,'nak g umrah x? bulan 6.' ofkos la nak..

prepare x prepare sgt la.. more to last minute preparation. doa apa smua x hafal. aku mmg tawakal aje. the moment jejak kaki keluar rumah dgn pakaian umrah, otak aku dh start blank sikit2. actually, lps solat sunat kat rumah lg dh mula terasa.. esp bila ayh jd imam & masa baca doa dia xmampu nak teruskan. dia menangis teresak2. last2, ibu yg baca doa. aku sebak tp airmata x selaju ayah.

dlm flight, aku mula bukak kitab. selagi x ngantuk..baca apa2 yg otak mampu terima. sambil2 tu tgk video psl umrah kat dlm tv. physically aku dh ready, tp mentally aku xsure. aku just ikut org je. hal2 duniawi aku start tolak tepi sikit2. channel2 omputih smua aku xtgk. klu xtgk video umrah, aku tgk rancangan Ustaz Zamri bercerita. psl Nabi Adam klu xsilap. haaa dekat 8 jam, dok ulang2 tu je... tetido pun kejap je. hp apps mmg x bukak lgsg. aku nk clearkan mind.

sbnrnya aku takut. takut kalau2 amalan aku yg xcukup ni buat aku xmampu habiskan umrah ke ape ke.. sbb dh baca mcm2 kisah bila org kat sana. nk over confident pun xboleh. jd mmg betul2 nak jaga mata, mulut, telinga.

kitorang sampai kota mekah almost midnight. ltk je brg kat bilik, terus turun balik utk buat umrah. jln kaki dlm 10minit kot smpi masjidil haram. sepanjang jln ibu ajar baca ayat: rabbi yassir wala tu'assir utk memudahkan urusan kita.

masuk masjid, terus minum air zam2 sambil hadap kiblat. ms tu aku xbrp nmpk lg kaabah. bila ibu tarik aku ke depan sikit utk baca doa nampak kaabah pertama kali, aku jd kaku. lidah jd kelu. perasaan tiba2 jadi sebak. mata bergenang.

aku cuba baca doa, bukan dlm arab. tp dlm BM. sbb ibu ckp lg sng nk faham maksud dia. aku baca 1 ayat. 2 ayat..pastu terus sangkut. aku xboleh nk smbg. nafas tersekat2, mcm ada benda tersangkut kt tekak. aku terus menangis kat situ jugak.

perasaan yg tersangat hiba yg tak pernah aku rasa seumur hidup. *time tulis ni pun mata dh bergenang, airmata tunggu nk jatuh. ssh nk explain perasaan sebenar bila betul2 dh berhadapan dgn rumah Allah. dia x sebesar KLCC atau pavilion. tp cukup utk menarik aku pergi lg dekat kepadanya & buat aku rasa tenang. Masya Allah.. aku kehabisan kata2 pujian kalau nk describe.

ms solat dpn kaabah lps tawaf, seboleh2 aku nk depan maqam ibrahim/pintu kaabah. suasana kt situ even penuh manusia, ttp rasa aman...sejuk.. klu bleh nk berlama2 kat situ. alhamdulillah aku sempat ingat kiriman doa kawan2. aku takut terlupa..

tips kirim doa kpd org yg nak ke umrah. kalau boleh, kirimkan doa yg lengkap. kalau nakkan sesuatu, namakan benda tu. nakkan seseorang, sebutkan nama & bin/binti nya skali. biar spesifik. tulis kat kertas bg kat kwn yg pergi tu. biar org ckp desperate ke ape ke, kalau dh itu kehendak kita. insya allah.. makbul kalau dh mmg rezeki kita.

nnt2 aku smbg lg kisah2 yg aku igt lg ms kt sana.

usai solat sunat
tawaf

usai umrah & subuh hari pertama. bulan penuh & terang.


Feb 13, 2013

me? bipolar? lol

in our lives, there's at least 1 name that we despise. and it doesn't have to be our ex. - anonymous

i never hated my exes' names. though i hated them once for leaving me for another person. it's the 'another' person's name that loathe me every time i hear it. no matter who the person is, as long as they carry the same name. unfair, i know.

why? coz becoz of them i got dumped. for some stupid reasons. i thought, MAYBE... if they never crossed path with him, things won't get nasty.

but then, as i clear up my mind... i came up with something. at least i know now what kind of guy i might end up with. a coward who unable to make up his mind and doesn't know what he wants. a wussy with an ironman mask. glad we're over~ thanx bi- i mean, yeah.. thanx!



