Jul 5, 2012

Susahnya nk betulkan sesuatu yg salah yg dh sebati dlm diri sendiri.

"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?"
mereka berkata : "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Baginda berkata : "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya".
Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?"
Baginda berkata : "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya".
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Gossip-mossip. rasa mcm 1 grey area je..
kdg2 kita bercerita sbg tauladan. tp kdg2 berita tu kurang enak di dengar esp oleh tuan punya badan.
memang sebaiknya kita bercerita benda yg baik2 aje. tp tu laa sbb dh terlalu terbiasa, laju aje lidah nk bercerita x kira baik/buruk. lebih2 lagi berkenaan org yg kita tak berkenan..

aku xnak tuding jari kat sapa2. cukup la pada diri sendiri. mmg aku sendiri MASIH begitu.

aku harap next time bila aku nk bercerita sst aku akan ingat ni: ADA pd nya = MENGUMPAT. TAK ADA pdnya = FITNAH.

Subhanallah. Semoga kita semua dihindarkan dari menjadi kaum yg rugi. Amiin.


photo (c) Nik Wafdi