Dec 23, 2010

enjit...enjit semut... siapa sakit naik atas....

Budak melayu mana yang tak kenal dgn lagu tu?? Timekasih Kak Limah sayang, sebab aku takkan dengar lagu tu ever the same again.. EVER!! Version Kak Limah memang melekat kat lubang telinga punye lah~ T___T

Bila dah sebut pasal Kak Limah ni, harusla nak cerita pasal movie Mamat Khalid yang terbaru tu..

Bila tengok poster ni, baru le aku tau siapa sebenarnya yg bawak watak Kak Limah nih..

Untuk yang belum tengok, sila la runtuhkan panggung tengok citer ni. Unless anda bukan peminat filem komedi+seram. Sila expect yang seadanya mengikut genre filem. And takyah la nak terkejut bila ada scene menyanyi.. Tak perlu jadi filem muzikal untuk ada scene menyanyi.. Lagipun sedap kot lagu tu, and tak cacatkan jalan cerita pun..

AMARAN KERAS: Andai anda menontonnya utk kali ke-2, 3,4 hatta 5ratus sekalipun sila buka mulut untuk gelak sahaja! Tak payah susah2 explain kat org sebelah apa yg AKAN JADI SETERUSNYA. Kalau mulut dah gatal sangat nk cakap, cakap pelan2 skit boleh tak? Ini orang selang 1,2 seat pun bleh dengar... Memang menyirapppp aje rasa..

Aku geram betul dgn kaki spoiler camni. Eee longkang okey~ Nasib still boleh bersabar. Kalau aku jenis mulut puaka jugak, harus aku pegi kat dia cakap,"Haaa lepas tu apa lak jadi? Ce ceghita!Ce ceghita!"

Oh, lagi satu yg jenis kaki tak boleh dok diam. Asyik nak bergooooooyang aje! Kalau goyang sorang2 je takpe.. Ni diajaknya orang seat depan nak bergoyang sama. Camne dia ajak? Letak kaki rapat kat blkg seat org depan, pastu goncang la kaki tu ikut irama yg digemari. Nescaya orang kat depan pun terasa gegaran nya.

Memang lanch- Goyang sorang-sorang bleh tak? Kite tak minat la nak join... KALAU LAH AKU BERMULUT PUAKA... haaa bleh la nnt aku wat entry psl ni karang2.

Ok, back to Kak Limah.
Aku tak nak rosakkan mood orang yg belum tengok cite ni dgn menyenaraikan scene2 feveret aku. Aku tau, mesti agak ramai gak yg masih kecewa tak dapat tengok citer ni lagi sbb aku tengok show kol 9.30 mlm pun full house.. And jarang la aku kuar2 wayang kol 11 lebih and kat luar tu punya ramai manusia tgh tunggu nak masuk house. Aku saspek ni mesti nak tengok Kak Limah ni sbb banyak muka melayu jer.. Hehe..

So sapa2 nak tengok tu, better gi booking laa untuk mengelakkan kekecewaan. Atau beli awal-awal. Aku yang booking ni pun dapat antara seat2 yang terakhir. Walk-in aku tak tau la camne nasib.

Overall, citer ni mmg lawak & sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi agak2 laa nak bawak anak kecik pun.. Asalkan anak tu reti behave.. Yang dalam stroller tu tinggal kat umah bleh? Kalau takde orang nak jagakan, pandai2 la planning masa. Atau tengok aje kat tv satu hari raya nanti.....

Err aku rasa banyak yg terkeluar tajuk ni. Review nya berapa line je, belen2 nya komplennnn aje.. Huhu! Baeklah, saya akhiri dengan 'Konfem tak rugi duit tiket kamu weh... Citer ni memang KEBABOMMM stok runtuh panggung punyer.... Pasti anda senyum tak sudah bila teringat babak-babak _______ (isi tempat kosong)'

Sila pegi tengok sendiri untuk rasai kegeliannya.

Dec 21, 2010

mampukah kita singkap yang tersirat andai yang tersurat pun tak terungkap?

salah1 benda yg aku paling fear dlm life adalah adanya perasaan jealousy toward others.

to some people, at some points in our lives, we need to have that. tapi, entahlaa.. aku takut sebenarnya. takut kalau2 aku tak dapat kawal jealousy tu lalu memburukkan relation yg ada. tak semua org pandang jealousy tu as a good thing.

sebab aku rasa jealousy = insecurity; dan bersifat destructive. Tapi tak sampai ke tahap inferiority complex sebab aku rasa tu dah masuk bab paranoid.

memang betul, rasa jealous akan buat kita strive to a better stage. tapi bila tak tercapai, itu yg buat kita senang tersungkur. and, 'jealous' bila di melayukan, boleh jadi 'dengki' jugak. and bila ada dengki, akan ada perasaan/keinginan yg bukan2 boleh timbul. aku x suka la benda tu.

aku malas nak bagi contoh, sbb aku rasa semua orang pernah rasa & boleh relate pada life memasing.

what i'm trying to say here is: aku xsuka ada rasa tu dlm diri aku tapi kadang2 aku failed to keep it invisible. and sometimes i wish i could just let it blown away je..

dengki2 is not good okey.. so, let's keep up the good vibe and selalu bersangka baik. takpela kalau orang lain lebih dari kita pun, sooner or later insya allah akan datang rezeki kita pulak (kalau kita ada usaha laa).

sekian ceramah motibasi dari Dr. Kamtumama di pg yg hening ini. *mampus! esok konon nk bgn awal laaa~??!!