Oct 8, 2012

rapid update

things yg aku nk tweet kan tp keadaan x mengizinkan.

these past few days xberapa sihat. start dr few weeks ago, tp last week mmg acara kemuncak. tp aku xnak stay indoor sgt sbb nnt badan lg tambah sembap. so, sapa2 ajak aku kuar, mmg aku akn kuar..
despites of rasa berat kepala & angin menderu2 dlm perut, aku gagahkan jugak g swimming, main badminton segalak, g kenduri, driving around, etc.

ubat dh ada dh, tp sejak smlm lupa lak nk mkn. arini, lupa bwk ubat g keje terus. lg bagus! skrg ni, dok menahan je la loya, pening segala. eh, dh mcm org mengandung plak simptom dia.

mlm td kakak ipar ajak g urut kaki. mula2 rendam kaki stgh jam dlm bekas air panas yg dh diletak paket2 herba. bekas tu mcm sinki. siap ada pili air panas. bila air dlm tu dh suam, dia tambah air lg.. T__T


br aku tau, tgn kita cpt biasa dgn hot temp, tp kaki no-no-no. so kalau tgn dh rasa air tu mcm suam2 kuku, try rendam kaki plak. menjerit ke tak..

aku ni agak penggeli kat kaki. so bila mamat tukang urut tu start urut tapak kaki & jari-jemari, jenuh gak menahan. tp lg xtahan sakit bila dia tolak bebuli2 angin. wah, terma sains di situ! siyes sakit gile babs! kaki dr melunjur, makin membengkok angkat lutut. lama2 dia tarik blk kaki, tp xletak kat ats kusyen. dia pegang tumit dgn tapak tgn dia. tadahhhhh....

smpi tukang2 urut yg lalu lalang siap tanya,"sakit ke?" sbb aku smpi tutup2 muka dgn hoodie sweater.kalau x sure nmpk muka huduh menyeringai tahan sakit. semua gelakkan aku. gelak arr..gelak... x bayo kang!

sempat la borak2 dgn tukang urut.. dh kawin ke, umur brp, keje mana.. haa tang umur tu best! dh la memula dia igtkan kakak aku tu MAK aku.. haha! frust jek kakak aku.. bila tnya umur, dia teka aku 20 thn. wei, biar betik.. nk amik ati pun man-man laa... aku ckp aku muda 2 thn je dr akak aku.. dia soh member dia yg urut kakak aku tu teka umur kakak aku.. 22 kah? har!har!har! haruslah aku xbtau umur aku smpi ke sudah!

patut urut sejam stgh.tp bila dia dpt tau aku sakit kepala, dia sajes urut kepala stgh jam..kaki sejam. fikir punya fikir, hmmm blasahla.. aku pun x sanggup nk urut lama2 kt kaki. seksa!!

bila urut kepala, dia urut bahu skali dgn lengan. time urut kat ats kepala, mcm kena paku je rasanya~ siyes.. sakit.. lg1 kat antara ibu jari & telunjuk. situ point migraine. pehhhhhh... boleh tergolek bwh katil laa dia punya tahan sakit tu.

blk umh terus pengsan la.. pg td mandi air panas xmo bg badan terkejut sgt.. tp harini aku still rasa lemah lg. mebe sbb angin degil sgt xmo kuar sgt dr badan kot? ahhh...!!!!



smlm g kenduri. ada 3 pasang pengantin sanding skali. selalu aku jmpa 2 je. pada aku, utk pihak tuan rumah, mmg jimat.. ye lah, dr 3 events bleh buat sekali je.. sedara dtg pun sekali.. cuma nya, bila part sedara pengantin yg bertandang tu.. bila diorang smpi, sekali 3 set families yg ada. kusi meja ala2 xcukup.. dgn tetamu yg sedia ada lg...so, kiranya agak pack la waktu kemuncak tu.. tetamu yg memahami boleh la mkn cecepat2  bgn utk beri laluan. blom campur kwn2 pengantin lg.. tp ofkoz la kita utamakan sedara dulu. kalau bleh, venue biarlah bersesuaian kalau nk wat majlis besar camni.. aku rasa padang/taman mmg sesuai.. dewan, agak packed..  ni pendapat aku je.



aku teringat dialog ank buah aku ckp kt mak dia. "Mak, Nia & *2 org lg kwn dia. x igt nama!* nak berenti q-dees lah.. nnt, nia nk skolah kt KL. lps tu, bila dh habis skolah, nia nak pinjam kad mak, nak pegi shopping!"

kids nowadays...

ehh.. rapid, x rapid sgt laaa ek.. terpanjang plak..

