Oct 29, 2009

life's unfair I

layak ke aku nak berkata begitu?
adakah aku mempertikaikan takdir dari yg di atas... atau sekadar meladeni nasib yang menimpa?
definitely semua ini terjadi atas kelemahan & kebodohan aku sendiri.
dan bertambah2 bodoh la aku kalau still nak pertikaikan caturan yg maha kuasa..

I.
dulu aku jumpe handphone nokia kat car park. aku cari owner dia n pulangkan. and skang hard disk-hard disk aku hilang, xde ke org yg baik hati nak pulangkan??? segala memori & masa depan aku hancur sekelip mata. mp3(yg ni aku x berapa kisah. mana2 leh dapat), gambar, video, designs, resume, reference documents, office works, project design and paling sedih, the only copy of PROJEK FINAL YEAR aku. with the source files! TT____TT

II.
saje je aku surfing for jobs.. sekali terjumpa link utk 'tangga gaji' graphic designer secara general and sadly diorang letak untuk senior exec max gaji adalah RM2900. what??!!! adakah aku perlu apply keje art director baru dapat merasa gaji 3juta? ops sorry 3ribu. adakah diorang ni sedar betapa sengsaranya keje sbg graphic designer especially yang ada perkataan 'cum'kat belakang jawatan dia?

mmg la keje tu x sesusah peladang, pesawah, penoreh getah mahupun penarik beca. tiap keje ada cabarannya. itu aku akui. tapi kalau boleh biarla ganjaran tu berbaloi dgn cabaran & effort yang dicurahkan. as quoted by my fellow designer, "we don't puke design. u can't just poke our throat and 'bluekkk~' ahh here's ur design". idea bukan datang sekelip mata bila2 masa diperlukan. kadang2 5minit dah dapat konsep. kadang 5jam pun belum tentu ada hasil. and this is 'the best' we can get? tolong laaa jobstreet, naikkan sket bar tu. i believe lots & lots of companies use this as their reference.\

hah lg 1. salah 1 job requirement: chinese speaking preferred. nampak nau nak set2 dia aje. xde ke kompeni yg buat "jawa speaking preferred"? "ability to speak minang is an advantage."

III.
bila nak buat 1 event / acara / apa2 laaa, semestinya kita plan dulu apa yg diperlukan, budget n everything, kan? especially bila benda tu kita buat tiap2 tahun. tapi kenapa sampai sekarang pun, lps dh bertahun2 pun still benda last2 minit gak jadi pilihan tertinggi? event dh la selang berapa hari jer, n masing2 ada tuntutan masing2. belum lg masuk urusan & tuntutan dari 'daerah' lain. semua nak cepat. semua nak urgent. bahu pun sampai senget sebelah memikul semua ni. bukan xboleh bagi. boleh... tapi plis laaa JANGAN LAST MINIT.

plan out your needs. camane nk setelkan 2,3 kerja(read: design) dalam tempoh masa yang sama? same deadline.
sorang nak bunting design.
sorang nak book cover design.
sorang lg nak A6-sized card. ini siap print skali. ntah berapa keping ntah nak.
nasib bunting tu ada yg sanggup pikul.

belum masuk lg keje2 remeh-temeh yg menyelit2. ada lak yg dok mintak gmbr2 dr library utk presentation bos dia. smlm dh bg dekat 100mb pun xcukup lg. nak many2 more lg. ehh xde masa laaa nak carikan & shortlist kan satu2. pastu nk transfer over ke server HQ plak..

at the same time, another pending job tetibe jd active balik n kena get ready to go for printing and all.. website nk kena update.. nasib ada programmer yg sudi tlg updatekan. aku bg detail jer.. dan semua2 ini nk siap before / by lusa.

and keje yg sepatutnya dibuat isnin lepas based on schedule yg dh disediakan, satu haprak pun x buat lg~ ini deadline mmg xleh ampunnye. fixed. shoot!! baru teringat nk kena edit lg schedule tu ats arahan big bos! dang! TT___TT

