Sep 10, 2010

Kini tiba masanya

untuk semua kenalan & yang terbabas masuk ke sini..

Sep 7, 2010

belum tiba masa lagi

Harini entah kenapa semangat pagi datang len macam plak..
Adakah kerana tak banyak kereta di jalanan lalu perjalanan harini sangat smooth?
Adakah kerana dapat parking murah & takyah jalan jauh-jauh g office?
Adakah kerana hari ini bakal dapat barang orderan dari Cameron Highland?
Adakah kerana kejap lagi bakal order lagi satu barang klik-klik?
Atau adakah kerana harini last kerja sebelum cuti raya esok?

Keeee sebab arini pakai perfume baru yang mengingatkan aku kat zaman muda belia dulu?
Huahuahua.... Semua sekali la kottttt...
Harapannya janganlaaa ada yang rosakkan mood elok aku arinih..
Padahal, kat rumah sebeban kerja tengah menunggu~! ~___~

Raya tahun ni aku rasa cam x prepare apa2 sangat la..
Kuih raya, langsung x beli.. Kat rumah tu, sebalang pun aku x nampak wei... Cuma kerepek jer sket..
Baju raya? Itupun nasib aritu ikut Kechik carik baju raya dia.. Jumpa kurung cotton 2 RM100. Dia amik selai, aku amik selai. Dah! Tu jer...
Kasut? Tak terfikir dowh..
Tudung? Berangan je laa.. Yang aku berkenan mahal do'oh! Benci aku!
Yang aku beli 'untuk raya' memang merepek2..
Ape je pun... flash, popcake, serbuk teh, perfume, anak tudung ganti yang lama yg dh lunyai tuh, filem..

Ko nak raya ape ni ben??

Sep 6, 2010

3plosen jer...

Sedar x sedar dah 3 dekad bermastautin kat bumi Kajang.. Actually xde la rasa apa-apa perubahan pun..
Tapi, ye laa bila dikenang-kenang, oh rupanya aku dah masuk fasa baru dlm life.
Bye-bye twenties.. 
Dan bila dah masuk kelab 3plosen ni, sikit sebanyak kena la lebih behave.
Jiwa sentiasa muda, tak apa.. Tapi biarla semenggah dgn pembawakan diri..

Eh, cam poyo je ek ayat mak-mak nih.. *Ada aku kesah?
Macam tahun lepas gak, birthday aku masa bulan posa... Dengar2nya, thn dpn pun sama... Huhuhu!!!
Haritu, lps kemas2 rumah sket aku dibawa ke bengkel untuk mencari hadiah harijadi.
Haaaa spesel x?
Org lain besday g shopping mall pilih hadiah. Ada yg g jumpa Pak Habib, Uncle Kong & Adik Tomei..
Meks? Pegi bengkel noks....
Pasni bleh la lawan Abg Jem.. Apa barang Abg Jem dok pin,pin pon,pon...
Saya, dapat ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! B-EM-DABEYUU lagiks..
Biar bergetar cermin kereta sebelah kena hon sbb masuk lane x bagi signal.. Huhuhu!
Jiwa? Harusla bergetar jugak diselangi dengan ucapan 'opocot mak hengkau!' *tapi kalau mak, dia sebut, 'Anak aku!!" walaupun yg terjatuh tu purse dia..

Next week nyer tu, ada buka puasa session dgn budak2 ofis..
Kitorang lepak kat Scrumptious KL.
Ada yg amik buffet, ada yang ala-carte.
Setakat tekak aku, boleh dikatakan 7/10 la..
Sebab air dia manis nau.. Puding pun manis kat tekak aku yg agak sker makanan manis ni..
Pasta cpt sgt abis, topap skit2.. 2x aku beratur.. 1st time beratur, bila tiba turn aku, habih dh.. =(
Kambing, sedap.. tp dia yg potongkan daging.
Aku amik nasi beriani skit jer, tp sedap gak..
Then ada gak 1 makanan ni cam pizza tp more to lempeng 2 lapis. Tgh2 dia ada isi apetah x igt.. sedap gak..
Environment ok la.. Aku dok indoor. Cuma yg xbestnya meja ala carte & buffet xleh combine.. Nak borak2 pun payah..

So bila smer dh abis makan, n duduk pun dh bercampur2.. tetibe Z ckp Wili nak ckp something..
Amende??
Dia kuarkan sesuatu dr dlm beg dia yg buat aku meleleh air liur secara mendadak.
Oh chentaku!!!!! You come back again~


I'm soooo larut with you!