Jul 5, 2012

Susahnya nk betulkan sesuatu yg salah yg dh sebati dlm diri sendiri.

"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?"
mereka berkata : "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Baginda berkata : "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya".
Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?"
Baginda berkata : "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya".
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Gossip-mossip. rasa mcm 1 grey area je..
kdg2 kita bercerita sbg tauladan. tp kdg2 berita tu kurang enak di dengar esp oleh tuan punya badan.
memang sebaiknya kita bercerita benda yg baik2 aje. tp tu laa sbb dh terlalu terbiasa, laju aje lidah nk bercerita x kira baik/buruk. lebih2 lagi berkenaan org yg kita tak berkenan..

aku xnak tuding jari kat sapa2. cukup la pada diri sendiri. mmg aku sendiri MASIH begitu.

aku harap next time bila aku nk bercerita sst aku akan ingat ni: ADA pd nya = MENGUMPAT. TAK ADA pdnya = FITNAH.

Subhanallah. Semoga kita semua dihindarkan dari menjadi kaum yg rugi. Amiin.


photo (c) Nik Wafdi

Jun 2, 2012

Penakut

aku memang penakut. bukan sebab aku nak jadikan lagu Yuna sbg lagu tema hidup mcm OST sinetron. tapi aku sememangnya seorang penakut yg buat2 berani dalam certain situasi.

bila aku takut nk handle the truth, aku memilih utk x melihat/mendengarnya. somehow aku rasa, at least aku akn rasa kurang sakit. sakit ttp sakit sbb kita tau there's something hidden yg x begitu sedap untuk diterima.

adakalanya aku takut nak ckp sesuatu yg benar walaupun itu isi hati aku sbb aku takut akn kecikkan hati org tu / kalau2 dia tak boleh terima apa yg aku cakapkan.

ada masanya aku berani duduk dalam gelap. tapi kdg2 even dalam terang pun, perasaan mempermainkan aku bila aku rasa ada sesuatu kat blkg aku & menunggu masa untuk aku menoleh. aku boleh menangis ketakutan right then & there.

aku dah lama x plan apa2 untuk masa depan sbb kebanyakannya x menjadi & aku excited lebih for nothing. aku takut to even think what will happen jadi aku lebih kan fokus dgn apa yg berlaku skrg.

aku jadi skeptikal even aku cuba jd optimis dgn org. aku takut ditipu lg.

aku takut kalau2 aku xmampu nak live my life like i supposed to for turning down so many opportunities.

aku sedar takut x bawa aku ke mana2 tapi di sini. therefor, aku harap 1 hari nanti aku punya 1 keberanian utk tutup sebelah mata pada perasaan takut itu dan cukup berani utk cakap, "SO WHAT?"

p/s: que sera, sera. whatever will be, will be. Kun fayakun.

Jun 1, 2012

bila? bila? bila senang...

few days ago, ada org tanya kt aku soalan yg sgt rutin bila dh lama x berjumpa. "bila nak kawin?" aku ingat kan sekadar berbasa basi. aku layan kan je la sambil gelak2 sambil bagi jawapan standard. "ya belum ketemu lagi, gi mana ya?" *ckp indo tetibe.. motip??

rupa2nya dari sweet talk bertukar jadi slow talk pastu bertukar pulak kpd pep talk. in the end, aku just hangguk2 geleng2 aje la. hangguk2 sbb iyakan je la sbb mmg betul hujah yg diperkatakan. geleng2 sbb there's nothing i can do right now. seriesli.. xkan aku nak,"okeh saya gi cari skrg jugak. adios!!"

bila ditimbulkan soal parents, mmg la rasa serba salah. sian kat diorang pun iya jugak. diorang pun manusia biasa yg punya ingin & ego tersendiri. tapi, aku juga punya perasaan, dong.. *sekali lagi di situ!

seringkali diperkata yg,"kamu ni pemilih sangat..." hmm iyela usop oi.. kalau x pilih xkan nk pakai sauk aje? ikan kat pasar pun org dok pilih2..inikan pulak org yg kita nk sehidup semati selagi ada jodoh.