IV.
ini kisah tipikal. kita layan org elok2, tapi dia layan balik macam sampah. or worse, depan2 muka manis macam cotton candy. kat blkg rupanya ada plan lain. the one yang kita selalu spend time sesama, sharing things and thoughts, kita ingatkan utamakan rakan & keluarga dari segalanya.. tettt!! family mebe yes. but frens? sorry babe.. money comes first!! dlm kepala yg dia pikir, duit duit & more duit!
  • kita ingat kita sama2 spend time tolong kat charity event, doing good deeds for free.. sekali ternampak macam dia bg resit kat organizer, and prolly some change... hmmmm suspicious~
  • dia dpt tau kita penah g 1 salun utk trial package tp xmampu nk continue sbb mahal sgt.. beribuuu.. dia offer 1 package yg adik dia dpt dr bofren dgn separuh harga. still beribu gak. to cut the story short, dpt tau dr salun yg sebenarnya adik dia dpt hadiah dari contest.. bukan bofren belikan. kita x jadi beli. dia nk cut down lg jd suku harga. da hellll..... dah la menang dr contest, lg mau jual kt org. tipu some more!! the next day, x bertegur sapa langsung, padahal kita x ckp pun kita dh tau cite sebenar...
  • dia nk pinjam duit. bila xdpt nak bagi sbb pokai jugak, dia suruh mintak duit dr org lain(family) utk bg dia pinjam jugak2. 
  • kita nak sharing2 makan strawberry ramai2 tapi  xde coklat untuk cicah. so mintak tlg dia belikan Cadbury Dairy Milk kt kedai bawah. yg saiz besar xde, so belilaa yg saiz sederhana tu 3 ketul. sama2 cairkan coklat & cecah strawberry smpi habis 3 kotak. in the end dia ckp, "so coklat tu kira camne eh? we divide bayar la ehh.." habis tu strawberry tu xmau tong2 bayar jugak ke?? ni bukan tanam blkg rumah laaa...
  • dia jual t-shirt bg pihak kawan dia. dia cuma bgtau 1 harga aje. after all these things yg dah jadi ni, kita terpikir.. t shirt tu mmg harga standard atau harga dah mark-up????
"duit duit.. di mana kau duit..." @ "it's all about the money.. money.. money..." - mungkin ini sesuai utk ringtone dia..

V.
sebenarnya aku on lappy sbb nk update resume kat jobstreet. skali username & paswed x igt lgsg. email yg aku guna utk register dulu tu pun email lama yg dh kena hack. demm! langsung xleh nak retrieve paswed / username. dan aku dah terlalu mengantuk utk reka resume baru utk dihantar esok. *pengsan berguling2 ke bawah bukit.

Oct 22, 2009

love itu ape?

LOVE ITU SUBJEKTIF.
Ada ketikanya kita mampu tersenyum di kala kita teramat marahkan dia.
Ada ketikanya kita rasa sejalur bahagia melintas sebentar dalam hati kala kita melihatnya tersenyum melihat/mendengar celoteh kita.
Ada ketikanya kita rasa sangat2 sangat2 marahkan dia namun kita tak tega untuk menyakiti hatinya. Walaupun kata2nya meruntun jiwa kita. *Adakah itu bodoh?
Adakalanya perlakuannya buat kita mentafsir semula... "apakah betul jalan itu yang ingin kupilih?"

Aku rasa ada 1 je jawapannya.

Di dalam keributan perbedaan2 itu berkonflik sesama sendiri... terdapat 1 cahaya rasi terbit di antaranya. Keserasian yang membuatkan pahit jadi manis, ikhlas dalam menerima buruknya, rela untuk menghadapi risiko yang menanti yang x diketahui nasib & penyudahnya.

Yang pastinya, LOVE ITU SATU PERJUDIAN.
We never know what we'll get. We can only predict, play the card wisely and hope for the best.

Cuma kadang2 terdetik juga... Apakah penghargaan di atas pameran kasih sayang yang dicurah tanpa secara berlebih2an itu tidak perlu? Walau dengan sekadar ucapan 'terima kasih'? Apakah ego itu lebih bererti dari segalanya?

Jawabla. Aku x tau. Sebab aku bukan mindreader nor a psychiatrist. "How can i know if you don't tell me?"

Oct 21, 2009

perkahwinan itu satu penyatuan yang suci

aku tau cite ni agak basi, tp nk wat cenggana kol 4 td baru aku dpt bukak paper online sat. then dpt tau sasha bashir da kawen. so sebagai seorang yg kepoh, aku pun g la spy blog dia... ada gambar2 wedding dia.

ya ampun.... suwitnye diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... i like everything at the wedding. the theme, the dress, the cake! omaigod. speechless jap tgk keindahan & kesempoian wedding dia. xde nk serabut2 atau gah2 bagai.. simple giler. theme putih. putih pun melambangkan kesucian thus explained the meaning of a wedding.

ikut ckp kt paper tersebut, dia x wat duit hantaran pun.. juz cincin, quran & 100g emas. untungnya laki dia! haha!!

neway, sasha *ceh macam dia kenal aku jer~ congrats... i kidnap 1 pic from ur blog ek.. untuk more beautiful pics, silalah ke sini.

1 word.


BLISS~

Oct 19, 2009

awak sayang saya tak??

aku agak kekeringan idea nak menggebang even ada beberapa perkara terlintas dlm kepala. dia takat lintas je. x stop plak.. huhu! neway, aku tempekkan benda yg aku rasa quite interesting kt sini. obviously not written by me~ saje.. sharing is caring kennn...

TIPS WANITA DISAYANGI LELAKI


1. Bila si dia sibuk. .
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego..
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran...
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat...
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong...
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba...
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.



AMARAN KERAS: sila jgn tengok gmbr di bawah lama2. bahaya untuk kesihatan. "gambar ini mengandungi paracetamol. sila patuhi dos yang disediakan."


sayaaaaaaaaaaang sesangat! *pengsan!