Dec 16, 2010

Singapore: yang best & tak best di mata aku saje sbb aku yang rasa

it's been 4 days since i came back from singapore.. wahh skiping london kau.. mentang2 baru balik singapore. padahal bukan ckp BI sgt pun kat sana.. kalau ckp pun klau bercakap dgn salesperson kat sana / tanya arah jalan! itupun kdg2 diorang reply in BM sbb mmg TAK obvious laaa sangat muka aku ni melayu ke tak, kannn..

kronologi kisah permusafiran aku kat sana nnt2 la aku cite. tunggu gmbr siap cuci dulu.

apa yg aku nk kisah kan kat sini adalah apa yg best sgt singapore tu smpi aku rasa nak g lg thn depan tak kira before/after beli fon baru (itu azam thn dpn. eh, azam ke azab?)
  1. bersih di mana saja kau berada, termasuk di sungai
  2. selamat walau di tgh malam berjalan sorang2 pakai earphone
  3. pedestrian diutamakan. kalau jalan tu ada zebra crossing tp xde traffic light, MANA2 kereta yg tgh jalan kat situ akan berhenti utk bg pedestrian tu jalan dulu. then baru dia jalan balik. takde nak hon2 ke, high beam ke, tekan2 minyak ke ape ke lanch- sekalipun.
  4. kehidupan walau nampak seperti robot *sbb kena jalan laju* tapi still rasa relax (mebe sbb aku bukan nk g keje??) RASA tu lg penting hokey..
  5. escalator dia laju! syok!!
  6. service MRT & bas yg tip-top serta effisien. every 6 minutes sure ada MRT punye. bas pun xde de kena beratur lama2.
  7. kad utk naik MRT & bas yg ala2 touch n go tapi sgt menjimatkan sebab ada rebate bila ko naik bas lps turun MRT. kat sini ada ke tambang bas 1,2 SEN? bukan seploh eh.. SATU!
  8. xde kereta pun xpe sbb dgn MRT & bas boleh gi almost ke mana2
  9. harga makanan kat fast food yg tertera dah masuk govt tax. pembeli leh sediakan duit siap2 before beratur so xde la kes "alamak x cukup duit!" lps place order.
  10. harga brg branded di tempat ala pavillion tapi harga cam kat sogo. perfume murah woi!
  11. 7E dia punye slurpy ada flavour apple & coke blended. shetappppp!!
  12. penjual buah yg ckp,"thank u..see u later" lepas kita beli buah kat dia.
  13. bangunan lama dikekalkan & dipercantikkan
  14. dengar org singapura ckp melayu mcm dialog filem p.ramlee "apa kau bikin di sana?"
  15. oh plg utama sekali..sana ada UNIVERSAL STUDIO beb!!!! sgt rugi if x pegi especially masa muda2 ni.. dh tua2 karang takut  xlarat je nak naik segala tok nenek ride kat sana.. yg dijamin terbaek dr ladang (setakat ni yg aku penah g)
  16. bibik Fajar masak sedap!
  17. biskut choc chip mak ucu terbaek
  18. kemudahan lengkap utk setiap komuniti. 
  19. orchard road di waktu malam!
cuma ada gak beberapa perkara yg buat aku rasa 'alahai' bila kat sana:
  1. takleh makan/minum walau setitik kat stesen & dlm MRT/bas. kalau degil gak sila sediakan at least SD50. so bila tekak rasa gatal & dok terbatuk2 dlm MRT tu, tahan aje laaaaaa labu...
  2. xdpt makan Subway
  3. certain tempat nk amik gmbr tp ramai sgt yg blocking.. bukan la smpi tahap xnak ada org dekat situ tp at least tak de yg block objek yg nak dirakam. kalau takat nampak roda & bumbung aje yg belen2 tu bontot org, nak watpe?
  4. almost 80% org dlm MRT guna iPhone. =( *tekanan* **waktu aku review balik entry ni nuffnang leh lakkk kuarkan iklan iPhone plak kat bwh niiii!! >__<**
ayat paling best di dengar kat sana:
"ahh kirim salam laaa sama nenek kau"
- ucu komen pasal kisah gelang magnetik. 
"tak ada diskaun-diskaun... masuk kandang aje..." 
- aku tanya kazen, saman xleh mintak kurang ke?

and bila ckp pasal singapore mesti nak kaitkan dengan their kiasu-ness kan? hmmmm.... 5days spent, found none. mebe next time? ;)

as for weather, itu yg plg merisaukan aku before jejak tanah temasik itu ari. aku tgk weather forecast, hari2 hujan katanyaaaaaa... bila kat Mustafa Center, siap beli payung, kot2 laaaa tgh2 jalan tetibe zrassssss lencun!

tapi alhamdulillah.. sepanjang kat sana, sekaki payung pun kitorang x bukak sebab cuaca redup2 aje all day.. kalau ada hujan pun kitorang kat indoor so kuar2 aje hujan dah berhenti. pukul 12 pun cam kol 9pg.. camne tak terlajak tido? opps..

ok dah makin melalut. ciao!

Dec 14, 2010

terbang tak tinggi

apa rasanya dengan kewujudan yang dinafi?
apa rasanya kehadiran yang tak dinanti?
apa rasanya suara yang dituli?
apakah semua itu milik sebuah erti?
apakah itu manusia yang dipeduli?

ada rasa indah yang sekadar terkunci rapi
tapi andai rasa itupun tak singgah kucup di hati
mungkinkah itu insan yang paling rugi
membiarkan semua menjauh pergi
atau mungkin itu bukan miliknya lagi

lalu sekadar tunduk memaku bumi
hingga terlupa bintang itu tak berpaksi
bukan tak mampu jadi berani
tapi dayanya tewas di sini
terhenti.