i hv my own reason, as much as i hated it.

lg 1, kalau saya udah pilih dia, tp dia yg x pilih saya, ya gimanaaaaa??

p/s: it's not easy. but it's not that hard, either... :)

Apr 23, 2012

faham? x faham sudah

terlalu memahami pun kdg2 menyusahkan diri jugak.
org take for granted
org kurang peduli dgn apa yg kita rasa sebab kita 'akan faham'
kadang2 timbul gak idea tak perlu lagi berkongsi rasa dengan sapa2 sebab macam x ada guna aje..

org ckp, lelaki ibarat layang2.. dibiar lepas bebas di angkasa tapi tali biar kendur.
terlalu tegang, nanti putus talinya
tapi bila dah terlalu kendur, boleh jadi bersilang2 pulak dgn tali yg lain... sudahnya?
potong tali dari bawah sebab lama2 nanti dia putus sendiri jugak..

orang cakap.. hantu x kata apa2..

Apr 12, 2012

Road bully

Everytime aku teringat balik insiden sabtu lepas, otomatik darah aku mendidih. I really despise that guy. Fakoff!!

So tell me wahai taxi driver, we both have same purpose to switch lane. Aku mmg dkt lane kiri, nk pegi lane tgh. Jln tgh jem nih.. Kau, yg baru masuk lane dr susur jln, pun nk mencelah dpn aku. Kereta dh brp lapis dh kt situ aje.

Boleh sabar x? Aku tgh nk tukar lane. Bila x dpt, ohh siap hon. Marah?

Tp dpt gak masuk kan? Cuma kt blkg aku je la.. Then boleh plak amik lane knn skali, lalu kt sblh aku then sharp overtake sipi lg aku nk sondol keta kau. Aku hon sepanjang yg boleh even ada polis trafik kt tepi. Biar!

Then dpn aku kau bwk slow2. Bila aku overtake kau, kau foloooo aku kt blkg. Igt aku takut?

Now tell me apa motif kau? Mmg nk naikkan darah aku kan? Sbb x bg kau masuk lane.

Aku mmg paling benci org yg suka sharp overtake keta lain. Konon kau terer laa? Boleh cilok2? If keta tu tersondol kau, sah2 la slh org tu sbb DIA YG LANGGAR, kan? Mmg sial niat kau tu.

Klu ditakdirkan tergolek keta kau masuk longkang dpn aku mmg aku gelak dpn kau!

Lantak la kau kawan aku ke sedara aku ke, tetap aku benci pemandu yg mcm ni. Fikir diri sendiri aje betul. Org lain semua nya slh. kalau org tu xperasan, for sure akn keluar ayat: mata letak kat mana?

aku rasa xde manusia siuman yg saja2 nak langgar keta org. Bodoh ke? Mesti la ada reason dia xperasan ke lost focus kejap ke.. Like u haven't laaa?

Kalau saja2 nk langgar tu, mmg otak dia shot kt mana2 la tu. mentally breakdown. Org camni aku nasihatkan pegi la apply keje jd pengganti patung crash-test tu. layak!

There's nothing i can do to stop this kind of person. Sbb sifat tu dh sebati dgn darah daging. Cuma 1 je...

Kau tunggu nnt 1 hari bila keturunan & kerabat kau pulak kna macam ni.. Itupun kalau kau sedar la kau tu pernah buat org. Tp pembalasan dr Dia ttp ada. Cuma kau xtau bila.

Tunggu!

Mar 29, 2012

Tripple T Thursday

Turned Thirty-Two
That's u.
To a tremendous glorious life.

Dec 12, 2011

Could it be?

i was sitting by myself enjoying my milo dinosour when suddenly i felt a sudden jabbing pain on the left side of my head. almost to the back side.

did a little google and stumble upon this site: http://www.ehow.com/about_5439668_leftsided-head-pain.html should i get worried???