Oct 15, 2009

this is not a First Come First Serve world

sesungguhnya kekadang rasa cam diri ini berada dlm hiatus di tengah keributan.

banyak sgt benda yg nak kena buat smpi 1 point aku jd blur & tak tau apa yg perlu dilakukan skang.

org lain pun sibuk gak. yea yea.. time2 camni bila dibanding2 aku la yang paling kurang sibuk makanya aku la yang sepatutnya menadah segala curahan dr langit keramat yang maha deras tu.

nanti bila hampir sampai di penghujung jalan, semua bebanan yang terkendong akan berlumba2 sesama sendiri. satu situasi yang sangat2..... 'normal'. dan aku pastinya sbg perempuan yg org label sbg multi tasker yang gagal harus gunakan skill tersebut.

hmph.. mungkin org ingat aku berkira. no. m not. cuma aku penat bila semua benda2 ni terlambak kat depan mata dan aku xleh buat2 x nampak & being ignorant. even aku terpaksa stop kan keje yg aku tgh buat separuh jalan, demi memberi laluan pd benda yang datang last minit.

dan sesungguhnya.... aku dah lost count!


...no, aku bukan seorang akauntan mahupun juruaudit.

Oct 14, 2009

kelakar jugak eh...

aku ada banyak hutang cerita dalam ini blog. sedang berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk aku mengarang ayat nak gebang sama anda semua.

hmmm.. adakah korang perasan mengapakah saya tak menulis short form dalam ini entry? hehe...

tadi saje je tengok blog orang and click Translate. kekeke.. lawak jugak bila baca. kalau nak try, boleh g kat Google, taip url kat Search box tu, then bila kuar result, klik link Translate. pastu pilih bahasa apa korang nak translate kan. bila ada perkataan melayu yang kamus google ni tak dapat nak translate, terutama short form, maka jadila entry ala2 skiping london makcik markonah. bahasa rojak laa. grammar harusla lari... itu laa yang paling fun sekali!!

kat bawah ni aku paste entry masa gempa bumi hari tu. untuk bandingkan entry asal, korang skrol aje ke bawah. tayah aku nak paste 2 lagi. jap lg nk tgk entry yang ni cam mana rupanya. haha!!


mana datang tang David tu ntah!!!

UPDATE!: ni plak yang entry hari ni. hahahahaha!!!


nampak cam xde keje je bila wat benda x berfaedah ni kan... padahal..... memang dasar x sedar diri! *entah apela polakk di Gugel ni nak translate jap lagi~

Oct 7, 2009

bukan abg jamil & pak mentuanye saje yg kaki penipu

aku sbnrnya bz ya hamat minggu ni.
xde masa nk pk ayat nk gebang even aku ada beberapa keping story nk di mory kan.
tapiiii.... ptg2 yg aman x berapa nk damai sgt ni, aku dapat sesuatu melalui Mr. G-surat.
malas nk taip byk2.. baca je la yg tertera di bawah...

***************************************************************************

Facebook to me

D**** sent you a message.

Subject: hello

"Hi nice to know u
U look so elegent ! u may match my requirement at 1st glance as my biz partner, but dun know yet, bcos i dun know whether u r tht kind of person who hv enthusiam to success ! If yes, do return me w ur ctc no ! if no or if u r oredy very success in ur life , then,its ok, we can still be friend, u may also encounter some friends who wish to success or not happy with their current situation , they may not hv right oppurtunity to achieve their dream. so, do not hesitate to intro them to me ! thks & i appreciated if u can take a deep consideration on my suggestion & together we look ahead to the journey of success !"

***************************************************************************
ape, gambar aku pegang baby tu ada rupa bisneswoman ke???

senangnye org skrg cari bisnes partner eh... ingat aku hadap sgt bisnes yg tahpape tu? siap soh tolak member yg tgh susah lg..

alo brader, nk bisnes ikut la cara betul. baik ko pegi mana2 kedai mamak, pilih 1 meja secara random.. dan tanya, "incik mau jd bisnes partner saya kah?" sama je kan? kat sini, ko pilih org ikut gambar (sbb aku rasa aku dh private kan page aku). kat kedai mamak ko tgk muka org. siap leh tgk cara dia bercakap lg... jenis kuat gebang ke tak.. cuma bezanya, kat mamak ko ada harapan dpt pelempang free.

sama gak la ngan kes nak berkenalan siap puji melangit padahal baru tgk gmbr sekeping. siap bg no fon lg. ko nak aku jual no ko kat sindiket MLM & vacation club ke??

so pada rakan2 di luar especially pompuan.. toksah la senang sgt caya ckp org yg nama betul dia pun kita xtau. takyah nak beliak2 mata dengar 'betapa banyak kapal di laut' yg dia ada. selak2 la sokkabar betapa banyak pompuan mesia yang terkandas kat lokap china, jepun, brazil & mcm2 negara lg dek tertipu dengan benda2 yg seangkatan yg camnih..

bukan nak ckp besar, tapi berhati2 je lah...