Dec 5, 2011

sepetang bersama

OhSoRandom: aku rasa the worst nightmare bukan bila kawan2 or anak jiran 1 by 1 naik pelamin.. tapi bila anak jiran sebelah rumah yg dulu sll dtg umh utk main sambil kita BABYSIT dia, kawin.  Aku harap benda tu lmbt lg *cross-fingers*

Lama x update dlm ni. Bukan xde masa/cerita. Simply malas.
I had a GREAT weekend with my niece & nephew haritu. xtau apsal, dgn diorang ni mmg aku kalah. sng sgt kena buli, x boleh nk say no kalau diorang mintak apa2.. kalau terpaksa jugak, carilah benda lain utk divert kan attention dia sbg pengganti rasa bersalah.

haritu Aqil ada 1st class drum lesson dia. aku jemput & hantar dia.. then dia tggu aku lak abis kelas. siap masuk dlm bilik aku lg tgk aku. siap gelak2kan lagi.. haha!!

dh habis kelas, aku plan nk bwk dia g mkn aiskrim. nk ajak adik dia Nia & kazen diorang syadiah skali.. so, aku soh dia call mak dia mintak izin. she said OK.

tp aku xterus g jemput diorang. aku siap singgah tapau nasi kukus, blk umh, cari brg, tot tet2 dulu... adala dekat sejam.. mak aku plak mmg suka kalau ada cucu dtg umah. budak ni plak pandai melayan. sangkut.. siap tgk kucing beranak kt tv lg.. sampai aku dpt call dr si Nia.. "bila nak sampai ni??" dh pukul 2 lebih dh ni...

rupanya dia kelam kabut bersiap x sabo2 nk g makan aiskrim. haha!! ok2, m coming!!

so aku jemput nia. syadiah dh blk.. kitorang g tutti fruitti sbb diorang x penah g lg. sekali chocolate xde da.. red velvet dia pun rasa x mcm selalu. something off.  kitorang amik vanilla-red velvet-pina colada.

mentang2 leh amik sniri aiskrim, haaa kau!! penuh bekas tu dia letak!  aku just layankan je laa budak2 ni mkn.. skali si Nia nk suap.. ololo so sweet... skali dpt yg masam daa.. berkerut muka aku!!

dia dh jumpa weak spot aku, apalagi.. suap!suap!suap! sampai comot2 mulut aku kena sumbat aiskrim. ini penderaan!!

dh setel mkn aiskrim (yg x abis makan pun sbb bad combination dgn pina colada) diorang tanya:
"pasni kita nk g mana?"
"err balik?"
"hmmm.... jom kita g..ok Aqil eja eh.. A.L.A."
"ala? mende tu?"
"ok2.. A.L.A.M."
"alam?"
eh nk g shah alam ke diorang ni?? ohh... "Alamanda??"
"hehehehehe...."
"ada apa kt sana? nk shopping ke?g tanya abah"
"alaaa nnt abah x kasi..."


rupanya nk g main game kat arcade tuh... masak!!! mmg berhantu tmpt tu.. dekat $30 jugak la habis kt situ.. patut pun abah dia x kasi g sana~ tp we had fun anyway.. siap jumpa kazen 1 family kt situ gak.. apalagi, dh ada geng.. lagi lah..

dekat sejam dlm tu kot.. kuar2 je tmpt tu, si Aqil tanya, "tak rasa nak g makan ke?" haaa tau pun ko lapar.. tgh ari td tanya nk mkn apa, ckp xmo mkn.. pdhal pg tu melantak megi je. "Aqil skang mkn sikit je laa..." ye la tuuuu...

so pegi mkn kt fudkot.. mkn ns ayam. sedap oo.. rupanya Nia pun lapar jugak... 3/4 drpd nasi tu dia yg makan. keje aku suap, suap dan suap dia aje.

sempat pulak jmpa kazen lain & adik2 dia.. ajak dok semeja & masak bebudak tu plak kena buli dgn Aqil. nk tgk muscle org tu la.. ajak lawan tenung mata la...ejek2..mmg sebijik perangai abah dia dulu!!

lepas makan, g singgah kedai accessories pompuan.. nk belikan hair clip Nia sbb yg dia pakai tercicir kt mana tah ms main game.. rambang mata AKU! rasa nk beli je semua! semua nya comel bila dia pakai~

igt lepas tu nk smbg main kat playground kt luar.. tp dh maghrib. so aku ajak la balik.
"alaaaaaa....."dua2 skali mengeluh.
"nnt mak marah.."
"ala, mak xkisah laaaa..." hmm..tp atuk ko kisah. dia dh panggil2 balik dh tu... JOM!

dgn berat hati, terpaksa la ikut gak ckp aku. muka monyok je. huhu!! sblm naik keta, smpt camwhore dulu kat rooftop car park sbb langit cantik sgt ms tu.. bg diorang gelak2, hilang la monyok dia..

ms kt smpg traffic lite, aqil tanya psl dataran putrajaya tu dh habis renovate ke?? jom g tengok.. halasannn xmo blk lg kennn... xpe, layan kan aje.. oh, dh abis reno rupanya. siap la abah dia kena ajak pasni.. nk main itula inila..

skali ternampak dr jauh jambatan kat precint 2 tu ada kaler2.. zassss g sana plak... amik gmbr jambatan.. ms tu dh dekat 8 lebih dh.. aku risau mak dia tertanya2 manala anak dia x balik2 lg dh mlm nih.. dah2, jom balik..

ms dlm keta, dua2 dok depan main game kt hp. mula2 Nia, pastu dia pass kt abg dia. sambil tu aku nyanyi kuat2 nk hilangkan ngantuk. aku perasan Nia tengokkk aje aku dlm gelap tu. skali tetibe DANG!!! wiper ter on siap air wiper terpancut!

ape ini??!!!

Nia terhantuk kat wiper sbb terlelap. adui siannya!! dh nak nangis dah nasib abg cepat2 peluk... tidokan dia.. terus lelap smpi umah.. harap2 x benjol la dahi dia. huhu!!

singgah mcD drive thru sbb aku lapar dr siang mkn sikit je.. Aqil pun nak gak sbb dia kata,"td mkn ns ayam tu pun Aqil rasa mcm x cukup.." LOL! mkn sikit laaa skangggg???

habis. *m sucks in storytelling, i know..

Oct 19, 2011

Wordless Wednesday

Tickle-a-boo Tuesday

Mcm kt entry last week, this is the same girl. The bubbly NyaNya a.k.a. Adik a.k.a. Nia Maisarah a.k.a. awek Shahir AF.

Awal2 kenal dia, agak pemalu orangnya.. Tp once gear dh masuk... siap!! Pot-pet pot-pet. Suka ketawa and kalau berjalan dgn dia, someone kna pegang tgn dia. Kalau x dia akn ckp, "Eh, sape nak pegang tgn Nia??"

Dia xsuka bergambar sgt tp once dpt shoot dia, jarang mengecewakan.

Oh bila dia tunjuk 3 jari, it's actually meant 2. Hahah!! Maafkanlah.. Dia baru 4 thn..

Totally a darling!!

P/s: Dik, along dh beli dh hadiah.. Tunggu k.."

Oct 17, 2011

Oct 14, 2011

Fucked-Up Friday

Oct 12, 2011

Jul 25, 2011

sakit2 dahulu senang2 kemudian

instead of whining on people's timeline...aku rasa better aku meraung kt sini je. at least xde siapa yg terganggu sangat.

sangat.sakit.gigi.

last 2weeks cabut 1 kanan bwh. sabtu lepas cabut 2, kiri atas-bwh. kenapa cabut, lain entry aku cerita bila semua setel. masa 1st cabut, xde rasa sakit sgt pun cuma masa ubt bius dh nak habis tu, aku telan painkiller then settle. lgsg xde sakit apa2 dah smpi skarang.

tp this time, lain sikit. ms hari cabut tu, telan sebijik dah. then ok...until the next day, waktu malam. berdenyut2 mcmkan gigi tu ada nadi dia sendiri... 1 hal aku xleh nk makan. mebe sbb siang tu aku mknn ayam panggang? x habis kot..

gusi kat tempat kena bius pun sakit gak cam bengkak je rasa. mebe sbb aku mintak Dr cucuk lebih kot? bila dia cucuk2 nk test kekebasan aku ckp sakit. (padahal sikit je sakitnye, tp sbb takut cabut nye pasal....)

org kata cabut gigi atas lg sakit dr gigi bawah..esp geraham. tu yg tambah cuak.. and aku pun lupa (sekali lg) telan pain killer 30min b4 jumpa Dr. sakit sikit la time cabut tu sbb gigi tu betul2 degil xmo kuar. sampai dgr bunyi *prakk* halus.. tlg la jgn patah dalam!!

so skrg ni mcm tgh blur2 ayam..camne aku nk mkn tgh hari kang? lapar gile dh ni.. gigi berdenyut2.. bubur pun xde jual kt situ. bubur mcD out of list sbb minyak bergenang.

cukup ke mkn ikan bakar air asam aje??